Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, December 5, 2012

Didik Anak Hargai WANG!

WANG ANDA: Didik Anak Hargai WANG!
Oleh Irfan Khairi




Baru-baru ini di kaca TV, saya ditanya soalan, "Bila kah masa yang terbaik untuk mula mendidik anak mengenai kewangan?". Jawapan saya adalah "Seawal yang mungkin"

Dalam soal kewangan, keluarga memainkan peranan penting. Tidak cukup, seorang isi rumah sahaja yang peka dengan kewangan, tetapi sekiranya suami, isteri atau anak-anak tidak mengambil berat soal menjaga kewangan keluarga, pastinya gagal juga mencapai matlamat kewangan anda.

Dalam hal ini, komunikasi bersama keluarga soal kewangan diperlukan. Sudah berlalu zaman "tak baik cakap pasal duit" dalam isi rumah. Suami dan isteri perlu tahu apa matlamat kewangan masing-masing, dan anak-anak juga patut ambil tahu kepentingan kewangan dalam keluarga.

Ketika anak masih kecil, biasakan sikecil menabung. Tidak semestinya mereka tahu jumlah wang, tetapi memadai apabila anda pulang dari rumah, dan mempunyai beberapa duit syiling dalam poket, berikan kepada anak kecil anda untuk masukkannya ke dalam tabung. Setiap hari, ibu atau ayah pulang dari rumah, anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung.

Apa akan terjadi adalah, ia akan membiasakan anak anda menyimpan wang apabila diberi peluang. Memasukkan syiling ke dalam tabung akan menjadi tabiatnya sejak kecil lagi.

Apabila anak semakin besar, beri peluang kepada anak untuk mula "buat duit" dari rumah. Mungkin tidak dengan cara aktiviti rutin harian seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam atau keluar buang sampah dan memebersihkan rumah- kerana aktiviti ini sepatutnya menjadi aktiviti keluarga. Tetapi, dengan memeberi upah pada kerja-kerja yang mungkin dilakukan seminggu sekali seperti mencuci kereta, mengemaskan laman dan lain-lain.

Baru-baru ini, ada sepasang ibubapa memberitahu saya, anak mereka selalu boros dan meminta wang untuk membeli itu dan ini. Sehingga mereka membuat satu system di mana, anaknya itu perlu membuat kerja di rumah dan memperolehi pendapatan sendiri untuk membeli barangannya.¬ Apa yang terjadi adalah, apabila diberi upah dan wang yang dikumpulkan cukup untuk membeli barang yang diinginkan, anaknya itu tidak jadi membelinya. Dengan alasan, dirinya rasakan sayang membelanjakan wang yang dikumpulkan dari usaha sendiri! Misi selesai!


SUMBER: EMAIL.




~Satu ilmu berguna buat kita mendidik anak2 dalam berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan.. ~






1 comment:

Unknown said...

Betul nih..kena didik dari kecik..kalau tak depa rasaduit tu turun dari langit macam airhujan ja..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...