Kereta meletup
Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my
TUNGKUS-LUMUS...anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada kereta mangsa.
KESAKITAN...Hailani sedang menunggu ketibaan ambulans.
SHAH ALAM: “Sebaik berhenti dan belum sempat kami keluar daripada kereta, tiba-tiba kereta kami meletup dan terbakar. Dalam keadaan panik dan terkejut, saya terus berlari meminta pertolongan,” kata Mohd Hailani Pangat, 43, yang melecur teruk di lengan kiri dan leher apabila kereta dinaiki bersama rakan tiba-tiba terbakar di pekarangan tempat meletak kenderaan di Stadium Shah Alam, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu dia bersama Shamsuddin Muhammad, 40-an, berhenti seketika di kawasan itu apabila terdengar bunyi pelik di bahagian enjin kereta yang dinaiki mereka.
Menurutnya, sebaik cuba keluar dari kereta, kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar menyebabkan mereka disambar api.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan kecemasan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Muhamad Hisham Sidek, berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dan seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.27 petang.
sumber SINI
**Gerun ngan seriau... dah la smlm br keta mama berasap..[baca mama pening nih] mintak2 takde apa la kannn... check dah kat bengkel.. ok je.. nnt nak bawa ke proton lak.. nak suruh diorang check lak... taknak la kejadian sama berulang kannn.. doakan ye.. moga2 keta mama takde masalah teruk dan kami sekeluarga dijauhkan dari musibah sebegitu... selalunya mama la yg dok bawa keta tuh ari2 pun... hhhuuuu
Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)
Sampai jumpa lagi...
****************************
No comments:
Post a Comment
Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)
Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.