Hidup tanpa teman2 pastinya tidak ceria tp nak dpt teman yang baik, memahami dan betul2 kawan baik susah. Sunyi tanpa gurau senda, sunyi tanpa tempat nak bergossip, sunyi tanpa tmpt nak meluahkan isihati. Tp jika ditakdirkan memiliki teman2 yg lebih pada tempat untuk dijadikan kawan dikala sunyi pun tak seronok jugak. bila boring dicari, bila ada masalah dikunjungi, bila teman2 lain hilang makanya kita la dipandang.
Bagaimana nak memastikan teman itu betul2 teman yg baik. Bagaimana nak menbaca isihati org..?? bagaimana nak pastikan itu la teman yg terbaik buat kita..??
Dulu masa remaja.. pernah ada teman sama2 naik basikal ke sekolah bertanya.. 'su.. kau kawan baik aku kan..??'. Tau apa jawapan aku masa tuh.. 'eh.. ye kot'. Nape mama jawab gitu, pasal dia baik bila atau masa nak pergi/balik sekolah je, time kat sekolah, mama terkontang kanting sorang2 je. lagi2 pulak dia lain kelas.. kelas budak2 pandai, sedangkan aku sekadar kelas kedua pandai. [tak nak kalah, pandai la jugak. hahaha. sapa nak puji beb, jika bukan diri sendiri.. kih..kih..]
Tapi sekarang aku menyesal, sebab sejak dari hari itu, layanan dan senyuman dia pada aku semakin tawar, tak semanis dulu. sampai sekarang wlpun kekadang berjumpa, dia layan baik tp aku rasakan seakan dia terasa hati dengan kata2 aku dulu. mungkin betul, mungkin salah. tp smpi skrg aku hanya sekadar menyesal, taknak jika diungkit bertambah parah lagi.
Masa belajar kat salah satu kolej dulu, ada gak yg baik. seronok sebab kami seumpama geng yg besar. maklum la dok dlm dorm yg besar dan hari2 pun masuk kelas yg sama. meriah org kata. aku ada kwn yg mengangap aku kakak dia, sedangkan dia lagi besar dari aku, mungkin sebab aku tua ikut bulan lahir wlpun sama tahun. aku layan seadanya, kekadang ada masanya ketawa, kekadang ada masanya terasa hati.. tp aku sekadar mendiamkan kesakitan hati.. menjaga hati kawan.
Bila kami semua kena berpindah ke kolej yg lebih besar, sudah dipisahkan jumlah org bg setiap2 bilik, sudah mula berlainan kelas, maklum la ada yg repeat2 paper menyebabkan kami berjarang berjumpa. bertambah dengan masalah2 berbagai, makanya kami makin rengang, tp teman yang lain pulak bertambah. alhamdulillah. tp teman2 yg dulu pulak bersikap cemburu, timbul macam2 cara utk menyakitkan hati, mrk mencari alasan dan kelemahan aku utk mebuatkan aku semakin kurang nak bercampur. nilai sahabat bagi mereka ialah jika kau nak jadi geng dia maka harus la mengikut segala apa yg dia rancangkan. malas nak ikut. naluri masa itu adalah kecewa dan nak menyendiri. [putus cinta la tuh.. kih..kih..]
Bila tamat belajar, kawan2 mulai berselerak. balik kampung atau mulai menbina kerjaya. aku..?? pulang ke kampung menjadi penganggur bertauliah, menjaga adik2 dan nenek sebab tok ma dan tok abah nak ke makkah mengerjakan haji dan umrah. bila lama2 dok umah, boring pun ada, tp apa kan daya... malas menguasai diri. hahahaha. pulak2 thn berikutnya nenek lak gi makkah buat haji dan umrah. tolong keluarga pun kiranya benda yg terbaik buat aku masa tuh. anak sulung kena lebih bertanggungjawab pd keluarga.. kannnn.
lama2 kawan dok sibuk mengajak berhijrah, makanya bermula la episod utk mencari keja. mula2 keja suka-suka2 je. tp lama2 tersedar yg hidup bukan sekadar utk suka-suki saje. hidup harus lebih matang. so berpindah ke kota besar dan disini akhirnya aku bermautautin. perit dan sayu. tersedar susahnya mencari rezeki rupanya. dulu senangnyer minta duit.. hehehe.. masa keja main2 dulu pun boleh lagi minta duit ngan PAMA. tp bila jauh dr keluarga dan hanya dekat dengan kawan, terasa yg hidup kosong dan sepi. lagi2 kawan yg ada pun hidup sesuap nasi. aduh. Nak meminta tolong keluarga pun tak boleh lagi, tok abah sebenarnya tak suka aku berhijrah, dia suka aku depan mata dia je. so bila dah buat keputusan nak berhijrah makanya harus/wajib pandai2 nak cari rezeki sendiri. satu cabaran buat aku. aku redha.
Sekarang ada teman2 sepekerjaan, happy but tricky. hahaha. dlm senyum didepan, ada jelingan tajam dibelakang, ada muncung wlpun terang2 dia silap. ada yg tengah2 gelak, boleh tiba2 diam hanya kerana dia merasakan aku sudah melebihi dia. aduh. jealousy. rezeki memasing tp mengapa harus nak jealousy.
Ahhh. panjang berjela tp isi kosong. lari dari tajuk sudah. maafkan aku, mungkin tertiba hati ini ingin berbicara sepi. abaikan jika merasakan tidak penting.
pic frm google.
Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...
muah... muah.. ;)
****************************
naluri masa itu adalah kecewa dan nak menyendiri.... hihihihi
ReplyDeletekawan..mcm2 ada kan akak..
ReplyDeletenak cari kawan sejati susah..
nak cari org dengki senanag aje..
depan baik, belakang mcm2 kata kat kita,, so bila dah besar2 ni..
berhati2 la dalam berkawan..
sebab kawan boleh makan kawan..
:-)
Saya pernak ada best friend, lima tahun bersama, gaduh..... Saya kecewa bila kitaorg berpisah. Sampai skang takde bff.... Teringin nak ada, tapi....
ReplyDeletekena banyak2 bersabar ok.
ReplyDelete