Assalamualaikum...
Benda pertama yg me kena GST ialah isian minyak... huhu.. tak tau nak describe camne.. LIFE MUST GOES ON beb.. nak salahkan sapa sekalipun.. nak taknak.. kita kena terus bergerak utk HIDUP.. kannn
Benda pertama yg me kena GST ialah isian minyak... huhu.. tak tau nak describe camne.. LIFE MUST GOES ON beb.. nak salahkan sapa sekalipun.. nak taknak.. kita kena terus bergerak utk HIDUP.. kannn
Semua org terkena KESANnya GST.. tp jujurnya lg kesian kat yg gaji kecik.. yg baru nak hidup.. kesian sesangat... kalu yg anak ramai tuh.. bebanan sara hidup mereka LAGI bertambah la.. aduhai.. bagi yg sederhana cam me nih.. nak kena gak la beringat dalam berbelanja.. kena pandai pilih yg LEBIH penting dan KEPERLUAN dalam kehidupan seharian.. :)
Dibawah me ambil dari kiriman Group Whatup sebagai bacaan buat kawan2.. sharing is caring..
Dibawah me ambil dari kiriman Group Whatup sebagai bacaan buat kawan2.. sharing is caring..
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)
“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...
hehehe...berbeza suasana ketika itu. dulu pemimpin berhabis harta untuk rakyat.....
ReplyDeletesampai sekarang akak tak faham sistem GST..kata barang keperluan tak kena GST...tapi bila beli ada pulak GST
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMinyak hanya RON97 aje kena GST. RON95 yang kita pakai tak kena GST. Kita kena cari ilmu pasal GST ni dulu sebelum buat kesimpulan. Sebab tu dalam islam ilmu tu yang paling penting. Yang takut GST adalah peniaga2 terutama cina sebab diaorang tak bayar tax. Hanya 14 peratus yang bayar cukai untuk tampung satu negara ni. Yang kebanyakannya bangsa melayu sbb ramai kerja kerajaan atau ofis. Lepas GST, cukai pendapatan pun akan turun. So bagi saya adil.. Terpulang pada masing2. Mari kita baca pasal GST dulu .. Harap maaf.
Filzah
tul tu ,, sokong,,, Allah ada bersama kita,, insha Allah,,
ReplyDelete