Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Thursday, July 11, 2013

Resepi : Sambal Harum Ikan Siakap Panggang..

Assalamualaikum...




Sambal Harum Ikan Siakap Panggang...

Bahan2nya
1 ekor ikan siakap segar, di bersihkan dan di toskan.
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar - dikisar
1 batang serai - dikisar
Bahan2 di atas di kisar hingga halus

Garam & Gula secukup rasa
4 helai daun limau purut
Daun pisang & aluminium foil untuk membalut ikan
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Panaskan minyak dikuali, letakan bahan2 yang di kisar, goreng bersama daun limau purut. Bila bau sambal mula bangkit letakan garam dan gula secukup rasa. Bila sambal mula pekat tutup api. Tepikan sebentar. Bentangkan daun pisang, letakan ikan siakap di tengah daun pisang, letakan sambal nya di atas ikan siakap. Letakan sambal di perut ikan siakap. Sapukan rata2 sambal tadi diseluruh ikan siakap. Kemudian balutkan ikan dengan daun pisang rapi2 dan bungkus pula dengan aluminum foil. Panaskan oven pada suhu 160C. Letakan bungkusan di tengah oven biarkan ia masak selama 15mins. Sesudah itu buka bungkusan nya dan panggang ikan nya selama 5 mins di api atas atau grill pada suhu 180C. Sajikan panas2 bersama juadah lain untuk berbuka.


sumber : fb.


*Nmpk pun dah sedap.. tak tau la kalu ai buat tak sedap lak.. kiki*




4 comments:

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.