Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, March 19, 2012

Kisah percutian kami

Salam..^_^

Ramai dah tau kannn. Mama bercuti kat langkawi. Entry sebelum nih mama update guna bb. Mesti ada yg pelik kannn... pasai takde title pun.. Sebenarnya masa tuh ngah boring2 tunggu feri. Dah nak pulang masa tuh. Kononnya nak draf je.. tajuk entry pun tak tau nak tulis apa masa tuh. Konon2 sesaje je.. hahaha..

Gambar tak semengah terlalu banyak uols.Nak kena tapis dulu. Banyak yg main snap je.. guna pun kamera cikai. banyak yg tak nmpk apa. lagi2 jika suruh maman yg tangkap. banyak yg gigil je dr yg elok.

So nantikan entry seterusnya mama update ye. Bukan badjet diva tp sesungguhnya banyak keja tak siap plus ngan mood penat dan malas. lagipun banyak entry kawan2 mama terlepas. So nak kena blogwalking dulu. itu harus/wajib yer. maafkan jika ada yg tertunggu entry cuti mama ya. jika tiada ampunkan saja mama yg teramat poyo ini. hehehe.. takpe mama faham.

;)



~Ngah nak terkencing nih.. berdebar nunggu giliran nak mengadap bos.. minta2 performance ai ok la tahun nih.. hehehe.. nak bodek/kipas bagi bos naik gaji nih. Boleh gitu..?? bole je kannnnnn...~


 


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


Saturday, March 17, 2012

cuti-cuti

Salam..^_^
Apa cer mama yang sasau tuh eks.. Hihi.. Uols mama ok je.. Sudah selamat dah perabis byk sen kat langkawi.. Meriah uols.. Tp meriah tgk org je la.. Mama takde banyak shopping psl mmg sekadar berjalan2 mengenali tmpt org.

Wednesday, March 14, 2012

Sasau

Salam..^_^

Skrg harus meluahkan apa terasa sakit. Nanak sakit sendiri.

Skrg.. ada 3 projek yg urgent dan br je kena push ngan bos yg nakkan siap this week. Sakit jiwa. Esok ai cuti dan takkan posponed cuti. Sori. Wa takde nak belas kesian. Wa dah booking hotel. Wa tunggu blk nih terus kemas baju dan angkut jalan terus. #Tipu.. esok pg br tolak pegi. hahaha..

Yg menambahkan stress ialah.. wa kena buat keja org lain yg konon2nyer department diorg dah cuci tangan. Taknak buat lagi. Erti kata takde nak tolong menolong lagi dah. So hanyut la kami ngan labu2 kami. Hampesh. Bab bonus nak fair tp bab keja.. lu buat keja wa.. wa wat keja wa.. hampesh lg sekali. Sakit jiwa.

Menambahkan stress ialah.. bila ai stress ai suka el atau mc.. end of the year.. bonus ai gak kena potong, sedangkan diorg2 semua riang gumbira bersenang lenang. Gamaknya mmg kena cari keja lain gamaknya. Huhuhu.

Skrg. lagi senang belek blog org dari buat keja. Sudah sakit hati. Keja smpi mati pun tak sudah. Blog juga begitu tp terasa lebih 'bahagia' sedikit [wlpun blog tak dpt duit satu sen pun.. huhuhu] dr stress tak pasal2. Sungguh menyakitkan jiwa. Kan.

Tapi esok mama cuti. Maka mengharapkan cuti2 yg menenangkan. Mendamaikan. Bahagia wlpun duit kering. Beli kebahagian cukup mahal. Beli hotelresort maman yg lama maman minta. #maman pangil jejalan & tidur selain dr rumah sendiri adalah hotelresort. hahaha. Kelakar maman nih.. cam mama dia je. sweet.

Maafkan jika entry mama banyak merepek. tp nih blog mama. maka mama nak gak meluahkan apa kekadang apa yg buat hati sakit. bukan boleh marah bos pun. paling banyak menitiskan airmata setitis dua. betul jugak, wanita nih tidak kuat menghadapi tekanan dlm pekerjaan. malah lemah dlm menghadapi serangan hendap atau politik dlm pejabat. sungguh baik sekali kannnn. bijak dlm teori tp kalah dalam praktikal. banyak atau sedikit pasti bercampur dengan emosi. wanita yg lemah tp kekadang wanita boleh kuat mengegarkan dunia. perlukan ketabahan, kekuatan hati. org kata, bila terdesak semua org jadi kuat dan berjaya. tp menghadapi masa2 terdesak adalah klimaknye. sabar.

last but no heart feeling. wa nak cuti jugak. sori bos. tolong jgn potong performance bonus sy. sy pun keja sepanjang tahun. dan naikkan gaji sy ye utk tahun nih, kalu boleh paling maksimun. mekasih.

bye. luv u.



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


Jiwa Parah

Salam...^_^



Hari nih malas teramat sgt. Paksa diri juga dtg keja.

Sakit kepala dah mula menyerang.

Paksa diri buat keja.. Paksa diri belek2 drawing. Tapi seksa wei.

Patutnya m.c je arini. Tp paksa diri pasal takmo diri dicop 'special' oleh jiran sebelah.

Jiwa sasau dah. Sakit kepala dah. Aduh.

Sebab..???




'




'




'


mungkin sebab dlm hati.. kepala.. jiwa.. semuanya dah kat SANA.



'




'






pic pinjam kat google.


Nak jejalan la kekawan.. hehehe...

Doakan selamat pergi dan selamat pulang.. gamble je nih tau.. hehehe...



~Nak try cuba pakai gini.. kot2 boleh diluluskan oleh papa.. ahaks..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************



Tuesday, March 13, 2012

Masih Ada Yang 'Baik'

Salam..^_^

Pagi nih.. keluar dengan mood memaksa diri utk berkerja.. tengok meter minyak dah dua tangkup so kena isi.. teringat lak papa pesan suruh mama topup TnG... so sekali harung je la.. Masuk gak stesen minyak wlpun didepan mata jem tak hengat.. Wajib isi minyak dan TnG. Dok berkira2 duit dlm dompet duit.. rasanya cukup. Berkira2 sambil mata liar mencari parking kosong. Ada. Kat depan sekali belah kiri. Sebuah motor dah hampir siap isi myk. Kat tengah parking dah ada yg masuk... so cepat2 kesana. Nmpk pemandu tengah liar menunggu org dpn (motor) bergerak. Mungkin dia nak bergerak ke depan. Sedangkan mama dah hampir dengan parking depan tu. Pemandu kereta tuh tgk keta mama. Mama teragak2 kot2 dia bergerak jugak ke depan. Jika dia kedepan mama redha kat belakang dia saja. Tp nmpknya dia tunjukkan tangan. Suruh mama parking je kat depan. Dia tak jadi nak kedepan. alhamdulillah. Mama angkat tangan dan senyum tanda terima kasih diatas pemahaman beliau. Tak sangka sebab selalunya org2 spt mrk nih pentingkan diri je. Itu adalah pandangan berdasarkan pengalaman sendiri. So jangan salahkan mama.

Pemandu tuh keluar bayar minyak dikaunter. Berselisih dengan mama yg bergerak kesana juga. Dia senyum dan angkat tangan. Bila dia senyum automatik mama senyum dan mama angkat tangan. Dan dia jugak angkat tangan malah berkali2.

Sweet nyer la. Bahagia dihati bila terasa yg masih ada lagi yg 'baik'. Difikiran jahat dan jahil nih selalu set mind yg mrk2 ini sudah beraja di tanah air mama ini. Tp bila difikirkan secara mendalam. Mereka juga ada hati, ada perasaan. Mahu dihormat maka harus juga menghormati org lain.




~Mood merundun.. tp belum lagi putus haid. Masih lagi normal. Cuma hati seakan celaru. Mungkin terlalu memikirkan perkara itu.. tp sygnya takleh cerita disini. Biarlah rahsia.~


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)



****************************



Monday, March 12, 2012

Berkorban demi kasihku

"Berkorban demi kasihku"
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
         
PUTRAJAYA: Kasih seorang suami tiada bandingan apabila sanggup berhenti kerja untuk menjaga isteri yang koma sejak empat tahun lalu akibat pembuluh darah di kepala pecah selepas diserang penyakit darah tinggi.

Mohd Halim Mohd Din, 62, berkata, dia menganggap keputusan itu yang terbaik untuk dirinya dan isteri, Saharoni Jamaludin, 53, memandangkan empat anaknya berusia 27 dan 12 tahun sudah bekerja dan masih bersekolah.

Dia yang bekerja di sebuah hotel dekat sini, berkata, dia sanggup melepaskan jawatan yang dipegang sejak bertahun lama, hanya untuk berbakti dan memberi tumpuan sepenuhnya menjaga isterinya.

“Isteri memerlukan penjagaan rapi termasuk menukar lampin, memberikan susu dan mengelap badannya, jadi apabila anak-anak sudah bekerja dan ke sekolah tiada siapa ada untuk menjaganya jika saya masih bekerja.

“Ini juga keputusan terbaik bagi saya kerana ketika menjaga isteri, saya boleh bercakap dan berinteraksi dengannya supaya satu hari nanti dia kembali sembuh seperti sedia kala.

Sumber : METRO.



~Sejuk hati isteri dia kann... alhamdulillah..


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************




Picture of the Day: 7 Hours in One Image

7 HOURS IN ONE IMAGE






sumber : email.

~SubhanaAllah.. cantik sekali.




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************


Friday, March 9, 2012

Orang tu dah ada uban.. ahaks

Salam..^_^

Hari minggu lepas.. kami takde kuar pun.. dok umah mantap2.. hehehe..  so sambil baring2 tuh terpandang cam uban je kat kepala org tuh.. hehehe..



nmpk tak... hehehe


cuba teka sapa yg ada uban.. hehehe..

yg pastinya not me or maman..




~Note for papa : Papa yg perasan mudo tuh dah-dah la berdabik dada.. bukannya arah ke mudo dah kita nih.. hahaha..






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************



Video | Cinta suami isteri

Besh ceramah nih... mengeratkan hubungan suami isteri... jom sama2 semarakkan cinta..





jgn gaduh-gaduh... setan suka tau...




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


Sampai jumpa lagi... 


****************************





Thursday, March 8, 2012

Ketiak Busuk Punya Pasal


Sumber Pic : email.



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)



****************************



Kecik2 dah gangster.. besar nak jadi apa..??

Salam..

Sebelum nih pernah baca entry Wahida pasal buli dikalangan anak2 sekolah.. skrg maman lak cite yg dia kena buli.. duit dia kena ambik ngan bdk sekolah... ada mama tanya sapa.. maman ada la ckp nama bdk tuh.. tp of coz la mama mana kenal kann.. so mama suruh maman ckp la ngan cikgu... maman ckp dah ckp ngan cikgu.. dia kata cikgu dah rotan bdk tuh.. #blh caya ke..?? huhuhu..

Yang kesiannya ialah.. dia dahaga.. tak cukup duit nak beli air.. nasib kuih dia boleh beli psl ada duit extra kat dlm beg sekolah dia... tuh yg masa mama bawa dia blik dr umah wan tuh dia sibuk nak menyingah kedai nak mengorder air.. huhuhu.. cam umah takde air minum kannn..

Tapi satu perkara jugak.. boleh caya ke cakap bdk 6thn kannn.. harap2 takde la kes buli2 nih.. sian la wei.. so mama pesan kat maman suruh dia simpan duit elok2 kat poket.. lain kali jgn dok pegang kat tangan je.. nnt kawan ambik lagi.. next time jgn nak leka sgt.. elok2 duit kat tangan pun boleh org ambik.. aduhai..

Mama pesan gak jangan gaduh2 pslnyer maman ckp.. lepas bdk tuh ambik duit maman tuh.. maman sepak bdk tuh.. aduhai.. betul ke tak.. kot2 anak mama yg pembuli.. minta dijauhkan la wei.. anak oh anak..



pic from google.




~Cukup risau ngan perkembangan anak2 skrg..
advance sesangat rasanya...
tp bila difikir2kan, mama dulu pun masa darjah satu ada gak kena pau.. huhuhu..




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Wednesday, March 7, 2012

Syurga ditelapak kaki Mama

Slm...^_^

Ni satu lagi keja maman... hehehe

suka kekadang dia dtg cium kaki mama..

maklum la geram gamaknya tgk kaki mama terjulur kat kursi tuh kannnn...


Bila org tangkap gmbr dia.. lagi la dia buat... hehehe




Baik anak mama nih kannn.. minta2 smpi ke besar la hendaknya... :)



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


WW | Maman with Ferrari

Salam..^_^

Aktiviti hari minggu kami...

maman cukup happy..

maklum la dpt bw ferrari... hehehe..

dia nak repeat tp mama bolayan...

mahai...


besh je layan lap sorang2

tgk2 ada persaing lak..

race jom.. ahaks..


~Sapa menang..??? Mama dan Papa masih nih dok layan makan lagi besh... hahaha..



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************


Tuesday, March 6, 2012

Hiburan | yuna terukir di bintang

Petang2 sure sengai kannn.. skrg pun mama takde idea nak update blog... so... layan lagu jom.. hehehe



Besh kan lagu nih.... ;)





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************



Kedegilanku

Salam...^__^

Mesti korang pun penah degil kannn.. hahaha..


oopppsss.. lebarnyer la.. binik sapa la nih... hehehe


Kisahnyer gini..

Mama berkenan ngan baju diatas... blaus cotton.. suweet sgt... hihihi.. jurujual tuh dah ckp dah.. blaus nih size dia cam kecik dr biasa.. kiranya kalu size XL tuh dah jadi L la.. tp mama ketegaq.. hahaha.. nak size L.. sedangkan patutnya ambik size XL... tau nape mama taknak ambik size XL..?? sebab takleh terima yg badan mama dah masuk kategori X dah... seng kannn... hahaha.. takleh terima kenyataan yg ai nih dah gumuk.. hahaha.. sedangkan dah byk kali bdk yg jual tuh dok ckp size blaus nih kecik.. nak jugak size L.. dan pagi nih bila pakai.. hahaha.. padan muka.. muat la tp sendat dibahagian tertentu.. hahaha.. yeah.. ketegaq la kannn... org utara faham la ketegaq tuh apa kannn... hahaha... ore kelate nak kecek utaro.. mcm2 yana nih... hehehe..

honestly, sejak dulu (zaman anak dara la) badan mmg takde naik sgt.. kalu sekadar naik pun cepat je turun.. smpikan nak cr bj atau seluar punya la banyak.. siap size s tuh siap longgar lagi.. hahaha.. sekarang... hampesh je.. banyak helai baju yg sendat dan ketat tak mampu nak pakai.. hahaha.. kalu pakai jugak pun sendiri malu ok.. hahaha.. nnt kena gelak ngan maman je la.. mama tak malu eks... hahaha..

Gamaknya blaus nih pun boleh pakai sekali dua je la.. kecuali usaha menguruskan badan kembali kencang... hahaha.. malas nyer la nak diet.. lapar semenjang ok.. tak reti nak makan sikit.. sikit2 pun sepingan gak habis.. hahaha.. dlm otak asyik lapar.. lapar je.. kebulur sungguh.. hahaha..



~Any idea... utk celebrate berday maman yg ke 6 katne..??
 kebetulan time cuti sekolah... berday maman jatuh pada 17 march nnt... hehehe..
ajak papa jalan2 cari pasal eks... besh gak kannnn...

#sapa yg sambut berday nih... biasa.. mama yg lobih.. hahaha

 
Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************


Monday, March 5, 2012

Korang setuju ke..??? Pernah kena ke..??

01 Mac, 2012 13:24 PM
Satu Jenayah Jika Manipulasi Data Peribadi
Oleh Hazlinda Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Ramai pengguna telefon bimbit
berungut bila menerima panggilan telefon atau teks pesanan ringkas
(SMS) daripada pihak yang tidak dikenali untuk sesuatu perkhidmatan
termasuk insurans, pinjaman bank dan kad kredit.

"Ada yang tawarkan promosi percutian percuma yang bersyarat. Perlu
hadir taklimat selama 30 minit sebelum ditawar pakej percutian
beribu-ribu ringgit.

"Minta kad kredit, bermacam-macam janji sehingga ke tahap penginapan
percuma untuk hotel di luar negara. Menyusahkan kerana bila terima
panggilan wakil jualan yang bertubi-tubi ini, kita pun termakan ajakan
dan desakan," jelas seorang pengguna, Leila (bukan nama sebenar), yang
meluahkan rasa hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya diperoleh
wakil jualan.

Pada Mei 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diluluskan di
Parlimen dan diwartakan pada Jun tahun yang sama.

Bagaimanapun, ia dijangka dikuatkuasakan sekitar Jun ini.

TERPELIHARA

Apabila berkuatkuasanya akta ini, semua aspek perlindungan data
peribadi untuk tujuan komersil akan dijamin terpelihara.

Di bawah Fasal 4 akta ini, data peribadi ditakrifkan sebagai 'apa-apa
juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersil yang tersimpan dan
dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail'.

Ini bermaksud ia berhubungkait, baik secara langsung atau tidak
langsung, dengan seorang subjek data termasuk data peribadi sensitif
dan pernyataan mengenai subjek data berkenaan.

Data peribadi sensitif meliputi data peribadi berhubung kesihatan atau
keadaan fizikal dan mental seorang subjek data, pendapat politiknya
dan kepercayaan agama.

Mereka yang menyalahguna maklumat yang diperolehi boleh dikenakan
hukuman denda maksimum tidak melebihi RM500,000 dengan kebarangkalian
hukuman penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun, bergantung kepada
jenis kesalahan.

Mahkamah sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana
kesalahan di bawah akta ini.

JENAYAH BARU

Di bawah akta ini beberapa kesalahan jenayah baru diwujudkan dan ia
tidak menyerupai kesalahan jenayah lain yang termaktub hukumannya di
bawah Kanun Keseksaan.

Antara kesalahan jenayah ini termasuk kegagalan pengguna data di
kalangan pertubuhan perbadanan untuk beberapa perkara seperti
mendaftar, pelanggaran prinsip perlindungan data, penjualan data,
pemindahan data tanpa perlindungan yang mencukupi dan pengumpulan
menyalahi undang-undang.

Prof Abu Bakar Munir, pensyarah di fakulti undang-undang Universiti
Malaya turut membentangkan kertas kerja pada seminar yang diadakan
baru-baru ini, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama
pengguna data tentang akta yang bakal dikuatkuasakan itu.

"Saya terlibat membantu Singapura dalam proses menyediakan draf untuk
akta ini digunapakai di sana tidak lama lagi. Untuk Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 di negara kita ini, saya diberi kepercayaan sebagai
penasihat. Akta ini merangkumi 7 prinsip dan ia tidak terpakai
langsung untuk penggunaan secara rekreasi seperti penggunaan data
peribadi untuk hal-hal persendirian, keluarga dan isi rumah.

"Akta ini melindungi subjek data atau individu yang menjadi empunya
kepada data itu," jelas Prof. Abu Bakar.

Antara seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta ini yang menjelaskan
kesalahan yang boleh dikenakan hukuman ialah seksyen 40(3) iaitu
memproses data sensitif, 38(4) iaitu memproses data setelah kebenaran
untuknya ditarikbalik dan 130(3); mengumpul, menzahirkan atau
mengusahakan penzahiran data secara menyalahi undang-undang.

Akta ini juga baru diluluskan di beberapa negara di rantau ini seperti
Korea dan Taiwan.

DATA

Pengguna data adalah seseorang yang sama ada berseorangan atau bersama
dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai
kawalan terhadapnya atau membenarkan pemprosesan apa-apa data
peribadi, tetapi ia tidak melibatkan pemproses data.

Pengguna data ini terlibat apabila menguruskan sesuatu pemeriksaan
atau sesuatu aduan atau sesuatu penyiasatan atau semasa terlibat
dengan sesuatu notis penguatkuasaan.

Mereka ini adalah syarikat atau perbadanan atau pertubuhan yang
menggunakan data yang diperolehi untuk transaksi komersil.

Walaupun begitu, pengguna data peribadi yang terkecuali daripada
tindakan yang boleh diambil di bawah akta ini termasuk kerajaan
persekutuan dan negeri, agensi rujukan kredit dan sebarang penggunaan
untuk transaksi bukan komersil.

Agensi rujukan kredit yang boleh mendedahkan butiran penarafan kredit
terletak di bawah bidangkuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

HAK SUBJEK DATA

Perlindungan kepada keselamatan data milik mana-mana subjek data tidak
boleh diabaikan oleh pengguna data.

"Kalau diberikan data peribadi kepada pihak bank atau institusi
kewangan berdaftar ketika membuat permohonan kad kredit atau pinjaman,
mestilah kita tidak mahu data itu jatuh ke tangan orang lain," seorang
peserta seminar, Suzy Lim (bukan nama sebenar) memberi pandangannya
mengenai perkara itu.

Hak-hak subjek data yang tidak boleh dinafikan termasuk hak mereka
untuk diberitahu, hak untuk mengakses dan menyemak, hak untuk membuat
pembetulan, hak untuk menarik balik kebenaran dan hak untuk menyekat
pemprosesan data itu untuk aktiviti pemasaran langsung atau yang boleh
menyebabkan kenegatifan.

Sekiranya pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi,
pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain dalam sebuah badan
korporat didapati bertanggungjawab menguruskan perkara yang boleh
disabitkan salah dari segi undang-undang, mereka yang terlibat boleh
didakwa bersama dengan badan korporat itu.

PENDEKATAN GLOBAL

Data peribadi amat berharga kepada sesiapa saja yang menjadi
pemiliknya, di mana sahaja di dunia.

Akta seumpama digunakan di Macao sejak Februari 2006.

"Kira-kira 90 peratus daripada akta yang digunapakai di Macao diambil
daripada dokumen yang digunakan di Portugal. Sejak 2007 sehingga tahun
lepas, lebih 250 kes disiasat dan tidak kurang 2,000 pertanyaan
diterima pihak autoriti GPDP di Macao," kata Ken Yang, wakil pejabat
perlindungan data peribadi Macao (GPDP).

Di New Zealand, akta melindungi hak peribadi ini dikenali sebagai
'Privacy Act' dan digunapakai sejak 1993, melibatkan mereka yang masih
hidup, demikian menurut Pembantu Pesuruhjaya di bahagian perundangan
dan polisi, Suruhanjaya 'Privacy' New Zealand, Katrine Evans.

Pegawai di Suruhanjaya 'Privacy' mempunyai tugas mendidik agensi
tentang akta dan menjelaskan sebab-sebab organisasi di New Zealand
perlu mewujudkan jawatan pegawai khas untuk mengendalikan bahagian
yang melindungi data peribadi.

Nasihat dan informasi tambahan dari masa ke masa tetap dibekalkan oleh
pegawai di suruhanjaya itu," jelas Evans lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim
merasmikan seminar mengenai akta perlindungan data peribadi 2010 yang
memberi penerangan kepada organisasi dan pengguna data negara ini,
baru-baru ini.

Jabatan yang menjadi agensi ke-19 di bawah kementerian ini, diharap
dapat meningkatkan perlindungan data yang penting lagi sensitif milik
subjek data.

TERIMA CABARAN

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Abu Hassan Ismail,
yang baru dilantik untuk agensi terbaru di bawah Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK ini, menerima cabaran
menggerakkan strategi perlaksanaan sebaik yang mungkin.

"Antara cabaran utama jabatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat selain memastikan kesediaan di kalangan pengguna data.
Untuk menyedarkan masyarakat tentang perlindungan data peribadi
mereka, jabatan akan menggunakan pendekatan pendidikan," jelas Abu
Hassan lagi.

Forum pengguna dan tribunal rayuan di bawah jabatan ini akan diadakan
setelah perlaksanaan akta dan jabatan dimantapkan lagi, katanya lagi.


sumber : BERNAMA


Mama bersetuju sesangat akta nih dijalankann.. menyusahkan sungguh mrk2 ini.. cepat2 la berkuatkuasa...mereka2 yg mencari rezeki dengan cara begini mengunakan suara2 lemahlembut... ayat2 yg menyakinkan atau bercakap cepat dan kita nih terkejar2 nak tangkap apa butir bicara... aduhai.. wlpun diberitahu tidak berminat dengan baik.. mereka masih tak ada isiperut yg kita betul2 terganggu ngan panggilan sebegini.. masih lagi nak menegakkan benang yg BASAH dgn bertanya balik 'kenapa puan... mengapa puan tak berminat... nih bagus puan' nak memancing dengan ayat2 lain lak... adeceh.. 'ikut suka hati haku la nak ke taknak.. duit haku kannn' tp itu dlm hati la kannnn... senang2 mama letak phone je.. balasan utk org2 yg tak reti bahasa...hahaha... kwn office lagi sengai.. dia buat2 talian tak jelas.. dan letak phone.. hahaha.. tak kuasa terganggu ngan pangilan sebegini...

emo sesangat mama kannn... nih pun pasal buhsan tau.. kerap sgt dpt pangilan sebegini.. takkan korang2 takde dpt panggilan sebegini..?? ada yg telefon utk kita dtg dengar taklimat ringkas utk dpt coupon spa kat hotel 5 bintang mereka.. dan bila ditanya dpt mana no phone mrk ckp dpt dr kwn mama yg kononnya suggest nama mama lepas mrk ikuti taklimat mrk.. huhuhu.. tak kuasa aku nak berspa-spa wei... dpt koupon rm50 tp bila smpi sana kena beli mcm2.. last2 spa tah kemana... hahaha...

pernah kena gak kwn office.. ajak kononnya belanja mkn... kita nih bdk br masuk office situ.. seronok la ada kwn br nak belanja... kannnn... i follow mollow la.. adeceh.. terkena wa tau.. kena dgr taklimat MLM.. siap kena bangun dan bernyanyi bagai.. makanan tak dpt.. sebab dtg lmbt.. dah2 la taklimat dekat 2 jam.. perut lapar hati sakit... sabar lagi.. last2 kwn ajak makan.. kat kedai mamak.. ingatkan dia la blanje dah dia konon ckp nak blanjer kannnn... sialan je la.. bayar sendiri.. dah la tuh masa makan tuh kwn2 dia dtg dok cucuk suruh masuk MLM mrk... aduhai... mmg menyumpah smpi ke lubang cacing arrrr.... #tp tetap di dlm hati la... mmg jika teringat kes nih... mmg sakit hati sungguh... mmg la takkan KAYA kau... kena sumpah dah ratus2 atau ribu2 org dah wei... hahaha...

Maafkan mama.. mmg sakit hati tak sudah.. nak maafkan org tuh pun.. bukan org tuh nak dtg minta maaf.. so sabar je la kannn.. insyaallah mama cuba ikhlaskan hati maafkan dia... tp tu la kannn... mcm2 org nak cari jalan nak kayo kannn... rajin berusaha cari lubang nak cari rezeki cara halal... tp last2 menipu je la keja nyer.. dah la tak sedar2... dua kali lak mama terkena... nmpk sgt la mama nih pun tak buka mata luas2 kannn... asyik kena tipu jo... hahaha... sabor je la..

sudah la wei.. mula2 dr pagi takde idea.. last2 dpt artikel nih mama panjang berjela merepek merapu.. ok la.. kita END kan ini kisah.. cuma harap ada yg ambik ikhtibar... bila difikir-fikirkan la kannn.. HALAL ke cara cari rezeki gini...?? taknak ke minta halal ngan org kamu tipu dengan cara tricky gini... ke guna peribahasa.. Orang Kuat Selalu Menang, Orang Lemah Selalu Kalah.. Nasib lu la beb..!!!

Pernah kena ke..??






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 

 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************




Boleh Pergi Bulan Naik Lif



TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

sumber: email.


Amacam... logik ke..?? tp dulu skrg mungkin boleh jadi kannnn....





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************











Friday, March 2, 2012

Segmen : Bloglist April 2012

Ben Ashaari buat satu segmen -Bloglist April 2012-
mama nak join!
Sebab nak masuk segmen ini ?
saje2 sibukkan diri nak join... boleh kan Ben.. hehehe..
#cam kwn sebaya lak kannnn... hehehe..
boleh gak mama tambah kenalan
sama2 cite.. sama2 tukar pandangan kannnn
maklum la blog nih umpama tmpt kita meluahkan isihati yg stress.. sakit hati sesuatu benda atau citera tentang pembesaran anak tercinta, macam2 cerita yang mengungkap seribu makna..

ada yang sudi tak? hehe

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

SALAM PERKENALAN :)




yang sudi sila la sudi2kan tinggalkan link..


dan biar sama2 panjang2kan link sesama kita


eks...


baru meriah nok...


hehehe..

;)






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************




Thursday, March 1, 2012

Tips Nak Pastikan Blogger Tinggalkan Komen

Salam...

Mama nak bagi tips..?? hahaha.. takleh blah kannnn... sebenarnya nih kiranya hasil buah fikiran dan amatan mama sendiri ye... masih dlm proses penyelidikan ye... nak caya boleh caya.. taknak caya sila diamkan diri.. tp kalu nak tolong sama fikir bagus gak.. tolong keluarkan idea atau buah fikiran kamu ye.. insyaallah mama tak marah... suka ada la..:)

Ok.. direct to tips..

1. Tajuk post harus la gempak takleh blah... sure ada yg komen tang title post.. ahaks..

2. Isi entry harus menberi inspirasi atau mungkin boleh menyentuh hati utk membolehkan otak menyatakan 'yes' kena komen entry nih...

3. sebab sebelum nih.. kamu sudah blogwalking dan telah meninggalkan komen kat entry mereka

4. sebab entry kamu ada persoalan yg mahukan kawan2 menjawab pertanyaan

5. sebab pic dlm entry itu teramat la cumil mengujakan utk kawan2 wajib meninggalkan komen like 'cumil nyer' dan normally mama suka tinggalkan komen sebegitu... sebab mmg cumil kannnnn

6. hhmmmm... not idea dah... ada sapa2 nak meninggalkan komen kat entry nih..???



sapa2 yg tinggalkan komen adalah teramat cumil..

:)



*lewatkan update blog ari nih... buzzzz sgt...
tak smpt nak jengah blog kwn2.. nnt kita jejalan ye... muah... muah....




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************




Wednesday, February 29, 2012

WW | Giant Sandwich

Giant Sandwich at




"




"




"





first time uols... hehehe..

sedap..!!

hahahaha




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...