Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, May 31, 2011

??????

السلام عليکم

Mood akhir2 bulan ni sungguh merudum... pagi2 malas sungguh... mama kekadang sanggup layan MHI dulu sebelum mandi atau bersiap utk keja... besar sungguh M tuh... tah laa... kena rasuk abenda la wei... hhheee..

tp masa jumpa bos... dia nnt nak minta tolong kita utk buatkan projek yg kita tak handle... tukang handle projek tu bercuti... dan projek tuh urgent... hhhuuu... kepala angguk je tp dalam hati bergundah... malas dan terasa stress.. pasal projek org kan sure la apabenda pun tak tau... so kena belek banyak fail baru faham... nak2 lagi nak cari fail yg paling latest pun satu hal... hhhuuuhhuuu... [panjang wei hhhuuu tuh...]

org kata kan... kalu dah malas tuh.. beribu alasan la dalam kepala kannnn... hhhhaaaa...

hmmmm... buat masa sekarang.. mama yana suka membelek muka/jerawat dr buat keja ok... [make gaji buto sungguh wei ambo ari nih..]


npk tak..?? dah beranak pinak dah jururawat jerawat gatal i... hhhuuu



korang ada nampak tak minah kat belakang mama tuh... mama suruh dia buat utk mama... hhhaaa... kiranya buli tahap 1 la kan... kata nak belajar kan.. hhhaaa.. jahat kan mama yana nih.... hari ni je...

sepatutnya hari nih la hari paling syok... hari gaji beb... tp tah la... macam ada kekosongan disitu...


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Kad Hari Ibu Baru Sampai.....

السلام عليکم







Notakaki: smlm sampai je umah... maman tiba2 buka beg dan bagi kad nih... hhheee... terharu i tau...

 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Monday, May 30, 2011

Header paling mengancam di abab ini... ahaks...

السلام عليکم

Amacam... mengancam tak..??? of course la kannnn.... kannnn.... hhhhhaaaa...



Ps: mengodek2... so buhsan uols..... buat eksperimen arr.... atleast ada gak la header baru kannn...




♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Faizal Tahir - Karma




Semalam kan mentor final.... tengok le kami tiga serangkai... hhheee... sambil2 lipat kain baju ye....
Mama kureng sgt nak minat retis2 baru nih... dr dulu minat ZZ uols... kan ahkak ZZ jadi juri semalam... siap bunga dikepala lagi... suka tau...

Tak minat2 pun.... tp tetap je la jeling time diorg buat persembahan tuh... si Iqa tuh nyanyi lagu mama minat la... FT... lagu je bukan retisnya... hhheee... jom layan... tp FT je la yg best.. bukan si Iqa tuh....

Tp suara Salma mmg power wlpun mama tak faham benda apa dia nyanyikan... hhhhaaa... tp masa duet ngan Jac tuh mmg marvelous you... suka.... awww...




♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥




 

Sunday, May 29, 2011

Tangan panas

السلام عليکم

Dua tiga hari lepas, kawan tegur... tangan mama yana kelihatan sembab dan mmg mama yana sendiri rasa tangan kanan mama yana panas....mungkin sebab banyak pengerakan atau ada ke sebab2 lain ye..?? maklum la tangan ni patah 3... ada skru dan plet besi...

Memang hari2 guna... mama yana guna tangan kanan utk buat keja... tangan kiri agak sejuk berbanding tangan kanan. Kawan nasihatkan mama yana rest sikit guna tangan kanan nih... tp sekarang lak keja banyak sangat.... bukan reti dok diam kan... camna tu..?? Perlu ke pakai sarung tangan..?? takut tak tahan aircond.. tu yg tangan panas kot... mmg ada sesekali tangan ni kram... selalunya lari dari tempat sejuk dan rest sekejap... dia akan ok.... urut2 gak... letak minyak panas eks...

Susah kan bila nikmat sihat semakin meninggalkan kita... umur dah meningkat...

Ps: nak kena ambik pil2 tambahan kot..?? apa yg bagus eks... tp taknak la mahal2.. tak mampu lak kann...

pic dr google.... lawa nya tangan dia kann...

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

 

Friday, May 27, 2011

Maman with sunglasses

السلام عليکم


maman: ambik gambar maman ma....


maman: nape tak nampak....
Mama : nampak kan.. [smbil tunjuk pic]
maman: papa tak masuk pun.... hhhuuu..
Mama: hhuuu... ok.. sekali lagi.. lainkali ckp la nak sekali papa...

maman: sini la pa... [smbil tarik muka papa]


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Bersabar dengan Mushibah

السلام عليکم



Pic dr google : dugaan berbagai2

Abu Warrad dari Muhammad bin Muslim berkata:

Seorang datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah habis hartaku dan sakit badanku. Maka dijawap oleh Nabi s.aw.:
”Tidak baik seorang hamba yang tidak habis hartanya dan tidak sakit badannya, sesungguhnya Allah jika cinta kepada hamba maka diujinya dengan balak dan bila telah ditimpa balak maka Allah memberinya kesabaran.”

Abud-Dardaa’ r.a. berkata:

Saya suka kepada kemiskinan kerana itu sebagai tawadhu’ merendah diri kepada Tuhanku, dan aku suka penyakit sebab itu sebagai penebus dosa, dan saya suka kepada mati, kerana rindu kepada Tuhanku.

Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda:

Tiada menimpa kepada seorang mukmin suatu mushibah, dari duri atau yang lebih dari itu melainkan Allah menggugurkan dengan itu satu dosa.”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada seorang muslim yang ditimpa mushibah, meskipun telah lama kejadiannya, lalu teringat dan membaharui ucapan: Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun, melainkan Allah akan memberi pahala baru seperti yang dahulu ia terima ketika mendapat mushibah itu.”



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Ikhlas sifat mulia penyelamat diri

السلام عليکم


IKHLAS SIFAT MULIA PENYELAMAT DIRI

SALAH satu sifat yang harus ada pada diri kita dalam kehidupan sehari-hari ialah sifat ikhlas termasuk ikhlas dalam mengerjakan amal ibadat dan mengikut perintah-perintah Allah. Keikhlasan juga adalah asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan dilaksanakan setiap muslim diterima Allah atau sebaliknya. Ini bermakna keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan muslim di dunia dan akhirat.

Allah berfirman dalam surah az-Zumar ayat 2 yang tafsirnya:
"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya."

Dalam sebuah hadis riwayat al-Imam al-Bukhari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu."

Agama Islam adalah agama yang amat unik di mana setiap gerak-geri dan perlakuan harian penganutnya dianggap sebagai ibadat. Setiap amalan sama ada berbentuk duniawi atau ukhrawi memperoleh ganjaran pahala jika diniatkan penuh ikhlas kerana Allah. Oleh itu selama mana seseorang muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh tulus keikhlasan, maka selama itulah segala tingkah laku perbuatan dan percakapannya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kita hendaklah menjauhi sifat-sifat yang buruk yang boleh menghakis sifat keikhlasan seperti riyak, ujub dan sombong. Ini kerana Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada umat Islam bahawa sifat riyak itu sebahagian daripada syirik tersembunyi kepada Allah.

Jadi hendaklah kita menghiaskan diri dengan sifat mulia dan ikhlas bukan saja dalam kehidupan kita sendiri, juga akan dapat membantu memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia. Orang-orang yang ikhlas akan mendapat kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah.

Dapatlah kita simpulkan keikhlasan memainkan peranan penting dalam menentukan penerimaan amalan di sisi Allah di mana ia menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman muslim kepada Allah. Sesungguhnya sifat ikhlas penting disemai dan dibajai dalam hati setiap muslim di dalam melaksanakan ibadat seperti sembahyang, puasa, sedekah dan haji serta segala niat yang dilakukan dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala.

Dengan menjadikan ikhlas sebagai amalan hidup kita, barulah hati akan bersih dan suci dari sebarang kekotoran serta penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia tidak setanding dan bererti melainkan hati yang ikhlas seperti sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu."

sumber: email.


keindahan ciptaan Illahi

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Thursday, May 26, 2011

Mace-mace mu nih...

السلام عليکم


hhhaaaa... mace-mace ore nih kan....




 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Wanita lebih berwibawa jika kuasai pelbagai ilmu

السلام عليکم



Wanita lebih berwibawa jika kuasai pelbagai ilmu

Oleh Nik Salida Shuhaila
2011/05/26

Ilmu tinggi membantu golongan ibu dalam seruan dakwah dan mempertahankan hak
HARI ini, boleh dikatakan setiap rakyat Malaysia mampu menuntut ilmu, sama ada secara rasmi atau tidak. Ia jauh berbeza beberapa puluh tahun lalu, di mana anak perempuan hanya dibenarkan menuntut ilmu secara tidak langsung di rumah, itupun hanya ilmu domestik. Hanya segelintir ibu bapa yang tidak jumud menghantar anak perempuan ke sekolah.

Peluang menuntut ilmu yang terbentang luas di depan mata tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap wanita hari ini. Walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu, komitmen ini perlu dilakukan secara berterusan kerana wanita jugalah yang akan mendidik anak.
Ilmu yang paling penting untuk ditekuni setiap wanita ialah ilmu al-Quran, hadis, sirah dan feqah. Tidak kurang pentingnya juga, pengetahuan biografi tokoh wanita di zaman Rasulullah SAW yang banyak menyumbang kepada legasi Muslim hari ini.

Ilmu al-Quran menjadi sumber utama yang akan menjadi teraju cara beribadah dan bermuamalah, sekali gus melindungi wanita tergelincir daripada cara hidup sebagai Muslimah seperti dituntut Allah.
Hadis dan sunnah pula memperincikan lagi sahsiah yang harus diteladani sebagai umat Rasulullah SAW. Aisyah contohnya, pernah menjadi pakar rujuk dalam ilmu hadis dan sunnah, malah dalam usia masih muda beliau adalah pakar feqah pertama dalam Islam.

Bahkan Imam Az-Zuhri pernah mengatakan, “jika ilmu Aisyah dikumpulkan, lalu dibandingkan dengan ilmu semua isteri Rasulullah dan seluruh Muslimah, nescaya ilmu Aisyah lebih unggul”.
Kaum lelaki juga takjub dengan kebijaksanaan wanita bernama Aisyah ini sehinggakan putera Urwah bin Zubair iaitu Hisyam meriwayatkan, ayahandanya pernah mengatakan “aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih pakar dalam bidang feqah, perubatan dan syair daripada Aisyah”.

Ilmu sirah tentunya memberi banyak pengajaran kerana sebagai seorang manusia yang mempunyai naluri keibuan, ilmu inilah juga yang akan diamalkan untuk membimbing generasi muda dengan mengambil teladan daripada perjalanan hidup Rasulullah SAW serta sahabat.

Ilmu feqah pula untuk mengetahui hukum hakam yang qat’i dan peraturan hidup sebagai Muslim seperti termaktub dalam sumber yang utama mengikut kronologi iaitu al-Quran dan Sunnah. Metod untuk memutuskan sesuatu hukum yang memerlukan ijma’ ulama juga harus diketahui, supaya wanita tidak jahil untuk memahami bagaimana sesuatu hukum itu diputuskan.

Setelah ilmu itu ditekuni dengan baik dan betul, barulah ilmu berkaitan muamalah insani dipelajari serta difahami, termasuk urusan rumah tangga dan kemahiran hidup lain. Walaupun pakar dalam bidang agama, kecerdasan akal Aisyah tidak dapat dinafikan dalam ilmu sastera, sejarah, seni dan perubatan.
Wanita harus menguasai ilmu supaya dapat menyatakan sesuatu yang hak. Sejarah membuktikan pada awal kedatangan Islam sehingga berakhirnya zaman Rasulullah SAW, wanita dimartabatkan setanding lelaki dalam apa juga bidang, termasuk ketenteraan dan keusahawan.

Kehadiran wanita dalam setiap lapangan kehidupan memungkinkan mereka memperjuangkan keperluan hidup sebagai seorang wanita kerana hanya mereka yang tahu kekuatan dan kelemahan mereka berbanding kekuatan serta kelemahan lelaki.

Menerusi penguasaan ilmu yang luas, wanita akan dapat memiliki kefasihan lisan kerana ilmu yang tinggi membantu mereka dalam seruan dakwah.

Ahnaf bin Qais mengatakan, “Aku telah mendengar khutbah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta khalifah sesudahnya, tetapi aku tidak pernah mendengar perkataan dari lisan seorang manusia yang lebih baik dan lebih indah dari perkataan yang keluar dari lisan Aisyah.”

Sayangnya, hari ini dengan pelbagai kemudahan, ada wanita tidak mahu menambah ilmu yang terbentang di depan mata, apatah lagi mempelajari al-Quran, hadis, sirah dan feqah.

Bayangkan bagaimana proses tarbiah insan dapat dilakukan dengan betul jika ibu tidak tahu membaca walau sebaris ayat al-Quran. Sedangkan cabaran dunia hari ini tidak jauh bezanya dengan zaman awal kedatangan Islam sesudah jahiliah, penganut Islam pada masa itu bertempur dengan manusia yang tandus akhlak dan moral.

Justeru, wanita haruslah meneruskan legasi pimpinan wanita terdahulu yang mendampingi Rasulullah SAW kerana ilmu dan akhirat, bukan dunia dan pangkat.

sumber:email.

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Update: blog berwajah baru tp masih tak puashati....

السلام عليکم

**** cecite... cecite... kita masih takpuas hati noks...****

perjalanan nak cantikkan blog... hhhuuuu...


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Wednesday, May 25, 2011

Secret - Official Video by The Pierces



sanggap petang2 nih... layan lagu nih best nih.... jom...


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

 

Susahnya nak dapat tempat berteduh sendiri.. mahal berbenor...

السلام عليکم


pic dr google


Pagi ahad ari tu... [takde pagi sgt sebenarnya... ahaks... well hari minggu kannn...] lepas breakfast.. jejalan pusing2 cari pasal oopppsss... cari umah... decide to buy a house for this year... end of this year dah ada rumah... itu janji2 hubby ok... kena tulis disini.. kalu dia lupa mudah diingatkan...

punya mahal sungguh wei.... kalu yg murah tu... rumah dah ranap dah... mcm kena buat baru balik ok... gosh... sakit kepala... [lupa lak nak ambik gmbr umah tuh]

kami pusing2 mengabiskan myk ketaku lastly ada rumah ngan no phone... agak2 owner kan... mmg nak cr rumah yg direct owner.. murah sikitkan... rupanya agent gak... mak kau.. mahal sesungguh... tak mampu de...
pusing lagi... call lagi.. ada kosong dan direct owner.. murah sikit dari yg tadi... minta la nego lagikan.. boleh la sikit... minta lagi.. muktamak katanya... sambil2 borak tu.. tanya la nama kan.. ingat nak call balik dan nak save no kat phone... boleh tak dia ckp gini..  'aya... takpayah tau nama la moi... sy mmg guna ini no ma.. call je next time kalu comfirm.. tak payah tau nama ma...' pelik tak kawan2..?? so confius... susah ke nak bagi nama.. kalu nama tipu pun rasanya takpe kot... mana aku tau kan... so pelik...

hubby dok fikir2 katanya ok jugak tp mama rasa cam........ tah la... nak kena sembahyang istikarah nih kan... nak minta petunjuk... mmg selalu berbisik dihati.. agar dibukakan hati papa utk fikirkan masa depan dan dibukakan jalan utk kami dpt rumah yg mampu kami milik dan minta dijauhkan musibah dikemudian kan...


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Jangan mengeluh saja....


السلام عليکم

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
 
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
 
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
 
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
 
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
 
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu engko nak mengeluh lagi ............jom gi ngaji


Ps: artikel dr email. Jika diikutkan hati kita mati, jika diikutkan nafsu kita lesu..
Perkara biasa utk manusia yg lemah ini berkeluh-kesah... moga akal yg waras teraju arah yg betul.

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

 

Tuesday, May 24, 2011

Boring ngan blog... Pendapat korang..??

السلام عليکم

Bila berkesempatan berjalan2 blog kawan2... blog korang lawa2... header cun2... dengki jelez teringin juga nak punya blog cun yg sofikated, elegan, menawan dan sebagainya....  apa pendapat kawan2 ek..?? perlukah ada perubahan atau teramat perlu ditukar header tah apa2 tah tu... susunatur blog nih atau sebagainya.... bagi la pendapat bernas kawan2 semua... korang buat camna bagi blog korang cun, kemas, menarik camtu....

Rasanya dah banyak kali tukar.... tp masih belum berpuashati.... belum amat berpuashati... hhhuuu...




♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Isi hati wanita



السلام عليکم




Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu hanya kepadaku semata-mata.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan berapinya jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai sama ataupun tidak dengan kehendak hati, Insya Allah ku redha kemahuan pilihan Illahi…
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian… Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Amin.


 sumber: email.



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Monday, May 23, 2011

MLTR - 25 Minutes




Ps: one of my fav song... teringat jaman2 sengal masa belajar dolo2... aduh... rasa cam nak putar semula... tak nak jadi naif lagi... taknak jadi penyebab sebarang kesilapan lalu.... mak dah tua ke nok..???



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Aneka Khasiat Bunga Sedap Malam

السلام عليکم



Sedap malam lebih dikenal sebagai bunga hias. Wanginya yang seharum melati bermanfaat menenangkan hati orang di sekitarnya. Namun, sebenarnya bunga sedap malam punya sejumlah manfaat untuk kesehatan, mulai dari mengobati keluhan susah tidur, influenza, sampai rematik.
Bunga yang berasal dari Mexico ini juga disukai di manca negara. Masyarakat Jepun menggunakan bunga sedap malam sebagai lambang cinta. Di Thailand, bunga yang harum di malam hari ini adalah kesayangan para perangkai bunga karena sifatnya yang harum dan tidak mudah layu.
Masyarakat Eropah memakai bunga bernama Latin Polianthes tuberosa Linn ini dalam upacara keagamaan. Tak heran bila bunga yang dikenal di luar negeri dengan nama tuberosa ini dijumpai menghiasi altar di gereja-gereja.
Kekasih Gelap
Keharumannya yang tak kalah dengan bunga melati membuat sedap malam dijuluki di luar negeri sebagai dangerous pleasure (kesenangan yang berbahaya). Tidak jelas mengapa disebut demikian. Namun, ada tahyul kuno di Perancis yang melarang anak gadis menghirup wangi bunga ini di kala malam karena akan membawa suasana romantis dalam diri mereka. Larangan yang sama juga berlaku di India dengan alasan yang sama pula, sehingga bunga ini diberi nama rat ki rani (kekasih gelap).
Meski ada kepercayaan demikian di India, pengobatan kuno dari India, Ayurveda, mengakui khasiat bunga yang juga disebut orang Sunda sebagai sundel malam ini bagi kesehatan. Menurut Ayurveda, sedap malam dikenal boleh memperbaiki ketenangan fikiran seseorang. Bunga ini dapat membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fisik seseorang.
Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang karena kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mengurusi bagian kreativiti. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di fikiran dan hati.
Pada pengobatan tradisional masyarakat Nusantara tidak ada penjelasan seperti dalam Ayurveda. Namun, nenek moyang kita telah menggunakan keharuman bunga yang juga bernama Yek Lai Siang ini untuk menenangkan hati di kala perkabungan.
Hiasan bunga sedap malam pada upacara perkawinan di Nusantara  memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru. Praktik ini masih terus berlangsung sampai sekarang. Bahkan para pengelola spa menaburkan petikan bunga di kolam pemandian untuk memberi ketenangan pada orang yang berendam.
Menurunkan Panas
Sayangnya, tak seperti lavender yang minyak esensialnya dikenal luas menenangkan fikiran, minyak esensial bunga sedap malam sulit didapat. Menurut Lisa Maliga, seorang penulis di The Chamomile Times and Herbal News, tidak ada "minyak esensial" bunga sedap malam. Sebab, bunga ini tidak tahan terhadap temperature tinggi ketika disuling menjadi minyak esensial.
Secara ilmiah, baru sedikit manfaat untuk kesehatan yang terungkap dari bunga sedap malam. Dari Ensiklopedia Tumbuhan Berkhasiat Obat Indonesia yang ditulis oleh Prof. H.M. Hembing Wijayakusuma, pakar pengobatan tradisional dan tumbuh-tumbuhan berkhasiat obat, diketahui bahwa sedap malam bersifat manis, sejuk, dan sedikit tawar. Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas (antipiretik) dan  menghilangkan bengkak. Sementara itu, kandungan kimia yang diketahui adalah sapogenin.
Bagian tanaman yang dipakai sebagai obat adalah bagian bunga dan akar. Keduanya dapat diolah untuk pemakaian luar dan dalam. Prof. Hembing menyarankan agar pengobatan dengan ramuan sedap malam ini dilakukan secara teratur. Namun, penderita penyakit serius dan berat sebaiknya tetap berkonsultasi dengan dokter.
Aneka Resep Bunga Sedap Malam
Berikut ini beberapa resep yang menggunakan bahan bunga sedap malam sebagaimana ditulis oleh Prof. H.M. Hembing Wijayakusuma.
1.    Katarak, Radang Mata
Rebus 50 kuntum bunga sedap malam dengan 1.500 cc air hingga mendidih. Tunggu sampai dingin. Setelah dingin, gunakan untuk mencuci mata.
2.    Bisul (Furunculus) dan Bengkak (Edema)
Ambil akar sedap malam secukupnya lalu cuci bersih. Setelah itu tumbuk halus dan tempelkan pada bagian yang sakit.
3.    Susah Tidur, Menenangkan Pikiran dan Hati, Penambah Darah, dan Pandangan Kabur
Bahan: 30 kuntum bunga sedap malam, 15 gram kie cie (boleh dibeli di toko obat Cina), 1-2 buah hati ayam, 2 siung bawang putih, 4 siung bawang merah, 10 gram halia, lada hitam, garam, dan kicap masing-masing secukupnya. Iris bawang putih dan bawang merah. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol secukupnya. Tambahkan tepung tapioka yang telah diencerkan secukupnya. Masak sampai matang.
4.    Meningkatkan Stamina
Bahan: 50 kuntum bunga sedap malam, 50 gram kacang kapri, 1 butir telur ayam, 100 gram udang, 10 gram halia, 2 siung bawah putih, 4 siung bawang merah. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol secukupnya. Jangan lupa tambahkan tepung maizena yang telah diencerkan. Masak sampai matang.
5.    Mempertajam Penglihatan
Bahan: 30 kuntum bunga sedap malam, 70 gram kacang kapri muda, 100 gram daging ayam, 75 gram lobak merah, 1 butir telur ayam, 10 gram halia, 2 siung bawang putih, 4 siung bawang merah, kicap manis dan garam secukupnya. Potong-potong daging ayam dan lobak merah. Kemudian siapkan bawang putih dan bawang merah yang telah diiris-iris. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol sampai matang.
6.    Influenza
Bahan: 20 gram akar sedap malam, 15 gram halia, 2 batang daun bawang putih, 600 cc air bersih. Rebus bahan bersama air sampai tersisa separuh (300 cc). Air rebusan tersebut diminum dua kali masing-masing 150 cc.
7.    Radang Tenggorokan, Bau Mulut, Suara Serak, Sakit Saat Menelan Makanan
Bahan: 20 gram akar sedap malam, 25 gram sambiloto segar, 600 cc air bersih. Rebus bahan bersama air sampai tersisa setengah (300 cc). Setelah itu saring dan minum dua kali sehari masing-masing 150 cc.
8.    Rematik
Bahan: 30 gram akar bunga sedap malam, 20 gram halia merah, gula merah secukupnya, 400 cc air. Rebus bahan bersama 400 cc air hingga mendidih. Saring dan bagi dua bagian untuk diminum dua kali sehari

sumber: email.


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Makan gaji hanya mampu senyum 6 hari dlm sebulan

السلام عليکم




Notakaki: Pic dr email... realiti hidup kan bagi sesetengah manusia...

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Apa pendapat kawan2... cun ke tak nih..???

السلام عليکم

Ni hasil kerastanganku di hari minggu.... cun ke tak..???




jiran minta tlg jahit manik utk baju anak daranya.... baju kosong sgt katanya... so ini la hasilnya... ok tak.. perlu di perbaiki lagi ke..?? masalahnya dah malas nak outer... keh..keh...




♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Blues pagi isnin

السلام عليکم



apakah yg diperhatikan maman sampai begitu sekali matanya...????
keh..keh...
:

:

:


:


:
games kat phone... hhhuuu...

Maman.. kamu buat mama pening...

ps: next month..??? ada surprise atau tidak...??? Setahun cepatnya berlalu... tanpa sedar... kita terpisah mengikut arus waktu.....

 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 
 

Jun is father day.. hadiah???

Sunday, May 22, 2011

Kisah Hati - Alyah




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
...Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Ps: suka lagu nih... penuh makna liriknya....



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

Saturday, May 21, 2011

aPa nAk dIKaTa

السلام عليکم


Sedihkan... jika apa yg kita idamkan tidak menjadi....
Apa nak dikata....
pic dr email

[termenung je la kita..]



 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Friday, May 20, 2011

The power of books

السلام عليکم

Satu pengkongsian di petang yg busy


pic dicopy paste dr gmail



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

Saya suka Black

السلام عليکم


Bercerita pasal warna... kekadang konfius minat warna apa...???? tp selalu masa mama yana muda2... ahaks... masa umur remaja... selalu bertemakan hitam... dan of course Ma selalu bising... 'Nape la asyik hitam je..?? takde baju kaler lain dah ke..???' hhheee... jiwa kan... dah bila minat hitam makanya akan pilih hitam.... selain hitam sure la warna putih... hitam putih...

Bila masuk belajar kat P@@@@@ tinggi sikit bangunannya.... baru berubah sikit pemilihan warna... baru kenal akan erti Colour.... ahaks... baru kenal erti bergaya... pasal apa..?? pasal tgk kawan2 melawa... hhheee... baru nak berjinak2 ngan jiwang.... [cinta pertama... percayakah..???]

Dulu2 Ma yg akan sediakan pakaian yg formal...baju kurung la tu... hhheee... dan of course ikut citarasa dia la kan... dan mama yana masa tu.. main pakai je janji berpakaian...

Sekarang bila dah keja... dan bergaul ngan kwn2 pejabat... baru buka mata.. sudah ada citarasa sendiri... bercita2 nak punya warna baju yg lain selain yg ada... [citarasa ke cengitu... hhhhaaaa]

Bila bersama ngan hubby.. of course la kena gak tanya atau ikut minat warna dia lak kan... tuan puan camgitu gak ke..??? hhhheee... My hubby minat warna cerah2 uols... hhhuuuu.... wa lak minat warna lembut2... cam lain lak kan..??? sekarang belambak baju cerah2 dalam koleksi... hhhuuuu....

So tema raya tahun ni warna apa eks..??? Mama yana nak pilih pink... soft pink or killing pink... janji pink... ahaks...



Ps: tolon la doakan hubby i bersetuju ye kawan2..... adakah pink itu mengurangkan ke'macho'an lelaki..?? cecite.. cecite...



♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥




 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...