Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, March 4, 2011

Bilik dipenuhi Gula-Gula Kembang




Room Lined with 1,600 Cones of Cotton Candy




Sumber: Gmail.


Notakakiku: suka ngan gula2 nih.... lama dah tak merasai gula2 nih..... mengimbau kenangan kanak2....

Thursday, March 3, 2011

Lagu Cinta...



Korang pernah bercinta kan.....??? hhheee..... mesti la ado kan...?? kalu tak ado pun sekarang pun masa bercinta ngan hubby gak kan..... apa lagu cinta korang... cite la... nak tau gak.... hhheee... [kepochi tu la minah nih...]





its complicated.....

Gantung diri kecewa cinta



MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa


MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.

Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.


Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.


Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.


Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya.


Mayat mangsa yang memakai kemeja-T lengan panjang putih, berseluar jeans dan kasut hitam serta membawa sebuah beg kecil ditemui seorang wanita di taman terbabit yang keluar berjoging sebelum memberitahu kepada penduduk lain yang menghubungi polis.



Menurut seorang saudaranya hanya mahu dikenali sebagai Alice, 36, sebelum bekerja di negeri ini, mangsa pernah bekerja di Singapura dan di Kuala Lumpur selama beberapa bulan.


Katanya, selepas Tahun Baru Cina lalu, mangsa kembali semula bekerja di sebuah kilang aluminium di Bukit Beruang.


“Malam tadi (kelmarin) saya lihat dia kelihatan biasa saja ketika menonton televisyen. Kami sekeluarga langsung tidak tahu bila dia keluar dari rumah sebelum disedari ibu saudaranya.


“Saya terkejut apabila seorang jiran memberitahu mengenai penemuan mayat seorang lelaki dipercayai membunuh diri kira-kira jam 9 pagi sebelum bapa saudaranya pergi melihat sendiri untuk memastikan perkara itu,” katanya yang tinggal berjiran dengan mangsa.


Menurutnya, dia perasan perubahan sikap mangsa yang gemar bersendirian ketika berbual dengan telefon bimbit dan berbalas SMS dengan seseorang.


“Saya syak dia mungkin putus cinta hingga sanggup ambil tindakan begini. Sebabnya saya difahamkan dia ada beritahu rakan sekerja dia hendak bercuti tiga hari untuk pergi ke rumah teman wanitanya di perkampungan Orang Asli di Gapam.


“Sungguh tidak sangka dan kami sekeluarga amat sedih dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.


Saksi, Zali Md Yunus, 45, berkata dia dan seorang rakan bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui kejadian itu daripada seorang penduduk kira-kira jam 7.30 pagi.


“Pada mulanya saya diberitahu penemuan mayat seorang pelajar menggantung diri di sini kerana mangsa memakai baju berwarna putih dan keadaan di situ agak terlindung dengan pokok selain sering dijadikan tempat pelajar melepak .


“Namun, sebaik tiba saya terkejut melihat sekujur tubuh lelaki dalam keadaan tergantung,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, Balai Polis Ayer Keroh menerima maklumat awam kira-kira jam 8.20 pagi sebelum sepasukan polis tiba melakukan siasatan di tempat kejadian.

Sumber: METRO

Notakaki: bagi umat islam.... jangan la buat keja sia2 nih.....segala dugaan ada manisnya dikemudian hari.... kerna cinta nyawa melayang.....

Image yg majik








Notakaki: copy paste dari inbox utk tontonan umum.... apa yg majik nyer.... tenung lama2 dan anda akan jumpa majiknyer..... 

Wednesday, March 2, 2011

Kucine Pun Menolak Yg Haram



hhaaaa.... kelakor kan.... haram is always haram..... tolak ia ketepi..... dush...dush....


Sumber: inbox mama yana. copy paste utk hiburan belah petang yg mengantuk amat nih.....
kalu tak kelakor.... sila abaikan ok.....

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??




berdesup buat entry...... hhhhaaaa...



Segmen suai kenal dr blogger fames.... BEN ASHAARI

tu yg berdessup buat entry nih.... nak gak fames cam ben.... boleh gitu......[sebenarnya pening... buat entry merapu2... atleast ada gak peluang cam gini utk upkan trafik kan.....]

Cerita pasal kematian yg menginsafi..... sedih bila dapat berita yg jiran sekampung meninggal sendirian walaupun arwah punya anak 12 org dan rumah berhampiran surau serta berhampiran ngan rumah jiran..... itulah kan... keja jodoh dan ajal nih keja Illahi.... jadi macam mana cara kita pergi mengadapnya sukar nak diramalkan.... minta2 kita semua pergi disamping saudara mara dan sahabat disamping.... atleast ada yg dapat menguar2kan saat kita pergi.... dan dapat diuruskan ngan secepat mungkin.... insyaallah....

ok la.... tutup kisah sedih ok.... moga2 arwah mendapat keberkatan dr Illahi dan minta kita sebagai anak... rajin2 la bertanya khabar ibu bapa kita nun jauh dikampung....

Notakaki: sedih tapi minta2 kita dapat sedekah kan al-fatihah buat yg telah tiada. amin.

Barangan dapur




Salam semua..... buat apa tu... busy tak..... biasa la kan.... namanya kehidupan...:)
Nak cite sikit.... keh...keh.... Bila free2 kan i kan... suka wat list barang dapur.... ahaks.... puan2 pun begitukah..??? hhhhaaaa....
dok belek2 la barangan akan habis atau dah habis..... aduh byk sih..... baru tiga orang dalam rumah.....
Banyak gak belanja dapur.... belum lagi beli barangan diluar list..... [biasa ok...jumpa je masuk dlm troley...]


skrg barang2 blh tahan 'meriah' harga dia.... kena survey gak sikit2.... mujur rumah nih selalu dapat katalog2 kedai2 berhampiran rumah... boleh la compare sikit2 kan.... tp tak semua barang kita nak ada diskaun atau murah.... nak lari2 ke satu2 kedai lain2 pun tak kuasa kan.... biasa la org meniaga.... rugi barang ini untung barang lain..... kan...


Notakaki: belum sempat lagi shopping barang dapur nih.... busy sungguh hujung minggu nih..... Lagipun lambat lak gaji papa nih.... next week br ada gaji papa..... sian dia.... tp mana tau kan.... dapat kenaikan gaji tahun nih.... tuh yg lambat tuh..... :)

Tuesday, March 1, 2011

Angan itu indah






Notakaki: copy paste dr inbox. Suka berangan... alangkah indahnya hidup jika dapat memiliki keindahan duniawi ini.....

Genting2011



Assalam..... pagi ahad bangun ngan senyuman meleret..... seronok tak habis2.... keh..keh....
[entry terlewat sikit ye... sebab nak uploading pic dan kes saman tu la...]

Hari minggu yg indah so nak la terus indah kan.... ajak papa gi genting...... nak lak dia.... senang balik hari.... kalu jauh2 nnt penat sgt lak... keja nnt hari isnin kan.....

papa ajak breakfast kat warung kegemaran dia.... biasa la.... nasi lemak makcik becok.... memang becok..... hhhaaa.... nasik lemak dia terde'best' kata papa...[tah bahasa apa daaaa...... hentam je la labu....]

sebelum ke kedai makan tu kami lepak2 kat umah mak dia jap....kami ajak sama2 berjalan...... mula2 abah tak nak gi.... [bapa mentua i suka dok umah ok...] tp mak cam nak gi.... buhsan katanya.... keh..keh.... kami gi breakfast dan dia call jadi gi..... call adik ipar sekali.... ada yg nak ikut ada yg tak nak ikut...... so gi yg nak ikut la kan..... keh..keh.....

so layan eks gmbr kitaorg lepaking kat genting tuh.... hhhhaaaaa.....

[cuak je muka maman.... hhhhaaa...]

 [kami yg poyo... plez la jgn muntah ok...]

[main bowling dipuncak awan...]

[sesi mrk merabiskan duit.... isk...isk....]

[perasan tak...??? ini bdk bila ambik gambar mesti tak pandang kamera..... nape eks...??? tak fotogenik arrr...]

[penat but happy...]

Last gi genting rasanya dekat setahun yg lalu..... kali nih ngan mak, abah dan untie ina.... hhhheeee..... kami ingat nak masuk outdoor tp..... bdk yg patutnya yg seronok nak main tp..... dia tak nak.... maleh nak membazir kan.... so lepak sambil main bowling.... hhhhhaaaa.... mama yana of course la kalah.... hhhaaa...
dah bertahun tak main..... ni pun buat2 berani je main.... hhhhaaaa...... sakit2 badan oooo.... hhheeee...


Notakaki: seronok gak kan sesekali jejalan.... walaupun penat tapi takpe asalkan org disamping berbahagia.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...