Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Tuesday, September 24, 2013

Setiap orang adalah unik....

Assalamualaikum...


Setiap orang adalah unik.

Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya
yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada
sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak
perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah
cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini
tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap
keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan
setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,
bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa
susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia
itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.


Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya
penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan
takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan
Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa
kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali
juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa
faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah
ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras
tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang
rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia
selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan
ALLAH.


sumber: email.



Cantik disisi Ilahi ku idam2kan... amin



4 comments:

  1. Sebaik habis membaca N3 ini kakak merenung diri kakak sejauh mana kedudukan kakak kini...

    ReplyDelete
  2. indah pada pandangan dan sisi Allah tu yang sepatutnya jadi matlamat kita..kan.. :-)

    ReplyDelete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.