Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label eksiden. Show all posts
Showing posts with label eksiden. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Dikata Kurus.. Kembang semangkuk ai.. eh..

Assalamualaikum...

Dah masuk dua org dah tegur.. hehe.. (kalu sorang ai tak cite..) dah dua org kiranya dah ramai dah kannn.. camner la tak kurus.. nak bercakap pun tak larat.. kiki

Perasaan eks.. biasa.. :)

Tapi hatiku kembali hancur.. huhu


tgk.. tgk.. selamba jew dia ckp kita tembam... geram tau.. hhhmmm.. berkemungkinan satu sekolah dan satu kelas dulu tuh.. tp kita xcam sapa.. maklum la pic profile letak kereta.. pastu nama maybe nama samaran la tuh.. huhu

kami berjumpa kat fb kawan.. kawan tunjukkan kereta dia yg teruk kena langgar belakang oleh lori tak mkn break di hentian trafik light.. dua anak kwn mama patah kaki dan tangan memasing.. peristiwa nih baru lg berlaku.. dlm ramadhan nih la kwn2.. huhu

teruk keretanya.. dah jadinya raya aidilfiti tak dpt balik raya kampung.. huhu.. anaknya pun baru kuar hospital.. nak kena beraya kat rumah jew la tuh.. sian kann... minta2 dijauhkan dari sapa2 pun.. gerun kita nak balik kg nnt.. seriau tp tertengok.. aduhai..



Thursday, May 3, 2012

Mei datang lagi.. Macam2 perasaan timbul dlm diri..

Salam..^_^

Tiap kali nak masuk mei, hati mesti terasa sayu.

Teringat peristiwa yg banyak mengubah diri secara fizikal dan mental. Banyak benda2 yg memeritkan terjadi, jika mmg boleh mahu aku lupakan apa yg sedih2 nih. nak happy je dong. apa lah kuasa mama sebagai insan yg lemah..??

tertanya2..?? terjah kat link nih ye.. hehehe

Tapi tanpa sedar, mama membuat satu lagi perubahan dlm hidup, memilih utk berubah tmpt mencari rezeki, membina diri utk menjadikan diri sbgai aset utk syarikat lain setelah sekian 8thn menghambakan diri pada syarikat skrg. moga2 perubahan yg terbaik bagi mama dan hidup insan2 tercinta disisi. 

Bernilaikah aset ini..?? insyaallah, cuba buat yg terbaik sementara pintu peluang masih lagi terbuka.. dok gitu..?? moga2 dijauhkan sebarang kesukaran dan hidup lebih dirahmati. insyaallah.

Aset..??? terasa diri seaakan2 benda la pulak.. aduhai.







Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************



Tuesday, February 14, 2012

Sayu Hati



Salam...^_^

Pernahkah mengalami peristiwa dah janji dan plan.. Ayat mudah.. Dah booking dah la kannnnn masa emas org tu... Tiba2 bila dah smpi.. tuan empunya diri yg nak jumpa blh huhahuha gi tgk wayang sesukahati dan bg alasan 'ingatkan tak jadi'... Apa takleh tanya/sms/call jika ada 'ingat' tuh..

Mmg salah mama la kannnn.. Tak call kompomkan jadi dtg.. Maklum la kannnn skrg org bukan kira adik beradik ke apa ke.. Kena buat kompomation dah wei.. Maklum la sapa la kannnnn kita nih...

Bukan dkt2 nak gi tmpt dia.. Kita berkejar2 masa nak gi tmpt dia.. Dia blh 'ingatkan tak jadi..'

Me type memikirkan org.. Kesusahan org.. jenis suka pentingkan org dr diri sendiri... Tp ada org fikir kesusahan me..

Bengang sungguh..

Yes... Sakit hati.. Kerana dia.. Kami jdnya dinner kat kampung baru.. Dtg kl semata2 nak dinner jew ke...???  Mujur maman tak tanya balik ngan janji2 kami nak bw maman jumpa 'org tu'. Huhuhu



~~~>Byk benda yg menjadi hati berdebar kencang tp mama cuba tolak benda2 tuh hanya la cabaran hidup.. Nasib baik driver motor td (yg betul2 dah kat dpn bumper depan keta mama) dah betul2 dpt celik mata dah besar2.. Jgn salah msk jln lg.. Dan nasib baik mama tak laju dan laju tekan brek keta td.. Kalu tak abg tuh dah parking atas cermin mama dah.. Nmpk dr mata dia... dia terkejut.. Tak tau la nape dia lalok msk laluan mama td..:(



nmpk kannn... cuak mama pagi tadi... huhuhu...

Tak tau ngape... suka benar sari dua nih nak tepek pic sendiri.. adakah sudah kemaruk 'syok sendiri..'????
hahahaha..

layan kan je la weiiiii.....

:)



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Tuesday, January 31, 2012

Alasan Mama Yana Bila Ditahan Polis




Salam...^_^

Pernahkah puan-puan dan tuan-tuan semua ditahan polis..???

Jika takde tuh kiranya mama boleh katakan pemandu yg memang berhemah la ya... gud.. keeping gud job.. but.. hemah2 pun jgn la pulak bawa keta 60km/j kat laluan paling kanan... itu bukan berhemah dah tuh.. tu namanya berkhemah ye puan-puan dan tuan-tuan.. kalu lagu tuh mmg buat orang marah ye.. no..no.. sila ke laluan tengah ye... baru betul berhemah..mekasih.... #dah feeling buat anouncement kat dlm kapal terbang lak.. kih..kih..

Nih nak bercerita ceriti kisah benar ye adik kakak.. hehe..

Mama pernah kena tahan polis.. masa tuh masa pakai motor... lesen takde atau tak bawa... tp bawa motor ok.. adik2 tolong jgn follow bad habit mama ya.. kalu jadi apa2 anda da keluarga anda yg menanggung ye..
Masa nih... mama terpaksa ok.. lesen takde tp nak buat camne.. nak keja punya pasal... sapa la hamba dine nak hantar ambik mama nih.. dah la tuh.. keja sambil belajar lak tuh.. so mmg kena keras gak la bawa motor.

Masa tuh, baru balik keja.. kena betul2 lepas simpang... gelabah takyah cite arrr.. moto ada tampal L ke tak masa tuh... lupa lak...ada gak sticker uitm masa tuh... so bila polis tengok ai gelabah dia tanya la mana lesen... dan-dan kuar dr mulut..


 'alamak.. tertinggal la pulak.. kat dlm beg lagi satu la encik..'

 'awk nih student ke..??'

'ye... sy keja smbil belajar... nih nak balik umah nak ambik beg sekolah la nih'

'oooo... takpe la dik.. jalan la.. tp lain kali jgn lupa bawa lesen tau.. bahaya '

'ok.. terima kasih..'

Tertipu ok... tp masa tuh mmg dah nak nangis dah.. dok imagine tidur dlm lokap dah... aduhai.. kalu kena saman pun.. mana nak cekau duit nak byr kan... masa tuh pun cukup2 mkn je... kalu tak dan nak byr yuran pun kena call abah pinjam duit...sian tau... hahaha..

Pastu ada lagi.. nih kiranya kenangan yg takleh lupa la...

Masa tuh kami (dah kahwin dah... bw adik 2org dan maman) ke johor.. mengambil harta benda adik mama kat umah kawan dia.. dulu dia keja johor.. bila pindah rumah byk gak brg tinggal.. pastu kwn dia pun pindah blk umah sendiri so kwn dia angkut semua brg blk umah dia.. fikir kesian menyemakkan umah org so pakat la kami gi ambik yang patut2.. yg besar2 cam petisejuk tuh kiranya sedekahkan kat umah kwn dia je la... hehe.. mana muat bonet keta wira ngan peti sejuk kannn...

Masa balik tuh.. papa dok layan racing ngan keta dlm 3 bijik.. dok himpit2 dan dok kejar2 mengejar.. kalu nak tau.. mama bising takyah ckp la.. habis semua ayat kuar suruh slow.. masa diorg dok syok layan korner tuh.. bagus.. polis buat sekatan... bila polis tuh minta lesen ngan ic je... mama terus cakap..

'en... saman je laki sy nih en.. sy dah penat dah ckp suruh slow.. tak reti nak slow en..'

Muka en polis tuh dan-dan berubah.. terkejut kot kannnnn.. patutnya bini merayu suruh lepaskan.. nih suruh saman lak tuh... hehehe.. dia pandang kat belakang tgk anak (maman ngah dodo in between untie dia) gamaknya kesian kannn... dok berhimpit2 lak tuh kan.. ngan brg2 lagi kat kaki...

'nih gimana nih..??'

'nak balik dah nih... gi batu pahat ambik brg adik nih'

'dah nak balik dah kannn.. takyah la nak laju2.. ada anak kecik lak tuh.. sian kat anak bini'

yes.. papa kena marah ngan en polis.. padan muka.. hahaha

'dah la.. sy tak saman.. jalan je la.. sy pun manusia gak..
 jgn nak laju2 lagi.. kalu tak sy saman..'

'terima kasih en.. ye sy slow dah pasnih'


Memang rezeki kot.. terlepas kena saman.. geng yg dua td.. geng serempitan papa tadi kena saman.. sure diorg bengkek kannnn.. kami lepas.. hahaha..#smpt lagi gelak jahat kannn

Dan selepas lebih kurang sebulan dari tragedi kena tahan polis tuh.. kami ditimpa eksiden yg mengakibatkan mama cacat sakit seumur hidup skrg nih..#takmoh mengaku diri cacat wlpun dah masuk kategori oku... so byk tau moral dan akibat dari kisah mama nih tau.. pandai2 la kawan2 ambik iktibar ye..
bye... sampai jumpa next entry ye..:)


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...

****************************

Thursday, December 29, 2011

Kereta meletup | Gerunnyer




Kereta meletup
Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my









TUNGKUS-LUMUS...anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada kereta mangsa.







KESAKITAN...Hailani sedang menunggu ketibaan ambulans.





SHAH ALAM: “Sebaik berhenti dan belum sempat kami keluar daripada kereta, tiba-tiba kereta kami meletup dan terbakar. Dalam keadaan panik dan terkejut, saya terus berlari meminta pertolongan,” kata Mohd Hailani Pangat, 43, yang melecur teruk di lengan kiri dan leher apabila kereta dinaiki bersama rakan tiba-tiba terbakar di pekarangan tempat meletak kenderaan di Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu dia bersama Shamsuddin Muhammad, 40-an, berhenti seketika di kawasan itu apabila terdengar bunyi pelik di bahagian enjin kereta yang dinaiki mereka.


Menurutnya, sebaik cuba keluar dari kereta, kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar menyebabkan mereka disambar api.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Muhamad Hisham Sidek, berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dan seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.27 petang.


sumber SINI

**Gerun ngan seriau... dah la smlm br keta mama berasap..[baca mama pening nih] mintak2 takde apa la kannn... check dah kat bengkel.. ok je.. nnt nak bawa ke proton lak.. nak suruh diorang check lak... taknak la kejadian sama berulang kannn.. doakan ye.. moga2 keta mama takde masalah teruk dan kami sekeluarga dijauhkan dari musibah sebegitu... selalunya mama la yg dok bawa keta tuh ari2 pun... hhhuuuu

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Tuesday, December 6, 2011

Dugaan Buat Kami






Salam...

Hari minggu yg panjang bagi kami sekeluarga.... Bagi yg sedia maklum... mama dah hebahkan pada kawan2 dan pembaca blog mama nih yg kami akan meraikan penyatuan SIL dengan suaminya pada 4 disember 2011 lalu (ahad).. Tapi dalam keadaan kami meriah menyiapkan hari besar tersebut.. kami ditimpa dugaan... FIL jatuh pokok pada pagi sabtu lalu..

Segala perancangan menjadi kucar-kacir dan kami masing2 berkejar ke hospital.

penyerahan wali pada iman


Alhamdulillah.. selamat sudah majlis tersebut. Minta kawan2/reader sudi doakan agar FIL yg patah tulang rusuk akan sembuh seperti sedia kala.

**Semalam mama mc.. sakit seluruh badan.. penat sungguh.. penat mental dan fizikal uols..
**Nnt mama update pasal kenduri tuh ye... skrg keja harus disetelkan dulu..


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Tuesday, May 10, 2011

10 may dalam sejarah - 2

السلام عليکم


Terima Kasih kepadaNya... rahmat yg tak terhingga buat insan yg begitu kerdil ini...
Sakit yg tak terkata... tak mampu digambarkan... tapi ujian dari allah itu pasti...
dan rahmat darinya juga pasti...


Dengan melakukan pembedahan pada pertama kalinya... selepas hampir 3 minggu menunggu... dengan berkali2 berpuasa dan sabar menanti panggilan utk ke bilik bedah... akhirnya selamat melakukan pembedahan... pembedahan berlangsung selama hampir 6 jam dan aku ditempatkan di ICU selama satu hari... Di ICU aku ditidurkan tanpa sedar yang ibu dan adikku datang menjenguk... mereka risau selepas diberitahu aku harus dimasukkan ke ICU... sebenarnya prosedur biasa kerna aku baru menjalani pembedahan yg agak besar dan mereka harus memerhati aku sekiranya aku mengalami sebarang komplikasi terhadap pembedahanku... tumit kakiku diganti ngan tulang gantian buatan... jadi mereka risau tubuhku tak dapat nak menerima tulang gantian itu... 
lagipun mereka takut aku tak dapat menahan sakit selepas operation itu. 
[ faham tak bahasa kucar kacirku ini]

Selepas pulang dirumah... dan selepas 3 bulan... aku harus berjumpa balik doktor yg merawatku bagi memastikan tulangku bercamtum ngan baik... Kali ini selepas membuat x-ray... rupanya masih ada urat dibawah pelipat lututku putus dan ini menyebabkan aku tak dapat membengkokkan lulut di belah kaki kiriku.... dulu mmg kaki kiriku patah dipaha kiri... maka masa buat x-ray mula2 dulu kakiku mmg tak boleh dibengkok dan urat yg putus tu tak dapat nak detect... lagipun tumit kaki kanan masih sakit utk berpijak... kata doktor kakiku boleh menerima tulang gantian tu cuma masalahnya kaki kananku sudah teralih alignmentnya... faham tak... kaki kanan sudah senget... mungkin sebab masa eksiden dulu.. kaki kanan ku sudah terhimpit dan tertolak kedalam... jadi harus buat pembedahan kali kedua... utk membetulkan urat yg terputus dibelah kiri dan membetulkan alignment pengelangan kaki kananku... dan waktu yg terdekat yg ada adalah seminggu sebelum aidilfitri.... kalu tidak harus menunggu awal tahun 2008 pd bulan feb. 

so.... terpaksa buat jugak la... ingat nak raya dulu kan... [ada hati nak beraya walaupun kaki dan tangan berbalut kan... teruk ini org.. hhhaaa]

Operasi kali ini hanya dibuat separuh badan.... makanya aku sedar sepanjang doktor men'skru' kakiku... gerun sungguh wei.. tp aku dalam keadaan meniarap... jadinya hanya mendengar dan turut merasa gegar bila doktor 'skru' kaki ku... hhhhaaa... dan yg tak ialah masa dalam bilik bedah ialah sejuk giler.... 
aku ter ketar2 menahan sejuk... dok tahan ketar wei... ketar sejuk dan takut... hhhuuuu... pengalaman beb...

selepas pembedahan tuh... dua hari pastu boleh balik dah... tapi kena pantang makan lagi lah.... 
bila januari 2009 aku balik kl... aku sambung rawatan kat serdang... masa jumpa doktor tuh.. ada ke dia nak buat operation sekali lagi kat tumit aku... aduh... sungguh menakutkan... tak sanggup wei... aku tak nak lagi hidup menahan sakit dan juga mengharapkan bantuan org lagi... selama mana aku boleh tahan aku tahan.. takut jika buat operation lagi sekali aku terus takleh jalan lak... susah wei.. lagipun doktor tu masih muda.. sungguh berani dia.. rasa cam aku nih bahan eksperimen lak... suka-suka dia je kan...

Notakaki: pendedahan ini bukan utk meraih simpati atau nak burukkan sesiapa... 
hanya sekadar merakamkan memori kehidupanku.. pengalamanku... 
sakit... susah.. senang.... semuanya ujian Ilahi... 
Aku insyaallah redha dan masih bersyukur diberi peluang hidup utk 
merasai terus nikmat kehidupan dibumi Allah yg indah ini..
Doakan kekuatan... kesabaran... keredhaan... utk insan kerdil ini menghadapi kehidupan yg sememangnya mencabar dan berliku ini... hidup umpama roda... bila2 masa kita boleh dibawah dan juga mungkin akan diatas... bersyukur dengan apa yg ada dan berterima kasih pada pencipta kita.
Apa yg berlaku ada hikmah disebalik setiap kejadian... insyaallah.





 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

10 may dalam sejarah - 1

السلام عليکم



Tiap kali sampai bulan mei... pasti teringatkan peristiwa nih... lipatan sejarah 10 may 2007.
Alhamdulillah dipanjangkan usia dan dirahmati Ilahi utk memperbetulkan kesilapan diri.
Peristiwa ini juga membuka mataku... mengenali siapa kawan dan siapa lawan..
Memahami erti kasih sayang keluarga dan pengorbanan ibu dan bapa...
Erti kebesaran Ilahi dan kekuasaanNya.

Kekuatan yg ada harus terus dibajai demi anak yg masa itu baru berusia setahun 2 bulan...
Anak masih tak mengerti mengapa mamanya hanya terbaring dikatil hospital selama sebulan...
 tak mampu bergerak selama 8 bulan....
tak mampu menjaganya bebulan2 lamanya...
hanya mampu memandang tanpa menyentuh...

Tiap yg berlaku adalah ketetapanNya...
Aku redha walaupun perit...

Kata2 doktor seumpama belati menyayat jantung dan urat2 sarafku
'Pesakit nih mengalami 13 patah dan retak tulangnya... malah tulang tumitnya hancur sama sekali... saya tak berani jamin jika pesakit nih boleh berjalan seperti biasa... mungkin pesakit nih akan terpaksa mengunakan kerusi roda atau mengunakan tongkat sepanjang masa'

Tapi kuasa Ilahi mengatasi segalanya...
Aku bangun berjalan seperti biasa.. jika dilihat secara fikikal.. aku adalah normal seperti anda semua...
Realitinya aku senantiasa menderita sakit dikaki dan tangan... malah kerap sakit di bahagian belakang..
Tapi segalanya aku tempuh demi insan tersayang...

Senyum dan gelak tawanya adalah penawar segala kepedihan hati dan segala kesakitan yg aku alami.

** to be continue**




 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...