Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Friday, July 19, 2013

Resepi = Rindu

Assalamualaikum...

Sekarang mood men'google' cari resepi yg simple2 jew la.. nak2 mkn ngan anak arini.. papanya berbuka kat luar.. mama mmg insaf nak ke pasar ramadhan dah.. hari pertama aritu je pergi dan taknak pergi lagi dah time balik keja.. penat mengalahkan memasak kat umah.. balik2 makan rasa apa2 tah.. mahai nak mamp lak... letih tau... hehe

So copy dan paste sini.. kot2 ada yg sama2 berkenan nak cuba... kiki (harap tuan resepi izinkan la yer.. mama xde niat apa2 selain niat suci murni berkongsi ngan teman2)


IKAN MASAK CUKA

Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa
Cara:
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.


Nape hidangan ini..?? sebab pernah makan kat umah kawan kita bukan kawan awk.. disebabkan lain rasanya.. sedap ok (sebelum tuh belum pernah mkn ok.. mungkin tokma xtau resepi tuh.. hehe) so google2 jumpa.. nih agak2 sama rasanya ngan yg pernah mama rasa dulu.. so balik cuba buat.. sama ke tak.. hahaha... (tgk mak kwn masak so boleh agak2 la bahannya sama.. kiki)

Kiranya resepi nih membangkitkan kenangan zaman2 anak dara dulu la kot.. kahkahkah.. *br sekarang nak dicuba masak.. mmg fail sgt kannnn*

Masakan nih jugak membangkitkan rasa rindu pada temanku itu.. fbnya ada tp diam seribu bahasa... tipon pun xdapat2.. tukar no tipon dah kot.. kalu ada kesempatan raya nnt gi umah dia beraya... boleh melepaskan rindu.. :)

Eh.. sentimental lak rasanya.. ok la daaaa...



5 comments:

  1. ikan masak cuka? pes time sy dgr. hee

    ReplyDelete
  2. Memang sedap.. Saya amattt suka..

    ReplyDelete
  3. orang utara punya resepi ni Nana.. masa Che Mid di SP dulu memang selalu makan..

    dah dua entri bloggers cari kawan lama pagi ni Che Mid jumpa he he..boleh jumpa raya ni kut..

    ReplyDelete
  4. yg ni best juga kan !

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.