Pages

TINGGALKAN LINK ANDA DAN KITA AKAN BERHUBUNG MESRA :)

Thursday, March 22, 2012

Langkawi - Day 1 part 2

Salam...^_^

Keadaan mama skrg agak kucar-kacir. Nih gara-gara bercuti. hehehe. banyak keja tengah urgent tp mama cuti lak kannn. hahaha. Nasib badan.

Bg yg belum tgk entry belum nih. sila la kesana link bawah ni ye.
Langkawi - Day 1 part 1

Ok. Sambung lagi. Mencecel panjang sikit. ada yg tak puas baca entry mama tak mencecel panjang. ahaks.

Papa datang ambik kami kat kfc. tak jalan terus masih lepak situ. Tunggu papa lunch dulu. Sian dia lapar. Lagipun kami nih masih blur lagi nak cari tmpt makan kat mana. Kompom banyak untung arr kfc aritu. Kebanyakan org yg turun dr feri terus mengurung kfc. maklum la dah waktu makan kan. ramai sungguh umat dtg berjalan kat langkawi. Bagus juga melawat negeri dlm negara sendiri. atleast boleh memajukan industri negara sendiri.

Lepas makan, jalan2 cari hotel yg mama dah tempah. seksa gak bagi yg tak biasa dengan jalan2 kat situ.. hotel mama tempah kat pekan kuah, jalan pandak mayah. so kami tanya org, pusing2 smpi dua tiga kali baru perasan nama jalan tuh. adeceh. dah 2kali dah lalu situ tp boleh tak nmpk.. hahaha. sian sungguh.

Terus check in. Mama sebenarnya gabra psl mama yg booking hotel tuh. takut hasilnya luar dari dijangkakan. kita hanya tengok dlm pic je so kompon la takleh nak imagine sgt keadaan dia kannn. tp alhamdulillah ok je. bilik berbaloi2 dengan harganya. hehehe. syukur sgt.

Masuk dan relax sambil betulkan urat2 yg longgar. mandi. solat. siap dan kuar. harus menghargai waktu. kami terus cari jalan nak ke makam mahsuri. papa mmg dah pernah dtg dilangkawi nih. so kira dah rasa kompiden sikit la. cuma dulu dia ikut rombongan cik kiah. dah lama dah. tp langkawi nih tak besar mana. pusing2 last2 akan jumpa pekan kuah juga. hehehe.


makam mahsuri


telaga mahsuri


mana lg cun.. me or mahsuri. ahaks. #pengsannnn






Balik dr makam mahsuri, kami ronda2 pantai chenang. tp tak singgah. balik hotel dan rest. lepas maghrib siap dan kuar lagi cari makan. kami makan kat depan pada dataran helang. balik makan kami ronda2 lagi. balik hotel. Rupanya hadapan hotel kami mmg ada pasar malam tiap2 malam. so bershopping sikit2 kat situ. masuk kedai haji ismail. beli coklat sikit. kami mmg dok dekat sgt ngan kedai2 jual minyak wangi, kedai haji ismail (brgan pinggan mangkuk, coklat dan mcm2 lg). kedai2 selain haji ismail pun berlambak2 jual barang pinggan mangkuk. mmg betul la langkawi nih terkenal dengan tmpt shopping barangan kaca/hiasan rumah/dapur.

Nnt mama update entry utk hari seterusnya ye. hehehe. Harap kawan2 tak boring. panjang eks entry mama nih, cam org lain tak pernah gi langkawi kannn. hahaha.




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


 ****************************


8 comments:

  1. Kebetulan yang sama sebab kita pun tengah update entry Langkawi. Tapi kita pergi dah lama, masa CNY holiday arie tuh, hehehehehhe. And, kita punya entry lagi bosan rasanya sebab panjang meleret2...hehehehehhehe.. Mama punya oklah nie, ringkas dan padat.

    ReplyDelete
  2. Memang untung kfc tu Yana sebab turun feri dah terpampang retro dia mestilah kena serbu sentiasa...

    ReplyDelete
  3. Wah..pergi Coti-Coti tak ajak ponggg...Best kan langkawi..Idaman suri tak singgah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan ai ngah survey2 aritu nak jejalan.. ingat nak gi gak kat pangkor.. tp last2 gi langkawi. hahaha.

      idaman suri.. tgk dr jauh je.. tak msk. larangan keras dr papa. nasib ai la kannnn

      Delete
  4. seronok baca cerita org pergi bercuti ni.. bestnya dapat pusing2 langkawi sambil bershopping..

    ReplyDelete
  5. Best kan g langkawi..saya pun teringin gak nak bawa family g sana...

    ReplyDelete
  6. akak dok kt bayview hotel lgkawi eh? cik lynn pnah stay kt hotel tu...sng dkat ngn tmpat shopping....hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik lynn..>> mama dok sunderland motel je.. tak mampu nak dodo hotel2 megah gitu.. budjet ala-ala je.. hehehe

      Delete

Komen jgn xkomen.... tp jika tuan blog tak sempat reply sila maafkan yer.. kekadang masa mencemburui utk melekap jew ngan blog kesayangan.. :)

Terima kasih bagi yg sudi terjah sini.. insyaallah tuan blog akan cuba menerjah blog anda kembali.. Tq for the support.