Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, March 4, 2015

Busy Like A Beezz

Assalamualaikum...

Ok.. busy.. busy.. busy.. hidup berterusan mengerja masa.. hehe.. ke masa mengejar kita..??

Hati teringat kat blog.. tp takde apa yg nak diceritakan plus ngan busy (kunun hahaha alasan eks) but me suka busy.. banyak benda boleh berlalu tanpa difikirkan tanpa terjengah ke kepala.. hehe

Lately banyak benda (kerja thing) ada dateline.. if gud kalu me tau my dateline../?? macam banyak sgt ibadah nak masuk syurga.. kahkah.. funny

ok byk benda dalam kepala.. malas nak layan pun tiba2 terlayan gak.. hhhmmm..





ok la.. merapu jew.. sambung kerja ok.. daaaa



Saturday, February 28, 2015

Mama Buhsan Maman Tak Kesah

Assalamualaikum...





Aktiviti yg paling me malas nak buat... malas sebab kena kuar awal dihari minggu nak2 me masih dlm keadaan kurang sihat... kepala berat semacam nih... bertabah jew la

 Tp kena gak la bawa keta utk diservis.. wlpun gaji blm kuar lg.. so kena bertabah ngan kad kredit la arini.. huhu... nak wat camner.. keta nak kena jaga.. nak pakai lama kannn.. tuh jew la harta yg tak kekal yg me ada.. utk memudahkan urusan yg belum selesai sementara hidup didunia fana ini...




Bawa bodyguard nih... seronok lak dia kat sini.. ada games yg dia boleh layan kat pc yg disediakan utk pelangan utk pusat servis nih.. huhu.. mama jew la dok menahan berat kepala sambil2 berblog... hihi

Untung2 siap satu entry harini.. kiki






Friday, February 27, 2015

Merawat hati yang terluka

Assalamualaikum...

Sharing is Caring.. Kredit pd SINI


Sejak akhir- akhir ini, banyak sekali masalah yang datang kerana suami curang,.. ada yang sampai terlanjur, baik dengan isteri orang atau wanita bujang.. iman kita semakin rapuh, … nipis dan keluar masuk dari dalam diri lebih laju dari biskut ‘sekejap ada, sekejap tak ada’… astaghfirullahilazim.muga ALLAH berbelas kasihan dan mengampunkan dosa-dosa kita…. tidak hairanlah bala bencana alam di sana sini,..ingatan dan amaran dari Allah bagi yang menggunakan akal fikiran.



para isteri yang terlibat, ada yang cuba mencari ketenangan dengan membaca pelbagai buku, blog dan laman web untuk merawat hati yang dah hancur luluh, agar mampu bangun dan menghirup udara Allah ini dengan kekuatan baru dan tidak terusan kecundang dalam penderitaan. pelbagai persoalan timbul dalam benak fikiran.. apakah mahu diteruskan perkahwinan ini.. bagaimana dengan nasib anak-anak..???

sebenarnya , jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah,.. sekiranya jodoh kita telah tiada, maka jalan ke arah itu amat mudah dan dilorongkannya tanpa banyak onar. namun, jika jodoh masih panjang, maka usaha kita mahu memutuskannya akan dipenuhi dengan pelbagai masalah dan rintangan,..

ada isteri yang berfikir dan mengambil kira nasib anak-anak lalu berniat untuk meneruskan perkahwinan dan mahu menerima kembali suami mereka walau mengetahui kecurangan suami…namun, yang menjadi halangan untuk hidup kembali seperti dahulu adalah emosi yang tercalar dan hati yang dah terluka.. bagaimana mahu merawatnya…

setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita Allah jadikan atas sesuatu asbab dan punya hikmah yang tertentu… tidak ada suatupun yang dijadikanNYa dan yang ditaqdirkanNYA berlaku itu dengan sia -sia dan tanpa perancangan….



kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang hebat dan yang pasti berlaku. kita merancang untuk hidup bahagia, dari mula bercinta sehingga ke akhir hayat, namun Allah merancang untuk menjadikan perkahwinan kita sebagai medan ujian ,,untuk melihat sejauh manakah kita mengaku menjadi hambaNYA.. namun dosa dan kebaikan yang kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti… Allah mengizinkan dan Dia yang Maha Mengetahui…



untuk isteri, yang paling utama bagi merawat hati yang terluka atas tindak tanduk suami adalah fikir dosa sendiri,.. jangan fikir dosa suami dan dosa orang lain.. nampak’ peranan’ kita dalam ‘mendorong ‘ suami berdosa… muhasabah diri kita… kenapa ALLAH uji kita begitu…

tiada guna kita asyik fikir kenapa suami sampai hati melakukan dosa, tidak takutkah dengan Allah, tidak ingatkah pada anak-anak.. tidak sayangkah pada kita dan bagai.. kerana ini bukan penyelesai masalah.. malah makin mengeruhkan suasana dan membuatkan kita semakin menderita sedangkan kita tidak mampu berbuat apa-apa.. ‘what done cannot be undone’.. dosa hanya terampun dengan taubat kepada ALLAH.. sesungguhnya DIA maha pengampun dosa-dosa besar…

muhasabah diri kita.. apa yang tidak beres dalam hubungan dengan suami ,.. apa yang dia benci tapi kita tetap buat walau telah ditegur atau ada suami yang pendiam tidak bersuara walau tidak berkenan dengan perangai isteri..simpan dan pendam dalam hati sehingga jadi nanah yang besar dan hanyir..bila pecah hanya tinggal bekas lombong yang besar kerana isi dah busuk…

adakah kerana mulut, yang kuat berleter dan menjawab.. adakah kerana muka yang mudah masam dan memuncung… adakah kerana lidah yang lincah mengeluarkan kata-kata yang pedih, penuh sinis dan sindiran … atau bagai..

anggaplah ia kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita..

untuk merawat hati yang terluka,..kita perlu fokus pada diri kita.. dosa kita dan hubungan kita sendiri dengan ALLAH.. tak boleh sekali-kali kita merasional hati kita bahawa kita perlu fikir tentang dosa dan tindak tanduk suami.. tak akan terubat hati kita..kerana fikirkan dosa suami hanya akan menarik bisikan syaitan, haiwan dan nafsu yang tidak pernah menjanjikan penyelesaian sebaliknya kemusnahan yang besar..

nampaklah ALLAH dalam segala hal.. anggaplah ini sebagai kasih sayang ALLAH agar kita tidak terusan lalai,.. agar kita tersedar dari tipu daya dunia yang tak pernah alpa menarik manusia untuk terusan melupakan kehidupan yang sebenar di akhirat nanti..

insyaallah.. carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..

sesungguhnya dunia ini hanya sementara..anak dan suami adalah tempat kita berbakti sebagai bekal di akhirat nanti..insyaallah..



Jiwa kacau

Assalamualaikum...

Lepas mc semalam.. cam nak sambung jew mc lagi
tp sebabkan malas gak nak ke klinik balik
so datang kerja jew la

tp bertambah sakit kepala
ngan urusan kerja

Jiwa parah

Rasa banyak yg KOSONG dlm kepala nih
rasa cam tak tau apa2
camner nak bertahan sampai umur 60thn lg
takat umur 30++ nih pun dah blur semacam

Takmo dikatakan 'bermasalah'
tp juga menimbulkan masalah
bermasalah ke..??

Parah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...