Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, February 28, 2014

Camner nak IKAT gini..??


Assalamualaikum..







pic sumber dari cik google.


Kisah ikatan brooch tudung

Punca : Jenis tangan gatal bertambah ngan sifat ingin tau yg menebal.. dibukanya ikatan itu kunun nak belajar camner la org ikat gitu.. last2 tak reti buat..

So tolong boleh tak..?? hahaha

Kot2 ada yg biasa buat ikatan gitu khennn.. makcik nih gatal2 nak try lastly berputih mata nak pakai... huhu




Pengkongsian Hari Jumaat


Assalamualaikum..

Salam jumaat.. tak mampu nak berbicara panjang.. hayati attachment nih yer.. insyaallah..








sumber : FB




Thursday, February 27, 2014

Entry tayangan makanan lazat...

Assalamualaikum....

Pagi tadi beli bekal.. nak breakfast kunun... tp tak sempat makan so jadi breakfast kepada lunch.. ok...

Ptg serabut kepala... teringin nak sweet... so sila buat air manis...:-)

Stress2 fikir benda kerja... tengok2 ada sales bawa blk satay... apa lg... mkn lg... kiki

Perut arini tak berhenti. .  Mana dietnya cik kak oit... hihi..



 nih sarapan merangkap lunch mama 

 nih yg sweet tuh... :)



nih kalu tak kenal nasib la... hihi



ps : time tengah taip entry nih... papa ternampak... katanya.. 'asyik tgk makanan jew mama nih'..

see... terbukti sekarang me dah jadi 'pemakan yg tegar' uols...

camner nak kurus... skrg ni asyik sakit lutut uols ... aduhai...


















Wednesday, February 26, 2014

Anak Permata Hati

Assalamualaikum...

Baca di SINI

Sian budak2 tuh.. sudah ajalnya begitu.. tragis wei

Terus teringat anak (maman) ditinggalkan dengan bibik Adik Ipar [bibik indonesia yg berusia dlm 30-an] selama hampir 2 bulan tanpa pemerhatian org lain di rumah Mentua kerana mak mentua berada di hospital menjaga bapa mentua yg sakit.. 

Kita terpaksa mencari rezeki uols.. bibik jaga anak mama berserta ngan anak adik ipar seramai 3org.. semuanya boy... huhu.. 3 dah sekolah.. so takde la terbeban mana kot.. tinggal sorang jew la 2thn tak sekolah lagi.. tuh pun ari2 mama balik kerja berlari2 secepat yg boleh.. risau diorg buat perangai.. almaklum semuanya GENG BAS SEKOLAH aka Geng 3 Sekawan.. nakal masing2.. huhu

So far ok bibik nih.. alhamdulillah... mungkin sebab dia pun ada anak sebaya maman... :-)


Sini nak cite nakalnya budak2 nih...

Ada sekali tuh budak nih (Geng 3 Sekawan) pakat berjalan kaki balik dari sekolah petang sebab van datang lambat ambik diorang.. sekolah agama (ptg) tak jauh mana tp risau sebab jalan sibuk dan memasing laju uols.. kerap sgt ada kejadian kereta terbabas.. 

Ada gak diorg pakat2 ponteng sekolah petang.. me balik kerja tgk memasing dok memanjat pokok rambutan yg arwah atuknya yg pernah jatuh.. aduhai.. #anak.. anak

Tapi tuh la budak kann.. berkali pesan pun bukan nak endah sgt... buat mama penat jadi incredible hulk jew.. sesekali jadi tarzan.. sesekali jadi rimau.. sesekali jadi budak2 layan cite kartun petang2.. kiki

:)

Tuesday, February 25, 2014

Kena


Blk keja semalam.. singgah kat kedai runcit yg on the way parking lot.. terkesima ngan roti butterscotch gardenia... beli cepat2 nnt abis.. kiki.. #dasyat

pic dr cik google.

Kuar dari kedai terserempak ngan Site supervisor.. me senyum dan dia pun senyum.. 

Dia tanya.. 'keta u kena no tau tak..???' blur sejenak.. 'eh.. kena apa..??'

'Itu lu takdak ambik no ka.??' no keta 5250 lu punya kannn'

'eh.. ye la.. takde la... sy tak ambik no.. menang besar ka..??'  Sempat lagi tuh.. :p

Dalam dada lega.. ingat keta kena langgar lari jew td.. pui..




Saturday, February 22, 2014

Aplikasi Android - Sweet Wallpaper

Assalamualaikum..

Satu lg aplikasi smartphone atau android utk lenovo ku.. suka-suka tukar nak wallpaper mana nak guna.. hihi

Sweet angat... super cun giler la... :-)



Aplikasi SWEET WALLPAPER.. sila download kat play store uols ok... free jew uols... :-)


Uols tak rasa ini menarik... huhu... leleh air lior ok..


Skrg guna wallpaper nih... :-)



Nih sebilangan wallpaper yg ada.... cumil dan sweet eks..

Geram tgk... huhu


Dok tgk wallpaper 'sweet' angat... buat tuan dia jadi geram... so sila bertukang kat dapur buat 'sweet' sendiri... hihi... siap jugak la dua bekas kecik Triffle... kiki... nak menanti esok hari, dah separuh dah satu bekas.. camner tuh... :-)


Me perasan sgt sekarang nih... kalu org tanya nak makan apa..??? mesti me jawab takde selera... tp kalu dok depan makanan kompom bertambah2... nak2 makan nasi.. fail diet gua... haha

Sabar jew la... :-)





Change

Assalamualaikum...

Semalam tak semena2 tukar background... nak ubah angin... hope uols ok with it... hihi..


tp cam ada yg tak kena... can uols spot it ?? kalu boleh tolong cite camner nak solve masalah tuh... kiki

Happy weekend uols.





Friday, February 21, 2014

Tanda Kematian Untuk Orang Islam

Assalamualaikum...

Hanya sekadar utk berkongsi.. copy paste dr email. Baca nih terasa sayu dihati. alfatihah buat arwah.

TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke riwayat akhir baginda.

Imam Ghazali rahimullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad bin Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat ini memperlihatkan kepada kita, sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita, umat Islam supaya dapat bertaubat dan sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T… walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah S.W.T.
Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
 
• Tanda 100 hari sebelum hari mati
 
Ini adalah hari pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. Di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
• Tanda 40 hari sebelum hari mati
 
Tanda ini juga akan berlaku selepas asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 
• Tanda 7 hari
 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 
• Tanda 3 hari
 
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
• Tanda 1 hari
 
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita kan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
• Tanda akhir
 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. Semoga kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
 
Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah, lagi Maha Mengasihi maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh di ubah dengan amalan doa dari orang lain.
 
Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah kelemahan manusia itu sendiri.


sumber: email.

 

Wednesday, February 19, 2014

Pemergian Bapa Mentua

Assalamualaikum...

Pohon doa dan sedekah al-fatihah buat bapa mentua sy.. Hj Aminuddin b Husin yg telah meninggalkan kami pada 17 februari 2014 bersamaan 17 rabiulakhir 1435 pada 7.21pg di hospital selayang setelah berjuang melawan penyakit ulser usus selama 48 hari.

Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Diharapkan abah ditempatkan dikalangan yg beriman disisiNya.



Buat mak mentua, suami dan adik ipar serta biras.. bertabah lah.. sama2 kita berpegang tangan erat berbagi rasa kesedihan.. Insyaallah kita doakan abah tenang disana.


pray-for-him


Thursday, February 13, 2014

Penyakit Hati Sombong, Iri, dan Dengki dan Cara Mengobatinya

Assalamualaikum...


Hati (bahasa Arab Qalbu) adalah bagian yang sangat penting daripada manusia. Jika hati kita baik, maka baik pula seluruh amal kita:
Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)
Sebaliknya, orang yang dalam hatinya ada penyakit, sulit menerima kebenaran dan akan mati dalam keadaan kafir.
“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” [At Taubah 125]
Oleh karena itu penyakit hati jauh lebih berbahaya daripada penyakit fasik karena bisa mengakibatkan kesengsaraan di neraka yang abadi.
Kita perlu mengenal beberapa penyakit hati yang berbahaya serta bagaimana cara menyembuhkannya.
Sombong
Sering orang karena jabatan, kekayaan, atau pun kepintaran akhirnya menjadi sombong dan menganggap rendah orang lain. Bahkan Fir’aun yang takabbur sampai-sampai menganggap rendah Allah dan menganggap dirinya sebagai Tuhan. Kenyataannya Fir’aun adalah manusia yang akhirnya bisa mati karena tenggelam di laut.
Allah melarang kita untuk menjadi sombong:
“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]
“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]
Allah menyediakan neraka jahannam bagi orang yang sombong:
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min 76]
Kita tidak boleh sombong karena saat kita lahir kita tidak punya kekuasaan apa-apa. Kita tidak punya kekayaan apa-apa. Bahkan pakaian pun tidak. Kecerdasan pun kita tidak punya. Namun karena kasih-sayang orang tua-lah kita akhirnya jadi dewasa.
Begitu pula saat kita mati, segala jabatan dan kekayaan kita lepas dari kita. Kita dikubur dalam lubang yang sempit dengan pakaian seadanya yang nanti akan lapuk dimakan zaman.
Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ “Uluumuddiin menyatakan bahwa manusia janganlah sombong karena sesungguhnya manusia diciptakan dari air mani yang hina dan dari tempat yang sama dengan tempat keluarnya kotoran.
Bukankah Allah mengatakan pada kita bahwa kita diciptakan dari air mani yang hina:
“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?” [Al Mursalaat 20]
Saat hidup pun kita membawa beberapa kilogram kotoran di badan kita. Jadi bagaimana mungkin kita masih bersikap sombong?
‘Ujub (Kagum akan diri sendiri)
Ini mirip dengan sombong. Kita merasa bangga atau kagum akan diri kita sendiri. Padahal seharusnya kita tahu bahwa semua nikmat yang kita dapat itu berasal dari Allah.
Jika kita mendapat keberhasilan atau pujian dari orang, janganlah ‘ujub. Sebaliknya ucapkan “Alhamdulillah” karena segala puji itu hanya untuk Allah.
Iri dan Dengki
Allah melarang kita iri pada yang lain karena rezeki yang mereka dapat itu sesuai dengan usaha mereka dan juga sudah jadi ketentuan Allah.
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [An Nisaa’ 32]
Iri hanya boleh dalam 2 hal. Iaitu dalam hal bersedekah dan ilmu.
Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada jalan yang benar, dan seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya. (HR. Bukhari) [HR Bukhari]
Jika kita mengagumi milik orang lain, agar terhindar dari iri hendaknya mendoakan agar yang bersangkutan dilimpahi berkat.
Apabila seorang melihat dirinya, harta miliknya atau saudaranya sesuatu yang menarik hatinya (dikaguminya) maka hendaklah dia mendoakannya dengan limpahan barokah. Sesungguhnya pengaruh iri adalah benar. (HR. Abu Ya’la)
Dengki lebih parah dari iri. Orang yang dengki ini merasa susah jika melihat orang lain senang. Dan merasa senang jika orang lain susah. Tak jarang dia berusaha mencelakakan orang yang dia dengki baik dengan lisan, tulisan, atau pun perbuatan. Oleh karena itu Allah menyuruh kita berlindung dari kejahatan orang yang dengki:
“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Al Falaq 5]
Kedengkian bisa menghancurkan pahala-pahala kita.
Waspadalah terhadap hasud (iri dan dengki), sesungguhnya hasud mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu. (HR. Abu Dawud)

sumber: email.


Wednesday, February 12, 2014

Kawan

Kawan

Kita pernah ketawa sama2
Kita pernah sama2 tempuh kesukaran
Itu dulu.. sekarang lain
Kita menangis kawan menghilang

Bila kawan datang mengadu
Kita la setia mendengar dan memujuk
Bila kita nak mengadu
Dia menghina mengeji kita

Itu ke kawan..??

Sayu hati sakit hati
Mana silap lg kita
Kita jaga kita tutup aib dia
Tp dia lari bila kita perlukan dia

Sampai hati dia
Dia tikam belakang kita
Sedangkan kita tak sanggup nak cerita buruk dia

Hina kita kutuk kita
Sampai hati

Saturday, February 8, 2014

Puding Roti Sedap Guna Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum...

Satu kegilaan dan satu percubaan...






dan menjadi.. percubaan pertama kali buat puding roti guna pemanggang ajaib.. dan me happy sebab pemanggang tuh tak jadi hanya sekadar hiasan.. pemuas nafsu tuan dia yg nakkan ada bila tgk org ada.. #shopping addict







Thursday, February 6, 2014

Akad Nikah dan Resepsi di Raub

Assalamualaikum...

Turun dari FRAZER HILL NAN DAMAI terus ke Raub kami yer... my dad dok call bertanya bila nak sampai... kahkah..

Pelik dia gamaknya kami tak smpi2 sedangkan kuar dari rumah pepagi lg... sedangkan diorg dari kelate dah sampai.. puchong ke raub makan masa 2 jam jew... tp kami mkn setengah hari atau sepetang nak sampai... kahkah 

Pendekkan citer... smpi umah bapa saudara.. singgah jap tolong apa yg patut.. sebab mlm tuh akan ada majlis akad nikah dan tahlil... 


 pengantin berdebar sebab dinikahkan oleh bapa mentua... dua kali akad.. alhamdulillah.. settle. :-) 

 hafiz dan aishah

Sepupu kita perem yer... dpt jodoh ngan org Nganu kita.. sweet couple eks... :-) 



 kami pun sweet jugak.. pakai sedondon kunun... sajer kot2 boleh kalahkan pengantin... kiki #tak sedar diri ini diserang jerawat berderet2.. huhu


Tak banyak benda sgt sebenarnya mlm tuh.. geng kami melepak.. berborak dan bercerita.. makan dan makan.. kiki.. me lepas mkn.. salin baju.. telan ubat.. dan tido.. sakit kepala maybe sebab tak rest ngn aktiviti berjalan seharian... #padan muka..  

Papa...?? kuar ngan pakcik2 ku ke kedai mamak... huhu.. mmg kena sgt la.. lepas mkn.. gi merayap menge'teh' dan roti canai lak.. huhu..

Esok harinya.. resepsi belah perem.. buat kat dewan.. biasa la rumah taman kannn...:-) 



sama cantik sama ensem.. :-)


pic semuanya di snap oleh my hubby... untung papa sudi nak snap.. kiki.. boleh la makcik dok kat meja.. mkn dan gossip ngan my sista.. :-)

Boring2 kuar dewan melepak kat pintu depan dewan... cuci mata dan sambung gossip.. kiki... 


sambil2 bersembang.. dikasinya bunga oleh papa.. tgk2 dia snap pic candid me with flower.. haha.. :-) 







tok abah aka my dad with his brother.. :-)


Wednesday, February 5, 2014

Rakan Gossipku

Assalamualaikum...


Bila telefon tertinggal...




seeee... rakan pen'gossip'an tinggalkan msg smpi 75 ok... haha... ooopppsss... geng gossip ai bukan sapa2 yer.. my sis semuanya... kiki

Kami mengambil peluang utk mengeratkan kasih sayang antara kami.. swueeettt tak...??? tak salahkann.. :-)

Selalunya kami citer hal aktiviti kami buat apa, upload pic dan mcm2 la.. seronok.. terasa dekat wlpun jauh beribu batu..

korang pun gitu gak kannnn.... kiki





Sunday, February 2, 2014

Berjalan raya Gong Xi Fai Chai di Frazer Hill

Assalamualaikum...

Kenduri hari sabtu.. jumaat dah start cuti raya.. dalam kepala fikir mcm2.. kerja pun hati memberontak... nak berjalan boleh tak...??? hihi

Dan sila pujuk memujuk cik abe... 'papa.. jom naik frazer hill.. sian mama.. umur dah 36thn tp tak kenal lg frazer hill.. '

hahahaha.... sila guna ok.. boleh jadi hubby uols kesian ngan uols... kiki... dan sila puji hubby uols sepanjang jln... ckp.. 'u la hubby paling bertimbang rasa dan sayam sgt binik... mekasih sayam...' ahaks

Realitinya hubby me memang jenis kaki jalan.. bg hint sikit2 pun dia paham.. binik dia pun kaki jalan... hahaha

ok... sila berkemas dan bermula la perjalanan yg indah.. kiki




realitinya kena tempuh trafik jam sepanjang jalan nak kuar dari bandar ke pantai timur.... biasa la bila dah cuti kannn.. semuanya berebut nak berjalan ngan famili... :-) 


menikmati kehijauan dan kedamaian udara yg sepoi2 bahasa... nyaman sgt...


tp bila masuk je laluan ke Frazer Hill jalan lenggang... hihi.. tp beware yer... jln dia mmg cukup mencabar... jln sempit dan berbengkang bengkok.. cukup sesuai utk pemandu yg suka drift... kiki

dan jgn risau utk naik frazer hill bila2 masa ok... sebab dah ada laluan naik dan turun berasingan... tak mcm dulu yg kena ikut time khen... so bila2 masa jew boleh naik... tp rasanya belah malam tak sesuai kot naik... sebab jalan dia agak scary dan sempit... so better naik waktu siang.. kalu naik ptg so better tido sana... tmpt dia sejuk gak uols... kiki.. :-)







Sampai puncak.. layan udara nyaman dan kasi anak try naik tricycle... mula2 dia takut tp lama2 seronok dah... kiki





Pastu kitaorg pusing2 tgk apa yg ada... biasa la kami nih.. main terjah jew.. kiki...

 nak try naik boat uols.. hihi





 sebelum tuh sila berpoyo2 ok... haha



anak jew yg relax... haha...


ingat nak beromantik ngan papa.. tp si teruna ai sibuk nak ikut.. siap tarik muka dah... disebabkan boleh naik dua org jew so papa kasi can mama naik dulu ngan maman pastu nnt tukar lak... hihi... tp lastly papa tak jadi naik sebab pas kami naik ramai lak beratur nak naik.. malas nak tunggu giliran daa... kiki

Pastu kami gi sebelah.. tgk taman bunga.. kiki... tp bunga takde la sgt... ada yg jual buah ngan sayur tp takde beli pun...







 nih buah apa yer uols...??? tolong citer sikit...





Abis layan buah-buahan dan bunga2 sila la cari jalan pulang... kiki.. tp singgah sini dulu.. nih tmpt wajib bergambar uols.....





tuan blog harus aka wajib terlebih... kiki


Kami ambik masa dalam 3-4jam kot nak sampai sini... tuh pun kuar dari rumah kul 9pg dan ada singgah breakfast ngan lunch... sampai kul 12.30tghhari dan turun balik dalam kul 3 atau 4 ptg.. walaupun sekejap jew tp seronok... dpt gak cuci2 mata dan lapangkan minda.. hihi




Apapun.. sila jgn lepaskan peluang bergambar kat sini... :-)




cumil tak kami... kahkah... :-)

nnt kita update pasal kenduri lak yer uols...











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...