Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Tuesday, January 11, 2011

Pesawat AirAsia Terbabas



11 Januari, 2011 12:40 PM
Pesawat AirAsia Terbabas: Lapangan Terbang Kuching Masih Ditutup



KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam Isnin selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi Selasa.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi Selasa iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian pukul 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita pada Selasa, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.