Tiket penerbangan AirAsia serendah RM5
SYARIKAT penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia menawarkan tiket penerbangan bagi destinasi domestik dan luar negara pada harga serendah RM5.
Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan, berkata tawaran berkenaan dibuka sempena promosi Big Sale dan sejuta tempat duduk disediakan sepanjang tempoh promosi.
“Kempen berkenaan bermula hari ini dan pelanggan boleh melakukan tempahan sehingga 27 Februari ini bagi tempoh perjalanan dari 13 September depan hingga 29 Februari 2012,” katanya.
Menurutnya, kempen berkenaan diadakan sebagai menghargai pelanggan yang tidak jemu memberi sokongan sejak AirAsia beroperasi.
“Dengan tambang serendah RM5, kami yakin lebih ramai pelanggan berpeluang menjejakkan kaki ke destinasi impian,” katanya.
Tan berkata, setiap promosi AirAsia mendapat sambutan menggalakkan dan pihaknya yakin kempen terbaru ini akan membuahkan hasil sama.
“Ketika menjalankan kempen Mind Blowing Fare dan Free Seats, kami menerima maklum balas menakjubkan dalam 24 jam.
“Maka, berdasarkan reaksi sebelum ini, kami yakin kempen kali ini juga akan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.
Menurutnya, AirAsia turut melancarkan Bargain Hunters 101, senarai panduan bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan sendiri.
Sumber: METRO
Ps: kalu la dapat jalan2 kan best.... tak pernah naik flight lagi nih.... [jakun sungguh mama yana nih kan....]
napa x booking dear? murah ni...
ReplyDeletemurah pun mmg murah... masalahnyer nak gi mana...?? ngan sapa..?? susah kalu hubby susah nak cuti nih... lagipun nak jln2 pakai duit gak kan.... kena plan sesungguh... keh...keh... nasib la kan... plg byk pun blk kg je la.... hhhaaaa
ReplyDeleteWAHHH BEST NI KLU NK ATUR TRIP HOLIDAY.. :)
ReplyDeletebestnyer.... gi reramai eks... kalu shopping mmg best arr.... hhheee...
ReplyDeleteNak dapat yg murah tu yang susah..
ReplyDeleteMJ dah berapa kali try search tp selalu tak dapat..huhuu
tu la kan..... kena cuba dan depend ke rezeki gak kan....:)
ReplyDelete