Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, December 17, 2010

Hargai Diri Anda

Wanita sering taksub dengan imej tubuh mereka. Berdiri saja di depan cermin dan dirasakan lemak di pelbagai tempat.

Siapa yang tidak inginkan perut langsing, pinggul kecil dan punggung padat malah ia membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri juga di mata umum.

Tetapi, obsesi tidak akan membawa anda kepada tubuh yang diinginkan sekali gus tidak mendorong diri untuk melakukan sebarang tindakan.

Justeru, langkah pertama adalah mula menerima diri sendiri dan mencintainya.

Hargai tubuh sendiri dan semua perkara yang sudah dilakukan untuk memperoleh tubuh sedemikian. Ikuti panduan berikut yang mungkin dapat membantu anda menghargai tubuh sendiri.

# Hindari perasaan untuk menilai diri di cermin

Cuba elak daripada membuat penilaian diri sendiri di hadapan cermin. Jika sedang melakukan senaman, cuba hindari fikiran daripada terlalu memberi tumpuan pada penampilan sebaliknya, fikir apa yang anda rasakan.


# Pakai pakaian yang membuatkan anda yakin pada diri sendiri

Cari pakaian terbaik untuk bentuk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian lebih besar untuk menutupi apa yang mereka miliki.

# Berhenti menimbang berat

Cuba elak daripada menimbang berat diri anda untuk sementara waktu. Anda tentu terkejut betapa bahagianya diri anda kerana tidak asyik memikirkan berat berlebihan.

# Tubuh adalah teman anda.

Fikirlah segala yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Hormati tubuh anda dan jangan berasa kecewa jika berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hati dengan bentuk tubuh yang dimiliki.

# Berhenti membandingkan diri sendiri

Sifat untuk meniru memang ada pada setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru penampilan model bergaya di majalah. Namun, membandingkan diri anda secara terus-menerus dengan bentuk tubuh mereka mungkin kurang sesuai untuk anda. Belajarlah menghargai diri sendiri.


Notakaki: Copy paste dr gmail mama yana. 
Rasanya semua org kekadang obses ngan perubahan diri...... dari kurus sampai sanggup telan coklat berbar2 utk berisi.... sanggup bersenam pastu berhenti ngan tiba2.... bermalas2 selepas bersenam... kononnya badan akan naik lepas buat aktiviti gitu...[gilos kan.... mama yana la tu dolo2....]
dan finally selepas melahirkan..... hhhuuummm.... badan susah nak turun.... statik je membesarnya....
xnak kurus2.... tolong..... mama yana ngah usaha nak diet dan ngah cuba try satu produk utk kurus....
doa2kan ye.... amin..




No comments:

Post a Comment

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.