Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Tuesday, July 23, 2013

William dan Kate Dapat Anak Lelaki


Orang ramai berkumpul untuk melihat keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London pada Isnin (waktu London) bagi menanti pengumuman kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge, Catherine atau Kate Middleton. Kate pada Isnin melahirkan seorang bayi lelaki yang akan bergelar pewaris takhta Britain, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan. Foto AFP


LONDON: Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate meraikan kegembiraan selepas Kate melahirkan seorang anak lelaki.

Dengan sorakan orang ramai yang memenuhi di hadapan Istana Buckingham bagi menyaksikan pengumuman bahawa Duchess of Cambridge telah melahirkan pewaris lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram.

Bayi yang belum dinamakan itu merupakan kini berada pada keturunan ketiga secara langsung berturut-turut selepas anak Ratu Elizabeth II yang sulung dan pewaris Putera Charles, dan kemudian anak sulungnya William.

"Kita amat gembira," kata William, yang merupakan anak Charles dan mendiang Puteri Diana, dalam satu kenyataan ringkas.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya Michelle membawa perutusan antarabangsa dengan "sambutan yang meriah" manakala Kanada adalah yang pertama untuk mengucapkan atas kelahiran pewaris takhta itu.

Kate Middleton, 31, menghabiskan sepuluh jam dalam bilik bersalin selepas beliau dan William berada di Hospital London St Mary, Paddington, di tengah London.

"Yang Mulia The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 16:24 (waktu London)," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan hanya lebih empat jam selepas Kata melahirkan anak lelakinya.

"Bayi ini mempunyai berat 3.8 kilogram."Tempat kelahiran bayi milik pasangan diraja itu adalah hospital yang sama di mana mendiang Puteri Diana melahirkan William pada tahun 1982.



Sumber : email.


Dengar2 Perdana Menteri kita.. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Razak pun menyambut berday hari ni.. hehe.. betul ke kawan2..??





2 comments:

  1. Untung la jadi raja nie sentiasa jadi perhatian orang lain termasuklah rajagopal

    ReplyDelete
  2. and they showed the baby to the public today.. cute! u have a nice blog.. :)

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.