Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, February 11, 2011

Bosan dengan kehidupan ini...???



Takirah hari jumaat.


Salam semua.... pagi ni anda2 semua ok..??? Pernah terasa hidup ni bosan..?? kecewa ngan segala apa yg diimpikan tak menjadi kenyataan..??? segala perancangan tak menjadi...??? Bosan ngan kehidupan rumahtangga yg berantakan..?? kerjaya tak kemana-mana..???

Ini dikatakan 'Alergik kehidupan'. Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan.

Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan
mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita
mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit.

Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar,
lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apakah yang selamanya, yang abadi dalam hidup ini?

Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

Cuba menghargai org disekeliling dan beri peluang padanya... jgn meminta lebih dari apa yg dia boleh beri... bersyukur dan rasa puas ngan nikmat Ilahi beri pada kita... pasti hati kita lebih tenang... dan menerima segala cabaran dan dugaan yg tinggi mengunung....
Apabila kita hidup dalam kekinian, apabila kita hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput bila-bila sahaja, maka kita akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan ego, keangkuhan, kesombongan. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kita tidak akan jenuh, tidak akan bosan.

Kita akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."


Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul,
tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati Ya Allah,
bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,
dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

salam persaudaraan


Mutiara Kata
:: Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.

Notakaki: kehidupan penuh dengan misteri.

2 comments:

  1. sejuk hati baca entry mama yana... betul mama, lembutkan hati & teruslah mengalir mengikut arus kehidupan :)

    ReplyDelete
  2. thanks maira.. peringatan utk diri sendiri dan teman2... insyaallah hidup berkat dunia dan akhirat. amin.

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.