Imotiv
Nuffnang Ads
Sharing is Caring
Nuffnang Mama Yana
Wednesday, March 19, 2014
Tuesday, November 12, 2013
Grow up..
Assalamualaikum...
hai... lama tak update.. kiki... arini sajew nak cite kisah aritu.. masa kaki kita membengkak dan sakit... gara2 kaki takde mata.. kahkah
Me kan sakit kaki ari ahad pagi.. Tp smpi malam baru la tergedek2 nak cari klinik.. Ingat tuh keadaan terkawal.. Malas nak gi klinik wlpun masa tuh cam bengkak sikit dan sakitnya ya allah berdenyut2..
Lepas maghrib gitu me ajak papa bw mama gi klinik.. Tak tahan sakit.. Pastu risau sikit sebab me cam takleh nak pijak penuh kaki tuh... Takut la patah ke apa kann...
Masa me siap2 tuh... Boleh dia tanya.. 'Mama tak bawa baju ke.. Karang kena tahan kat hospital takde baju lak'
Amboi... Dia ingat sakit mama serius sgt kot.. Smpi suruh bawa baju... Kiki... Suka ke mama kena tahan masuk ward..??
Papa ckp la.. 'Mama nak gi klinik jew.. Nak minta ubat.. Kalu doktor ckp teruk baru gi spital.. Nnt kena tahan ward maman la jaga mama yer... Hihi'
'Ok.. Boleh jew...'
See... Dah matang sikit kann teruna mama... Hihi... Siap nak suruh mama dok spital lagi... Suka la tuh.. :)
Monday, September 23, 2013
Paksa Diri
Me suka paksa diri.. lagi2 jika melibatkan org lain... haha
Monday, June 10, 2013
Sakit menimpa..
Harini tuan blog berehat kat umah.. Sakit perut start dr semalam.. Gi klinik dan dikasi sebeban ubat.. Hhhmmm.. Banyak penyakit mek nih dih.. Kiki
Tak disangka2 bila emosi merundum kesihatan pun jatuh merundum.. Cam dah la jatuh ditimpa tangga lak.. Nasib malang kan..
Doktor ckp me nih banyak asid dlm perut dan dia suspek me ada gastrik.. Hhhmmm.. Honestly me dalam dua tiga bulan nih cuba tidak makan malam.. Kalu makan pun me ambik roti atau buah2.. Nmpk gayanya nak kena ambik nasi/makanan yg lebih berat la eks.. Habis la diet ai.. Kiki
Selain sakit perut me juga ada cam diserang pedih diulu hati.. Tuh pun sebab terlebih asid la tuh..
Pelik jugak sebenarnya, me makan apa tghhari.. Petang pun me ambik buah atau roti atau kuih.. So should be perut me takde la kosong kannn.. Lgpun takde la rasa lapar pun.. Ok je rasanya.. Hahaha
Tp sapa la mama nih kannnn.. Kena ambik nasi gak la mlm.. Bukan sebab nak cantik tau uols... Ai nak kurangkan berat badan sebab kaki ai tak tahan/sakit bila berjalan jauh sikit.. Dah la skrg office kena memanjat tangga je.. Sakit tau
So berharap dpt la sembuh dan kembali ceria.. Dua tiga minggu nih terasa cam dok dlm flux yg kedap udara.. Tertekan dan menekan.. Bernafas tp rasa tak sampai ke jantung.. Cuba nak terima apa yg berlaku itu satu cabaran dalam hidup.. Jika mmg sudah tersurat dan tersirat makanya harus la me redha.. Atleast me cuba perbaiki yg tertiris tp apa la kuasa ditangan ini.. Hanya insan lemah..
Hhhmmmm.. Ingin sgt nak menangis dibahu seseorg tp sayang itu tidak mungkin. Semua bahu ada tanggungjawab sendiri so me juga harus kuat menongkah arus masalah dan bertabah.. Cayok.. You go girls (kata2 lisa surihani pg td kat hotfm.. )
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 5, 2011
WW | Sedih dihati
Wednesday, September 7, 2011
Hapus Dosa??? | Skrg selsema+batuk+kulit gatal2...
Semalam tido tak lena.. hidung ketat.. batuk tak lepas.. gatal2... [penat nak mengaru dah...]
Dah nak lelah dah smlm... tak tahan terus pagi2 gi ketuk klinik nak minta ubat.. dapat ubat dan m.c.
Sat lagi pengsan...+___________+
Sunday, May 29, 2011
Tangan panas
Dua tiga hari lepas, kawan tegur... tangan mama yana kelihatan sembab dan mmg mama yana sendiri rasa tangan kanan mama yana panas....mungkin sebab banyak pengerakan atau ada ke sebab2 lain ye..?? maklum la tangan ni patah 3... ada skru dan plet besi...
Memang hari2 guna... mama yana guna tangan kanan utk buat keja... tangan kiri agak sejuk berbanding tangan kanan. Kawan nasihatkan mama yana rest sikit guna tangan kanan nih... tp sekarang lak keja banyak sangat.... bukan reti dok diam kan... camna tu..?? Perlu ke pakai sarung tangan..?? takut tak tahan aircond.. tu yg tangan panas kot... mmg ada sesekali tangan ni kram... selalunya lari dari tempat sejuk dan rest sekejap... dia akan ok.... urut2 gak... letak minyak panas eks...
Susah kan bila nikmat sihat semakin meninggalkan kita... umur dah meningkat...
Ps: nak kena ambik pil2 tambahan kot..?? apa yg bagus eks... tp taknak la mahal2.. tak mampu lak kann...
Tuesday, May 10, 2011
10 may dalam sejarah - 2
10 may dalam sejarah - 1
Thursday, April 14, 2011
Apa nak dikata
Semalam tido lambat sikit dalam kul 1 pg.... mata takde mengantuk sangat so layan blogwalking dan youtube... semalam tengok showndown kat tv8 dan maman ada suka satu lagu yg diorg guna masa battle menari tuh.... katanya cikgu dia ada lagu tu.... so sibuk tanya mama ada tak lagu tuh.... bila cakap takde.. sibuk jugak suruh mama cari lagu tuh.... hhhmmmm.... tu yg cari dalam youtube tuh... tp tak jumpa la... tak tau tajuk lagu susah nak cari.... atau tak reti nak cari..?? eks..
Bila nak tido... tah macam mana tiba2 sakit menusuk kat dada belah kanan... pedih sungguh... rasa cam ada benda nak kuar kat situ... tekan2 dada dan cuba bangun.... pedih... sekejap2 sakitnya menusuk... sampaikan terfikir nak tido ngan cara duduk je... pasal mata pun pedih dah terasa mengantuk... masa2 tuh gak teringat nak google nak tau sakit abenda la kan... tp tak kuasa wei nak buka lappy dah... lepas dalam 15 minit baru la slowly kurang sakit... mama ambik bantal bagi tinggi sikit dan baring ala2 menegak... alhamdulillah sedar pagi td terasa bersyukur lagi... semalam dalam dok tekan dada... mulut dok mengucap tak habis2... teringat kat anak yg masih kecik dan amalan tah ditulis belah kanan atau belah kiri yg banyak... alhamdulillah...
Ni hasil google sy pagi nih... untuk infomasi diri dan kawan2...
MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
…
HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
- Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
- Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
- Sistem penghadaman yang lemah.
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
- Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
- Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
- Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
- Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
- Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Wallahu a’lam
Sumber: SINI
Notakaki: bila sakit teringat mati eks... mungkin tuhan nak bagi hint tu kan...
♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥






