Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Thursday, February 17, 2011

Denda baru trafik

Denda baru trafik
Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa 1 Mac, kadar kompaun kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaraskan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pelaksanaan kadar baru kompaun itu berikutan keputusan kabinet menyusun semula kesalahan lalu lintas daripada tiga kategori kepada empat kategori, iaitu mengikut kelas kenderaan; tahap keseriusan dan jenis kesalahan; nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Berikutan itu, Cho Ha pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

"Pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.

"Bagi tiga kategori kesalahan lebih ringan, kadar kompaun lebih rendah akan dikenakan sekiranya saman dibayar lebih awal," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kementeriannya di sini, semalam.

Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Jelaing Mersat dan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Cho Ha berkata, kadar kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang membabitkan kesalahan serius dalam kategori pertama, kedua dan ketiga atau kombinasi daripada mana-mana kesalahan daripada kategori berkenaan sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan daripada melakukan kesalahan pertama.

Katanya, penunggang motosikal di bawah 250cc juga diberi kadar kompaun lebih rendah berbanding kenderaan lain di bawah kesalahan kategori pertama. Beliau berkata, pemandu yang disaman tidak akan dikenakan mata demerit di bawah Sistem Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tempoh tiga bulan.

"Satu daripada sebab mengapa mereka yang disaman enggan menjelaskan bayaran kompaun kerana bimbang dikenakan mata demerit dan kemungkinan lesen memandu mereka digantung atau dibatalkan," katanya.

Sumber : Metro


Notakaki: Bila la cik abe nak gi bayar saman tuh wei.... gamok kel tak gerak mano pulok mama yana pas nih.....




2 comments:

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.