Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, July 29, 2011

Ramadan Mubarak Sudah Tiba

السلام عليکم





Selamat Menyambut Ramadhan

Semoga kali ini beroleh kerahmatan dan keberkatan dari Ilahi.


Istimewa dari:

Mama Yana sekeluarga.


***i look so blue!!! [entry 3 dalam 1]

السلام عليکم

Yes.. today i so blue... ahaks.. [gediknyerrrrrrrr]



stoking busuk paling comel diabab ini... keh..keh...

pic tuan blog yg berlakon ala2 diva.. hhhuuu..

Yeeee.... hari ni terasa biru sgt... tak tau nape nak pakai biru semua..

mungkin sebab sy terasa cun bila sy pakai biru... hhheee..

Ok itu yg satu... yg satu lagi kat bawah nih... baca ye.. panjang kerapuan ai tau..

Jika kawan2 perhatikan blog mama nih... mama gunakan pic profile gmbr maman masa kecil dan guna nickname Mama Maman.
Nape eks..??? nih nak cite... mood ari nih nak bercerita ya... so layan je la cite mama nih...
kalu tak nak.. suddaahhhh... gi la kat blog2 org lain yg super duper hot, fames dan mavelous tuh... hhhuuuukkk.. mama lak menyendiri bersembunyi dibalik blog mama yana nih jugak... apa nasib kan...

Ok sudah.. merapu lak... sori ye..

Masa mula2 terjebak ngan dunia blog nih.. mama suka belek2 blog otai2 yg fames dan meletup sambil2 berangan nak gak ada blog dan ada peminat seumpama retis yg ada peminat yg berjuta.. hhhuuu... tinggi tahap berangan ai tau.. jgn mare.. ada aku kesah kannnn..

Sebenarnya mama nak berblog pasal mama rasa blog nih boleh menjadi media utk mama melepaskan stress dan meluahkan buah fikiran mama walaupun tahu takde bernas mananyer.. sekadar buah fikiran yg mama rasakan betul dan logik bagi akal fikiran mama nih. Bila berblog nih, mama boleh mencari dan menambah ilmu dan belajar tentang kehidupan dari kawan2 yg bijak lagi pandai kat luar sana.
Apa salahnya kan...??

Mula2 berblog nih, mama suka nak jadi misteri siapakah mama yana sebenarnya..tuh yg guna pic maman je.. hhheee... malu sebenarnya.. siapa la kita nih kan..

Selama berblog nih, mama kira2 dah hampir 6-7 bulan nih... mama banyak memahami siapakah mama sebenarnya.. mama tau yg mama nih rupanya tak pandai mempamerkan apa yg mama rasa, atau apa yg mama hadapi.. br buka mata rupanya mama nih... hhhuuu

Mama selama nih selalu bersembunyi dr orang luar... pemalu rupanya.. sedangkan mama rasakan mama nih agak peramah juga.. keh...keh... [puji diri sendiri lak..]

Mama terharu ngan sambutan kawan2 disetiap entry merapu mama selama mama berblog nih... ingatkan mama blog nih akan berkubur.. maklum la.. selama nih tak terfikir pun nak jadi pengarang dan jadi jurukamera tak bertauliah... ahaks..


ok..ok... yang satu lagi kat bawah ye... yg last dah...


Nih satu lagi bukti mama jadi jurukamera yg tak bertauliah...

Kesahnya bermula bila papa dok bebel yg kononnya bola takde kat tv.. baca entry NI..
Buhsan2 dia dok kacau mama yg dok blogwalking... pastu dia sibukkan diri mencari makanan kat dalam peti ais.. mama pun ckp arrr..

takde maknanya nak kurus jika dok melantak je..

kurus tau peyot ai tau...

mana nak tengok.. mana.. mana..


Kat bawah nih la hasil mama jadi kamerawoman yg berjaya semalam.. hhhheee...


aksi mengaver peyot...hhuuu

jgn terpikat lak kat hubby ai... sian ai nak kena cr hubby lain... hhheee.. [gurau je]

Ni pemain simpan yg lebih sanggup layan dodo dr tengok kawan2nya beraksi semalam...


Dah habis dah... sila berlapangkan dada ye kawan2.. hhheee...
Rasanya nih la satu2nya entry yg merapu tahap dewa dan paling terpanjang sekali kannn..
Ok la.. sampai ketemu dilain enty ye... daaaa...
sayang kamu ketat-ketat...^_^"


Ps: lama nak karang entry yg nih... panjang giler bila dah start merapu gak.. *_^





 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Thursday, July 28, 2011

Harimau lawan Singa.. sapa menang eks..??

السلام عليکم

Buhsan wei.. ku sangka bola ada kat tv rupanya ngak ada... hhhuuu... 
papa dok bebel panas hati.. hheee..

Tadi petang mama terserempak ngan rombongan tengok bola.. 
semangat betul wei.. siap kibarkan bendera lagi.. ni buktinya... 
sempat arr mama jadi mamapaparazi tadi.. hhhheee....



Nampak tu.. ketua tunjuk jalan... hhheee...



Ps: ada arr kat tv1.. jom layan bola... Go Malaysia Go....!!!!!




Tergamakkah anda..???

السلام عليکم



TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.


Lepas tumpang kebas suami
Oleh Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor, Ahmad Isyafiq Mad Desa dan Norul
Awatif Romli
am@hmetro.com.my


BANTING: “Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia
tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas,” rintih
seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan
suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.

Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu
berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai
Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac
lalu.

“Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di
tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami
bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama
berdekatan.

“Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun
mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah
berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah,”
katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum
ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

“Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu,
saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah
saya sambil menangis.

“Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya
yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia
tinggal bersama.

“Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah
saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu,” kata Ros yang tidak mempunyai
anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali
sebagai Malek, 55.

Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak
curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan
dengan suaminya.

“Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana
awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh
hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,”
katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja
sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung
tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Sumber: SINI

Artikel mcm nih rasanya dah banyak kali muncul dikeratan akhbar.. terfikir seketika.. tergamakkah kita menaniayai org yg pernah tolong kita dimasa kita susah..?? Kisah2 yg menyayat hati dan tak sanggup utk kita alaminya.. minta dijauhkan.. betul tak kawan2..??



Wednesday, July 27, 2011

WW for 27 july 2011

السلام عليکم



sarapan berharga rm5.50.. special ke sgt..??





Ps: kami layan 3d Transformer.. Nak tengok Harry Potter, dua hari berturut2 beratur tp kehabisan tiket.










♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Tuesday, July 26, 2011

Stress all around the world

السلام عليکم

Mama teramat busy hari nih... tp teringin nak share artikel nih... jom sama2 baca eks...^_^


Published: Monday July 18, 2011 MYT 12:54:00 PM
Study: Malaysian women 16th most stressed


NEW YORK: Malaysian women rank as the 16th most stressed women in the world, according to a recent study.

Indian women rank as the world's most stressed women, says the study, prepared by the information and media company, Nielsen.

The study shows that women in India live and work under considerable time pressure.

Indian women are the most stressed (87%), the study shows, closely followed by Mexican (74%) and Russian women (69%). In the developed countries, the stress level is the highest for women in Spain (66%), France (65%) and Italy (64%).

Malaysian women (44%) rank 16th in the list while women in Thailand (45%) share the 15th spot with South Korea (45%).

Japanese women (52%) rank 12th while mainland Chinese women (51%) rank 13th.

The study, which researched the buying and other social behavioural patterns of women in 21 developing and emerging economies of the world, reveals that women all over the world feel stressed out, with women in the so-called emerging countries facing greater stress than women in the developed countries.

According to India's Economic Times, the greater stress levels of women in the newly industrialised countries can be attributed to the fact that in recent years, for example, in India, the corporate sector and the jobs have developed at an extremely fast pace whereas the society has stagnated with its traditional role patterns. - Bernama








♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥ 

Monday, July 25, 2011

Mood Terbang

السلام عليکم

Bismillahirahmanirahim... pendekatan mama utk meluahkan apa terbuku dihati. Mama tak mau pendam lagi. Mama sakit hati teramat2. Tolon abaikan kekesatan bahasa saya. sungguh sakit hati. moga2 blh tenang.
Pagi hari isnin sure takde mood... Mama pun.. ditambah ngan ketiadaan maman membuatkan mama suram.. Itu takpe lagi, mama kuatkan semangat.. kan hampir bulan yg mulia, bulan ramadhan. Mama kuatkan semangat. Lagipun mama puasa hari nih. so sabar banyak2 kan.

Tapi pagi tadi hati terasa sakit sekali. Jem dijalanraya memang dah menjadi rutin, mama layan seadanya.. Dengan kenderaan kecil dibelakang kenderaan besar mmg mencabar kesabaran, tp mama tetap cuba bertahan sabar. Tau la keta awk besar, atleast hormat la org belakang, bagi la signal.. ni main ikut suka hati dia je.. bawa pulak macam jalanraya tuh macam dia punya je.. macam dia je bayar cukai jalan... Xpe mama sabar lagi, walaupun hampir terlangar montot besar dia tuh pagi td, sabar je la... suka-suka hati dia je berhenti.. hhhuuu.. menyirap tau.. kalu terlanggar.. nak2 mama kena bayar kecederaan keta dia... sakit hati.

Sampai2 je kat parking mama.. parking reserved ok.. tp dah ada keta besar dok parking elok je kat parking mama... hhhuuu... mama hon kan je.. geram bercampur sakit hati.. nasib baik tuan punya keta datang dan siap angkat tangan.. sejuk le sikit.. dtg2 kwn office mama dia tegur.. kuat mama hon keta td, rupanya kwn dia.. nasib la kan. salah ke..??


Masuk office dan sedaya yg mungkin nak neutralkan hati yg sakit.. tp kawan2 office lak menyakitkan hati.. main cam bola je campak suka hati. Kesahnya, Printer lak tiba2 error. Selalunya printer tuh tak pernah ditutup sebab printer tuh ada cooler dia sendiri. Ni mama dah siap hantar dan mama just nak pegi ambik je la apa yg mama print. Tengok2 printer tuh ditutup (off) so mama buka (on)kan je la.. tgk2 ada error. So mama beritahu la kat yg incas printer nih. tp dia suruh ckp kat org kat department mama sendiri. dah cakap kat staff department mama, dia lak tolak balik kat org yg incas printer tuh.. org incas tuh department lain. konon2 tak nak tolong mama pasal mama dr department lain.. dah menyirap dah mama.. tau la mama nih Wanita. boleh je main tolak2 kan.. geram dah.. cam nak nangis dah.. tp ai big girl kan. so ai ambik pendekatan sabar dan sabar.. tak mau nangis.. buruk..jika bos tanya nape keja ai takleh siap, ai akan cite peristiwa nih. diorg taknak kerjasama ngan mama. so apa lagi mama nak buat. rasa cam nak berambus je dr sini.. so sakit hati..


Lagi mama rasa terhina jika org tiba2 ckp kat kita semua kita tak tau.. sedangkan setiap diskusi atau perbincangan tentang keja memang tak pernah mama dipangil utk berbincang, segala urusan siap yg kena buat keja apa atau tiap2 org kena siapkan kerja apa, mama takpernah dipanggil. Maka jika mcm sekarang mama kena teruskan kerja mama, maka mama seharusnya diberitahu bahawa polan si polan dah siap keja sini, dah letak sini, dan mcm2 lagi bagi membantu mama menyiapkan kerja mama tanpa ganguan.. tp disebabkan takde sebarang info dan 'kerjasama' yg seharusnya mama perolehi makanya mama dpt 'pujian' yg mama semua benda pun tak tau. hhhuuu.. haruskah mama teruskan keja mama kat sini lagi.. terang2 mama tak happy dan tak dihargai. Silap mama je yg nampak. sedangkan silap mama dtgnyer dr silapnya dia sendiri. Sakit hati.

Mama nih umpama sampah je.. Yg cantiknya bila department lain nakkan sebarang info, selalunya dtg minta kat mama, pasal mama tak pernah nak berkira ngan mereka. tp bila mama ada masalah, takde nak tolong waima dr deparment yg sama. sakit hati sungguh.









♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Friday, July 22, 2011

Anak Cina Makan Pengat

السلام عليکم


Anak cina makan pengat... sendiri mau ingat...




Mama pernah buat entry INI dan INI. [baca nih jika nak lebih faham ye.. hhhee]

Dan hujung minggu nih, peristiwa itu mungkin berulang.
Kali ni keadaan agak berbeza.. mungkin dia dah matang sedikit.

Banyak kali mama tanya, jawapan dia tetap sama.
Dan kali nih siap berlompat2 gembira tanda setuju.


Atuk dan Wan dia nak bawa maman balik kampung, balik kelate..
Mama dah tipon dah kat Tok Ma.. buat pesanan penaja dah.. hhheee..
Tok Ma risau dia buat perangai cam dulu je.. hhhuuu

Mama pun risau gak, takut balik demam mcm dulu jugak..
Dan moteng sekolah la sehari, hari senin br sampai sini...

Makanya hujung minggu nih akan tingal kami berdua la lagi.
Honeymoon pulak la wei.. hhheee..
Nak gi mana eks kalu pengarang hati jauh.. mesti tak tenang hati mama...

Ps: doakan dia selamat pegi dan pulang kepangkuan mama..
Risau nih... mama risau...



Trauma Friday: Eksiden

السلام عليکم

Pagi tadi, keta tu betul2 belakang keta mama, jem kat depan.. masa tuh kami kat line kanan sekali, ada tiga line jalan nih, keta belakang tuh masuk line tengah, laju jugak mama tgk, tiba2 bunyi membrek ngan kuat dan nampak empunya keta cuba mengelak keta didepan, membelok ke kiri ngan laju jugak, dah nampak cam terangkat dah sebelah tayar, nasib baik keta belah line kiri slow dan agak kosong, cuma ada motor dua buah. Tragisnya keta itu melanggar halangan [divider] belah kiri. Nampak beliau mengurut dada. Dan sementa2 mama teringat kat Abah mama, mungkin sebaya abah mama.


Bila sudah ketentuan sebegitu, harus la kita terima dengan redha. Kesian jugak bila diingatkan, keta yg eksiden tuh bukan la keta baru, nampak dah tua dah keta tuh, cam keta abah sy jugak, dah umur melebihi 10 thn dah keta tuh, sure nak claim insuran pun susah eks keta lama nih.



pic dr google



Alhamdulillah takde langgar keta atau motor yg tengah sibuk mengejar masa. Kesian sangat, rasa cam nak turun dan nak tolong. Masa tuh pun laluan kanan mmg tak bergerak pun. Tapi takut menguasai diri, mengigil kaki tau... rasa cam nak balik je... tp dah janji datang keja hari nih.. teruskan jugak.






 

Thursday, July 21, 2011

A.S.A.P

السلام عليکم


**Perbualan kami laki bini.. sambil2 belengang perut selepas kenyang makan malam..

Mama suka2 dok baca apa yg ditulis kat fail yg dipegang oleh salah sorang pelakon dlm cerita apa tah...

Mama: p.n.c - private and confidential

tiba-tiba.....

Papa: mama tau tak apa dia asap..??

Terkejut dan konfius... biasa arr.. wa nih jenis blur gak ok.. hhheee..

Mama : Asap...asap tuh smoke arr.. apa arr..

Papa: ada budak office papa kan.. dapat surat dari luar...tiba2 mengeluh2.. pastu tanya papa...
        'Asap apa lak nih En A..?? Asap kentut ke..?? hhheee'
         
Mama : ooo... Asap tuh rupanya..

Papa: apa dia.. tau ke..???

Mama : As Soon As Possible... [ngan gaya berlagak.. td dah cuak dah... hhhaaa]

Papa : ok.. kalu fyi..??

Mama : for your information... sonang batu.. hhheee..

Papa : kalu fya..??

Mama : for your attention la... [dlm hati dah blur dah.. hhhuuuu...]


Papa: kalu msg selalu org guna t4.. apa dia maksubnya..??

Mama : mama tak reti kalu shortform2 sms la.. mama cam org tua.. suka tulis biar jelas org baca..hhheee.. apa dia t4 tuh..??

Papa: mula2 papa pun confuse gak.. rupanya maksub dia topup la.. pelik sungguh kan..??

Mama : msg mcm semua org tau.. sudah arr... menyusahkan aje.. pelik..



**pic dr google....pnc....hhheeee...








Spontaneous Thursday: Roti Bakar

السلام عليکم


'Kalu ada roti bakar skrg beshnyer la.... '

Itu yg terdetik diminda. Kala sibuk ngan tugasan2 yg tak mampu nak ampu dah.. teringin nak menjamah roti bakar... lagi hitam hangit lagi sedap...

Tapi hanya sekadar diminda je la.. skrg apa pun takde.. yg ada hanya la memo keja yg berderet.. kena siap sebelum raya... dan borang cuti pun mama dah isi dah.. hanya tunggu nak hantar kat bos utk approved je.. ahaks..



Ps: bukan senang nak senang eks...^_^











♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Wednesday, July 20, 2011

Bila kita nak kawin ma..???

السلام عليکم

Suatu petang, masa mama ambik dia dari rumah MIL.... Tiba2 dia bersuara...


Maman : Bila kita nak kawin ma..??? [sambil pandang muka mama tengah drive keta]

Mama: Kawin..?? nape nak kawin..??? [Konfius tapi layan gak cakap dia...]

Maman: Ye la... semua orang kawin... bila kita nak kawin...???


Mama: Maman nak kawin ke...???


Maman: Ye la... nak kawin la nih.. tu maman tanya mama, bila nak kawin..??


Mama : Tah la.. mama tak tau la nak kawin bila.. bila eks..???


Maman : Tu la, ucu pulak tak de hari nih...

Mama: Nape ucu...???


Mama: Kan ucu nak kawin... mama tak tau ke..??? apa arr..


Mama: Mmg la mama tau ucu nak kawin... tiba2 je... [Konfius mama...hhhuuuu]

Maman : Mama kawin ngan papa la nanti... kan ma..??


Mama : Ye la.. nak kawin ngan sapa lagi..??? [ ada ke putera raja nak kawin ngan mama..??? besh gak eks...hhheee... gataiiii]

Mama : Kalu mama kawin ngan papa, maman kawin ngan sapa..???


Maman : hhheee..[ngan muka malu2 kucing] maman.. tengok la dulu.. hhheeee.... [ngan jelingan tak malu.. ahaks]


Apa dalam dompet maman..???

pic kami... hhheee...



Ps: tiba2 je tanya... susah jugak nak faham budak umur lima tahun nih kan.. dah nak kawin dah... hhhuuussshhh... bikin pening la ini budak...






 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥ 

WW Theme Kasih sayang

السلام عليکم












Tuesday, July 19, 2011

Peluk dan Cium Lebih Penting Buat Lelaki ?

السلام عليکم





Bukan rahsia lagi bila kaum lelaki lebih sering menginginkan seks, sedangkan perempuan lebih senang untuk dibelai atau dipeluk. Namun, sebuah penelitian terbaru menunjukkan bahwa stereotype itu mungkin telah berubah.

Kaum Adam ternyata juga memerlukan belaian dan ciuman. Pelukan dan ciuman, menurut hasil kajian bertaraf internasional yang digagas para ahli sosiologi dari Kinsey Institute of Indiana University, bahkan lebih penting dalam menentukan kebahagiaan para lelaki dibandingkan kaum wanita.

Kajian melibatkan lebih dari 1.000 pasangan di lima negara, yakni Amerika Serikat, Jerman, Sepanyol, Brazil, dan Jepun. Responden yang dilibatkan adalah mereka yang berusia antara 40 dan 70 tahun.

Semua pasangan yang menjadi objek dalam penyelidikan ini telah hidup bersama sekurangnya selama setahun pada saat kajian dilakukan. Namun, rata-rata dari mereka sudah tinggal bersama selama 25 tahun.

Hasil penyelidikan menunjukkan, semakin lama sebuah hubungan terjalin, para pasangan mengaku semakin bahagia dan menikmati kehidupan seksnya. Namun bagi kaum Hawa, semakin lama terikat dalam suatu hubungan, mereka semakin dapat menikmati seks yang lebih baik.

Studi yang dipublikasikan jurnal Archives of Sexual Behaviour ini juga menunjukkan, peluk cium ternyata tidak banyak berpengaruh pada kebahagiaan kaum perempuan. Sementara itu, di kalangan lelaki, mereka yang mencium dan memeluk pasangannya rata-rata tiga kali lebih bahagia dibandingkan yang tidak melakukannya.

Menurut peneliti Julia Heiman, kepuasan seksual di kalangan perempuan telah meningkat seiring bertambahnya usia karena mereka terus tumbuh dewasa dan mengalami sedikit tekanan.

"Mungkin para wanita lebih puas karena jangkaan mereka berubah, atau kehidupan menjadi berubah ketika anak-anak berkembang dewasa. Kami juga mengetahuinya dari penelitian lain bahwa menjalin hubungan jangka panjang memberi manfaat bagi kesehatan. Kini kami boleh belajar lebih banyak tentang apa yang membuat suatu hubungan menjadi tahan lama dan bahagia," ujar Heiman.

So, siapa sebenarnya yang lebih menikmati pelukan dan ciuman, lelaki ataukah wanita? Temukan jawabannya pada diri Anda yang selama ini merasakannya.

sumber : SINI



PS: amacam...??? mana yg betul.. renung2kan dan sama2 tahu.. ahaks..









♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Ahad hari Papa

السلام عليکم



Hari sabtu hari KECEWA mama... dan hari ahad hari gembira papa...

Pagi2 lagi sibuk mengejutkan kami... sibuk papa suruh mama siap... tp disebabkan mama frust dan sakit hati mama boh layan je... hhhaaa... buat siap lambat2... maman pun cam reti.. puas papa dia kejut bangun pagi tuh... tp dia pun boh layan gak... tak bangun2... hhheee... so papa kuar sorang je la... tp mama sempat pesan sarapan pagi utk kitaorg... [smpt lg tuh..]

tp papa pun boh layan... ahaks...
nak tak nak.. mama gak kena masak sarapan pagi.. hhheee.. dasar malas eks..

Papa kuar pagi balik tengahari, balik2 je sibuk bertanyakan kami dah mandi ke belum.. ayaaaa... kami sudah cun ma... ada ke ingat kami belum mandi..
Sibuk ajak mama lunch kat luar... dlm hati mama pelik gak tp laju lak siap.. keh..keh..

Pas lunch papa ajak gi cari shutter badminton, mlm nnt dia ada latihan.. [percaya la ye...latihan badminton aka utk slimkan body sambil2 berharapan akan ada kuar 4 ketak didada...hhheee..]

Cari shutter sudah tp last2 dia melencong ke kedai tayar... ingat nak buat apa... rupa2nya berjam-jam mama dan maman kena tunggu papa tukar tayar... geram sungguh... rupanya mama dah termakan umpan lunch ayam kampung la, patut la tak kisah je ajak mama lunch kat kedai tuan faridah ayam kampung, rupanya memujuk nak tukar tayar... cehhh...


aktiviti maman yg boring nunggu papa





Ps: tak habis2 eks pasal hari minggu yg frust la, yg kecewa la... hhhheeee... i'm okey sebenarnya... just rindu sgt kat kampung.... hhhmmm sebenarnya mama nak bermanja2 ngan Tok Ma dan Tok Bah sebelum diorang berjalan jauh... hhhuuu...
















Monday, July 18, 2011

Malam minggu yg FRUST

السلام عليکم

Malam minggu papa layankan kami yg buhsan nih.... maklum la mama dia ngah FRUST ....  hhheeeee

Tgk bunga api kat putrajaya.





sapa la kat depan tuh..:))





Pic tak elok sgt pun maklum la guna kamera tipon je...


Maman dah kali ke tiga tengok bunga api nih, mama tak larat nak ikut diorg, kena jalan jauh kalu nak tgk dari dekat... kali nih pun kami berhenti tepi jalan je... jadi la kan...^_^ 





Plan tak jadi.. kecewa tau...

السلام عليکم

Hari mingu nih sebenarnya mama plan seminggu lepas.. ajak papa balik kampung... uuukkkk... tp papa ckp tak dapet nak layan... kalu nak balik gak.. berangkat la dinda ngan bas dua tingkat tuh.... maman dah syok dah... tp mama tak kuasa nak sakit urat nak naik bas... hhhuuu... last minute pun adik ai tak jadi balik gak... anak dan hubby dia ditimpa demam... hhhuuuu... patah hati ai tau... sedih sungguh...

Makanya berlipat sirat la kami berdua... [ mama dan maman] bersilat mengemas dan menyepah rumah..

Maman celik2 mata dok belek benda nih... hhhuuu..






mcm anak org kaya je pagi mengira duit...



sy masih ok walaupun blm mandi lagi... ahaks..





Penawar Duka Mama

السلام عليکم


Banyak benda nak ceritera kat blog hari nih.. tp yg paling banyak ialah sakit kepala...

Puasa hari nih... dan masalah mama ialah.. sakit kepala... awal2 pagi dah berdenyut2... plus ngan hal2 pejabat yg kadang boleh buat mama nak menjerit stress... buhsan sungguh... cukup lama rasanya tak rasa enjoy bekerja... yg banyaknya stress... buhsan..

Stress... stress... mama belek pic nih.... tergelak pulak.... Nak tengok... Ni mama tepek kat sini...




Budak ceksi yg kena paksa buat keja sekolah.... apa2 pun botol susu dijadikan teman setia...

Nampak tak tali ukur mama..??? dia dok heret kehulu kehilir... hhhuuuu...












♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Friday, July 15, 2011

Kisah Dongeng

السلام عليکم

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja





Kisah Dongeng  -  Stacy















Maman dengan gincu pink

السلام عليکم


Cuba bayangkan.... Anak lelaki anda bergincu pink...!!!

OMG... terkejut kan...


tgk... ni buktinya...


+




+




+




+




+






+






+








+







+


Ni selepas di close-up kan... Pink tuh...


Bila ditanya, jawapan dia...

'Ala.. nak tengok je.. pink ke tak kaler dia... bukan apa-apa pun ma..'



PS: pening mama dia sekejap tau....


Notaciput: cuba teka sapa punya gincu pink ituew...???







Thursday, July 14, 2011

Debaran semakin deras

السلام عليکم

Jangan ditanya, memang berdebar....

Tapi kekadang orang tak sama ngan kita,
orang mungkin menabur janji tanpa sedar menabur pasir diperiuk sendiri..

Pernah meratib kat blog nih pasal benda INI

Sekarang start balik meratib balik..

Mungkin akan menjadi realiti..??

Berdebar tahan cipan dah mak nih nak oooiii..(^_^'')




PS: dah imejin macam2 dah nih... jika tak jadi jugak.. hhhuuuuuaaaaaa... kita bako je...






Tindakan sebegini wajarkah...???

السلام عليکم

Wanita anggap potong kemaluan suami wajar















Catherine Becker buang alat kelamin dalam tong sampah


LOS ANGELES: Seorang wanita California bertindak memotong kemaluan suaminya kerana percaya mangsa patut mendapat balasan itu ketika mereka dalam proses untuk bercerai.

Catherine Becker, 48, membuat panggilan 911 selepas kejadian kemudian ditahan polis. Dia didapati memasukkan ubat khayal dalam makanan suaminya terlebih dulu sebelum bertindak seterusnya, kata polis semalam.

Dia menghubungi pihak berkuasa selepas membuang kemaluan itu dalam tong sampah, kata jurucakap polis, Jeff Nightengale.

“Pasukan perubatan yang tiba, menemui mangsa terikat pada katil dan berlumuran darah pada bahagian kemaluannya. Isterinya memasukkan sejenis racun atau ubat yang tidak diketahui dalam makanan lelaki itu untuk membuatkan suaminya mengantuk.

“Dia mengikat tangan mangsa di katil dan sebaik bangun wanita berkenaan memotong kemaluannya dengan sebilah pisau,” kata Nightengale mengenai kes di Garden Grove, tenggara Los Angeles.

Sebahagian alat kelamin berkenan ditemui dan dibawa ke hospital tetapi tidak diketahui sama ada doktor dapat menyambungkannya semula.
Selepas tiba di tempat kejadian, polis melepaskan ikatan lelaki itu dan merampas tali serta pisau dapur sepanjang 10 inci (24 sentimeter) sebagai bukti.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan sedang dalam proses perceraian. Suspek memasak makan malam untuk mangsa. Suaminya memberitahu detektif bahawa dia percaya makanan itu terasa lain.

“Mangsa kemudian tertidur dan apabila bangun mendapati dirinya diikat di katil dengan isterinya menanggalkan pakaiannya sebelum memegang kemaluan dan memotongnya,” kata Nightengale.

Wanita terbabit juga ditahan kerana melakukan keganasan teruk, mengurung mangsa dan mendera pasangannya kemudian dibebaskan dengan jaminan AS$1 juta (RM3 juta).

Lelaki terbabit, yang namanya tidak disiarkan, menjalani pembedahan kecemasan dan masih dalam keadaan serius.

Insiden itu mengingatkan semula kes John Wayne Bobbitt pada 1933 yang dipotong kemaluannya dalam kejadian yang hampir sama. – AFP


Ps: adakah sebab musabah kerana Wanita Cantik..???
Bagi mama... rasanya tak berani nak buat gitu... tp kalu dah amarah menguasai diri... siapa tau kan...







♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Wednesday, July 13, 2011

Ah! wanita cantik hanya tambah stres

السلام عليکم




Lumrahnya lelaki akan berasa senang hati apabila didampingi wanita cantik. Manakan tidak, ia akan memberi kesan dia lelaki super hebat kerana dapat memikat wanita cantik.

Egonya akan melambung tinggi. Hatinya berbunga-bunga. Bangga setengah mati, hidup bagai di alam khayal. Yelah, siapa tidak mahu dikelilingi dengan benda-benda yang cantik. Siapa tak bangga pasangan yang mendampinginya cantik.

Lantas, semua wanita mahu dirinya cantik, atau sekurang-kurangnya mahu kelihatan cantik sehingga sanggup berbelanja sakan untuk tujuan itu atas alasan mahu menarik perhatian. Bukan pula untuk suami tetapi orang lain.

Buruknya nafsu mahu kelihatan cantik itu tak pernah reda, macam tiada sempadan. Yang sudah cantik, mahu lebih cantik. Yang tak cantik pun terlebih perasan mahu dirinya cantik seperti ratu.
Mungkin sebab itu produk kecantikan wanita lebih mudah dijual. Daripada sekecil pewarna kuku sehingga kosmetik, jamu, pil, suntikan kolagen, botox sehingga bedah plastik sentiasa menjadi buruan.

Tapi tahukah mereka, wanita cantik menurut satu kaji selidik ternyata berbahaya kepada kesihatan seorang lelaki.

Kaji selidik di Sepanyol oleh University of Valencia itu mendapati walaupun hanya lima minit berduaan dengan wanita cantik, ia sudah cukup untuk menambah kadar cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki.
Hormon stres, cortisol menurut kaji selidik tersebut akan tambah meningkat kepada lelaki yang percaya bahawa wanita cantik di sisinya itu sebenarnya di luar jangkauannya.
Cortisol dalam kadar yang kecil memberi kesan positif termasuk meningkatkan kewaspadaan tetapi jika kadarnya tinggi ia boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis, hipertensi malah lemah tenaga batin.

Juga didapati jumlah adrenalin yang dilepaskan oleh lelaki semasa berbual dengan wanita cantik yang baru dikenalinya sama tingginya dengan seseorang yang mahu melakukan terjunan payung terjun. Bayangkan debar mahupun keterujaan yang perlu ditanggung dalam keadaan begitu.

Apatah lagi jika lelaki itu berharap untuk menjalin hubungan lebih akrab, sedangkan dia tahu banyak rintangan dan halangan yang tidak mampu untuk ditempuh. Maka, akan angaulah dia yang tidur tak lena, makan tak kenyang. Jadilah stres tak tentu fasal.

Mereka yang sudah beristeri dalam hati berkata, kalaulah aku masih bujang dan waktu boleh diundur. Yang hujang pula akan berkata-kata, kalaulah aku ada kemampuan kerana persaingan sengit untuk mendapatkannya.

Kaji selidik itu tentu sekali memberi khabar buruk kepada wanita cantik. Kalaupun hanya berbual lima minit sudah cukup melonjakkan kadar hormon stres lelaki, bayangkan jika berhubungan untuk jangka masa panjang. Tentu lebih banyak ujian dan cabarannya.

Yang tentu paling dibimbangi teman wanita cantik milik kita itu akan terpikat atau dipikat lelaki lain. Maka, hidup akan dibelenggu dengan kecurigaan dan kecemburuan.

Mungkin ini juga jawapan mengapa lelaki masih berpaling kepada wanita lain sedangkan kekasih atau isterinya ‘diiktiraf’ cantik. Barangkali hormon stres mereka sudah tinggi lantas mahu melepaskan diri daripada beban yang terpaksa ditanggung itu.

Jelaslah, buruk kesannya jika kecantikan yang dianugerahkan kepada wanita tidak diurus dengan baik. Jadi sedikit nasihat kepada wanita cantik, janganlah bermegah sangat dan menunjuk-nunjuk kecantikan yang ada. Cantik fizikal sahaja bukan modal untuk mengikat lelaki.
Berpada-padalah kerana anda sebenarnya hanya bikin lelaki stres dan alangkah eloknya cantik fizikal itu diimbangi dengan kecantikan dalaman. Molek adabnya, elok pula budi pekerti. Tapi zaman sekarang sukar untuk menemui wanita sekelas ini.
Juga berhati-hatilah wahai lelaki bila berhadapan dengan wanita cantik terutama yang mahu mempergunakan kecantikannya untuk tujuan tersirat. Wanita yang berperangai begini tentu sekali bakal meningkatkan kadar hormon stres lelaki berlipat kali ganda.



Sumber : Utusan Onlines

Ps: aku bukan golongan cantik... aku yang sedang-sedang saja... ^_^




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Maman cuba berdikari

السلام عليکم


Banyak benda nak diceritakan tp tak mampu dihuraikan...

Terharu bila maman cuba2 sendiri membersihkan diri selepas buang air besar... mungkin terfikir nak cuba buat sendiri selepas mama selalu suruh dia buat sendiri... terharu mama.. atleast dia ada fikir atau dengar kata2 mama utk cuba sendiri...

Maman cuba buat susu sendiri walaupun tanpa guna air panas... dia tak berani nak masukkan air panas dalam botol... gamaknya dia fikir.. takpe la takde air panas pun janji ada susu...


Maman cuba tidur sendiri masa papa takde... walaupun nmpk susah tp akhirnya berjaya juga.. tapi pastinya harus dibekalkan ngan sebotol susu dan lampu dipasang. Selalunya bila dia nak tidur papa harus temankan dia.. bila dah lena br papa tinggalkan.. dasar teruna penakut...


 ini tidak adil.. tidak adil [lagu yuna - penakut]

Ps: tanpa pic dalam blog mama yana terasa seakan sepi.. so tepek jugak satu....^_^










Tuesday, July 12, 2011

Blaus Idaman Melaya

السلام عليکم


Masa baca entry kat atas dan terfikir yg mama nak jual blaus..?? tidak.. tidak...

Walaupun mama nih kelahiran jati kelantan yg terkenal ngan wanita2nya gigih berniaga utk menampung kehidupan. Tapi mama tak ada 'spirit' utk meniaga...
selalu juga kawan2 suruh belikan tudung [masa tudung bawal ngah in dulu]
akan tetapi selalu tak sampai hati nak upkan harga atau kekadang mama lak yg kehabisan modal... maknanya mama jual kat kawan2 harga lagi murah dr mama beli... rugi banyak arr kalu nak meniaga...
mati modal tengah jalan je la... hhhhaaaa..

Apa yg merapu nih yana... hhhuuuu..

Motif utama entry hari ni sebenarnya nak menbincangkan tentang... blaus.. blaus idaman melaya...

Sapa2 yg keja swasta tau la maksub mama... tak fahammmm...??? so mama faham sorang je la nih..???

Ok..ok... merapu panjang sgt dah nih... masa itu emas.. jgn dok membazirkan masa utk update blog.. keja esok nak summit.. hhhhaaa... stayback by river arr tonight...

Bukan apa sebenarnya... pagi2 bg kami yg keja swasta nih... selalunya kami bertemankan blaus2 yg simple dan digayakan ngan slaur slack serta dihiasi ngan tudung yg jugak simple. Hari2  camgitu la... kekadang diselangselikan dengan baju kurung atau kebaya yg jugak simple... [simple ke kalu pakai baju kebaya..???]

Selalunya jika kita2 nak cari blaus utk kerja... kat mana kawan2 beli..???
Me..??? mana2 pun blh... janji cantik, selesa dan agak2 menutup aurat... Mengape agak2 menutup aurat..?? Pasal selalunya... yg ada dipasaran... yg selalu berkenan dimata... blaus yg labuh tp tangan tiga suku.... hhhhhaaaa... menutup aurat ke gitu...??? Semasa beli mesti fikir... takpe nnt pakai lengan yg kita beli 4-5 ringgit kat pasar malam atau pasaraya...yg tutup tangan sampai pangkal tangan tuh... kawan2 mesti tau kan...

Tp realitinya... masa pakai dipagi hari.. dengan kocoh2nya... lupa sudah lengan yg dok asing tuh kat mana2 tah... hhhhaaa... sudah2nya membuka aurat juga kan...

Sekian takirah yg apa2 tah dr saya, puan mama yana dihari ini... sila beringat utk terus-terusan meningati utk menutup aurat dengan lebih baik selepas ini.

Ps: nak tepek pic kononnya nak tunjuk maksub kelupaan/kealpaan mama yg tak menutup aurat cara betul.. tp jika tunjuk sah2 la menjaja aurat sendiri kan... so lupakan je la... lagi naif lagi jika dipamerkan.. betul tak..??






layankan je la kak nab ngan kawan dia bersarapan nih...










♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Monday, July 11, 2011

Follower ku Ilang

السلام عليکم

Skrg br faham mengapa org dok bising2 follower ilang... mama pun hilang kesemuanya follower mama.. apakah...???


main sorok2 lak kan...

Ps: bantuan.. bantuan... tolon camna nak setelkan masalah nih...??




Impian Berilusi

السلام عليکم

Aku memang suka berimpian... selalu berlegar2 difikiran berbagai ilusi tentang kehidupan...

Suka jika menjadi org senang... senang dari segi ekonomi dan dr segi hati...
Tapi banyak kali tersentak...
Aahhh... rupanya aku hanya berilusi dan dibawa arus mimpi...
Tapi indah sekali... walaupun bila difikirkan seakan2 tak ada penghujungnya...

Indah sekali... bahagia sekali...
Aku terfikir dengan kata2 ini...
'kita takkan jumpa bahagia... sebenarnya sepanjang perjalanan mencari bahagia, itulah sebenarnya bahagia...'

Kata2 itu bukan dr mana2 petikan pesohor novelis atau sapa2... [aku lupa sebenarnya...]

Tapi kata2 itu menbuat aku berfikir panjang..




Bersih ke..???

السلام عليکم

BERSIH....??? tak kuasa mak nak bersih2 nyer... buat sakit pala je... mama pun takde pun koleksi baju kuning nih... banyak yg kaler lain... hhheee... maklum la bukan keturunan diraja kita... org biasa2 je...

Hari minggu yg tersanggat lembau... sakit kepala sehari suntuk disamping mmg takde plan kemana2... baring dan layan budak cumil sorang tuh je la... hhheee... papa pun blk keja merungut2 pasal jem jalan nih... tak pasal2 menambahkan keja lak nak tau jalan mana yg blh driver dia blh jalan.. kebanyakannya sangkut pasal jalan ke kl semuanya ada roadblock kan... hhhuuu.. for info kawan2 papa planner utk kontena2 atau lori2 kecil utk menghantar brg2 dagangan kesesuatu tmpt... bila jem nih byk yg tersangkut la... pening pala gak kan...

Hari ahad kan ada floria kat putrajaya.. sabtu pun ada gak kan... tp sabtu tu ai dah bantai beauty sleeping je seharian so kansel arr ari sabtu tuh... hhheee... bila tanya papa nak gi ke...?? dia kata tak payah la... pasal kaki mama tuh bukannya blh jalan jauh.. kot2 kena parking jauh nnt mama lak tambah sakit pala... hhhuuu... bukan setakat sakit pala kaki pun sakit... so layan kan dok umah je... papa dok ulang balik umah MIL je la kan... maklum la dekat.. hhheee..

Belah malam papa je bawa mama gi tgk bunga api kat putrajaya... mama buat urusan potong kaki sluar papa dan lepak2 sambil mengemas rumah... hhhuuu...

Sekian sudah cite hari minggu kami.. anda sudah pasti ceria berjalan2 hari minggu kan..??? hhheee... takpe la.. kalu jadi maybe next week mama dpt jalan jauh... wait n see je kan... ^_^


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Friday, July 8, 2011

Maman bukan 'adik' lagi!!!!

السلام عليکم

Hahaha... Tajuk takleh blah tuh la....

Maman sekarang tak suka jika mama panggil dia sebagai adik... kekadang terbiasa panggil adik kat dia...
katanya... 'jgn la pangil adik..adik... panggil maman la.. maman nama Aiman Hakimi'

Sejak sekolah nih dah nampak la perbezaannya sedikit...
dulu asyik nak menangis je.. cembeng sungguh... suruh makan pun nangis tau.. hhhuuuu.. [rasa cam mama dia lak nak nangis melayan kerenah manja dia nih]

sekarang pagi sudah senang bangun dan akan terus mandi... pastu melengeng bogel selagi tak dihulurkan baju utk dia pakai... dia pakai baju sendiri je skrg...
pastu bila nak pegi kuar.. dia tarik beg sekolah dan ikut je diam2... tak banyak kerenah mcm zaman kecik2 dulu... [dah besar dah kan anak bujang mama]

malah susu pun dah kurang sekarang... dulu asalkan celik mata.... 'susu... nak susu..' smpi la dpt susu botol.

Pakaian pun sekarang dah pandai bergaya dah... pandai pilih dah apa warna dia berkenan... dah pandai pakai kasut [dulu pakai selipar buruk nak putus tuh je la.. puas suruh pakai kasut tak moh.. taksil... hhheee ]


no more 'adik' plezz....


Ps: ensem tak caya..???  Bagi mama u always 'adik busyuk' mama...


Yehaaa... jom nari sama yok...

السلام عليکم



yale... yale... menari gumbira...

jumaat sudah.... yesss... nak cuti wei....











Thursday, July 7, 2011

7778

السلام عليکم

Kawan2 dah sarapan..?? kita baru sudah.. breakfast sambil2 buat keja... hhhaaa.. kami kat sini takde pantry ok... so takleh nak bergosip lebih arr... tp gosip gak.. hhhaaaa...

Ramai yg meneka... ramai yg meramal.... ada yg minta dijelaskan..

Bila mama suruh teka.. terus diam... hhhaaaa... dan pageview blog mamayana terus jatuh berdesup... hhhaaa... sapa suruh main teka-teki.. org sekarang nak cepat dah... takde masa nak berbasa-basi eks...hhhheeee...

Ok la ai cite ok.. hhheee... sebenarnya banyak memori ngan no tuh... salah satunya ialah pada 7/7/77
merupakan tarikh keramat Tok Ma dan Tok Abah [ibubapa mama yana] bernikah dan penyatuan dua hati mereka maka lahir la mama yana yg cumil nih pd tahun 78.. hhhaaaa.. makanya kawan2 pun tahu juga yg umur sebenar mama sekarang kan.. hhhhaaa... not to old arrr...

So mama suka la ngan gabungan no 7778. Kalu ada selain itu pun mama takleh la nak cite... biarkan rahsia... hhheee..

budak nih pun wujud bila wujudnya mama kan....^_^



Ps: Rindu kat Tok Ma dan Tok Bah... hhhuuu.. agak2 la kan.. mrk sambut ke aniversary mereka ari nih.. dah ke berapa eks..??? hhheeee...








Wednesday, July 6, 2011

Bila Dah Pandai...

السلام عليکم

Maman dah pandai pau org... hhhuuu..
Buya dia [sil mama] jd mangsa...
Balik senyum2...
Bila tanya apa benda kat tangan...
terus ckp benda kecik je ma... aduh hai...






Geram pipi... gigit sikit boleh...^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...