Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, October 8, 2013

Terapi Kambing

Assalamualaikum...


Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi kerana dagingnya yang dikatakan ‘panas’. Hakikatnya, daging kambing adalah daging yang terbaik di antara daging-daging yang boleh dimakan. Lebih dari itu, mengembala kambing juga merupakan terapi yang baik untuk kesihatan dan mewujudkan rasa rendah diri kepada si pengembalanya. Kerana itulah kebanyakan Nabi dan Rasul mengembala kambing.



Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;


1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).


2. Kolestrol daging lembu dan ayam.


3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.


4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.


5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.


6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.


7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.


8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.



Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit 

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih S ayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus. Thalamus berfungsi menjaga kasih s ayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


sumber : email.



Monday, October 7, 2013

Nak sembang... Rindu my blogwalking...

Assalamualaikum...

Rindu sgt... Hari minggu ni me busy.. Takleh nak belek blog... Ada tahlil dan cukur jambur anak adik ipar.. So sebagai kakak ipar me cuba la sedaya membantu apa yg mampu..(yer la tuh.. menyebuk jew la..) nak berblog kat office lak susah.. Selain kekangan kerja... Plus ngan situasi desk baru yg hampesh so memutus angin keinginan nak belek blog... Kiki

Pagi nih badan penat sgt.. Dah ari sabtu pagi mengerjakan urusan rumah... Ptg me layan memanik baju... Belah malam dok umah mil sampai tghmalam... Tgk jam 12 tuh me dah tak tahan... Ajak papa blk.. Tgk2 dia takmo blk.. Dikasinya kunci keta.. 'Nak blk drive sendiri.. 'Mama ngan mata kureng drive mlm nih pun sanggup drive.. Tak larat dah.. Blk jew sendiri ngan maman... Sian maman dok mengajak blk... Penat nak balik betulkan urat... :P

Pagi ahad gi blk umah mil... Ingat nak nolong la apa yg patut... Rupanya majlis tuh start kul 9 pg.. Me ngan bj t'shirt ngan sluar jeans dtg nak nolong.. Tak bw bj apa psl ingat majlis lepas zuhur.. Bila ditukar plan pun me tak tau.. Kiki..

Dah tuh kita parking keta kat dlm.. Org dah start dtg.. Jadinya pinjam jubah sil jer... Tak sempat nak blk dah... Kiki




Menu utk semalam ialah nasi briani gam, ayam masak merah, acar, rojak, kuih-muih dan air oren.. 


Nih baby baik sekali semalam.. tangis pun.. :P



Nak jugak.. berangan jew la yg mampu.. kiki

Saturday, October 5, 2013

BE Oct 2013

Assalamualaikum...


Takde apa yg nak dibanggakan jika nak dibandingkan ngan org lain tp me tetap bersyukur.. ada gak dia melekat kat sini kannn.. alhamdulillah..




Jumlah keseluruhan yg terkumpul pun masih jauh sikit.. tp ok la dari takde... 




Entry ini bermotifkan me bersyukur.. dugaan yg datang cuma nak menguji kekuatan diri.. lagipun iman didada tipis senipis kulit bawang.. huhu





Friday, October 4, 2013

Testing

Testing.....!!!! 1234...

Dapat pelawaan dari Feedspot

Assalamualaikum...

Dapat email.. ada yg pelawa me utk join mereka... kiki.. dah ada 26 follower u... boleh tahan gak blog ai nih kannnnnnn




Terkejut gak tau.. biar benar sampai ada 26 follower... me cuba masuk dan check sapa la yg dok follow blog ai nih kannn...

Uols tgk la kat bawah.. ai copy paste... follower ai from Feedspot tuh...




Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User

Follow User


Tak kira berapa berapa org.. cuba korang kira.. Cukup tak 26org.. yg tak menahan tuh.. follower ai semuanya bangsa asing.. takde pun sama kulit.. apa depa faham ke apa yg ai merapukan nih..

Nih me rasa just nak cari duit jew nih.. nak me follow depa dan pastu bayar depa lak pasni kannn... dah kasi free setahun tuh.. 

Korang rasa camner..??



Sharing is caring...

Assalamualaikum...


Sharing is caring...

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin."
Copy & Paste from email.
ingat mengingati utk diri sendiri dan kawan;-)




Thursday, October 3, 2013

Lanjutan kisah itu...

Assalamualaikum...

kalu korang kann..?? korang nak masuk group org teror ke group org kureng teror.. in term of job ok.. jgn fikir lain.. kiki

Me nak masuk group kurang teror... sebab kalu salah pun tak nmpk sgt la kau tuh kureng sgt kannn... sama2 tak teror kann... kahkah.. cerdik tak me..??

Tp sekarang.. me dimasukkan dlm group teror sebab nak selaraskan keteroran group masing2.. kena ada yg lemah dlm group yg teror.. dan me rasa cam me kecik sgt.. paling lemah.. huhu

Mesti korang akan kata.. gud apa masuk group terer boleh belajar ngan org terer.. tp uols tak tau.. org group nih semuanya buat kerja cepat dan pantas.. makcik paling lembap ok.. ajar sekali belum tentu betul.. kahkah.. kena marah la jawabnya... 

Me dah terbiasa.. buat kerja ngan cara me... masuk2 group nak kena follow cara mereka yg pantas tuh.. tak terkejar ok.. dah tambah ngan lemb lg.. sian ok.. penat mental dan fizikal.. :P

Ok la... nak cite panjang takleh... sila lawatan sini utk lebih faham ok..

1. 'nak behenti boleh..'

2. dugaan bertimpa


ok.. chow dulu.. :)



Alexa Ranking

Assalamualaikum...

Kesukaran nak belek blog buat me gusar.. but in meantime kerja lak.. jadi lebih concentrate atau lebih teliti.. kiki... bagus kan setiap perkara yg berlaku wlpun kita tak suka.. ianya sebenarnya adalah terbaik utk kita... :)

Lagipun blog nih me rasakan terlalu sgt personal yg bercerita.. takde ilmu sgt nak sharing.. so jika blog ini kurang update pun maybe tak menjadi kesukaran bg org lain.. cuma my blog jadi teman2 kurang hadir dan kurang komen... dan me perasan.. my alexa ranking pun makin membanyak.. [mula2 start letak ranking tu.. blog nih ranking 122... last month rasanya dah jadi 120... tgk2 jatuh balik ke 122]  kiki.. so it mean kurang kunjungan la tuh... hahaha.. [tak sempat nak blogwalking uols..]

Well.. me takleh nak buat apa.. cuma me cuba blogwalking belah malam.. but sukar sikit la kannn... kita cuba jugak... [me mana boleh kalu tak baca blog fav me... so insyaallah me blogwalking jugak]

Terfikir.. this time banyak betul dugaan.. kurang bersyukurkah..?? hhhmmm... 


Wednesday, October 2, 2013

Dugaan Bertimpa

Assalamualaikum...


Sekarang.. me takleh nak online sgt.. sebabnya me kena pindah desk lg.. desk nih paling tak sesuai nak online.. kena jadi pekerja terbaik skrg.. hehe

satu entry satu hari... cuba la eks... hehe

Tak pasti berapa kali lg nak kena tukar desk... penat ok mengangkut dan pasang komputer.. nak2 pg tadi plug tmpt baru rosak.. satu hal lak nak menunggu org maintenaine baiki... uhuk

Apa2 pun me hadap jew semua... buat la apa pun.. me nak tenang jew

pic from google.


Pasal entry sebelum ini [klik sini] me ngah meroyan tuh.. fikir2 balik.. buat apa nak mengalah.. kalu mmg diorang nak jatuhkan me so buat la.. me ada tuhan disisi.. me akan cuba buat bodo jew.. kiki.. and perform terbaik punya.. kannnn

Jgn lak pembaca blog ai lari lak... tunggu entry merapu ai tau.. kiki


Nak citer panjang2 tp ruang masa kureng kena... so biar jew la kannn.. xper.. ai ok.. thanks yg sudi bagi semangat... insyaallah ai kuat.. :)


Tuesday, October 1, 2013

'Nak Berhenti boleh..??'

Assalamualaikum...

Sesi luah perasaan.. rasa bersalah sgt.. tiap kali buat salah.. dan org lain nak kena pening selesaikan kesilapan kita buat.. kesilapan nih pulak adalah disebabkan kurang pengalaman dan cetek ilmu.. nak-nak takde sapa nak tolong kita yg budak baru nak belajar bernyawa nih.. semua tau ckp.. 'ai busy la..' 'no time to check your calculation ask someone else..' semua org takde for me... bukan taknak bg org check kannn... [tolong minta ada yg terbuka hati utk tolong tunjukkan jalan buat me ya allah] sad sgt..


pic from google


Datang la mata berbiru atau berhijau sekalipun.. kalu dah salah mmg kena mengadap la.. aduhai... nih yg buat nak berhenti nih... tp kalu me cepat mengalah... apa yg me dpt pun.. sendiri la juga rugi.. 

Kehendak pihak A yg nak cepat.. dia ada time frame nak kena ikut.. kekadang semua sebab kehendak client... kita pun cepat la hantar... tp tuh la.. hantar cepat2 pun salah buat apa kannnn... fikir2 balik... nak jew cepat tp information tak berapa nak lengkap... dpt lak makccik nih bukan berpegalaman mana benda tuh...  buat salah dan tak pasal lak nak mengadap ngan org jaga material utk ambik balik kat site.. client takkan nak bayar sebab salah kita hantar barang lebih... aduh.. pening sgt..

Me lak... suka tak fikir panjang... tak tenung balik apa me buat.. lastly me jugak kena... tp nak tenung pun cam tenung batu yg tak bernyawa la eks.. bukan boleh menyelesaikan apapun... buang masa ada la... alangkah bagus jika batu itu boleh ckp.. 'heh.. kau silap kira kat sini la...' (berkata2 sambil dia tunjuk mana yg salah) so boleh la me betulkan dan me take note next time tak buat salah lagi... yeahhhhh... hati pun seronok.. kiki

Me ingat calculation me dah pernah org check.. so me fikir takkan ada salah lagi.. tgk2.. dah check pun salah lagi.. ke dia tak check nih... aduhai.. 

Well.. dugaan dalam kerja.. takde dugaan takde la pengajaran.. pengajaran buat me ialah.. pasni camner pun me akan buat TEGAS setegasnya utk pastikan ada yg check my calculation dan pastikan tidak buat silap lagi next time... :p




Kalu kawin ngan anak org kaya cam cite 'Love You Mr Arrogant' tuh besh la jugak walaupun dpt laki kepala hangin... huhu.. eh kepala hangin.. takmo arr... tp dia kaya eks... hahahaha
#dilema wanita materialistik... sgt
cam ada peluang lg.. kahkah

Berblog nih kekadang buat me release.. love my blog.. kahkah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...