Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, September 28, 2012

Merepek jap eks.. :p

Salam..

Bila ingatkan hari minggu.. seronoknya la.. berangan nak santak tidur smpi tghari, nak lepak2 mengumpul tenaga.. (tuh yg gemuk tuh kannn)

realitinya.. kerjarumah mmg takkan ada yg habis2.. mengemas, membasuh dan memasak (tp selalu skip bab memasak tuh.. hehe) belum bab nak berjalan tuh kann.. ada jew dlm kepala kannn.. skrg kann.. teringin or ter'imagine' dok ditepi pantai.. pantai bagan lalang pun jadi la.. ambik angin smpi 'sebu' perut.. dpt lak makan seefood yg segar2.. nikmatnya kann.. :D

skrg keja office banyak sgt.. merepek di fb sekadar luahan rasa.. mengharapkan laki tgk kat fb tp haremm ok.. so better mama positif thinking jer la.. fikir benda baik2 makanya akan dtg benda2 baik dlm hidup kita kann.. amin.

nih merepek utk hilang kan keserabutan fikiran lagipun takde benda nak update blog.. takut lak org lupa bila tak update..(itu adalah khayalan si penulis blog sendiri ok.. hew..hew.. hew..)


ok la... bye..:p





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

badak air sedang di gosok gigi!!


badak air bertuah ni dibela di zoo shanghai..3 kali seminggu gigi badak air ni akan di gosok oleh penjaganya..





tgk tuh.. teringat kat anak.. rongak dah gigi.. malas nak gosok gigi sgt.. huhu.. perpagi mmg bergaduh jew la.. ada jew drama kalu suruh gosok gigi..


pic yg dia ambik sendiri.. amboi camera whore nampak.. hahaha

*geleng kepala*

bdk2 sekarang kennnnn

:p


***pic badak dr email.. pic maman sendiri dia ambik. sekian.




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Wednesday, September 26, 2012

Nikmat dunia

Syukur sesangat dgn nikmat hari ini. Alhamdulillah.. :p


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Cikgu Rimau


Salam...

Pasti korang dah baca pasal artikel nih kann.. bg yg belum sila baca kat bawah nih.. mama copy paste dr kiriman email.




Cikgu Rimau, Gigit Lengan Murid Sebab Tak Boleh Sebut Perkataan ‘Boy’s’

KAJANG : Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.
Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik. – Metro




Bagi kita yg ada anak nih.. kompom seriau kann.. siap ada nickname cikgu rimau lg.. dasyat.. ibu rimau aka mama yana..?? hahaha.. no-no-no.. taknak2 ok.. :P

nih kisah kami.. mama dengan maman..

mama: nape muka maman tuh..? (ada kesan calar kat muka..)
bila tanya terus cembeng (nak nangis)

maman: ada kawan maman.. budak besar tolak maman ma.. huhuhu (dah nangis ok)

mama: biar betul.. nape..?? dia minta duit ke..??

maman: yer ma..

mama: cikgu takde ke..?? tak ckp ngan cikgu..??

maman: kat kantin ma.. cikgu takde..(ekspesi muka sedih sambil sapu airmata)

mama: yer ke..?? bukan jatuh basikal..??

maman: bukan la.. kwn sekolah besar tolak.. (nangis lg)

mama: nnt esok ckp ngan cikgu tau.. jangan nak lawan2.. jangan nak gaduh2.. ckp ngan bdk tuh.. maman takde duit..

maman: ok.. (diam sambil ambik roti, sapu jem dan makan)


mama tau maman nih manja.. tapi satu hal, mama kena gak tanya dan dengar apa dia cite kann.. tp bila dibelek kesan calar kat tangan, muka dan kaki dia tuh.. rasanya cam jatuh basikal..

bila papa blk.. papa ckp yg wan (mil) call dan ckp maman jatuh basikal.. tuh yg calar balar muka anak tuh.. ceh.. 6thn dah pandai tipu mama yer.. kena 'bebel' ngan papa la mlm semalam..

susahnya nak faham yg mana betul dia cite kat kita.. last2 dia ngaku yg dia sebenarnya jatuh basikal.. aduhai.. kita dah angin dah.. dok ingat bdk2 samseng la.. cikgu tak perhatikan murid2 la.. kannn.. rupanya lain citenyer.. aduhai.. susahnyer jadi mak bapak nih.. :(

mama dah call cikgu dia dah.. cuma cikgu tuh tak angkat jew.. well saja call utk tanya kot2 dia tau ke apa ke..?? nak tau gak suasana sekolah dia camner kann.. gamaknya nak kena cuti sehari utk mengintai anak kat sekolah lak kot.. hahaha.. ke mama nih over react..?? hhhmmmm...

cite diatas dan cite dibawah adalah benda berbeza tp ada samanya.. samanya ialah ianya berkaitan tentang anak2 dimasa sekarang nih.. nakal2 pun anak kita jugak kann.. kena pantau jugak kann..







Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Tuesday, September 25, 2012

Keluarga Iskandar

Slm..

me salah sorang peminat cite bersiri Keluarga Iskandar kat astro 104 ke 105...(tak sure lak psl suka tukar2 rancangan.. hehehe) mmg menghiburkan sungguh.. siri2 setiap episod tuh mmg banyak bagi penginsafan dan cukup2 kelakar.. hahaha

nih mama kongsikan sipnosis cite nih... :P









Sinopsis Episod Drama Keluarga Iskandar

Episode 1
Keluarga Mak Jah bersiap-siap untuk perkahwinan Azlan tetapi masalahnya, Azlan tidak mahu naik pelamin. Pada masa yang sama, Kamal, suami Azura mendedahkan bahawa beliau belum memberitahu isterinya yang beliau telah diberhentikan kerja sejak 3 bulan yang lepas.

Episode 2
Azlan teruja memulakan hidup barunya bersama dengan Nur tetapi baru mendapat tahu bahawa Jojo, anak Nur, tidak suka Azlan berkahwin dengan Nur. Lebih teruk Lagi, Jojo mengugut Azman. Kamal mereka cerita tentang seorang pekerja yang telah dibuang kerja disebabkan sakit perut kepada Azura tetapi penipuannya diambil serius oleh Azura dan membuat Kamal terperangkap. Pada masa yang sama, Adibah terpaksa berkongsi bilik dengan Mak Jah yang sering mengigau.

Episode 3
Kay ( Kak Ngah ) dan Abang Ngah mendapat tahu bahawa anak kandung mereka Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat mereka Salahuddin amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing. Apabila Adibah dengan berjayanya mendisiplinkan seorang kanak-kanak mengada di sebuah restoran, Azlan meminta tunjuk Adibah bagaimana untuk mendisiplinkan kanak-kanak.

Episode 4
Hari Ramadhan Pertama bersama keluarga Iskandar. Kamal dan Azura terlepas sahur, Azlan tidak bersetuju apabila mendapat tahu Nur mengupah Jojo duit untuk berpuasa, Abang Ngah dan anak-anak lelakinya lemah menonton tv sepanjang hari dan dari pengalaman tahun-tahun sebelum, Mak Jah tidak mahu memasak disebabkan ketamakkan anak-anak membeli makanan berlambak semasa puasa.

Episode 5
Kamal tidak dapat bergaul dengan adik beradik Jua semasa bulan puasa terutama sewaktu bermain bunga api dan mercun kerana phobianya takut dengan api. Mak Jah cuba mengekalkan tradisi membuat kuih raya tetapi anak-anaknya lebih gemar membeli kuih raya.

Episode 6
Adibah dipaksa oleh Mak Jah untuk mengambil kursus Ekonomi seperti arwah suaminya, Haji Iskandar.

Episode 7
Abang Long mendapat tahu bahawa Kamal telah diberhentikan kerja dan sudah sekian lama menipu pada Azura.

Episode 8
Mak Jah masuk Facebook dan menyebabkan satu Keluarga Iskandar havoc. Sejak mengetahui rahsia Kamal sudah diberhentikan kerja, Kamal dibuli Abang Long .

Episode 9
Azura memberikan Kamal layanan senyap ( silent treatment) sejak mengetahui yang Kamal telah menipu beliau selama beberapa bulan. Ini membuat Kamal tidak senang hati.
Kak Ngah dan Abang Ngah panik apabila Om ketagih dengan permainan Angry Birds.

Episode 10
Gilirin Kak Ngah untuk mengatur jamuan hari jadi Mak Jah tetapi segala cadangan Kak Ngah tidak diterima oleh adik beradik yang lain disebabkan masalah bajet. Pada masa yang sama Kamal mula bekerja dengan Abang Ngah tetapi Abang Ngah merasakan Kamal seorang yang pelik.

Episode 11
Norlina, sepupu yang paling poyo dan tidak disukai oleh semua ahli Keluarga Iskandar datang melawat dan membuat semua orang sakit hati.

Episode 12
Hari jadi Om dan Adibah memberi Om hadiah arnab yang tidak di sukai oleh Kak Ngah. Pada masa yang sama, adik Kak Ngah , Rubi datang melawat dan memberi Mak Jah peluang untuk berbicara dalam bahasa Inggeris.

Episode 13
Apabila Azlan menawarkan rumahnya dan Nur membuat kenduri doa selamat, semua ahli keluarga cuba menyakinkan beliau agar buat di rumah lain disebabkan rumah mereka yang kotor.
Abang-abang Adibah tidak berkenan dengan pilihannya seorang lelaki berambut panjang.

Episode 14
Salahuddin hairan kenapa jenis darahnya tidak sama dengan jenis darah ibubapanya. Kamal yang rajin posting resipi istimewanya di YOUTUBE dapat tawaran untuk menjadi hos rancangan memasak dan ini tidak dipersetujui Azura.

Episode 15
Azlan kecewa bila mendapat tahu Kak Ngah mengandung sekali lagi dan beliau dan Nur masih gagal mendapatkan anak. Kak Ngah dan Abang Ngah membawa Salahuddin berjumpa dengan Azman Tugiman, ayah kandung Salahuddin. Kamal yang rajin posting resipi istimewanya di YOUTUBE dapat tawaran untuk menjadi hos rancangan memasak dan ini tidak dipersetujui Azura.



so jom sama2 menunggu rancangan nih.. cite ni ditayangkan setiap selasa kul 10mlm.. hehehe.. kalu tak sempat boleh tgk siaran ulangan tp tak sure sgt yg ulangan tuh sebab mama kekadangan tak peratikan sgt kul berapa dan waktu mana.. main tgk jew ulang2.. tp ulang2 pun besh jew.. hahaha

skrg dah masuk episod yg ke 12 dah nih... tak syok arr pasni bila rancangan nih habis.. huhuhu





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Bangga seh..!!

Slm..^_^

sapa sangka.. buah cempedak jadi nangka.. hehehe.. berbunga hati ini.. sesuai lak ngan arini pakai serba pink putih.. sungguh ayu sekali.. pui.. *perasan kau jah*



tuh..tuh.. nampak tak.. hehehe

blogger fames like amos men'follow' blog mama yg picisan nih.. aduh.. bangga seh.. !!!

sapa la yg tak bangga kannn...

:)


Ok nak sambung 'bangga' diri jap.. daaaaa





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************

Monday, September 24, 2012

Hari Minggu yang lalu...*alasan*

slm..

bila majuk, baru ada yg nak pujuk.. tiba2 jew ajak jejalan2 ke sogo.. huhuhu.. tak tau ada sale apa kat sana.. dlm kepala mmg lama dah terfikir nak cr baju harian utk maman.. sian jew tgk baju dia.. kejap je nampak lusuh dan singkat..

sampai2 je.. mmg ada sale.. tp sale utk kaum wanita.. papa ckp la.. 'mmg perem je yg suka berabis duit kalu ada sale pun'   apakah.. benar seperti dikata..?? hahaha.. *geleng kepala je smbil senyum*

boring menengok lambak2 baju bajan, lambakan baju2 dalaman.. mama ajak naik atas.. tgk kat kawasan baju anak.. well.. frust sebenarnya.. usahkan ada sale utk anak lelaki berusia 6thn... malah baju harian utk budak 6 tahun pun takde.. adakah.. ibu2 pakaikan seluar jean dan t'shirt dirumah anda sebagai baju harian..?? huhu.. mama nak cari t'shirt sepasang ngan seluar pendek yg selesa utk anak mama yg kuat berpeluh dan lasak itu.. ke kaedah sebegitu tidak relevan lg.. *konfius jap*

dah tu.. mengikut jew la papa membelek2 baju diruangan lelaki.. takde beli apa2 sebab mama tak approved.. hahaha.. *poket kering.. nak kita banjer tp kita pun tak gaji lagi kannn*


dah tu.. jejalan diruangan wanita yg banyak sale tuh.. hhmmmm... hati takde mood nak shopping.. (*alasan eks.. sila rujuk alasan diatas) hahaha.. kuar dr sogo yg megah ngan sale tuh.. jejalan kat jalan TAR.. kekonon ai bg alasan nak cr tudung barang selai (selalu beli tudung murah2 jew*alasan*)

korang pernah dgr perpatah.. 'cucuk tak menanah' yessssss.. uols.. ai terbeli kain sepasang.. dan-dan terbagi alasan.. utk raya aji nnt.. aduh.. katne la nak antar jahit nih.. ai malas nak menjahit.. hahaha.. *teruk kann*

kuar situ, masuk lak kedai hari-hari... huh.. beli lak baju t'shirt putih utk maman.. baju t'shirt dia dah jadi cam belacan dah.. stress tgk.. :p dr beli t'shirt putih papa suruh je beli baju yg tersangkut yg gmbr ben10 tuh selai sua.. so beli la 3 helai.. murah2.. buat syarat jew.. pasni jd belacan gak la tuh... :)

kuar situ, nmpk lak org ramai2 kat kedai baju wanita nih.. tudung pun dia jual murah2.. oh kedai Muaz textiles... murah2 uols.. sini pun tercucuk menanah gak.. sini dgn laki2 ai pun sibuk menbelek dan memilih.. hahaha.. di sampuk hantu dlm kedai muaz tuh wei kami laki bini.. huh.. time memilih tak hengat2.. time membayar br rasa mengigil.. hahaha.. kuar2 jew dr situ.. ajak papa balik.. kikiki..

tp takleh balik lagi pasal papa mmg ada plan nak ke bangi, so ke bangi lak.. beli brg papa.. on the back tuh.. singgah kat warta bangi.. huh.. beli lak kerongsang.. aduh mmg cun uols.. habis rabak poket penangan pujukan papa nih.. hahahaha.. bukan majuk mana pun.. mama just ckp jew.. jiran kitaorg laki dia bawa gi melaka sebab memujuk.. :P

perasan tak banyaknyer pengunaan alasan dlm karangan ai.. so dengan ini ai stop dulu la yer.. nnt terkuar banyak lagi alasan.. hahaha.. alasannnnnn sggttt... :)


pic : google.



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Hiburan Hebat

salam..

ada satu pengkongsian buat anda.. tp satu pesanan.. just angap sebagai hiburan jew yer.. mmg terbaik sgt.. nak tgk.. klik sini.. HIBURAN


sumber: email.



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************

Semangat yg hilang

Salam..

Skrg kan dah start masterchef musim dua kat astro 104.. so mmg layan la.. hahaha.. tp yg nak mama kongsi sini ialah masterchef USA masa audition diorg.. season 3.. baru jugak start nih.. mmg memberi keinsafan dan semangat tgk kesungguhan peserta yg nih..





Inspiring MasterChef USA Audition (Season 3 Episode 1) - Christine Ha


beliau buta tp beliau minat pada bidang masakan.. dan beliau diterima masuk bertanding.. mmg satu cabaran yg berdouble2 la kann.. terfikir kat diri sendiri, yg elok2 ada mata nih, yg boleh lagi bergerak bebas wlpun takleh lasak2.. dok malas nak masak.. apakah masalah yg terbesar lg selain dgn MALAS.. mmg besar sesangat kann...

jom pakat masak uols.. hahaha.. *jgn la down mood lg kann..*





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Saturday, September 22, 2012

Bloglist kesuma angsana






apa KA tanya.....??? kenapa nak masuk bloglist KA..????

jawapan Mama Yana...

sebab nak terus bersilatulrahim dengan KA buat selamanya.... :p


so diharapkan KA sudi la terima mama yana yg comot nih...



~yg lain... apa lg... jom la pakat ramai2 masuk bloglist KA... terbaik tau... ~





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)




*
*************************

Biar Betul!! Casing Iphone 5 Bernilai RM 300,000





Anda kaya gila jika casing telefon anda lebih mahal dari peranti itu sendiri. Casing ini dibuat oleh The Natural Sapphire company menggunakan 18 karat emas putih, 830 batu nilam Ceylon sebanyak 169.8 carats. Lambang Apple di belakang casing ini pula diperbuat dari batu delima sebanyak 2.28 karat. Sila bayar USD 100 000 (RM 300 000) untuk memilikinya sekarang. Sanggupkah anda..??


copy n paste dr email.


~Salah satu cabang GILA.. (sambung sendiri...hahaha..) ~





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************

Friday, September 21, 2012

Tudung 3 Layer Mama Yana




slm..

cantek tak..?? hahaha.. Beli kat Mundok masa balik merdeka aritu.. murah jew uols.. kalu nak harapkan tudung fareda, smpi sudah la tak beli.. tak smpi diakal mama nak kuarkan rm200 utk sehelai tudung.. *org kedek gitu la kannn.. ada mak kesah.. mata keatas*

bila dah ada nih.. tak reti lak nak pakai bila... nak pakai gi keja cam tak kena je... try2 dah byk kali... rasa cam tak kena lak... perem eks... :p

nnt bila dah pakai kita update eks... hehe... *malu laks* haha





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Hanya Kerana Allah


Titian istiqamah itu bukan mudah diharungi. Walaupun luas perjalanannya hanya sekangkang kera tapi pandangan kita menjadi kabur tatkala singgah di pertengahan jalan. Objektif dan niat itu sudah sudah ditetapkan namun dek kerana sekatan-sekatan yang menggoda, kita tewas tanpa sempat mencuba.

Kondisi fizikal yang dikuasai nafsu seringkali dapat menewaskan kehendak fitrah nurani di jiwa ibarat memecahkan kacang, sungguh mudah. Sedangkan yang dikejar itu baik, mengapa diuji hingga sebegini rupa?

Begitu halnya yang dapat dititipkan dalam mukadimah di atas tentang istiqamah. Suatu proses didikan hati untuk berikhlas, melibatkan lambakan perasaan yang tiada penghujung. Mendepani hiba, sengsara, derita, sedih dan kecewa semata-semata untuk menggapai keikhlasan dalam beramal untuk Tuhan Yang Esa, Allah Yang Murah dengan pemberian-Nya. Hanya Mukmin yang betul-betul bertakwa akan berjaya memilikinya. Beruntunglah bagi mereka.

Bagaimana dengan kita?

Ikhlas itu membawa manusia menyelusuri jalan hidayah. Destinasi yang dituju penuh dengan limpahan kebenaran hidup. Di situ segala kekusutan dan permasalahan akan terungkai dengan taufik yang dibekal oleh kemantapan iman. Namun hendak mengecapnya cukup payah, kita mendepani keremukan perasaan, mungkin kerana rasa tidak dihargai, tidak dimengerti mahupun dipinggir dan disisihkan. Maka kita susah untuk ikhlas kerana itu ikhlas itu bermaksud beramal semata-mata kerana Allah.

Manusia harus akui, kita sering cuba menarik perhatian orang lain tumpu pada kita. Mengakui kebolehan ataupun bakat yang kita ada. Menjadi orang yang dikagumi dan disanjungi mereka. Betul tak? Ya. Kita sering mengharapkan pandangan tinggi daripada mereka. Kata-kata pujian mereka. Malangnya bukan selalu kehendak itu akan dipenuhi. Acap kali simptom ini mengakibatkan kekecewaan dan derita yang berpanjangan. Kerana apa?

Andai kita mengharapkan kasih manusia mungkin saban tahun ia berubah menjadi benci. Kalau kita mencari kecintaan daripada manusia mungkin cinta tidak terbalas. Sekiranya kita mengharapkan penghargaan daripada manusia mungkin siapa jamin ia dapat bertahan lama.Akhirnya kita yang menjadi tidak keruan. Jangan salahkan sesiapa derita kekecewaan yang kita dapat kerana kita yang mencari nahas. Mengapa cari yang tidak kekal sedangkan Allah itu ada?

Kerana itu pentingnya ikhlas yang dianjurkan Islam. Suatu pekerjaan dan amalan bersandarkan semata-mata mengharapkan perhatian, rahmat, pertolongan, kebahagian dan keredhaan daripada Allah! Itulah ikhlas. Mana mungkin Allah membiarkan hamba-hamba-Nya bersendirian.


sumber: email.




~Ya Tuhanku, kukuhkan keimanan ku, tabahkan aku menghadapi dugaan mendatang, buka pintu hati utk melihat apa yg terbaik buatku.. tetapkan dihati semua umatmu segala2 kebaikan utk didunia dan akhirat.. ~





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************

Thursday, September 20, 2012

Episod baru utk faham Blogger New Interface..

slm...

terkebil2 td bila buka blog sendiri.. sudah bermula blogger new interface... dlm ati.. 'aaarrrrgghh.. mai dah dia... mmg dah lama dia suruh tukar tp tak pandai la nak guna..' interface yg lama lg bagus la.. lagi mesra penggunaannya.. nih yg baru nih.. rasa cam pelik sgt.. huhuhuhu



org lain yg dah lama guna pasti dah terer.. tolong bak sini tips sikit.. hehehe..


~susah jika org keteqaq nih kann.. :) ~






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************

Siannyer la.. :p

salam..

Dah keja sini dah dekat 3bulan lebih... kekadang rasa sunyi.. sebab selalu kat company lama ai suka pasang lagu.. pasang slow je smpi kekadang tak perasan dah banyak kali ulang lagu sama.. yg perasan ialah org dok sebelah.. hahaha.. ai buat lg sebagai peneman jew..:)

sini lak.. ngak bisa dengar sebarang lagu.. ala2 pekak punya pc.. so boring if keja tak mencabar minda.. tp disebabkan bulan2 sebelum nih atau hari2 sebelum hari nih busy so tak la terasa sgt.. so bila keja sudah siap, hati sudah senang.. tp tak bisa nak berhibur ok.. aduhai..



belek punya belek.. kelebek punya kelebek.. cocok earphone.. huhu.. aritu gamaknya salah cocok, suara takde kuar.. arini suara kuar.. sure salah cocok kannn.. nasib kann... so berhibur la tp takde besh sgt psl dok berdenggung dlm kepala lagu nih.. aduhai terpaksa pakai earphone le pulak.. ai tak berkenan tp terpaksa... :(









Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Wednesday, September 19, 2012

Jangkaan akal

Slm..

Skrg pelupa sesgt.. Lupa password email, lupa katne simpan no akaun bank, lupa hutang dah byr ke blm, lupa point2 penting dan sebagainya.

Tp tengah2 pening mengagau mengingat passwork email nih boleh jugak ingat email yg secondary utk backup email tuh.. So pelik.. Hahaha

Manusia sesungguhnya 'unik' ;)

Sujud syukur buat pencipta kita, tanpa dia siapalah aku ini.. Alhamdulillah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kehidupan

Slm

Kehidupan.. Setiap carta kehidupan.. Setiap minit kehidupan adalah 'task' yg harus kita tempuh.. Suka atau tidak memang ke harung.

Jika kita tak tau berenang sekali pun bila dtgnya banjir, kita harus fikirkan cara utk selamatkan diri, harta benda ataupun org lain. Apa yg harus kita lakukan..?? Nak kena masuk kelas berenang?? Sedangkan air banjir dah penuh satu rumah, air dah naik paras lutut.. Apa nak buat..??

Mungkin.. Menangis tersedu2.. Menangisi nasib malang, menyalahkan diri sebab pilih tinggal dikawasan rendah..

Tanpa sedar, tinggal ditempat tinggi juga ada risiko dan masalahnya..

Br sekejap dpt msg, ckp yg mak pd kawan kami meninggal pd ahad lepas.. Terus mama call dia, belum apa2 lg airmata dah turun bila dengar suara dia yg serak2.. Demam rupanya dia... Aduhai.. Bertabah la kawanku..


~Sama2 sedekahkan al-fatihah buat bonda Nur Afzan (kwn kami)... moga2 ruh maknya bahagia disamping ayah kawan kami disana..~

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Masterpiece manik terkini

slm...

masterpiece kunun.... hehe

br berdikit2 bljr buat manik bracelet nih.... :)










Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 

muah... muah.. ;)

 ****************************

Tuesday, September 18, 2012

Aku Sakit.. Aku Jatuh.. tp aku KUAT

Salam..

Mungkin alhamdulillah ungkapan terbaik yg mampu mama luahkan.. wlpun rasa bersalah tetap ada.. puncanya begini..

mama kan mc dua ari (khamis jew sebenarnya.. yg jumaat tuh el..) sekarang pulak keja tengah banyak.. wlpun dikira2 kerja part sy dah setel wlpun realitinya kerja takde la betul sangat.. ada banyak gak pembetulan kena buat.. hehehe.. tp kiranya dah submit kat pubricated sudah... salah nnt kita ubah la balik.. :)

masuk opis arini.. ada cite.. rupanya kawan seperjuangan kena hambu dengan hamba allah dr bahagian material.. (bhgian material nih bawah dr kami tp biasa la.. kami nih semuanya jenis diam kan jew la apa dia nak kata.. last2 kita balik yg kena.. ) tp part yg dia hambu nih pun pasal pertolongan kami nih tak dpt nak memenuhi kehendak hati dia.. (tolong tuh yer..) dia kuarkan ketidakpuasan hati dalam meeting.. aduhai.. kwn mama ckp.. kalu mama ada sure kena juga tempias dr hamba allah tuh.. aduhai.

dia kuarkan isu tuh pun psl nak lepaskan diri dia la.. tp tak ke pelik.. org tak tolong update info utk dia.. dia nak bising2.. update sendiri la weiiii.. kami tiap kali hantar drwg ke pubricated sure email utk semua org punya.. nih lak dia nak bising2 psl dia nak buat keja dia senang sesenangnya.. so semua org kena buat keja extra utk dia senang buat keja dengan senangnya... ramai kan org gitu.. bertabah la..

Entry nih bukan la nak menghina sapa2.. sekadar meluahkan apa yg tersekat diminda.. taknak nak stress2 sgt.. insyaallah nak kuatkan diri utk tidak terbuai dengan hasutan syaitan.. :)



pic fr google







Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Sunday, September 16, 2012

Selamat hari malaysia

Salam

mama tau... emosi sekarang kurang stabil... sila abaikan entry merepek sebelum nih... hehehe. (terlebih dos ubat kot)

just nak ckp... selamat bercuti dan berharmoni sempena hari malaysia nih... :)


:p

hidup tough tp yg tuh la yg menyerlahkan kemampuan diri....

smile everyone.





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 

muah... muah.. ;) 

 ****************************

Terdetik dihati..

Slm

Tiba-tiba terdetik dihati.. What kind person I am..?? Do old friend can remember me..?? What kind a thing make them remember me..??

Sebab... Rasanya ai nih type yg simple, takde istimewa yg memudahkan org ingat.. Jenis kelakar ke..?? Tak kot.. Jenis pendiam.. maybe.. Jenis pengikut tanpa banyak soal..?? Well.. Maybe.. ;)

Ada yg kawan2 lama add me as friend but after that no say any hai.. Hehe (penting ke..??) Kalu kawan yg tak kenal tuh ai anggap biasa la.. Br nak panas kannn... But me olso senyap.. Hahaha.. Bukan sesaja senyap sometime clueless nak tegur camner.. Salah tegur org terasa ati lak.. Almaklum hati org kan lain2..

Hhmmmm.. Life is tough.. Right..!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 14, 2012

Dugaan kecil

Salam

Tuan blog sekarang dalam keadaan demam, sakit tekak, pening dan rasa hanyut dikepala.. Semalam teruk arini dah ok sikit.. Alhamdulillah..

Namanya dugaan, tengah kerja banyak, tengah proses percubaan (kerja), tengah proses nak ambik ati bos, tengah proses nak baik ngan teman sekeja, banyak sekali dugaan.. Doakan yg terbaik ok utk mama..

:) alhamdulillah masih bernafas seadanya..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

WW | Woman vs Man



Quite True. Are you feeling the same?


sumber: email.





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Tuesday, September 11, 2012

Apa yg menarik minat anda..??

salam..

Berblog dah lama.. tp tak jugak maju2.. merepek je kann.. so nak la tanya..?? apa yg korang nak dr blog mama yana nih..?? tau banyak kekurangan tp suka jugak menepek disini.. cuba habaq apa yg kureng.. boleh gak belajar2 menarik pengunjung lagi ramai... kannn..

skrg mama akui.. kurang masa nak menulis.. banyak dlm kepala tp benda2 lain la.. skrg busy pulak ngan keja yg hauskan kerjatangan mama.. so nak menaip tuh jadi sengal lak.. :)

nak blogwalking pun susah.. tau ramai yg tak sudi dtg kalu kita tak terjah blog dia.. ye la kann.. takkan sesaja nak dtg kann.. bukan ada benda besh pun mama gossipkan sini.. :p

tp jika korang perasan la kann.. rupa sudah br.. mood nak bikin banyak syok sikit.. minta2 ramai yg tertarik lagi ramai suka datang sini.. hahaha..
tp dalam kalut pun sesi menaip simple2 harus ada.. sebab gatal/duduk tak tenang selagi tak menaip :)
korang gitu gak kannn.. blogger tegar kah..?? kikikiki

;)





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Feeling

Salam..^_^

Pernahkah terasa seakan2 boring dengan wangian anda.. teringin tukar wangian lain tp wangian yg ada masih banyak berbaki.. taknak membazir dan realitinya takde uang utk beli wangian lain.. huh

kecuali la ada banyak wangian yg boleh digilir2 tukar pakai.. huh

wanita seakan tak puas dengan apa yg ado.. oppsss.. :)


kalu beli botol kecik.. kekadang yg tuh la yg suka pakai.. last2 tak terbeli balik.. terbeli wangian lain lak... nak try test.. hasilnya lama2 rasa cam bau air teh lepas kena air panas.. hahaha..

mace2 muh nih mek.. :)





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Rupa Blog Baru = Bloglist Blog Baru

*Biarkan terpaku disini kot2 ada yg sudi join..;)*

Bagi nak baca new entry.. sila scroll ke bawah ye.


Salam..^_^

Bagi nak menaikkan mood mama dan menyamakan rupa baru blog ini..
so teringin nak update bloglist baru...

Ada yg sudi nak masuk bloglist mama..??

Tolong tinggalkan link anda ok.. :)




Bloglist lama akan mama delete bila2 masa.. so cepat2 tau.. hehehehe..






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Monday, September 10, 2012

Teman Pengganti - Black & Malique




Skrg jadi peneman mama..:)



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

 muah... muah.. ;)


****************************

Saturday, September 8, 2012

Sesi Fotografi Raya 2012

Salam Aidilfitri...

Raya tak abis lg kann..

mama buat sesi menayang gambar raya kami.. hehehe
(boleh la yeaa...)

kami tahun nih pakat berkumpul...:)

wan, atuk dan cucu2nya.. semuanya lelaki...

kami semua wanita jelita.. ahaks

kaum lelaki yg sedondon.. :P

adik beradik

kami yg hensem

intagram la pulak..


sweet tak.. uwaaaaa
jgn jelez tau.. kikikiki






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Friday, September 7, 2012

Serap 'Stress'

Salam..^_^

Bg yg baru baca blog nih.. fyi.. mama baru masuk 3 bln keja kat tempat baru.. disini perlukan kekuatan mental.. tuh yg kena belajar camne nak serap 'stress'. Camner eks..???

Rasanya ai tak pernah cite pasal keja apa yg ai buat.. well.. taknak reveal tp korang pandai2 la baca dan teka ai buat keja apa.. tp ramai kot yg boleh agak.. hhahhaha.. (perasan bagus sgt kann..:p)

Dulu, banyak keja yg lebih pada byk detail... drawing kena follow with style needed (follow client or autorities).. bila ada submission kena buat printing A1 (with color or not).. kena fold (A4 specified skill needed).. kena chop..(kena specified skill ke..??) kena buat documentation follow ISO needed.. huhuhuhu.. antar satu drawing pun dah separuh hari kena buat benda2 tuh.. ponat ok.. hahaha..tu belum kira jika kertas kat printer abis.. kena angkat kertas.. kena tukar kertas.. susah ok.. ai kan perempuan.. manja lak tuh.. huhu.. yg jantan situ semuanya keras hati nak menolong (yew ke.. ada la sorang dua.. tp kena jaga ati diaorg sikit la kann.. tp tu la.. ai suka betul cari gaduh.. hahaha)

Sini.. no more printing A1 but sini banyak pada siapkan drawing fabrication dan email jew.. tp bila nak email tuh.. kena pastikan detail BETUL-BETUL 'betul'.. revised or amended are not allow.. why..?? because kalu revised atau amended lepas dah email.. kena menjawab dengan org material, kena tebalkan muka, kena marah, kena jeling, kena... (well.. dugaan.. dugaan..) sabar berbanyak eks..:)
kena pulak berdepan ngan kerenah org kat warehouse or org buat fabricated.. huhuhu.. ai kan jenis penyegan.. hati lak tisu.. rasanya nak menangis jew.. tp fikir2 blk.. namanya pun keja.. namanya nakkan duit.. bertabah la kannn.. tuh belum lg keja kat site.. gamaknya ai mesti kena buli ngan mamat2 indo kat site kot.. hahaha... ke kena ngorat.. pui.. perasan tak habis kannn..

sini ada sorang (dua tiga org sebenarnya..hahaha) yg keja lama dengan company nih.. kuat sungguh diorg hadap stress nih kann.. camne diorg serap 'stress' diorg..?? mmg power la..

Nak tau camner ai kurangkan stress.. nih baru2 jew la buat.. ai buat merapu kat twitter ai.. hahaha.. nak tau twitter ai.. hehehe.. add la kat twitter nama mama maman @suliana_razab .. ai bukan reti sgt.. tp sekadar ada ruang utk merapu.. nak merapu kat blog.. tak sempat nak menaip.. kat fb lak so not privacy.. hahaha.. takut dikatakan giler sorang2... :) well manusia kann.. kalu bab mengata org no 1.. dia pun dua kali lima.. hahaha..

eh.. keja apakah sy buat..?? hahaha.. sebenarnya malu nak mengaku.. maklum la keja kuli2 sahaja.. :) (dah cam lagu anak kampung jimmy palikat lak kannnn)






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Bloglist Blog Tak Laku..!!

Salam..

Rasa sayu hati.. Bloglist Blog mama tak laku.. aduhai.. kena sedar diri.. blog nih mmg pun sendu dihujung layu.. hahaha.. baik tutup blog jew kannn.. :)

Well.. utk menyedapkan hati sendiri.. mama akan biarkan sapa2 yg kot2 terbuka hati nak join bloglist mama nih.. so mama open smpi seminggu... ok tak.. kalu takde gak.. letak jew berapa org yg sudi tuh.. dan buat kawan blog yg sudi tuh.. Aku Sayang Kamu..!! hehehe.. (sapa...?? nnt tgk la dlm senarai bloglist mama nnt yea..hahaha)

Cepat.. cepat.. jom pakat tinggalkan link utk Bloglist Blog Mama Yana nih..

=)







Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Thursday, September 6, 2012

Rupa baru


Salam...... :)


Dah masuk syawal ke-18 dah... camner uols...????? happy ke sambut raya tahun nih... alhamdulillah.... :p

bg yg ditimpa musibah.. diharapkan bersabar yer.. kuatkan sabar dan bertabah.. insyaallah akan baik2 saja pasnih yer.. sama2 doakan yg terbaik...

mama br pulang dr kg... alhamdulillah.. seronok bertemu adik beradik dan sedara mara... hehe...

Rupa baru....??? rupa baru blog sebenarnya.... :D
saja tukar... refreshkan mata sesekali.... bg warna warni sikit.... 
suka tak...??




bila dah lama tak menulis.... rasa cam kekok lak..... hahaha

:p

banyak nak dicatat tp cam tersangkut ditengah jalan lak.... sama la ngan entry nih.... so bila ok... mama kan kembali merepek merapu diblog nih yer.... hehehe.....

skrg nih sekadar baca entry kawan2 tp sori yer... mungkin sekadar silent reader kot.... :p
mood blogwalking ada tp rasa cam tak reti nak komen lak.... hahaha.... (ai know ai teruk.... :p)



 








Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 

muah... muah.. ;) 

 ****************************