Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, February 24, 2012

Kemaruk bahan lucah rosak minda, runtuhkan masyarakat




Kemaruk bahan lucah rosak minda, runtuhkan masyarakat



LUCAH selalunya dikaitkan dengan perangai tidak senonoh, kotor dan keji. Ia turut membabitkan perlakuan dan pengalaman seks yang disebarkan secara terbuka. Ia sudah pasti akan menjejaskan pembangunan minda dan sahsiah masyarakat, terutama remaja yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru dan menyeronokkan.

Dalam perspektif Islam, amar makruf dan nahi mungkar adalah sesuatu yang penting dan harus dilaksanakan. Kewajipan ini dikaitkan terus dengan status dan kualiti iman seseorang.
“Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.” – (Hadis riwayat Muslim)

Dewasa ini, manusia mempunyai satu kegilaan iaitu kemaruk melihat gambar pornografi di internet. Ia adalah tanda awal perbuatan yang mendorong ke arah penzinaan. Al-Quran dalam surah al-Isra ayat 32 menyebut mengenai bahaya zina kerana ia satu perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk.

Begitu kerasnya larangan al-Quran dalam soal zina agar segala perkara yang mendekati kepada perbuatan zina harus ditinggalkan.

Prof Dr Hamka ketika menyusun tafsir Al-Azhar pada 1960-an, menyatakan kebimbangan awalnya terhadap kehidupan moden yang begitu mudah mendekatkan orang kepada zina. Hamka berkata: “Segala sesuatu yang akan mendekatkan dengan zina terbuka di mana-mana.”

Allah berfirman bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar; merekalah orang yang beruntung.” – (Surah al-Imran, ayat 104)

Laman web lucah adalah antara faktor berlakunya kejadian jenayah seperti seks bebas, mencabul, rogol dan bunuh yang semakin meningkat sekarang. Oleh itu, kita jangan sesekali cuba mendekati atau melayari laman web sebegini.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak daripada golongan bawahan sehingga golongan atasan, memastikan budaya masyarakat Timur yang beradab sopan tidak dicemari dengan budaya kuning yang cuba diterapkan oleh laman web lucah.

Oleh yang demikian, usaha bersungguh-sungguh ke arah membina generasi Muslim yang mempunyai ketrampilan dan berakhlak mulia perlu membabitkan semua pihak.

Ia bagi memastikan masalah sosial yang kian parah dalam masyarakat dapat dikurangkan secara perlahan-lahan sehingga kadar paling minimum.


sumber: email.

~>jom sama2 perbaiki peribadi dan mendidik anak2 kita kearah yg lebih baik..:)










Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

3 comments:

  1. Nauzubillah... jauhkanlah kita dari kemaruk yg x berfaedah langsung.

    ReplyDelete
  2. isyh benda tak paedahtu yang dikejonyer.. alahai...

    ReplyDelete
  3. sekarang ni dunia tekno lagi la memudahkan semua utk carik bende2 tak berpekdah nie...

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.