Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, February 15, 2013

10 Perbuatan Yang Sia-sia

Assalamualaikum...


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori yang sia-sia (dan rugi).

10 Perbuatan Yang Sia-sia ialah : 
  1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang sering membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib dan tak istiqamah sampai seratus ayat setiap hari.
  3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.
  4. Orang yang melalui kawasan tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan pengampunan kepada mereka.
  5. Lelaki yang pergi ke suatu bandar pada hari Jumaat, tetapi dia keluar lagi dari bandar itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
  6. Lelaki atau wanita yang tinggal di satu kawasan dengan ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuannya.
  7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling bertanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi buat acuh tidak acuh dan tidak melayaninya dengan baik.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.
  10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang sedang dalam kelaparan, sedangkan dia makan dengan kenyang dirumahnya.
sumber : Di copy & paste dari facebook 
__










No comments:

Post a Comment

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.