Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, March 5, 2012

Korang setuju ke..??? Pernah kena ke..??

01 Mac, 2012 13:24 PM
Satu Jenayah Jika Manipulasi Data Peribadi
Oleh Hazlinda Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Ramai pengguna telefon bimbit
berungut bila menerima panggilan telefon atau teks pesanan ringkas
(SMS) daripada pihak yang tidak dikenali untuk sesuatu perkhidmatan
termasuk insurans, pinjaman bank dan kad kredit.

"Ada yang tawarkan promosi percutian percuma yang bersyarat. Perlu
hadir taklimat selama 30 minit sebelum ditawar pakej percutian
beribu-ribu ringgit.

"Minta kad kredit, bermacam-macam janji sehingga ke tahap penginapan
percuma untuk hotel di luar negara. Menyusahkan kerana bila terima
panggilan wakil jualan yang bertubi-tubi ini, kita pun termakan ajakan
dan desakan," jelas seorang pengguna, Leila (bukan nama sebenar), yang
meluahkan rasa hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya diperoleh
wakil jualan.

Pada Mei 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diluluskan di
Parlimen dan diwartakan pada Jun tahun yang sama.

Bagaimanapun, ia dijangka dikuatkuasakan sekitar Jun ini.

TERPELIHARA

Apabila berkuatkuasanya akta ini, semua aspek perlindungan data
peribadi untuk tujuan komersil akan dijamin terpelihara.

Di bawah Fasal 4 akta ini, data peribadi ditakrifkan sebagai 'apa-apa
juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersil yang tersimpan dan
dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail'.

Ini bermaksud ia berhubungkait, baik secara langsung atau tidak
langsung, dengan seorang subjek data termasuk data peribadi sensitif
dan pernyataan mengenai subjek data berkenaan.

Data peribadi sensitif meliputi data peribadi berhubung kesihatan atau
keadaan fizikal dan mental seorang subjek data, pendapat politiknya
dan kepercayaan agama.

Mereka yang menyalahguna maklumat yang diperolehi boleh dikenakan
hukuman denda maksimum tidak melebihi RM500,000 dengan kebarangkalian
hukuman penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun, bergantung kepada
jenis kesalahan.

Mahkamah sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana
kesalahan di bawah akta ini.

JENAYAH BARU

Di bawah akta ini beberapa kesalahan jenayah baru diwujudkan dan ia
tidak menyerupai kesalahan jenayah lain yang termaktub hukumannya di
bawah Kanun Keseksaan.

Antara kesalahan jenayah ini termasuk kegagalan pengguna data di
kalangan pertubuhan perbadanan untuk beberapa perkara seperti
mendaftar, pelanggaran prinsip perlindungan data, penjualan data,
pemindahan data tanpa perlindungan yang mencukupi dan pengumpulan
menyalahi undang-undang.

Prof Abu Bakar Munir, pensyarah di fakulti undang-undang Universiti
Malaya turut membentangkan kertas kerja pada seminar yang diadakan
baru-baru ini, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama
pengguna data tentang akta yang bakal dikuatkuasakan itu.

"Saya terlibat membantu Singapura dalam proses menyediakan draf untuk
akta ini digunapakai di sana tidak lama lagi. Untuk Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 di negara kita ini, saya diberi kepercayaan sebagai
penasihat. Akta ini merangkumi 7 prinsip dan ia tidak terpakai
langsung untuk penggunaan secara rekreasi seperti penggunaan data
peribadi untuk hal-hal persendirian, keluarga dan isi rumah.

"Akta ini melindungi subjek data atau individu yang menjadi empunya
kepada data itu," jelas Prof. Abu Bakar.

Antara seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta ini yang menjelaskan
kesalahan yang boleh dikenakan hukuman ialah seksyen 40(3) iaitu
memproses data sensitif, 38(4) iaitu memproses data setelah kebenaran
untuknya ditarikbalik dan 130(3); mengumpul, menzahirkan atau
mengusahakan penzahiran data secara menyalahi undang-undang.

Akta ini juga baru diluluskan di beberapa negara di rantau ini seperti
Korea dan Taiwan.

DATA

Pengguna data adalah seseorang yang sama ada berseorangan atau bersama
dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai
kawalan terhadapnya atau membenarkan pemprosesan apa-apa data
peribadi, tetapi ia tidak melibatkan pemproses data.

Pengguna data ini terlibat apabila menguruskan sesuatu pemeriksaan
atau sesuatu aduan atau sesuatu penyiasatan atau semasa terlibat
dengan sesuatu notis penguatkuasaan.

Mereka ini adalah syarikat atau perbadanan atau pertubuhan yang
menggunakan data yang diperolehi untuk transaksi komersil.

Walaupun begitu, pengguna data peribadi yang terkecuali daripada
tindakan yang boleh diambil di bawah akta ini termasuk kerajaan
persekutuan dan negeri, agensi rujukan kredit dan sebarang penggunaan
untuk transaksi bukan komersil.

Agensi rujukan kredit yang boleh mendedahkan butiran penarafan kredit
terletak di bawah bidangkuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

HAK SUBJEK DATA

Perlindungan kepada keselamatan data milik mana-mana subjek data tidak
boleh diabaikan oleh pengguna data.

"Kalau diberikan data peribadi kepada pihak bank atau institusi
kewangan berdaftar ketika membuat permohonan kad kredit atau pinjaman,
mestilah kita tidak mahu data itu jatuh ke tangan orang lain," seorang
peserta seminar, Suzy Lim (bukan nama sebenar) memberi pandangannya
mengenai perkara itu.

Hak-hak subjek data yang tidak boleh dinafikan termasuk hak mereka
untuk diberitahu, hak untuk mengakses dan menyemak, hak untuk membuat
pembetulan, hak untuk menarik balik kebenaran dan hak untuk menyekat
pemprosesan data itu untuk aktiviti pemasaran langsung atau yang boleh
menyebabkan kenegatifan.

Sekiranya pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi,
pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain dalam sebuah badan
korporat didapati bertanggungjawab menguruskan perkara yang boleh
disabitkan salah dari segi undang-undang, mereka yang terlibat boleh
didakwa bersama dengan badan korporat itu.

PENDEKATAN GLOBAL

Data peribadi amat berharga kepada sesiapa saja yang menjadi
pemiliknya, di mana sahaja di dunia.

Akta seumpama digunakan di Macao sejak Februari 2006.

"Kira-kira 90 peratus daripada akta yang digunapakai di Macao diambil
daripada dokumen yang digunakan di Portugal. Sejak 2007 sehingga tahun
lepas, lebih 250 kes disiasat dan tidak kurang 2,000 pertanyaan
diterima pihak autoriti GPDP di Macao," kata Ken Yang, wakil pejabat
perlindungan data peribadi Macao (GPDP).

Di New Zealand, akta melindungi hak peribadi ini dikenali sebagai
'Privacy Act' dan digunapakai sejak 1993, melibatkan mereka yang masih
hidup, demikian menurut Pembantu Pesuruhjaya di bahagian perundangan
dan polisi, Suruhanjaya 'Privacy' New Zealand, Katrine Evans.

Pegawai di Suruhanjaya 'Privacy' mempunyai tugas mendidik agensi
tentang akta dan menjelaskan sebab-sebab organisasi di New Zealand
perlu mewujudkan jawatan pegawai khas untuk mengendalikan bahagian
yang melindungi data peribadi.

Nasihat dan informasi tambahan dari masa ke masa tetap dibekalkan oleh
pegawai di suruhanjaya itu," jelas Evans lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim
merasmikan seminar mengenai akta perlindungan data peribadi 2010 yang
memberi penerangan kepada organisasi dan pengguna data negara ini,
baru-baru ini.

Jabatan yang menjadi agensi ke-19 di bawah kementerian ini, diharap
dapat meningkatkan perlindungan data yang penting lagi sensitif milik
subjek data.

TERIMA CABARAN

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Abu Hassan Ismail,
yang baru dilantik untuk agensi terbaru di bawah Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK ini, menerima cabaran
menggerakkan strategi perlaksanaan sebaik yang mungkin.

"Antara cabaran utama jabatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat selain memastikan kesediaan di kalangan pengguna data.
Untuk menyedarkan masyarakat tentang perlindungan data peribadi
mereka, jabatan akan menggunakan pendekatan pendidikan," jelas Abu
Hassan lagi.

Forum pengguna dan tribunal rayuan di bawah jabatan ini akan diadakan
setelah perlaksanaan akta dan jabatan dimantapkan lagi, katanya lagi.


sumber : BERNAMA


Mama bersetuju sesangat akta nih dijalankann.. menyusahkan sungguh mrk2 ini.. cepat2 la berkuatkuasa...mereka2 yg mencari rezeki dengan cara begini mengunakan suara2 lemahlembut... ayat2 yg menyakinkan atau bercakap cepat dan kita nih terkejar2 nak tangkap apa butir bicara... aduhai.. wlpun diberitahu tidak berminat dengan baik.. mereka masih tak ada isiperut yg kita betul2 terganggu ngan panggilan sebegini.. masih lagi nak menegakkan benang yg BASAH dgn bertanya balik 'kenapa puan... mengapa puan tak berminat... nih bagus puan' nak memancing dengan ayat2 lain lak... adeceh.. 'ikut suka hati haku la nak ke taknak.. duit haku kannn' tp itu dlm hati la kannnn... senang2 mama letak phone je.. balasan utk org2 yg tak reti bahasa...hahaha... kwn office lagi sengai.. dia buat2 talian tak jelas.. dan letak phone.. hahaha.. tak kuasa terganggu ngan pangilan sebegini...

emo sesangat mama kannn... nih pun pasal buhsan tau.. kerap sgt dpt pangilan sebegini.. takkan korang2 takde dpt panggilan sebegini..?? ada yg telefon utk kita dtg dengar taklimat ringkas utk dpt coupon spa kat hotel 5 bintang mereka.. dan bila ditanya dpt mana no phone mrk ckp dpt dr kwn mama yg kononnya suggest nama mama lepas mrk ikuti taklimat mrk.. huhuhu.. tak kuasa aku nak berspa-spa wei... dpt koupon rm50 tp bila smpi sana kena beli mcm2.. last2 spa tah kemana... hahaha...

pernah kena gak kwn office.. ajak kononnya belanja mkn... kita nih bdk br masuk office situ.. seronok la ada kwn br nak belanja... kannnn... i follow mollow la.. adeceh.. terkena wa tau.. kena dgr taklimat MLM.. siap kena bangun dan bernyanyi bagai.. makanan tak dpt.. sebab dtg lmbt.. dah2 la taklimat dekat 2 jam.. perut lapar hati sakit... sabar lagi.. last2 kwn ajak makan.. kat kedai mamak.. ingatkan dia la blanje dah dia konon ckp nak blanjer kannnn... sialan je la.. bayar sendiri.. dah la tuh masa makan tuh kwn2 dia dtg dok cucuk suruh masuk MLM mrk... aduhai... mmg menyumpah smpi ke lubang cacing arrrr.... #tp tetap di dlm hati la... mmg jika teringat kes nih... mmg sakit hati sungguh... mmg la takkan KAYA kau... kena sumpah dah ratus2 atau ribu2 org dah wei... hahaha...

Maafkan mama.. mmg sakit hati tak sudah.. nak maafkan org tuh pun.. bukan org tuh nak dtg minta maaf.. so sabar je la kannn.. insyaallah mama cuba ikhlaskan hati maafkan dia... tp tu la kannn... mcm2 org nak cari jalan nak kayo kannn... rajin berusaha cari lubang nak cari rezeki cara halal... tp last2 menipu je la keja nyer.. dah la tak sedar2... dua kali lak mama terkena... nmpk sgt la mama nih pun tak buka mata luas2 kannn... asyik kena tipu jo... hahaha... sabor je la..

sudah la wei.. mula2 dr pagi takde idea.. last2 dpt artikel nih mama panjang berjela merepek merapu.. ok la.. kita END kan ini kisah.. cuma harap ada yg ambik ikhtibar... bila difikir-fikirkan la kannn.. HALAL ke cara cari rezeki gini...?? taknak ke minta halal ngan org kamu tipu dengan cara tricky gini... ke guna peribahasa.. Orang Kuat Selalu Menang, Orang Lemah Selalu Kalah.. Nasib lu la beb..!!!

Pernah kena ke..??






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 

 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************




Boleh Pergi Bulan Naik Lif



TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

sumber: email.


Amacam... logik ke..?? tp dulu skrg mungkin boleh jadi kannnn....





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************











Friday, March 2, 2012

Segmen : Bloglist April 2012

Ben Ashaari buat satu segmen -Bloglist April 2012-
mama nak join!
Sebab nak masuk segmen ini ?
saje2 sibukkan diri nak join... boleh kan Ben.. hehehe..
#cam kwn sebaya lak kannnn... hehehe..
boleh gak mama tambah kenalan
sama2 cite.. sama2 tukar pandangan kannnn
maklum la blog nih umpama tmpt kita meluahkan isihati yg stress.. sakit hati sesuatu benda atau citera tentang pembesaran anak tercinta, macam2 cerita yang mengungkap seribu makna..

ada yang sudi tak? hehe

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

SALAM PERKENALAN :)




yang sudi sila la sudi2kan tinggalkan link..


dan biar sama2 panjang2kan link sesama kita


eks...


baru meriah nok...


hehehe..

;)






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************




Thursday, March 1, 2012

Tips Nak Pastikan Blogger Tinggalkan Komen

Salam...

Mama nak bagi tips..?? hahaha.. takleh blah kannnn... sebenarnya nih kiranya hasil buah fikiran dan amatan mama sendiri ye... masih dlm proses penyelidikan ye... nak caya boleh caya.. taknak caya sila diamkan diri.. tp kalu nak tolong sama fikir bagus gak.. tolong keluarkan idea atau buah fikiran kamu ye.. insyaallah mama tak marah... suka ada la..:)

Ok.. direct to tips..

1. Tajuk post harus la gempak takleh blah... sure ada yg komen tang title post.. ahaks..

2. Isi entry harus menberi inspirasi atau mungkin boleh menyentuh hati utk membolehkan otak menyatakan 'yes' kena komen entry nih...

3. sebab sebelum nih.. kamu sudah blogwalking dan telah meninggalkan komen kat entry mereka

4. sebab entry kamu ada persoalan yg mahukan kawan2 menjawab pertanyaan

5. sebab pic dlm entry itu teramat la cumil mengujakan utk kawan2 wajib meninggalkan komen like 'cumil nyer' dan normally mama suka tinggalkan komen sebegitu... sebab mmg cumil kannnnn

6. hhmmmm... not idea dah... ada sapa2 nak meninggalkan komen kat entry nih..???



sapa2 yg tinggalkan komen adalah teramat cumil..

:)



*lewatkan update blog ari nih... buzzzz sgt...
tak smpt nak jengah blog kwn2.. nnt kita jejalan ye... muah... muah....




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************




Wednesday, February 29, 2012

WW | Giant Sandwich

Giant Sandwich at




"




"




"





first time uols... hehehe..

sedap..!!

hahahaha




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************



Rindu Bertamu

Salam..^_*

Bila jadi anak rantau nih.. perasaan rindu pada keluarga, tmpt ku menbesar dan segalanya... rindu sesangat..

Apa khabar ibuku.. wlpun tipon gak sesekali seminggu tp cam tak puas jika tak dpt bertemu mata... rindu ngan masakannya... hihi..

abah..?? sure relax skrg.. pencen dok ambik adik dr sekolah je la.. nak buat apa lg..?? hihihi

adik2 yg dah berkeluarga... jarang2 berkumpul seronok sgt... dulu masa kecik dok bergaduh... gaduh manja.. hehehe... skrg bila jumpa... dah jadi bestfriend forever dah kannnn... sayang kamu semua...

adik yg masih belajar.. belajar la rajin2 jgn main2... masa depan buat kamu cemerlang ye adik2 ku.. jgn dok follow mollow kakak2 yg dok main je dulu masa belajar.. hahaha..

adik2 yg kecik... jadi la anak yg baik.. jaga abah dan mama.. jd la mata dan telinga kami kakak2 yg jauh dimata tp dekat dihati nih tau... jgn nak melawan ckp.. layanzzz kan je.. nnt bila korang dah beranak pinak br tau... cam nak masuk dlm perut ma je.. jd baby balik... hahaha..

adik2 iparku... tolong jaga adikku sebaik mungkin... jgn cuba permainkan hati dan perasaan mrk.. mrk hanya insan2 lemah yg memohon kasih syg dan belas kasihan kamu... jika ada masa dan ruang. Lawati la ibubapa mentuamu.. layan la sebaik mungkin wlpun mrk bukan la insan terhormat yg harus disanjung... tapi kasih sayang mereka kamu2 seperti anak2 mrk.. mrk tulus ikhlas menerima kamu sebaik mungkin.. dan kekadang melebihi anak2nyer sendiri.



ye.. jika dpt diputarkan masa.. ingin sekali aku masuk kedlm perut ibuku dan ingin kekal disana... ibu kuat sungguh dugaan didunia.. kekadang aku ingin sekali tidur diribamu dan mengadu... tp banyak benda harus aku sembunyikan darimu agar ibu senantiasa berlapang dada dan tersenyum... sebab aku syg ibu.


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************



Tuesday, February 28, 2012

Makan tu.. Ingat2 la org kat sini..!!

jgn lupa tau.. ajak la org kat sini sama... kih..kih... #sipu2 malu... hihi

sumber : email.


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************





Penangan Amir Ukay's

Salam...

Pepagi nih dengar radio hotFM... amir ukay's uols... hehehe.. ada yg minat tak..??? kih..kih... suara dia mmg besh kannn... nak2 lagu mendayu2.. auwww... terpikat ok..

Mama jadi minat ukay's nih pun pasal roommate me masa belajar dulu... dia mmg tahap gaban la minat.. kalu dengar lagu ukay's je takleh buat apa.. dia akan feeling layan lagu tuh smpi abis.. hehehe.. and me of coz la mengeleng2kan kepala... hhhiii..

my roomate nih smpikan boleh termimpi2 ok.. dia nak kawin kalu blh nak sebijik cam amir tuh... aduhai.. dasyat penangan amir ukay's nih kannnn... dan disebabkan dia la mama pun terlayan lagu dayu2 gitu... nak2 ngah frust kannnn... mmg menbangkitkan kenangan la pg td...

missed my roomate... really much.. skrg dia dah beranak pinak dah.. sesekali je calling2... hehehe.. tp mungkin jodoh dia kannn.. jika mama perati2kan lama2 laki dia skrg kannn.. cam ada la iras2 sikit.. jodoh kannn... sweet couple.. bercinta time belajar dan bahagia smpi skrg... me memandang dengan sayu dihati dan bahagia dengan kebahagiaan mereka... dulu mama la tukang pak pacak mrk dulu masa mrk dating... hahahaha.. memori eks..:)

ok... sambung keja ye... hahaha...


*insan2 yg pernah dekat dihati senantiasa dirindui... manisnya kenangan.. pahitnyer hempedu... eh..
buat roomate.. jgn mare yg ai cite psl u kat sini... wa rindu sama lu... hehehe
tok ma pun anakmu.. rindu..!!!





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************




Monday, February 27, 2012

Gurau senda.. takmo gaduh2 tau















pic: email.











Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************




*Speechless*

Salam..^_^

Mereka berdua.. buat mama marah2 dan menbebel2 cam nenek tua.. dah siap dah satu entry panjang ke'emo'an mama terhadap mrk.. tp mama taknak publish kan... pasal apa..??

Mama terfikir... nanti bila smpi masanya mama buat silap.. nnti mereka pun akan buat perkara yg sama.. menceritakan keburukan mama.. sedangkan mama boleh bersabar kannnn.. sebab mama pun manusia.. pasti akan buat silap yg mungkin serupa.. so maafkan saje mereka...





Bila tatap pic mereka... terdetik... nnt mrk pun akan tatap pic mama dan akan pasti akan merasakan perkara yg sama... masa mama tatap pic nih... mama terfikir yg mereka ini dugaan buat mama utk menjadi lebih baik maka harus hadapinya dengan sabar dan tidak baik menbuka aib org.. lagi2 aib org yg terdekat dlm hidup kita... jaga airmuka/maruah mereka.. jika itu yg mama pinta pd org lain.. maka mengapa mama sendiri tak boleh menjaga airmuka/maruah mereka... diharapkan mereka sedar akan kesilapan mereka. Sebab mama sayang mereka seadanya... lebih2 lagi zuriat kesayangan yg tiada tukar ganti... Sayang so strong buat maman..

Mungkin suatu masa.. mrk akan buat perkara yg terbaik juga buat mama kannn... sama2 doakan ye..



Privatekan blog..?? mungkin ditangguhkan dulu... smpi hati betul2 keras menyatakan harus hidup lebih banyak berfikir dari menaip terus-terusan tentang kelemahan/keburukan diri. Lagipun siapa nak cr dosa kannn dok baca entry merapu je.. hehehe



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************





Sunday, February 26, 2012

Geleng kepala tengok entry sendiri

Salam...^__^

Kekadang jika ada masa lapang... ye la.. time hari minggu yg kosong.. mmg suka buka blog.. baca entry kekawan.. tp ye la kannn.. hari minggu jarang org update.. banyak mengutamakan urusan yg tak pernah habis.. mama kekadang ambik masa gak belek2 blog sendiri.. sendiri update sendiri baca.. pastu gelak sendiri.. geleng2 kepala... hahaha...

pasal apa..?? pasal update blog tah ape-apetah.. kannnn.. carca-marba.. warna warni konon.. hahaha..

jika baca blog org kann.. sure la jauh sgt merapu blog nih.. adakah lebih baik private kan je.. makanya mama boleh terus merapu sendiri disamping menjaga diri dari dikutuk kat org.. hahaha.. ok ke..??









Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************




Adele - Set Fire to the Rain

Sekarang suka sgt lagu nih... huhuhu.. jom layan wei... head banging sikit... auuwww..
















Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 



Sampai jumpa lagi...


****************************




Saturday, February 25, 2012

Gumbira Dihati

Salam....^_^

Yeah..Yeah... air dah kembali mengisi tangki2 kosong umah mama sekarang... seronok tak terkata.. #itu pun dah seronok eks... hahaha


Seronok2 pun.. masuk rumah.. sorong kaki dah terasa gatal2... almaklum la.. tinggal kat seminggu.. wlpun ada balik hari2 tp hanya balik utk urusan menjemur kain baju atau mengangkut kain baju utk dikotorkan balik.. hahaha... maknanya kena buat urusan menyapu dan mengemop lantai la nih.. #tapi mama sibuk update blog kannnn... pengsan..


Bilik air nak kena basuh.. dapur nak kena kemas.. aduhai banyaknyer keja... penat bibik camni.. hahaha

Ok.. kena buat urusan belum selesai ye.. daaaa..





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************



Friday, February 24, 2012

Baju kontroversi

Salam...^__^

Hari nih.. masuk office dengan perasaan biasa-biasa aje.. #Tipu.. sebenarnya agak gusar psl keja banyak lagi tak siap.. hehehe.. tp nak buat macam mana kannn.. terlalu banyak gangguan dr projek2 lain.. semuanyer nak urgent... plus lak ngan ai nih buat keja lemb.. #Akui.. sebab sakit hati jika org lain ckp.. hahaha.. tp itu pun psl ai kena buat keja lain dr sepatutnya.. so ai slow la sikit.. nak belajar katakannnn..

ok.. pagi2 masuk office.. cr tmpt nak caj tipon bb.. pedulik sapa punya plak yg free.. ai main taruh saje... hahaha.. gangster tak kita.. biasa.. hahaha..

tiba2...

A : kau hari nih pakai baju baru eks..??

Me : mana ada.. baju lama.. tak pernah pakai kat office je..

A : ye la tuh.. kot2 baju baru beli sempena dpt bonus aritu.. beli masa sale aritu kannn..

Me dlm hati... ~mana dia tau.. hahahaha..

ok.. perihatin kann budak office mama kannnn... aduhai.. laki org.. hahaha.. minta2 dia pun prihatin lebih pada binik dia.. prihatin kat ai apa faedahnyer.. bukan dpt ape pun kannnn.. hehehe..


Ni buat baik nih mesti nak minta ai siapkan jugak keja yg terbantut semalam nih.. hahaha.. ingat nak buat bodo je.. kih..kih... boleh..??? takleh la kannnn.. kata nak cr rezeki halal..

sudah... buat keja ye uols.. moga2 hari jumaat ini beroleh keberkatan buat semua..:)





baju kotroversi.. hahaha



~> Blog pun tukar baju sudah... cute tak..?? hehehe

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Kemaruk bahan lucah rosak minda, runtuhkan masyarakat




Kemaruk bahan lucah rosak minda, runtuhkan masyarakat



LUCAH selalunya dikaitkan dengan perangai tidak senonoh, kotor dan keji. Ia turut membabitkan perlakuan dan pengalaman seks yang disebarkan secara terbuka. Ia sudah pasti akan menjejaskan pembangunan minda dan sahsiah masyarakat, terutama remaja yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru dan menyeronokkan.

Dalam perspektif Islam, amar makruf dan nahi mungkar adalah sesuatu yang penting dan harus dilaksanakan. Kewajipan ini dikaitkan terus dengan status dan kualiti iman seseorang.
“Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.” – (Hadis riwayat Muslim)

Dewasa ini, manusia mempunyai satu kegilaan iaitu kemaruk melihat gambar pornografi di internet. Ia adalah tanda awal perbuatan yang mendorong ke arah penzinaan. Al-Quran dalam surah al-Isra ayat 32 menyebut mengenai bahaya zina kerana ia satu perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk.

Begitu kerasnya larangan al-Quran dalam soal zina agar segala perkara yang mendekati kepada perbuatan zina harus ditinggalkan.

Prof Dr Hamka ketika menyusun tafsir Al-Azhar pada 1960-an, menyatakan kebimbangan awalnya terhadap kehidupan moden yang begitu mudah mendekatkan orang kepada zina. Hamka berkata: “Segala sesuatu yang akan mendekatkan dengan zina terbuka di mana-mana.”

Allah berfirman bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar; merekalah orang yang beruntung.” – (Surah al-Imran, ayat 104)

Laman web lucah adalah antara faktor berlakunya kejadian jenayah seperti seks bebas, mencabul, rogol dan bunuh yang semakin meningkat sekarang. Oleh itu, kita jangan sesekali cuba mendekati atau melayari laman web sebegini.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak daripada golongan bawahan sehingga golongan atasan, memastikan budaya masyarakat Timur yang beradab sopan tidak dicemari dengan budaya kuning yang cuba diterapkan oleh laman web lucah.

Oleh yang demikian, usaha bersungguh-sungguh ke arah membina generasi Muslim yang mempunyai ketrampilan dan berakhlak mulia perlu membabitkan semua pihak.

Ia bagi memastikan masalah sosial yang kian parah dalam masyarakat dapat dikurangkan secara perlahan-lahan sehingga kadar paling minimum.


sumber: email.

~>jom sama2 perbaiki peribadi dan mendidik anak2 kita kearah yg lebih baik..:)










Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Thursday, February 23, 2012

Jom sama2 membantu adik faris



**Mama buat sticky post entry nih... so.. kat bawah adalah entry terlatest buat masa ini... tq.

UPDATE: ADIK FARIS SUDAH MENINGGALKAN KITA SEMUA... INFO DARI MAZIDUL. AL-FATIHAH.

Salam...

Mama baru berkesempatan terjah blog Mazidul. Ramai jugak blogger yg sudi panjangkan info kat blog2... so apa salahnya mama pun panjang2kan kat blog mama nih kann.. minta2 dpt faedahnya dr blog nih ye..

Baca entry beliau menitiskan airmata... berat mata memandang ... berat lagi bahu memikul..


adik faris yg cumil


"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.


Faris Nur Daniel, 6 tahun disahkan mengidap HLH (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis)ringkasnya, barah darah. Penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Kini dirawat secara intensif di Subang Jaya Medical Center.


Menurut doktor yang merawat paru-paru adik Faris tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak.

Bapa kepada adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.


Bapa kepada 3 orang anak iaitu 13 tahun, 10 tahun dan 6 tahun ini amat memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi & bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun

Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738

(Shamrulismawi Ismail).

Rakan rakan bloggers sekalian ...jom kita share kan info nih . ...insyaallah kita dapat membantu mereka.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Semalam.. 4-0 dan money drop



Salam...

Sapa tengok bola semalam.. malaysia lawan jepun..?? hehehe.. 4-0 uols.. malaysia kalah.. sian kita kannn... bolasepak dimalaysia masih kucarkacir lagi... bila la nak jadi juara dunia nih... huhuhu


pic frm google.. bukan pic semasa kejadian...:)


Bila bilangan anak lelaki kurang dlm keluarga.. makanya kaum wanita akan monopoli televisyen... percaya la.. kih..kih.. dan kami pun tengok bola ok.. hehehe.. hubby and iparnya kuar minum kat kedai mamak.. so kami lak jadi 'jate-jate' tgk bola.. hehehe.. tp tak besh arrr... bila dah masuk bola no 2 tuh.. adik ipar dah start tukar2 siaran.. ada hindustan.. tp tak sure siaran apa.. umah mak nih ada astro... so mama tak tau la sgt benda siaran kat astro nih.. bila tgk blk kat perlawanan bola td.. dah masuk gol ke tiga.. aduhai... buhsan ok.. Pastu tukar siaran lagi.. kali nih cite Money Drop.. si Ac Mizal pengacaranya.. huhuhu.. sian mama tau.. tak faham etika permainan nih... byk tanya la... hehehe..

sambil2 tengok tv.. mil hidangkan jagung manis dr cameron.. syok.. hahaha...


pic dr google jugak.. dan rupa jagung tetap sama.. tak berubah2 lagi setakat ini.


Masa nih hubby dah pulang dah.. so bertambah gamak le ye.. sian kena perli2 la.. maklum la ai nih kekadang over confident.. kekadang over was-was... hahaha.. kami ramai2 meneka jawapan dan kutuk peserta jika diorg salah.. biasa arr kannn.. tp last semalam.. dua org perempuan pesertanya.. emosional sgt la.. menangis2 sedangkan baru soalan no 2.. aduhai.. buhsan arr.. ambik tipon dan masuk dodo ngan maman.. lagi besh.. hahaha.. peluk2 budak busyuk dodo tak mandi... kih..kih..





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Ajoi cari awek




Masa Ajoi di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Ajoi yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?

Awek pun aku takde…

Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Sumardi membisik ke telinga Ajoi: “Joi,ni gua nak bagitau lu…”

Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkankunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengansendirinya.

Ajoi menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”

Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”

Ajoi: Ler…tu jer tektiknya.

Malam esoknya Ajoi dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Ajoi berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Ajoi tidak faham..

Korang nak tahu jawapannya ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sumardi akhirnya datang ke Ajoi dan berbisik: “Ajoi, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!


sumber: email.


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Wednesday, February 22, 2012

Jodoh





Salam..

Mama jarang buka ruangan chatting kat fb...selalu offline je... tak tau kenapa atau bagaimana.. mama buka fb mengunakan lappy semalam.. tiba2 ada kwn menyapa.. rupanya lupa nak offline chatting wei.. hahaha... so layankan je.. bukan apa.. buka fb niatnya sekejap je.. tp bila dah start chatting akan jadi lama lak... hehehe

Kwn tegur dan tanya perkara biasa2 la.. keja mana... dok mana.. ada kelik kelate tak...

tiba2 dia...

kwn : sapo eks laki ko.. sama sekolah ngan kita..?? aku tak kenal la.
#Sure gosip hangat kwn2 la nih dok cite yg mama ngan papa kawin kwn sekelas.. huhuhu

aku : ala.. dia msk sek tu dulu tak lama.. dr tingkatan 1 smpi 3 je.. dia kan sekelas ngan kita..

kwn : ye ke.. tp dulu kita tingkatan 1 tak sekelas la..

aku : ye ke... dah berkarat dah nih.. lupa la..

kwn : so nih cinta zaman sekolah la nih... kannn

aku : takde la.. mana ada.. dulu tak baik pun..

kwn : tipu... tp dulu mana ada nmpk ko couple2 pun.. tiba2 kawin.. huhuhu

aku : mmg betul la..

kwn : habis camne kau jumpa dia lak..

aku : dia dtg umah bwk M psl M nak ajak aku make gulai.. pastu tukar2 no tipon.. masa tuh aku keja kl.. tuh yg tiba2 jadi baik tuh.. hehehe

kwn : tak sangka eks.. dah jodoh..

aku : tu la.. nak kata apa kann.. jodoh.


~>tu yg malas nak chatting ngan kwn2 sekolah.. sure pertanyaan yg sama.. penat nak ulang tayang cite lama.. hahaha..

~>Jodoh kawan2 lak camne pulak eks..??? hehehe




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...

****************************

WW | Hidup Penuh Cabaran





sumber : FB





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Tuesday, February 21, 2012

Bila sayang... sanggup berhabis..:)







Seorang designer china telah mengunakan 9999 kuntum bunga bg menghasilkan sepasang dress utk si gadis.. serta melamar si gadis sebagai isterinya.. 







Kreatif eks.. hehehe

pic : email.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 

 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************

7 Cara Mempercepat Pengikisan Lemak






Selain banyak bergerak dan rajin berolah raga, sebenarnya ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk membantu mempercepat pembakaran kalori dan mengikis lemak yang menumpuk dalam tubuh Anda.

Kini memang banyak produk ditawarkan yang mengklaim dapat membantu membakar kalori dalam tubuh. Tetapi pada kenyataannya, menurut para ahli, hanya ada satu cara yang paling efektif, yaitu dengan banyak beraktivitas atau bergerak.

"Pada dasarnya, kita tidak mengetahui cara lain untuk membakar lebih banyak kalori atau meningkatkan metabolisme tubuh selain dengan lebih banyak bergerak," ungkap Barry M Popkin, PhD, Direktur Program Interdisipliner Obesitas di Universitas North Carolina.

Namun begitu, bukan berarti tak ada cara lain untuk mempercepat pembakaran kalori. Nah, berikut adalah delapan tip yang dapat Anda tempuh untuk mempercepat pembakaran kalori dan mengikis lemak dalam tubuh :

1. Jalan cepat

Cara yang satu ini adalah cara paling kuno, tapi populer murah dan efektif. "Semakin sering menghabiskan waktu berolahraga dan semakin semangat melakukannya, kian banyak kalori yang akan dibakar," kata Christopher Wharton, PhD, peneliti dan pelatih profesional dari Rudd Center for Food Policy and Obesity di Universitas Yale.

Selain itu, menurut George Bray MD pakar obesitas dari Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, aktivitas jalan cepat setiap hari adalah jenis latihan yang paling disarankan bagi mereka yang ingin membakar banyak kalori.

Ketika berolahraga, tubuh Anda akan membakar kalori untuk menyediakan tenaga. Namun begitu, olahraga sangat menguntungkan karena meski latihan Anda sudah selesai tubuh masih akan terus membakar banyak kalori. Walau sulit menentukan berapa lama efek ini akan berlangsung (bervariasi tergantung komposisi tubuh dan tingkat latihan), Wharton memperkirakan bahwa rata-rata metabolisme tubuh akan meningkat sedikitnya dalam 24 jam.

Jika Anda ingin memperpanjang efek pembakaran kalori ini, Wharton menyarankan untuk berolahraga dengan durasi atau waktu yang cukup lama. "Sejumlah riset menunjukkan bahwa dengan menambah durasi olahraga, peningkatan rata-rata metabolisme keseluruhan menjadi panjang," ujarnya.

2. Aoerobik dan latihan otot

Ketika berolahraga, Anda menggerakkan otot. Ini akan membantu membangun massa otot, dan jaringan otot akan membakar lebih banyak kalori ketimbang lemak tubuh, bahkan saat Anda sedang istirahat sekali pun. Menurut Wharton, 10 pon otot tubuh dapat membakar 50 kalori dalam sehari saat tubuh diam, dan 10 pon lemak akan membakar 20 kalori.

"Cara paling efektif meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar banyak kalori adalah latihan aerobik dan latihan kekuatan (strength training), keduanya sangat penting," ungkap Megan A McCrory, PhD, peneliti dari School of Nutrition and Exercise Science di Universitas Bastyr.

Strength training adalah penggunaan resistensi kontraksi otot untuk membangun kekuatan, daya tahan anaerobik, serta ukuran otot rangka. Latihan kekuatan menjadi penting artinya ketika kita beranjak tua di mana metabolisme cenderung mulai menurun. Salah satu cara untuk memelihara metabolisme adalah memasukkan latihan kekuatan pada program olahraga Anda sedikitnya dua kali seminggu.

3. Minum teh hijau dan teh hitam

Teh adalah minuman menyehatkan mengandung kafein, yakni stimulan yang dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar. Salah satu yang dapat dirasakan dalam sesaat adalah Anda seperti mendapat banyak energi, yang berarti Anda akan lebih banyak bergerak. Kafein juga dapat menimbulkan perubahan metabolisme tubuh yang membuat lebih banyak kalori terbakar.

Beberapa riset mengindikasikan, teh hijau atau hitam memilih manfaat yang lebih besar ketimbang kafein yang dikandungnya. Sebuah penelitian mencatat adanya penurunan asupan makanan pada tikus yang diberi polifenol yang ditemukan dalam teh hijau.

Riset lain pada manusia oleh peneliti Universitas Lausanne di Swiss menunjukkan bahwa teh hijau memiliki senyawa penghasil panas dan pembakar lemak melebihi kafein. Ketika 31 pria dan wanita sehat diberi minuman mengandung catechin, kafein dan kalsium selama tiga hari, penggunaan energi mereka selama 24 jam meningkat 4,6 persen.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition edisi September 2006, peneliti mengungkapkan bahwa minum teh saat makan juga memberikan pengaruh. Ekstrak teh dapat mengganggu absorpsi karbohidrat dalam tubuh ketika keduanya dikonsumsi bersamaan.

4. Makan sedikit-sedikit, tapi sering

Setiap kali Anda makan atau sekedar mengudap, sistem pencernaan akan bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. Untuk menghidupkan mesin pencernaan dan melakukan proses ini tentu juga dibutuhkan kalori . Oleh sebab itu, masuk akal bila semakin sedikit makan Anda namun sering, makin banyak kalori yang dibakar.

Untuk mekanisme tersebut, ada peneliti yang berpendapat bahwa buktinya belum terlalu kuat. Meski begitu, banyak ahli yang percaya bahwa makan sedikit-sedikit tapi sering adalah cara yang menyehatkan dibanding makan besar satu atau dua kali dalam sehari.

5. Jangan tunda sarapan

Banyak bukti penelitian mendukung adanya hubungan sarapan dengan peningkatan berat badan. Orang yang menunda sarapan cenderung lebih banyak mengonsumsi kalori pada siang, sore, atau malam harinya. Riset juga mengindikasikan, menunda sarapan berkaitan dengan tingginya indeks masa tubuh pada kalangan remaja.

6. Mengonsumsi produk susu rendah lemak

Kalsium yang terkandung dalam susu rendah lemak diklaim membantu membakar lebih banyak kalori, namun mekanisme ini akan berfungsi dalam dua cara berbeda. Yang pertama, riset di Denmark menunjukkan tubuh akan menyerap lebih sedikit kalori dan lemak dari makanan ketika mengonsumi kalsium dari produk susu rendah lemak. Kedua, riset lain menyatakan, sering mengonsumsi makanan berkalsium tinggi- termasuk produk susu rendah lemak - dapat menurunkan lemak perut terutama pada remaja pria kulit putih.

7. Resah

Berperilaku seperti ini juga membutuhkan energi, dan menurut sebagian ahli resah atau gundah dapat dikategorikan sebagai tindakan. "Sejumlah penelitian lama menyarankan bahwa kalori dapat dibakar setiap hari dengan berperilaku resah," ungkap Jamie Pope, MS, RD, LDN, pakar nutrisi dari Vanderbilt University School of Nursing.

Sebuah riset juga menemukan bahwa tindakan informal seperti resah bisa menjadi faktor yang lebih penting ketimbang latihan formal dalam menentukan siapa yang kurus dan siapa yang gemuk.

Diet dan olahraga adalah topik menarik yang perlu didiskusikan dengan dokter Anda. Sebelum menjalani olahraga atau mengonsumi suplemen pada diet Anda, akan sangat bijak bila bertanya lebih dulu kepada dokter. Jika Anda mengidap penyakit tertentu atau sedang menjalani pengobatan tertentu, mungkin saja ada aktivitas atau suplemen yang harus dihindari.

sumber : email.



angkut air pun dah kira bersenam dah kannnn... hehehe.. 
mama dah 2-3 ari sakit belakang.. nak kena gi klinik nih.. hehehe...
nak cr ubat.. maklum la.. nak pakai lama pinggang nih.. nak tgk anak membesar katakannn..:)





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


 Sampai jumpa lagi... *


***************************

Rutin mama bila takde air



Salam..^__^

Stress wei takde air nih.. dah la tiap2 tahun.. hahaha.. pastu sengai nak beli rumah kawasan tuh gak.. ade ke logik..?? skrg urusan tuh dah tergantung sekali lagi... berkali2 eks..

Sabtu.. aktiviti berumahtangga dirumah MIL.. mandi dan angkut air.. gigih angkut air ngan maman.. hahaha.. papa kojo.. so kami la kena jadi buruh angkut air.. nak basuh barang2 dan botol susu maman yg dlm singki.. karang berlumut hijau mama buang je.. hahaha..

Makan tengahhari dah kena berdapur di kedai... Balik umah.. kemas2 kain baju.. lipat2 pastu cari katil dodo.. nikmat.. petang gi umah mak lagi.. mandi dan basuh baju.. hehehe..

Ahad pun sama.. cuma belah petang dah angkut baju2 dan dodo umah mak.. nak keja susah takde air.. huhu.. meriah jadinya umah mak sejak takde air nih.. hahaha.. sil pun angkut baju dan berumahtangga dirumah mak.. me and sil nih berjiran cuma beza blok je uols.. bila kami takde air.. gini la aktiviti kami... ahaks..

Bila dah start keja nih.. lepas keja mesti balik umah dulu.. tgk keadaan umah dan ambik selai dua baju buat ganti... aduhai.. nnt bila dah ada air nnt sure bertimbun2 nak mengangkut balik kain baju dr umah mak.. hehehe..

Doa2kan la kawasan umah mama nih akan setel ye uols.. seksa gak jika dah masuk bulan feb je air mesti takde.. kena kunci dr pihak berkuasa.. Dan pesanan beracun bagi yg berhutang tuh.. sila la jelaskan utang.. sian la kat yg bayar tiap2 bulan tp dok seksa sama mcm uols yg taknak bayar utang... dalam isihati/perut org yg byr utang nih dah habis ayat dah wei menyumpah uols tau.. hahaha.. diorg je.. ai tak.. hahaha..


Untung ada blog.. boleh gak buat luahan rasa eks... hahaha...


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 

Sampai jumpa lagi... 


****************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...