السلام عليکم
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah
sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur
dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain
akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu
yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak
nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh
duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yg pernah kita rasai.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa
yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk
melupakan seseorangteman,tika kita membuka naskhah hati yang penuh cela dan duka,
Allah menutupnya dgn penuh rahsia.
Ketika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka,
Allah menterjemahkannya dgn penuh hikmah dan penuh warna.
Ketika kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit;
ketika malam tiada bulan,tiada madu,
Allah berikan sebuah rasa yang bernama 'cinta'.
mengapa kita ketepikan Dia ketika meratap dalam zikra rindu,
sedang langit malam semakin cerah menunggu fajar baru?
Teman, kita di beri masa untuk merasa dan kita akan
pulang untuk di nilai dgn penuh adil dan saksama.
Kerana sejauh mana kau merasa duka mu menghiris,
aku telah merasakannya, dalam dan menikam ke dalam dadaku.
menusuk pedih mengatasi sendu.
Sejauh mana kau merasa hidupmu sunyi di sakiti,
aku juga telah merasakan kesunyian dan pernah di sakiti.
Terima kasih, tuhan.
yang memberikan aku ilham.
yang memberikan aku kegembiraan dan kesedihan.
yang memberikan aku keluarga yang penuh kasih sayang.
yang memberikan aku teman-teman yang rela berkorban.
yang memberikan aku "suatu masa" yang menjadi kenangan.
yang gagalnya aku jadikan pedoman.
yang jayanya aku jadikan sebuah harapan.
harapan untuk berbahagia di sisi Tuhan di sisi insan!
ketika aku menunggu mentari , zikra buat diri sendiri.
buat jiwa-jiwa yang sedang mencari. buat mengisi
mana-mana juzuk yang kosong di dalam hati.
bacalah, berdoalah, agar Allah mengampuni aku,
seseorang yg menghampiri akhir zaman.
berdoalah semoga aku aman pada HARI PERHIMPUNAN.
pada hari terbukanya segala tabir kelakuan dan akuan......
hidup ini adalah sebuah penjara .....yang indah!
di dalamnya kita terperangkap, lalu mengenal diri.
didindingnya kita mencatat rasa. luahan dari kurungan.
lalu kita mula menyedari diri, siapa kita!
bukankah indah begitu? di dalamnya kita mengenal harap, mengenal doa.
hidup ini adalah sebuah penjara yang indah! dari karangan bebunga derita,
kita lurutkan tasbih cinta. dari jejaring besi dunia, kita mengharap cahaya.
lalu kita seru cinta. kita seru nama-nya.
ah....
demikian indah hidup ini. walaupun ia hanya sebuah penjara.
dari penjara inilah, kita melihat betapa indahnya sebuah KEMATIAN....
betapa indahnya untuk bertemu DIA!
itulah perjalanan hidup. mengingatinya, aku sering
menginsafi diri. lalu,ujian hidup aku telan bagaikan sebuah kemanisan takdir daripada ilahi
sumber: email.
♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥
terbaekkkkk......!!!!
ReplyDeleteaku hanya mengharapkan 'sinar' dalam hidupku.... :)
ReplyDelete