Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, April 22, 2011

Episod hidup semalam


السلام عليکم


Pagi yg ceria buat teman2 bloggerku.... harap ceria ye... rasanya ramai yg ceria... kan..kan...hhheee... [buat2 tak faham lak...]

Sehari dua ni mama jadi malas sungguh nak mengadap lappy.... senang duduk tgk tv atau mencari ruang di katil utk melenakan diri... sungguh tak faham... sebab.. mama sekarang kurangkan minum teh susu... cuba beralih balik pada kopi pekat... dah minum kopi pekat kan... seharusnya takde la mengantuk sebelum waktunya kan... ke teoriku salah...??? konfius sikit disitu...

semalam dalam mata takleh nak buka... mama keraskan hati... sebab baru sudah makan kul 8.30mlm... takkan lah nak tido dah kan... atleast 4jam lepas makan br boleh tido... layan cite tv8 semalam... dua org bodyguard dah masuk tido.... so tenang la sikit layan movie kan... cite tajuk Lucky 7... mungkin ada yg tengok.... suka jalan cite dia.... terfikir... seronoknya mengharungi kehidupan bila sudah ada guideline dalam membuat keputusan hidup.... sudah ada draf masa depan.... hanya perlu follow je.... makanya seakan kita dah boleh jangka atau ada perancangan dalam setiap masalah yang timbul.... menangis seketika dan bangun meneruskan perjalanan hidup..... seronok rasanya....

akan tetapi.... bila didalami sekali lagi... betul gak apa yg dipersoalkan oleh hero pada heroin nya... apakah akan kamu akan lakukan selepas kamu peroleh calon yg ketujuh... adakah akan berkahwin, mendaki gunung fuji atau ??? [tak ingat lak apa yg dia tanya...]... motifnya setiap yg berlaku mungkin kebetulan dan belum tentu apa yg dirancangkan 'menjadi' seperti yg kita inginkan.... hidup terlalu mengikut kehendak atau mengikut perancangan... bagaimanakah bila tiba2 ada sesuatu berlaku secara spontan...?? sudah pasti takde keputusan bagi kejadian yg sportan kan... adakah akan bahagia?? hidup terlalu mengikut kefahaman logik juga belum tentu bahagia.... harus ada kekuatan utk menerima dan bertindak mengikut keadaan....

Tengok movie begini seakan2 memberi motivasi buat mama yana.... memberi ilham yg hidup harus tabah dan cuba harungi ngan segala kesulitan agar dikemudian hari akan mampu menepis segala dugaan yg mungkin lebih besar dan lebih memerlukan daya kekuatan mental dan fizikal.... insyaallah.


daun2 yg berselerakan seakan hatiku yang kalut...


PS : hati seakan kalut dan cukup fedup mengharungi keja2 harian di pejabat malahan di rumah... tp sekarang lebih tenang dan menerima dugaan ini sekuat yg mungkin.. insyaallah.


jangka masa diperlukan utk memahami dan mengerti erti hidup



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


4 comments:

  1. Walau kalut macam mana pun kalau dah ada tanggung-jawab tetap di agih dan beres juga kan... Ok lah tu....

    ReplyDelete
  2. insyaallah cuba sebaik mungkin... tetapi ada gak yg tak faham akan mood kita nih... sabar je la kan...:)

    ReplyDelete
  3. yer...memang pagi yang ceria pun. huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. hhhee... gud for you... ceria2 la selalu...:)

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.