Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Monday, February 21, 2011

KWSP Umum Dividen 5.8 Peratus

20 Februari, 2011 14:52 PM
KWSP Umum Dividen 5.8 Peratus
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan pada Ahad, berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun," katanya.

"Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran," katanya.

Samsudin berkata untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.

Jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada tahun 2009, katanya.

Beliau berkata walaupun KWSP optimis bahawa momentum yang positif ini akan berterusan pada 2011, namun prospek untuk tahun ini akan terus bergantung kepada kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.

"Sebagai tabung persaraan, KWSP akan mengekalkan matlamat untuk melabur mengikut objektif strategiknya dan pada masa yang sama mengambil inisiatif pengurusan risiko yang ketat bagi menguruskan secara berkesan sebarang ketidak tentuan dan ancaman yang dihadapi," katanya.

Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.

-- BERNAMA


2 comments:

  1. banyak la duit mama yana nanti.... boleh la belanja ek

    ReplyDelete
  2. hhhaaaa... amin. doa2kan selalu ye... pasal belanja tu.... insyaallah.... :)

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.