Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, August 12, 2011

Baju raya pilihan anda..?? Moden atau Tradisional

السلام عليکم

Lama dah kan mama tak membuka ruang bicara tentang hal2 kesukaan wanita... maklum la bulan puasa nih, mama pun cuba sedaya upaya puasa dengan menjaga tutur bicara dan mata2 kawan2 dr melihat benda2 yg tak elok... aik mcm blog mama yana nih blog sensoded je... hhhaaa...

Oleh sebab raya dah nak dekat, maka barang2 raya sure la menjadi bahan bicara, selalu dok cari masa nak mencari baju raya.. dok terfikir tema lak kan.. hhheeee.. tema dah ada dah.. tp baju yg berkenan dihati sukar sekali melekat tau... Kawan2 suka baju moden atau suka baju yg tradisional (fesyen dolo2).... atau yg moden+lama=mola...???? merapu ekkksss...

In lagi ke fesyen kaftan nih..??? cun gak kan...

kurung moden

fesyen kaftan


beraya ala2 model gitu...hhhuuu.. i like..

ala2 jubah.. tp moden..

fesyen jubah

pink memukau... suke...suke....

lawa oooo.. geram..


***Semua pic dr goggle




Notakakiku:
Kekawan... pilih yg moden ke yg tradisional..
ai..??? hhheee.. baju kurung riau je.. maklum la.. sejak dua menjak nih
kawan2 dok tegur ai kononnya ai nih berisi.. 'ngandung ke kau yana..?? lain je.. '
'sy tgk akak nih cam gandung je..?? berapa bulan kak..??'
'penat eks.. biasa la org bawa budak kann..'

 

Ps: nampak sgt la peyot dah buncit...malunya ai... hhhuuuu... diet.. diet..(~_~")




Thursday, August 11, 2011

Beringat2 sebelum terlanjur

السلام عليکم

Mudarat makan berlebihan


Oleh MOHD. AFANDI MAT RANI



Berbuka puasa di Malaysia jauh berbeza dengan suasana segelintir umat Islam di negara-negara lain, yang terpaksa mengharapkan ihsan mereka yang berada. - Gambar hiasan


BULAN Ramadan bukan hanya mendidik manusia untuk berlapar dan dahaga sahaja. Malah juga mendidik sikap kesederhanaan dalam hidup yang amat digalakkan di dalam Islam.

Menurut Imam al-Ghazali sifat kesederhanaan akan menjadikan kita akan berhati-hati dan menjaga dalam dua perkara yang dituntut, iaitu tidak terlibat dengan perkara yang haram dan syubhat, dan memelihara diri daripada berlebihan dalam perkara halal.

Bagi mencapai darjat takwa, antara anggota yang perlu dijaga ialah perut dengan tidak memakan makanan atau minuman secara berlebihan pada bulan puasa.

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat. Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

Pertama: Hati menjadi keras
Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.

Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.

Ketiga: Melemahkan fikiran
Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.

Keempat: Mengurangkan ibadat
Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat
Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.

Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.

Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan
Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.

Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.

Kelapan: Bebanan urusan akhirat
Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.

Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

Kesembilan: Kurangnya panjaran pahala di akhirat
Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar
Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

Bulan Ramadan mendidik umat Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan.

Amalan bersederhana ini akan menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.



Sumber : Sini




♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Lawak Moreh

السلام عليکم




Sumber: email.

Ps: Satu pertanyaan... apakah hukumnya jika kita pergi buka puasa di masjid dan lepas makan terus balik rumah..sedangkan realitinya (dr mata kasar) mempunyai perkerjaan yg stabil laki bini..??

Jgn terkejut.. mmg ada org buat tau.. hhhheee..

Bukan mengumpat tapi tertanya2 hukumnya.. maklum la. lebih afdal jika bertanya pada yg lebih tahu.. betul tak gitu..??



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Wednesday, August 10, 2011

Fraud Email Maybank2u

السلام عليکم

Email br je dpt...


terang2 email dr  kimjones101@btconnect.com... nape tak dr @maybank



ni bila mama cuba letak cursor kat 'click here' tuh... tgk homepage kemana.. kalu klik habis arr..


Ps: bulan2 puasa nih banyak betul dugaan.. nasib baik sebab maybank mmg selalu mengingati pelangannya utk tidak click apa2 jika dpt email yg kononnya dr maybank... lagipun utk maybank2u mama tak guna email tuh pun... email tuh mama guna utk fb.. gamaknya diorg dok belek email org dlm fb kot kannn..

kawan2 pernah dpt cam nih tak..?? hati2 tau..






INFO: Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

السلام عليکم

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
SEBARKAN...


sumber: email.





Tuesday, August 9, 2011

DEBAT: Bertudung Kompem Masuk Syurga Ker?!!

السلام عليکم




Sumber: email.

Ps: rasanya dah banyak kot kat blog2 lain.. tp mama tetap nak tepek jugak.. Sekadar Peringatan diri sendiri yg lemah ini... Maaf jika sekiranya ada yg terasa.. tp nih pun salah satu cara utk mama mengerjakan ibadah dahwah sedaya yg mama mampu....




 

Monopoli Overtime..??

السلام عليکم


Masih perlukah mendengar org mengumpat kononnya memonopoli overtime..???

Lantak la kan... bukannya saje2 overtime jika tak ada keja...

Lagipun semua benda urgent... dan bos pun galakkan staf overtime...

So overtime je la sampai penat... hhhhaaaa

Orang suruh buat dia malas..

Tapi dia cukup rajin mengata dan mengumpat...



Ps: posa2 nih.. macam2 ragam... hhhuuuu... dugaan..dugaan...^_*"


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Monday, August 8, 2011

Anak... Ooohhh.... Anak..

السلام عليکم










Bila ditanya.. Puasa tak.?? Laju je jawab.. Puasa.. hhhuuuu.. pelakon terhebat... [ikut sapa la tuh..hhhaaa]

Dah dua hari sabtu berturut2 ikut mama dtg keja... dan macam biasa.. menganggu keja mama.. tp kalu nak tinggal takde sapa free nak jaga.. so nak tak nak bawa jugak..

Sabtu lepas, mungkin dah kerap ikut mama kat office, boring gamaknya... rasanya tiap minute dia dok tanya.. keja mama dah siap ke..?? bila siap ma..?? Stress mama tau... last2 mama switch-off komputer dan blah dr office... sakit jiwa wei... hhhhaaa... kuar2 dari office.. nampak lak taman mainan.. sibuk lak nak gi sana.. layan kan je.. lagi mama pun stress kan.. tp panas arr. kul 2 kat taman mainan.... bagi  dia.. maman tak kisah.. hhhhaaa..

Main sekejap je.. dalam setengah jam gitu mama ajak balik... risau dia demam main tgh panas.. Balik2 lak nampak lak pasaraya giant.. dan-dan dia ckp dahaga... mama pun layankan jugak.. jalan2 masuk giant dan cr air kotak je.. tak malu sungguh maman.. dan2 tu dia buka air kotak dan minum ngan selamba... hhhuuu.. mama sibuk suruh buka kat dlm keta tp dia mana nak dengar... shame la kann...

Lekas2 mama ajak dia balik.. tak kuasa mama.. dah la letih puasa, melayan lak anak kesayangan yg tak reti2 nak dengar ckp mama... bila la maman nak puasa nih... kalu puasa time school pun sekerat hari je.. balik2 buka periuk umah wan... susah sungguh.. degil anak jantan nih...





  
ps: mesti anak2 kawan2 dah pandai puasa kan... cuba bagi tips sikit.. nak bagi maman puasa nih...!!!





 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Friday, August 5, 2011

Memang mengejutkan...

السلام عليکم

Kes 1




SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.


KUALA LUMPUR: “Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.

Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.

“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.

 sumber:   Metro


Kes 2


MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.

sumber: Metro


Sepatah kata..:

 Nape kawin jika hanya mencari masalah dan kekalutan...??? Bukankah boleh dibawa berbincang dulu..?? Ada masalah kot perem tuh..?? Atau ada kisah lain disebaliknya..?? kita hanya tau sebelah pihak je kann.. Apa2 pun selesaikan la dengan cara terbaik..


Dan kes lagi satu ... sakit kepala bila diterpa ngan masalah sosial kat malaysia nih... gerun dan menakutkan... Apa nak jadi nih... Dunia dekat ngan kiamat kot..??

Yang berkawin elok2 mencari dosa pulak dengan menolak suami, ni kira derhaka dah nih...
Yang belum kawin lak, berani sungguh.. beranak sendiri je.. Ingat ai dulu, bukan main takut lagi.. sakit sikit pun dah sibuk nak ke hospital.. gerun nyer..


Apa nak jadi eks..??







♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Takirah Ramadan

السلام عليکم

pic hiasan dr goggle


Dari Abu Said Al Qudri ra katanya :
Rasulullah saw bersabda : "Setiap orang yang berpuasa di jalan Allah barang sehari.
Nescaya dijauhkan Allah muka orang itu daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun
perjalanan, kerana puasa di hari itu"
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah ra katanya : "Rasulullah saw bersabda :
"Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari,
janganlah ia bercakap kotor dan jangan membuat kesalahan
Kalau ada orang yang memakinya atau hendak membunuhnya
hendaklah dia mengucapkan "Sesungguhnya saya orang puasa."
(Hadis sahih riwayat Muslim)



nOtAkAkIkU: peringatan diri sendiri dan juga saudara seagamaku... peace...*_^








♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Thursday, August 4, 2011

2 Day Without Phone... I Ok...

السلام عليکم


Kisah seorang mama yg pelupa atau clumsy.. nak cepat balik punya pasal.. tertinggal phone hari selasa ari tuh.. hhhuuu..

Semalam masuk office pagi tp tuan pemegang phone blm msk.. meeting.. tak sempat ketemu kerna tengahhari mama dah blah dr office.. headacne tahap gaban.. gi klinik dan pengsan kat umah.. so heaven...!!!

Dan hari masuk office ngan semangat.. sambil intai pemegang amanah.. tp belum msk lg.. meeting lagikah..?? tp mama dah rindu ngan phone mama... rindu nak tekan2 phone.. rindu nak snap picture.. rindu nak sms... rindu nak caling-caling... hhhuuuu.. kalu ari nih tak dpt lg.. maka jadi hari ke tiga mama hidup tanpa phone.. ok but.... hhhmmmm..

Hari ni walaupun busy like a bee.. tp mama bersemangat.. dan tak sabar nak memegang phone mama blk...^_^

Walaupun tepon cabuk tp mama tetap syg.. hhhuuu..






 Ps: mana satu mama punya.. cuba teka..keh..keh.. tp takde hadiah arr.. teka-teki manja2 je.. hhheee



Wednesday, August 3, 2011

Lancang sungguh perem tuh...

السلام عليکم







AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

 “Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media. “Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan. 

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini. Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.



Sumber dari SINI



Notakaki mama: Nape la suka buat benda2 menaikkan amarah org..?? lagi2 benda yg membabitkan maruah orang.. Apa tak takut kuasa karma... kata2 gitu dah mengambarkan bagaimanakah mentaliti diri pengata. Apa la salahnya mereka... memang lancang la perempuan tuh....!!!

Ps: tahap geram sungguh.. nama hidayah tp tak dapat hidayah.. moga2 dapat hidayah pasnih....




 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

WW for 3 Aug 2011 - Ramadan Yang Berkat

السلام عليکم








Sumber: email







 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Tuesday, August 2, 2011

Pemandangan indah menyegarkan mata dan nafsu

السلام عليکم
















Sember: email.


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Peringatan

السلام عليکم




pssss... jgn ngumpat tau... dosa...!!!!

^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...