Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, January 31, 2012

Alasan Mama Yana Bila Ditahan Polis




Salam...^_^

Pernahkah puan-puan dan tuan-tuan semua ditahan polis..???

Jika takde tuh kiranya mama boleh katakan pemandu yg memang berhemah la ya... gud.. keeping gud job.. but.. hemah2 pun jgn la pulak bawa keta 60km/j kat laluan paling kanan... itu bukan berhemah dah tuh.. tu namanya berkhemah ye puan-puan dan tuan-tuan.. kalu lagu tuh mmg buat orang marah ye.. no..no.. sila ke laluan tengah ye... baru betul berhemah..mekasih.... #dah feeling buat anouncement kat dlm kapal terbang lak.. kih..kih..

Nih nak bercerita ceriti kisah benar ye adik kakak.. hehe..

Mama pernah kena tahan polis.. masa tuh masa pakai motor... lesen takde atau tak bawa... tp bawa motor ok.. adik2 tolong jgn follow bad habit mama ya.. kalu jadi apa2 anda da keluarga anda yg menanggung ye..
Masa nih... mama terpaksa ok.. lesen takde tp nak buat camne.. nak keja punya pasal... sapa la hamba dine nak hantar ambik mama nih.. dah la tuh.. keja sambil belajar lak tuh.. so mmg kena keras gak la bawa motor.

Masa tuh, baru balik keja.. kena betul2 lepas simpang... gelabah takyah cite arrr.. moto ada tampal L ke tak masa tuh... lupa lak...ada gak sticker uitm masa tuh... so bila polis tengok ai gelabah dia tanya la mana lesen... dan-dan kuar dr mulut..


 'alamak.. tertinggal la pulak.. kat dlm beg lagi satu la encik..'

 'awk nih student ke..??'

'ye... sy keja smbil belajar... nih nak balik umah nak ambik beg sekolah la nih'

'oooo... takpe la dik.. jalan la.. tp lain kali jgn lupa bawa lesen tau.. bahaya '

'ok.. terima kasih..'

Tertipu ok... tp masa tuh mmg dah nak nangis dah.. dok imagine tidur dlm lokap dah... aduhai.. kalu kena saman pun.. mana nak cekau duit nak byr kan... masa tuh pun cukup2 mkn je... kalu tak dan nak byr yuran pun kena call abah pinjam duit...sian tau... hahaha..

Pastu ada lagi.. nih kiranya kenangan yg takleh lupa la...

Masa tuh kami (dah kahwin dah... bw adik 2org dan maman) ke johor.. mengambil harta benda adik mama kat umah kawan dia.. dulu dia keja johor.. bila pindah rumah byk gak brg tinggal.. pastu kwn dia pun pindah blk umah sendiri so kwn dia angkut semua brg blk umah dia.. fikir kesian menyemakkan umah org so pakat la kami gi ambik yang patut2.. yg besar2 cam petisejuk tuh kiranya sedekahkan kat umah kwn dia je la... hehe.. mana muat bonet keta wira ngan peti sejuk kannn...

Masa balik tuh.. papa dok layan racing ngan keta dlm 3 bijik.. dok himpit2 dan dok kejar2 mengejar.. kalu nak tau.. mama bising takyah ckp la.. habis semua ayat kuar suruh slow.. masa diorg dok syok layan korner tuh.. bagus.. polis buat sekatan... bila polis tuh minta lesen ngan ic je... mama terus cakap..

'en... saman je laki sy nih en.. sy dah penat dah ckp suruh slow.. tak reti nak slow en..'

Muka en polis tuh dan-dan berubah.. terkejut kot kannnnn.. patutnya bini merayu suruh lepaskan.. nih suruh saman lak tuh... hehehe.. dia pandang kat belakang tgk anak (maman ngah dodo in between untie dia) gamaknya kesian kannn... dok berhimpit2 lak tuh kan.. ngan brg2 lagi kat kaki...

'nih gimana nih..??'

'nak balik dah nih... gi batu pahat ambik brg adik nih'

'dah nak balik dah kannn.. takyah la nak laju2.. ada anak kecik lak tuh.. sian kat anak bini'

yes.. papa kena marah ngan en polis.. padan muka.. hahaha

'dah la.. sy tak saman.. jalan je la.. sy pun manusia gak..
 jgn nak laju2 lagi.. kalu tak sy saman..'

'terima kasih en.. ye sy slow dah pasnih'


Memang rezeki kot.. terlepas kena saman.. geng yg dua td.. geng serempitan papa tadi kena saman.. sure diorg bengkek kannnn.. kami lepas.. hahaha..#smpt lagi gelak jahat kannn

Dan selepas lebih kurang sebulan dari tragedi kena tahan polis tuh.. kami ditimpa eksiden yg mengakibatkan mama cacat sakit seumur hidup skrg nih..#takmoh mengaku diri cacat wlpun dah masuk kategori oku... so byk tau moral dan akibat dari kisah mama nih tau.. pandai2 la kawan2 ambik iktibar ye..
bye... sampai jumpa next entry ye..:)


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...

****************************

Kelab Lesbian Malaysia Di Facebook





KUALA LUMPUR: Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook.


Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.


Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu.


Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.


“Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.


“Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.


“Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.


“Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya,” katanya yang ditemui Metro Ahad.


Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.


“Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.


“Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita,” katanya.


Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja.


Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.


“Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.


“Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri,” katanya.


Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.


Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.


“Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.


“Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya.


“Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu,” katanya.






KUALA LUMPUR: ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.


Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.


Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.


Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.


Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.


Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.


Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.


Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.


Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia.


Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.


Sumber : Harian Metro Edisi 05-12-2010 bersamaan 28 Zulhijjah 1431H

~>>>Copy paste dr kiriman teman di email.. Mcm2 eks manusia skrg... huhu..

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...

****************************

Monday, January 30, 2012

Rumah Idaman..??? Rezeki ke Dugaan je..




Salam...^_^

Pertama2 sekali.. rasa sgt nak ketukkepalakatdinding...haha..

Macam2 cabaran yg harus insan bernama yana nih kena tempuh.. ok.. tanpa disangka2 dpt jemputan dari owner rumah yg DULU mama pernah try buat loan.. yg nasib dpt banker sengai sesengai apatah... frust dah.. try for scond time bila si Agen bertanya dengan baik pasal rumah tuh.. kunun nak tolong.. ok try sekali lagi.. kali nih terus diam.. tanpa khabar.. frust lagi..

smlm dpt call.. kwn mama bertanyakan minat mama pada umah tuh lagi.. nih owner tu kununnya nak suruh mama beli gak.... tanya papa pagi nih.. dia setuju lak.. so terus call owner tuh... dan masih terfikir2.. nape la smpi kena tiga kali kau yana nak apply loan for the same house... huhuhu.. rezeki ke dugaan eks.. hahaha.. mungkin ada org hadapi banyak lagi dari mama.. mungkin mama nih cepat sgt stress bila try for first time.. mungkin tuhan nak tgk kesungguhan mama.. kan..

Ada kawan yg mungkin tau keresahan mama nih.. banyak dia cuba tolong.. sebetulnya dlm hati cam frust dan give up... malas nak fikir.. tu yg biarkan je isu rumah nih diam2 je.. tp bila fikirkan papa cam setuju.. (of coz la dia setuju psl mama gak kena uruskan...huhu.. ) mungkin mama kena cuba gak kali nih.. mungkin kali ketiga is our luck.. hehe.. nasib kita lain2 kannn...







Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Sunday, January 29, 2012

Laporan hari minggu

Salam...

~>ngah pening ngan jahitan manik yg belum siap-siap..

~>papa bising2 mama buat dek ngan umah bersepah

~>tambah stress ngan lappy rosak..

~>anak lak tambahkan umah sepah ngan mak nenek keta.. Huhuhu

**nih ngah layan ajl lak.. Camne tuh..??? Sapa lak yg menang nih...??? Stress.. Stress..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 27, 2012

Bahagia










Nih aktiviti bujang mama... susun keta dan bercakap sorang.. hahaha.. bila ditanya bahagia..?? dia jawap bahagia.. kih..kih.. tau ke dia maksub bahagia tu..??? anak oh anak..

bahagia ke man..?? main camni..??

bahagia.





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Penulisanku..



Salam...^_^

Sepanjang berblog/menulis nih... macam2 dah ditulis atau direvent kan oleh mama kan..

Terfikir.. ada kebaikankah atau keburukankah..?? entah la..

Ada yg suka (mungkin..**ni syok sendiri je yg perasan ada yg suka..) dan mungkin ada yg tak suka (ni mama paling tak pasti..) tp tak tau.. nak gak menulis.. wlpun hilang semangat.. wlpun takde benda nak tulis.. nak gak tulis.. giler menulis eks.. hahaha


sengai penulis nih.. tolong abaikan mama jika tak suka ye.. tp jika rasa syg mama.. tolong tegur kesilapan mama.. mama nih kekadang jiwa kacau jugak.. sentap2 gak.. sensitif2 gak.. tp kekadang tak sedar org tak puashati ngan kita.. hehehe.. tolongi aku ye.. (cam lagu ana rapali lak kannn... dengar2 dia dah nak nikah.. bagus la kannn)






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Do'a - something to share!


Salam jumaat semua..

Kat bawa nih mama kongsikan email dr teman... benar2 menyentuh hati mama.. sama2 berdoa utk semua orang tersayang ye.. doakan mama juga ye...

Bercakap fasal doa,

saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.


Sumber: copy_paste dari email.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Thursday, January 26, 2012

Anak oh anak...





Salam....^___^

Semalam ambik maman kat umah wan... dia masuk keta ngan peluh2... tak smpt mama kuar keta pun...

Maman : jum la mama... cepat la...

Mama : dah salam ke belum... ???

Maman : ish mama nih... tak sempat dah.. nape mama balik lambat nih...

Mama : mana lambat.. nih mama balik on time nih.. kalu tak sure lambat lagi...

Maman : balik la awal.. hhhiiishhh.. mama nih...

Mama : hmmmm... insyaallah..

**seketika setelah menahan nafas yg sesak... mama bersuara..

Mama : sesak la nafas mama... aduhai busyuknyer anak mama nih....

**maman ngan muka tak bersalah dan smbil kuatkan aircond dan betulkan kedudukan lorong aircond agar terus kat dia... 


Maman : mama nih... mana sempat nak mandi... mama nih...


~> anak oh anak.. pandainya mengeluh ye... hhhmmm.. Sabar nak besarkan kamu anak... adakah nanti anak ini peneman kesunyian mama..?? insyaallah..










Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************

Ubah Diri Sendiri





Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian.


Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir
dalam hidupnya


Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia
kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan


Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan
ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.

copy_paste: email.

~>inspirasi buat mama yg seakan hilang semangat lately... chayok girl....^_^


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Wednesday, January 25, 2012

Pic cuti nan hado...:p




Landmark Kuala Krai


Selamat Datang ke Rantau Panjang...

masa nih jem tak hingat nih.. tuh yg sesaja ambik pic.. mengalahkan pelancong ok..



kami yg poyo.. ahaks..





Nih goreng pisang yg selalu mama dok teringat-ingat.. sedapnya la wei.. huhu
lain la ngan sini punya...


nih peneman mama dikala sanggap ye..

perjalanan pulang yg tenang

sapa punya keta daa... terdedah disini.. ahaks.



**Penat tapi gumbira... terlerai rindu kat famili.. mekasih papa wlpun balik dlm paksa rela... kih..kih..


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Cerita-Ceriti Cuti Hambo...;)




Salam..^_^

ya kawan2.. pernah mama buat entry.. menanyakan aktiviti utk cuti yg panjang tp takde plan kemana-mana kannn... entry NIH... pujuk punya pujuk tak jalan.. hehe.. tiba2 bila adiknya ajak kelik kelate... mengenyeh mata mama tak caya.. papa sudi nak kelik kelate.. hehehe.. sebenarnya mungkin dia dah buhsan pasal mama dok psiko psl boring asyik2 dodo je cuti2 nih.. kih..kih.. nak-nak ada yg cucuk balik.. apa lagi.. jalan je la kannnn... huhu.. gumbira takleh ingat arrr...
Alhamdulillah, kami bertolak dari puchong kul 4.30pagi dan selamat smpi kul 11pg di umah tokma... keta dah kureng sikit.. tp biasa la.. sepanjang jalan tak sunyi ngan kenderaan je.. ramai umat kelate kelik kelate.. sokmo la kalu ado cuti sikit jah.. hehe

Rehat2 jap.. ajak adik gi kedai.. cari bahan utk masak nasi tomato.. diprepare oleh ibu tercinta.. terasa besh sesangat.. menjilat jari katakan...:)

Hari isnin yg indah.. kami kuar ke rantau panjang.. bukan nak shopping sgt.. tp besh la jugak.. psl dah lama tak gisana.. dah bertahun2 tak jalan sana... beli barang2 utk tokma dan mil je.. koleksi utk memenuhi almari hiasan rumah... kah..kah.. setahun sekali baru guna.. biasa la kann.. janji mereka gumbira sudah..

Belah malam lak.. layan tokma dan adik gi wakaf che yeh... me...?? takde hati nak shopping psl brg mahal2 maklum la musin cuti gini.. mmg cekik darah la.. kih..kih.. tp jika kecek kelate gak.. tok peraih tak layan.. muga tak utung la.. kita ke.. minta kureng jah harga hok dia jual.. dok gitu..?? tok peraih dok layan org luih jah la... hehehe.. ramai cikgu2 shopping dih loni cuti sekolah seminggu..:D

Balik puchong hari selasa, semalam. tp gamaknya org belum puas cuti lagi.. jalan agak lega.. takde sumbat pun.. clear je kat highway karak.. cuma slow kat toll je.. tp still moving.. mungkin sebab anak sekolah cuti seminggu makanya makbapak pun cuti seminggu.. seronok eks..

Korang pun cuti lama ke...?? jejalan mana..?? hehehe.. Nantikan pic sepanjang perjalanan cuti hambo deh.. saje je nak buat kelainan..




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

WW | Lunch Somewhere..^_^





mushroom soup with bread and drink




Blackpepper chicken grilled...^_^




~>nak tunjuk masakan ai.. mmg failed ok.. kedai gak yg cun.. hahaha..




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Saturday, January 21, 2012

NEVER SAY NEVER kepada Bubur! hahahha





kreatif eks.. hehehe

sapa peminat justin bieber kena beli nih...
T___T


Sumber Pic: email.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, January 20, 2012

Happy Holiday peeps..:)














Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

10 mitos keliru tentang diet sehat





Banyak orang gagal menurunkan berat badan atau mendapatkan bentuk tubuh ideal meskipun mereka sudah mematuhi pola diet sehat. Kenapa bisa begitu? Menurut penelitian, banyak orang yang telah mengikuti informasi diet yang salah. Oleh karena itu, Anda perlu tahu mitos-mitos tentang diet yang justru menggagalkan program diet Anda, seperti dilansir My Health News Daily dan Total Beauty.


1. Rendah Lemak = Rendah Kalori

Hanya karena produk makanan/minuman bertuliskan label rendah lemak atau bebas lemak, bukan berarti juga rendah kalori. Lemak dalam makanan low-fat biasanya diganti dengan nutrisi yang mengandung kalori seperti protein, zat tepung dan gula. Tetap perhatikan jumlah kalori dalam makanan dan olahraga teratur bila Anda ingin menurunkan bobot tubuh.



2. Makan Larut Malam Bikin Cepat Gemuk

Makan di malam hari, terutama makanan berat di atas pukul 7 memang tidak dianjurkan. Tapi bukan karena akan semakin menaikkan bobot tubuh, melainkan mengganggu sistem pencernaan. “Berat badan Anda akan naik jika asupan energi lebih besar daripada energi yang digunakan,” ujar Sara Stanner, nutrisionis dan anggota British Nutrition Foundation seperti dilansir My Health News Daily.


3. Minuman Energi Lebih Sehat Dibandingkan Soda

Minuman energi mungkin mengandung banyak vitamin dan mineral. Tapi tetap saja punya kandungan gula dan kalori tinggi. Jika sudah menjalani diet sehat, tidak perlu lagi mengonsumsi minuman energi. Minuman terbaik untuk mengganti cairan setelah berolahraga adalah air putih. Atau bila Anda sangat membutuhkan cairan elektrolit, konsumsilah air kelapa hijau murni.


4. Anda Bebas Makan Apa Saja Asal Tetap Olahraga

Hanya karena sudah berolahraga di treadmill selama dua jam, bukan berarti Anda bisa bebas melahap apapun yang Anda mau. Tetap perhatikan asupan makanan Anda. Jangan berlebihan, juga jangan kekurangan. “Asupan energi harus sesuai dengan energi yang dikeluarkan bila Anda tidak ingin berat badan bertambah,” tutur Sara lagi.


5. Sarapan Porsi Besar Bantu Redam Nafsu Makan

Sarapan dengan makanan yang lebih ringan seperti roti gandum, omelet atau sereal justru lebih baik. Sebanyak apapun porsi yang dimakan saat sarapan, tubuh akan kembali merasa lapar di siang hari. Akibatnya, kita akan tetap makan dengan porsi biasa saat makan siang dan menyisakan energi tak berguna yang diasup ke tubuh saat sarapan tadi pagi.


6. Jangan Makan Daging Merah Saat Diet

Dalam jumlah konsumsi yang benar, daging merah seperti sapi atau kambing sebenarnya merupakan sumber protein dan zat besi yang baik. Namun ada yang harus Anda perhatikan saat mengonsumsinya. Pilih bagian daging seperti sirloin atau daerah dekat tulang rusuk yang diiris tipis, dan singkirkan lemak-lemaknya.


7. Tubuh Gemuk adalah Keturunan dan Tak Bisa Diubah

Manusia memang mewariskan gen atau bentuk tubuh dari orang tuanya. Tapi bukan berarti bila ayah atau ibu Anda gemuk, maka Anda tidak bisa memiliki tubuh ideal. Berusahalah dengan disiplin berdiet dan olahraga teratur. Bila dilakukan rutin dan terus menerus, Anda pun akan mendapatkan tubuh idaman.


8. Daging Putih Lebih Rendah Lemak

Makan daging ayam dianggap lebih sehat, tetapi daging ayam akan membuat lebih gemuk daripada daging merah (daging sapi atau kambing). Sirloin steak memiliki sedikitnya 5 gr lemak per 100 gr, sedangkan paha ayam dapat memiliki hingga 9 gr per 100 gr.


9. Telur Berisiko Tingkatkan Kolesterol

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Universitas Surrey, menemukan bahwa setelah diet dengan makan dua telur sehari selama 12 minggu, tidak ada subjek tes yang meningkat kadar kolesterolnya. Dan selain rendah kalori (75 kalori dalam sebutir telur rebus), telur juga mengandung vitamin D, vitamin B-12 dan nutrisi lainnya.


10. Sayuran Mentah Lebih Baik

Ada anggapan bahwa semakin lama memasak sayuran, maka akan lebih banyak nutrisi yang terbuang. Tapi itu belum tentu benar. Contohnya adalah wortel. Ketika wortel dimasak, kerusakan pada sel menghasilkan tiga kali lebih banyak beta-karoten (antioksidan yang membantu melindungi kulit).
(Sumber: Wolipop.com)


copy_paste: email.




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

mak n bapak





seorang suami tua menyuruh isterinya yang juga tua pergi ke dapur..

suami: buatkan kopi untuk aku.

isterinya bangun dan menuju ke dapur.

suami: nanti dulu.ambil kertas dan pensil .tulis kopi.aku bimbang kamu lupa nanti.

isteri: tak lupa.

lima minit kemudian isteri datang membawa secawan teh...

suami: (melihat teh) aku dah kata,kau memang pelupa.

isteri : abang minta apa tadi?

suami: (bersuara kuat) aku kata milo !!!!!!!



    




Copy_paste: email.









Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Tutuplah aurat



Nabi saw. bersabda, "Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya". (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh." (HR Muslim)

Menutup aurat adalah perintah Allah.

Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Sumber: email.


~>Ingatan buat muslimin semua..



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Thursday, January 19, 2012

Sukasuki kau kann...





Cakar isteri enggan layan nafsu


AMPANG: Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak dilayani.

Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.

Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.

“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.

“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.

Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

______________________________________________________

Isteri patah rahang kerana alih telefon

KANGAR: Seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila menumbuk dan menghempas muka isterinya dengan piano mainan anak mereka sehingga mangsa patah rahang kanannya selain cedera di muka dan badan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Hijrah di sini, pagi kelmarin.

Kejadian menimpa mangsa, Yusliza Yusof, 25, itu berlaku pada kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin apabila suaminya yang berusia 26 tahun berang kerana isterinya itu mengalihkan telefon bimbit miliknya yang dicaj di atas katil dalam bilik tidur mereka ke atas meja.

Lelaki itu menumbuk isterinya beberapa kali selain membaling muka mangsa yang juga seorang suri rumah dengan piano mainan anak mereka menyebabkan rahang kanan mangsa patah.
 

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bekerja sebagai atendan lori turut memukul kepala mangsa dengan botol tanpa belas kasihan.

Ibu suspek, Rohhana Sidek, 46, berkata, anak kedua daripada enam beradik itu memang seorang yang panas baran, malah dia sendiri pernah cedera dipukul anaknya itu.

Katanya, dia tidak menyangka apa yang berlaku ke atasnya sebelum ini menimpa pula menantunya yang berasal dari Kelantan itu. “Saya sedih dengan apa yang berlaku ke atas menantu saya dan membuat laporan polis sebagai pengajaran kepada anak saya itu kerana perbuatannya sudah melampaui batas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
 


Katanya, sebelum kejadian itu, suspek memarahi isterinya itu lalu berlaku pertengkaran sehingga menyebabkan dia bertindak ganas.

“Apa yang dilakukan terhadap isterinya yang baru dinikahi setahun lebih itu adalah sesuatu yang melampau dan tidak boleh diterima oleh semua pihak termasuk saya sendiri yang juga ibunya.
 

“Pada mulanya mereka bergaduh mulut dengan memaki hamun sebelum menantu saya meminta suaminya menceraikannya akibat kejadian berkenaan,” katanya.

Rohhana berkata, akibat berang dengan permintaan isterinya, anaknya kemudian menumbuk muka mangsa sebelum mencapai piano mainan anaknya yang kebetulan berada di situ sebelum membalingnya ke muka mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, berikutan kejadian itu polis menahan suspek tidak lama selepas menerima laporan.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa yang tidak tahan dipukul bertubi-tubi merayu dan menangis meminta dilepaskan tetapi suspek terus membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan.

“Siasatan mendapati badan mangsa lebam-lebam akibat dipukul, manakala rahang kanannya patah.

“Mangsa yang tidak tahan dengan serangan itu kemudian berjaya melarikan diri dari rumah dan mendapatkan bantuan orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

_____________________________________________________

Sumber: METRO


~> Mengapa la wujudnya lelaki2 yg suka memukul wanita... pukul pun disebabkan benda kecik2 je.. camne la nak jadi pemimpin negara..??

~>Tak takut kat Allah kah..??


~>Dimanakah iman mereka..??


~>apa tiada belas kasihankah..??




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Cas Handphone Dengan Air Jer





Sebuah syarikat Sweden telah mencipta pengecas untuk telefon bimbit, kamera dan alat-alat GPS yang boleh menjana elektrik untuk alat elektronik anda dengan menggunakan air.

PowerTrekk telah mereka alat tersebut untuk orang-orang yang menghabiskan masa jauh dari grid elektrik dan tidak mempunyai akses kepada kuasa konvensional di lokasi terpencil.






Pengecas tersebut hanya memerlukan satu sudu air untuk menghasilkan kira-kira 10 jam hayat bateri telefon.

Ia berfungsi melalui tindak balas kimia. Air bertindak balas dengan ramuan khas PowerTrekk, silicide natrium, untuk menghasilkan gas hidrogen.

Silicide Sodium adalah serbuk kimia baru yang telah dibangunkan oleh tenaga 'hijau' syarikat Signa Kimia, yang berpusat di New York. PowerTrekk menghasilkan produk komersial yang pertama yang telah menggunakan silicide natrium.

Ciptaan alat tersebut dengan peranti yang mempunyai port USB dan dengan hampir sebarang jenis air, termasuk air garam. Ia juga boleh berjalan di atas air lopak.





Produk pertama kali dilancarkan tahun lepas di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, tetapi versi yang diubah suai teknologi telah di paparkan di Papar Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas.


sumber: email.


~>canggih sungguh teknologi skrg... dasyat..dasyat.. gamak2nya sampai la nnt kat malaysia nih kann..






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Luahan rasa



Salam...^_^

Pagi nih... mama benggang ngan keta2 yg suka suki masuk line mama tanpa memikirkan keselamatan diri dan org lain.. [tu pasal keta dia kemek.. maklum la nak motong pun tak pandai..] yg motong line pun berlambak2.. kita dah beratur sikt punya panjang.. tp sebab keta dia besar tp akal takda *nih tuan dia sure lupa undang2 dijalanraya nih..... maka dia nak masuk depan mama yg terang bersuluh keta yg kecil cumil.. kalu keta bulldoser masuk depan sure memang tak nmpk hape pun kat depan.. sakit hati.. so NO for u ok bulldoser... stress tau.. bukan seekor tapi berekor2 malas nak beratur tp nak cepat... menyakitkan jiwa tuh la.. dah tak pasal swing mood ai.. dah la skrg ngah mood stress pasal projek(urusan keja) yg menyakitkan jiwa.. huhu..

Pagi nih... masuk lambat... nak buat air utk cool kan mood.. belum apa2 pun.. dah tanya bila free for next projek.. aduhai.. giler gue.. dah la mama tak suka dia..#boleh gitu kannnn.. mana boleh pilih2 bos ok... sengai yana yg cumil nih kannnn..

Pagi nih... buka2 blog.. follower ilang sorang.. huhu.. sayu ok.. sapa la hamba Allah yg tak suka kita nih.. #sekali lagi bertambah2 sengai nyer ye.. kih..kih.. tp ai tak marah.. its ok if u dun like me.. just jgn kutuk sudahhhhh


~> sudah2 la ye.. kita minum dulu... minta2 banyakkan sabar la yana ye.. hihi


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Wednesday, January 18, 2012

WW | iN mAkInG... YeAh....






yeahhh... dah lama dah dok try n error... last2 dpt gak buat pages.... hahaha



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

WW | Temani aku





angry bird yg baik ati temani mama..^_^





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

WW | Hati berdolak dalik



Hati berdolak dalik bila...
papa tanya nak gimana cuti panjang
mama dok fikir.. mana ya..??

Hati berdolak dalik bila..
ajak papa balik kg, dia tak mau...
mana ya..??

Hati berdolak dalik bila..
harus tido bangun dirumah je ke..??
mana ya..??

Hati berdolak dalik bila..
memikirkan jika gi terjah je mana2 nnt kena caj mahal..
mana ya..??


Any idea everyone..???
nak yg free je..
nak yg murah2 je...
kih..kih...



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Tahap kematangan kita




Salam....^_^

Jika nak dikirakan dari kecil pun.. wanita mmg boleh dikatakan lebih menyerlah kematangan.. lagi2 bila dah ada adik.. kannn..

me..?? rasanya matang la jugak.. kak sulung dr 9 adik beradik..

tp bila dah bersuami sekarang.. matang pun tetap matang.. tp kekadang mungkin hormon manja datang tuh.. ada la keanak-anakkan jugak..#pengakuan nih..:)

salahkah..??

kekadang kita harus lebih relax dr serius semenjang... buhsan ahhh..

tp of cos la ada gak limitnya kann... takkan la smpi nmpk budak sgt smpi org hilang hormat.. tak besh arr kalu kena pijak kepala.. hehe..

sebenarnya... terfikir2 gak.. umur berapakah kita as wanita akan truly mature..?? atau bergantung pada tahap/cara pembawakan diri..?? rasanya betul kot..?? bila masuk umur dah 30++, kita sendiri nak berubah memilih pakaian yg lebih sopan, bersikap lebih berfikir dan lebih tenang.. ini pendapat mama la...

korang lak guano...?? cer kongsi sini..


nih time stress masa jem... hahaha.







Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Tuesday, January 17, 2012

Phone mama dah tukar hakmilik



Salam^_^

Sapa2 ada anak dalam lingkungan umur 4 thn keatas, sure akan mengalami cam mama sekarang...:)
Phone mama dah cam dia (maman) punya dah... stress mama tau...

Bulan lepas mama kena byr bil tipon dekat dua rat tau uols... tah tekan internet bila tah.. bila dah mama tengok dah terbuka internet kat phone.. cepat2 tutup ingatkan kejap je.. tgk2 bila sampai bil, beratus kena.. aduhai.. pokai gini.. pening kejap..

wallpaper phone kena ada gambar dia uols.. aritu mama tukar gmbr baru, dia tgk terus dia ckp gini..

'mama tukar gambar ennnn'

'ye'

'nape letak gambar org lain.. nape tak letak gambar maman..??'


'aik... mmg gmbar maman la tuh...'


Aduhai... wajib ke letak gmbr dia..??? hahaha.. **Ibu yg sengai.. kih..kih..

~>Mama tersentuh hati bila dia tanya mengapa tak letak gambar dia... mungkin dia nak mama senantiasa tgk dia kannn.. rindu kat baby yg dah tak baby tuh... hhhuuuu... syg adik takleh panggil dia adik lagi, dia suruh panggil dia maman. Sayang Maman Ketat-Ketat.



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

'S' is not for me anymore...




Salam..^_^

Apakah maksub title entry mama petang nih..??? 'S' is not for me anymore..?? mesti byk spekulasi kann..?? ye ke..?? hahaha..

Pagi nih, masa belek2 baju nak dtg keja.. try pakai baju nih..



KETAT DAN SENDAT...
*nmpk peyot bonc ai dah.. hahaha


i bet after lunch surely it more 'hot' yaaa... kih..kih... gumuk itu menawan..**jgn terasa bg org lain.. itu adalah stekmen khas buat mama yana saja.. kih..kih..ye la kannnn.. karang ckp mama menyindir dlm senyum lak kannn.. honestly, blog is for talking about me, my son and my life.. takde nak kacau usik org lain punya.. trust me ok..

kalu benda2 yg mama merepek nih agak childish sorry ok.. suka2 je.. tak kuasa la nak matang 24jam.. kena gak huha-huha sikit2.. baru la besh sikit kepala.. hehe..

Merepek kemana tah kannn.. hehe.hehe..

Mama tak suka ngan penampilan mama sekarang plus ngan masalah sakit kaki nih, buat mama nak diet, tp paling byk skrg pun mama boleh katakan, mama mampu puasa pada hari isnin, hari khamis selalu fail. *Niat nak posa isnin dan khamis uols..

Korset yg papa beli tuh pulak, mampu pakai 2kali belah malam dan satu hari belah siang.. tuh pun dok meratip dlm fb.. huhuhu.. sian kan.. org yg kureng sabar ini..



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Nama isteri di Hp suami (mcm ni ke?)




Satu perkongsian dari email mama... kelakar ke serius tak dpt nak ckp..

Errmm.. u guys yang mana?


① Br menikah:MY LOVELY WIFE (♥♥,)  ➳♥

② 1 thn menikah:MY WIFE/MUMMY ♥♥

③ 5 thn menikah:HOME  (✿◠‿◠)

④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT :x

⑤ 15 thn menikah:BILIK GERAKAN  ̃o.O 

⑥ 20 thn menikah:BUKIT AMAN (◑.◑)

⑦ 25 thn menikah:WRONG NUMBER    (╥﹏╥)

⑧ 30 thn menikah:JANGAN ANGKAT  ๏̯̃๏

⑨ 35 thn menikah:MAK LAMPIR ٩(×̯×)۶

pada yang dah menikah, dah rasa tua rajin rajin la check hp suami anda ea, tengok gelaran yg anda dapat.



**Sumber: email.



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...

****************************

Monday, January 16, 2012

Rezeki Kami..:p


Salam...^_^

Mama bercerita cam semua org dah baca entry blog mama satu persatu eks... hehe.. ye la sangat ada yg baca semua entry merapu mama kan selama nih.. hehe..

Ok..

Sebenarnya kenduri di muar nih adalah kenduri bertandang belah perempuan iaitu adik ipar mama. Cuba belek2 link nih utk lebih faham uols.. hehe..



Dah tu, meh sambung balik cerita ceriti lepas kenduri tuh, kami tak segera pulang.. niat macam2 tp last2... hehe.. saspen tak.. nih nak cite nih... moh kita..

jambatan muar.. **Salah sila betulkan ye.. hehe

sungai muar..:)

Sebenarnya mama ambik gmbr tuh masa perjalanan nak ke rumah tumpangan dimuar.. rumah tumpangan kat kastam muar.. sedara ada keja situ so dpt la free.. hehe..

Kami kononnya mengantar MIL dan FIL berserta saudara ke sana, pastu plan nak tido di melaka... tp last2 tak jadi... masing2 lak menguzurkan diri, so pulang ke puchong la jugak.. kih..kih...

Disebabkan planning nak jalan2 kat melaka tak jadi, maka kami mengikut ajakan kawan office papa ke kebunnya kat kawasan bangi, makan buah2 dan ada bbq uols..:)

dpt gak la kutip rambutan satu beg...


Dah namanya rezeki kami dpt makan free..hehe.. kalu ke melaka nnt kena kuar duit lak.. rezeki..rezeki..:)



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Kenduri di Muar..:D




Assalam...

Hari minggu yg kalut.. hehe.. sebabnya papa gesa kami gerak dari rumah tepat2 kul 8pagi.. nak ikut rombongan kena la tepati masa.. tp last2 menunggu jugak uols, sedara sesat lak.. menunggu tuh yg penat tuh...:)

Dah follow by follow pun masih lagi sesat uols.. hehe...

co-pilot yg takleh harap..
asyik gaduh je ngan pilot.. ahaks..
pilot suruh baca plan pun tak reti sedangkan ari2 dok ngadap plan drwgs.. hehehe..
realiti tak sama ngan planning eks.. :)


ni co-pilot reti.. nak2 ada org nak sayang2.. hehehe..


dpt eskrem wlpun dok sibuk beratur nak berarak pengantin.. hehehe..


glamer korang dpt msk blog ai.. ahaks.. **Stekmen takleh blah kannnn...


cuba silat cepat2 sikit... paneh nih..


kebun yg teramat nyaman mata memandang.. bersih je.. suka tgk..


sanding lagi.. hahaha.. merasa la korang..:)


makan time...:) i loike..:)

potong kek..

**Masa nih ada tarian zapin tp mama tak kuasa nak snap pic, lapooorrr.. hehehe..
Nnt sambung part 2 la eks.. banyak lak pic nak load nih... **Perasan lawa pic mama kannn..:)









Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...