Pages
▼
TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)
▼
Tuesday, February 1, 2011
Diskaun tol sempena tahun baru cina
31 Januari, 2011 21:19 PM
24 Lebuh Raya Tawar Diskaun Sempena Tahun Baru Cina
KAJANG, 31 Jan (Bernama) -- Sebanyak 24 syarikat konsesi lebuh raya
menawarkan diskaun kadar tol sempena sambutan Tahun Baru Cina Khamis ini
berbanding 17 syarikat tahun lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman
Abu Mansor.
Pemberian diskaun tol itu adalah antara lima hingga 37.5 peratus pada Khamis
dan Jumaat ini, katanya pada pelancaran kempen keselamatan jalan raya
peringkat Kementerian Kerjaraya di Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS) di
sini, pada Isnin.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Thomas George.
Shaziman berkata bilangan syarikat bertambah kerana mereka mulai sedar
mengenai tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna selain sebagai hadiah
sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Menurutnya, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) memberikan diskaun sebanyak 20
peratus untuk pengguna kad "Touch N Go" dan PLUSMiles jika menggunakan lebuh
raya itu mulai 7.01 pagi hingga 11.59 malam pada Khamis dan Jumaat ini.
"Pemegang kad yang menggunakan PLUS mulai 12 tengah malam hingga 7 pagi hari
yang sama pula akan diberikan diskaun sebanyak 30 peratus," katanya.
Mengenai kempen keselamatan jalan raya itu, Shaziman berkata ia adalah
inisiatif Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan semua
syarikat konsesi selain Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
"Kempen ini adalah untuk menjalin kerjasama bagi memastikan rondaan
berterusan demi keselamatan pengguna jalan raya sepanjang sambutan Tahun
Baru Cina," katanya.
Sementara itu, LLM dalam kenyataannya berkata pengguna jalan raya boleh
menggunakan pelbagai laluan alternatif yang disediakan untuk mengelakkan
kesesakan ketika warga kota mula meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke
kampung.
Sekiranya kesesakan berlaku di PLUS, pengguna boleh menggunakan laluan
alternatif melalui LEKAS sama ada dari arah Utara mahupun Selatan, kata
kenyataan itu.
-- BERNAMA
ps: selamat sampai ke destinasi yg dirancangkan.. dan selamat kembali utk terus berjuang mencari rezeki pada yang merantau. Mama yana sendiri sedang merancang utk berjalan2 cari pasal tp semuanya terletak pada keputusan mutlak hubby.... kita tunggu... dan tengok nnt je la....
tp minyak naik....motif?
ReplyDeleteuhuhu...dok umah je la gayanya...kekekke...
nak berjalan2 pun kena fikir byk kali kan..... so sad..:(
ReplyDelete