Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, September 30, 2011

Tidur terus tak bangun | Beckham Menderita

السلام عليکم


DERITA...‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak.

SUBANG JAYA: “Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalami pendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.

Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.


sumber: SINI

 Ps: Sering benar dapat berita camni.. Sayu hati.. Tersentak tangkal jantung.. Kesiannya la baby tuh..




Please do come again ;)


****************************


Seharian Di Pejabat..?? | Penat dowww..

السلام عليکم

Mama sekarang asyik kena stayback.. jika keja 8jam satu hari penat dah terjelir lidah.. cuba bayangkan jika ditambah dengan 2-3jam lagi... hhhuuu.. Hover lak yg tang terjelir lidah tuh.. tolong jgn bygkan sebegitu detail ye.. haru la pulak.. keh..keh...

Maman pun asyik bersoal jawab ngan mama, nape mama tak ambik maman balik dr umah wan la, nape mama asyik keja je.. nape mama.. nape..?? hhhuuuu.. Haru biru ok.. sampaikan mama dah penat dah bagi jawapan yg sama.. keh..keh... Mesti la rindu tuh.. Maklum la, bila mama sampai rumah mmg selalu dia dah tidur dah.. tak sempat nak bertegur sapa dah.. pagi2 bila dia bangun terus lompat katil mama dan sayang mama.. rindu seorang anak kann.. sedih gak dihati nih.. mcm terabai je kan... papa pun sama, cuma dia dah org tua, makanya dia lebih memahami... hhhiiii..

Kat pejabat lak, selain dengan waktu keja yg lama, mama pulak cukup tak tahan ngan aircond.. sejuk tahap cipan ok.. berstoking cam org dalam pantang, baju sejuk mmg tak lepas arr.. kadang2 pakai dua lapis.. baju sejuk ngan jaket.. takde hal punya.. sejuk mengalahkan dok amerika.. hhhaaa

Bila sejuk2 nih, urat pun sakit2 ooo.. nih alatan mama guna utk mengurut..


bersepah as usual.. hhhaaaa..


ni benda nyer.. besh ooo... bergegar satu badan... hhhhaaa

Tapi bila dah tak tahan2 sgt.. mama telan ubat tahan sakit arrr... terpaksa beb..

Ok la.. ni satu lg kegilaan mama, menjahit manik, ari tuh dah tunjuk tp tak siap lagi ari tuh, yg nih pun edisi half way gak.. nak tunjuk pasal nak tanya perdapat kawan2.. mama cam blur nak siapkan camna.. cam tak siap je jahitan mama kali nih.. serba tak kena..


Jika mama letak daun sekalipun, cam tak kena, ke sebab mama ngah serabut macam2 makanya mama nmpk benda tuh cam tak siap.. hhhuuu.. nak buat jahitan nih kelihatan sweet dan simple, maklum la nak pakai gi pejabat je kan.. kalu letak labuci byk2 karang cam nak gi party lak.. keh..keh..

Any idea my friend..?? kot2 yg mmg dah terer menjahit tuh.. hhheee.. selalunya bila kita buat sesuatu, kesilapan tuh selalunya kita sendiri tak nmpk, kena org lain tgk br nmpk kesilapannya.. cuba tegur atau bg idea utk siapkan baju nih.. nih dah ada kwn nak kasi baju lain lak utk dijahit.. hhhuuu..


Cecuba bg idea sikit kawan-kawan, mama nih dah blur dah nih... ;)


****************************




So sweet | Thank You Uols.. luv uols..^_^

السلام عليکم


Salam jumaat semua pembaca blog mama yana.

Hari nih mama nak sweet time je buat keja..

Boleh gitu.. NO..NO..



Tapi sedikit release behalf of me but no my boss sebab dah jadi habit lak asyik kena stayback... cam tak jumpa waktu siang yg indah lak.. padahal hari2 jumpa kan.. alhamdulillah..


So bila asyik stayback, keja2 pun dilihat secara kasarnya laju je la kan.. hheee

Kami nak kena kejar submittion date pasal ari tuh sebulan kami mmg balik awal je semenjang... suka la masa tuh kan... pas tuh cam kena kejar anjing kelam-kelibut menyiapkan keja yg terdelay.. hhhhaaa..


Mama happy pagi nih bila buka blog mama nih, ramai dah follow mama sempena segmen Lulu pages tuh.. mama suka... [intonasi cam fifi hotfm tau..]

So sweet... thank you uols kerna sudi menjengah blog mama nih.. pg tadi mama dah ada jengah blog uols tau.. nnt mama sambung lagi.. jangan risau tau.. mama hargai dan beri perhargaan dengan menbalas blog korang balik... sure korang pun suka kannnn... like i do..

Ps: nnt sambung balik eks... ai have job urgently right now.... tit see uols next time...
Hidup blogwalking utk kecerian hidup..!!! hhhhaaa



Please do come again ;)



 ****************************









Thursday, September 29, 2011

Apa perasaan anda jika.... | Sure korang marah jugak

السلام عليکم


Edisi pengkongsian perasaan

Apa perasaan korang jika ada missed call kat phone anda dengan nombor yg anda tak kenali, maknanya nombor bukan dari simpanan memory tipon. Mesti tertanya2 kan.. kot2 ada urusan apa kan... Anda pasti akan call kembali, memikirkan ada urusan penting.. kot2 org ajak open house tp maybe guna phone hubby ke, kawan ke... kann.. tp tak diangkat. So bila dah tak angkat tuh sure la takde apa-apa urusan penting kot.. kalu tak sure org tuh akan call balik kan.. Camtu gak la situasi mama..

Akan tetapi dalam dua tiga hari lepas tuh, nombor sama [tak sure sgt tp look like nombor ari tuh.. ai dah delele dah nombor before..] missed call me again.. tengah2 malam..org dah dodo dah tau... berdesau darah terkejut... tp missed call bunyi 2-3 kali je pastu diam... ai tak layan dan sambung tido balik.. pagi2 buta, nombor tu hantar msg berbunyi..'ni cpe..??' ai tak layan.. sure salah nombor arr tuh.. tak teringat nak reply balik pun... ^_^

Dua tiga hari balik msg balik.. 'ke kau nih bapok'.. ai buat diam jugak.. Serabut ngan ganggu camtu.. ai suruh hubby call, tp tak angkatnya.. so just ignore je..sampai la 2 hari pastu dia msg..' nih bie ke..??' so ngan tahap kesian kan.. ye la dah berminggu dia dok salah msg kan.. ai pun just reply...

'u dah salah no.. nih bukan bie..'
'cr bie.. tu tanya awk sape'
'bukan bie.. salah no nih'
'kan senag camtu ckp.. tp cpe awk'
'Xyah nak jual myk'
'pulak.. bek jual btg'
'stupid'
'Taw xpe.. Ad jual myk..'

Sure korang marah kan.. ai just reply that after nih takyah la nak salah msg or missed call lg.. Geram je.. tp that other side tak reti bahasa.. dok sibuk nak tau sape.. penting ke..?? tak tau la bg org lain.. tp jika mmg bukan ada urusan ngan ai so takyah la sibuk nak tau sapa ai.. just blah je la kan..ke mmg saja2 buat salah no.. menyampah... saja2 je wat kering pahala kan.. nasib la dah msk bulan syawal.. hhuuu..


** Buat baik pun salah, buat salah lagi la serba salah.. Salahkah lagi ai..?? sedikit unsur lucah msg dr other side... maafkan sy.. terpaksa didedahkan.. utk menunjukkan kebengangan ai dah tahap cipan.. Ni dah kira ganguan seksual juga kann..

** yellow color - other side
** blue color - me side



Please do come again ;)



****************************




Seksi tak salah | Memang tak salah tp..

السلام عليکم


JAKARTA: Sejumlah wanita dan kanak-kanak perempuan berskirt pendek pelbagai warna, berkumpul di Jakarta kerana membantah kenyataan pegawai kerajaan, yang menyalahkan wanita berpakaian menjolok mata atas serangan seksual.

Mereka memprotes kenyataan Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo, yang berkata wanita tidak seharusnya memakai pakaian seksi untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol.

Fauzi cepat-cepat meminta maaf tetapi komennya disebar meluas melalui media tempatan dan Twitter.
Kumpulan wanita itu juga meminta polis dan kerajaan meningkatkan lagi usaha membantu melindungi mangsa serangan seks.

Mereka membawa sepanduk yang bertulis “Jangan tegur pakaian kami tapi ingatkan mereka untuk tidak merogol” dan “Tubuh saya bukan porno, tapi fikiran kamu yang kotor.”

Penganjur, Tunggal Prawestu berkata, pegawai kerajaan sepatutnya tutup mulut dan tidak mengeluarkan komen diskriminasi ke atas wanita.
“Mereka sepatutnya lebih sensitif dan menjalankan tugas mereka mencari jalan penyelesaian kepada masalah keganasan terhadap wanita,” katanya.

Awal bulan ini, seorang wanita dirogol beramai-ramai di dalam sebuah van mini - kenderaan yang biasa digunakan untuk pengangkutan awam.

Menurut data Suruhanjaya Kebangsaan Hal Ehwal Wanita, kira-kira 100,000 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan tahun ini dan empat peratus adalah kes rogol.

Wanita di bandar besar hampir di seluruh dunia tmenganjurkan kempen “SlutWalk” untuk memprotes keganasan terhadap wanita.

Indoneisa mempraktikan Islam Sederhana tetapi, kumpulan fundementalis telah berusaha untuk mengenakan Undang-undang Islam yang lebih ketat.

Pada 2008, Undang-undang Anti pornografi diluluskan. - Reuters



Sumber: SINI


Notakaki: Clueless.





Wednesday, September 28, 2011

Pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala | serius kesian kat baby nih

السلام عليکم


Pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala


(BAYI malang dengan pengecas telefon bimbit masih di kepalanya.)


QUINGYUAN: Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.

Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.

Mereka terpaksa menanggalkan satu persatu pengecas itu hingga tinggal dua rod logam.

Pakar kemudian terpaksa menggerudi tengkorak bayi itu bagi mencabut bahagian terakhir di sebuah hospital di Quingyuan, China.

Ketua pakar bedah, Li Guofeng berkata: "Sebuah pengecas telefon bimbit hitam terpacak di belakang kepalanya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kes seumpama ini." Menurutnya, bayi itu bernasib baik kerana terselamat. "Jika ia terkena pada saluran darah, dia mungkin mati serta-merta," katanya. - DM


sumber: email.


----(@ Sian ngan baby tuh... minta dijauhkan musibah nih ditimpa keluarga kita..



Please do come again ;)

**************************


INFO | buah anggur?..t​umbuh di pokok...

السلام عليکم



Jabuticaba
The Jabuticaba (Brazilian Grape Tree) is a fruit-bearing tree in the family
Myrtaceae native to Minas Gerais in southeastern Brazil grown for the
purple, grape-like fruits it produces. Other related species in the genus
Myrciaria, often referred to by the same common name, are native to Brazil,
Argentina, Paraguay and Bolivia. The fruit is purplish black with a white
pulp; it can be eaten raw or be used to make jellies and drinks (plain juice
or wine).

Description
The fruit tree (named jabuticabeira in Portuguese) has salmon-colored leaves
when they are young, turning green posteriorly. It is a very slow growing
tree which prefers moist, lightly acidic soils for best growth. It is widely
adaptable, however, and grows satisfactorily even on alkaline beach-sand
type soils, so long as they are tended and irrigated. Its flowers are white
and grow directly from its trunk in a cauliflorous habit. Naturally the tree
may flower and fruit only once or twice a year, but when continuously
irrigated it flowers frequently, and fresh fruit can be available year round
in tropical regions.

The fruit is 3-4 cm in diameter with one to four large seeds, borne directly
on the main trunks and branches of the plant, lending a distinctive
appearance to the fruiting tree. It has a thick, purple, astringent skin
that covers a sweet, white, or rosy pink gelatinous flesh. Common in
Brazilian markets, jaboticabas are largely eaten fresh; their popularity has
been likened to that of grapes in the US. Fresh fruit may begin to ferment 3
to 4 days after harvest, so they are often used to make jams, tarts, strong
wines, and liqueurs. Due to the extremely short shelf-life, fresh jaboticaba
fruit is very rare in markets outside of areas of cultivation.
Traditionally, an astringent decoction of the sun-dried skins has been used
as a treatment for hemoptysis, asthma, diarrhoea, and gargled for chronic
inflammation of the tonsils.

Leaves of Myrciaria cauliflora. Several potent antioxidant and
anti-inflammatory anti-cancer compounds have been isolated from the fruit.
One that is unique to the fruit is jaboticabin.
In Brazil the fruit of several species, namely M. jaboticaba (Vell.) O.Berg,
M. tenella (DC.) O.Berg, and M. trunciflora O.Berg, share the same common
name. While all jaboticaba species are subtropical, all can tolerate mild,
brief frosts, and some species may be marginally more cold-tolerant.
Commercial cultivation of the fruit in the Northern Hemisphere is more
restricted by extremely slow growth and the short shelf-life of fruit than
by temperature requirements. Grafted plants may bear fruit in 5 years; seed
grown trees may take 10 to 20 years to bear fruit, though their slow growth
and small size when immature make them popular as bonsai or container
ornamental plants in temperate regions. Jaboticabas are fairly adaptable to
various kinds of growing conditions, tolerating sand or rich topsoil. They
are intolerant of salty soils or salt spray. They are tolerant of mild
drought, though fruit production may be reduced, and irrigation will be
required in extended or severe droughts.

Cultural aspects
The name jaboticaba, derived from the Tupi word Jabuti (tortoise) + Caba
(place), meaning the place where you find tortoises, has its correct
spelling in Guarani as "Yvapuru", where yvameans fruit, and the onomatopoeic
word puru for the crunching sound the fruit produces when bitten.
The jaboticaba tree, which appears as a charge on the coat of arms of
Contagem, Minas Gerais, Brazil,[2] has become a widely used species in the
art of bonsai, particularly in Taiwanand parts of the Caribbean.


sumber: Email.

**Kejadian ilahi. Subhanallah.


Please do come again ;)


****************************


Tuesday, September 27, 2011

Segmen | Jom tambah follower

السلام عليکم


Aktiviti utk menambahkan kawan dan utk 'up' kan trafik..


Segmen dari Lulu Pages

Jom sama2 mencuba.!!

Sebelum pukul 3 tau.. cepat jangan ketinggalan...^_^


Kepentingan LABEL utk blogger

السلام عليکم

Selalu mama dok merepek merapu kisah mama atau kisah anak mama, maman. Hari ni terdetik nak bercerita pasal blog lak.. Jika kawan2 perasan, baru dalam minggu lepas mama buat satu layout atau page element untuk label.

Mula2 berblog mama bukan faham sangat kepentingan pengunaan label nih.. selalu mama berblogwalking dan perhatikan kawan2 atau blogger yg dah otai [blogger berjaya dpt BE] kot2 pasnih dpt BE berduyun2... hhhheeee

Dalam berblogwalking juga, mama rasakan label nih membantu utk mama membaca entry yg dah lama2. Label juga menbantu untuk blogger menbuat pencarian dalam google. Maksub mama sebagai keyword. So jika dah banyak keyword2 blog kita kat google makanya akan banyak la orang datang melawat blog kita. Betul tak pemahaman mama nih wahai kawan2 ku..?? Sure korang dah teror kan...^_^

Label gak membantu mama tau banyak mana mama dok selalu merapu selama nih.. asyik topik sama je sure la tak besh kan.. hhhheee.. Biasa la. bila datang emosi tergangu sure la tak sedar dok merepek mengaban dalam blog.. Sesi meluah perasaan la konon.. hhhee... Penting tuh... kih..kih..


[Grab from google image. ]

Mama dok cari2 masa nak buat camni utk kwn2 blogger yg dok
sudi mencoretkan idea utk mama.. Cun tuh!!!

Terima kasih kerana sudi membaca entry nih. Datang selalu tau.. ;)



****************************






 

Monday, September 26, 2011

Kais pagi makan pagi | so sweet

السلام عليکم



Pic dr inbox.


ps: hiburan masa stress...^_^








Please do come again ;)


****************************




Hujung minggu yg ceria | Makan2 sampai kenyang

السلام عليکم


Salam hari Isnin semua.. harap ceria2 semuanya..:)


Hari minggu nih banyak lak jemputan rumah terbuka. Hari sabtu jemputan dr mentua adik kat Klang.. Hari ahad lak dr kawan Office papa.. Seronok.. Dapat makan free plus berjalan2 ambik angin.. Kali nih dapat merasa beraya jauh dari kl.. Enjoy..!! Beraya sampai Senawang.. [takde le jauh benor tp dapat gak la jauh dari kawasan yg hiruk piruk nih sekejap.. kaaannn..]

Dapat gak mama kenal kawan2 Office papa ngan wife2 diorang.. ni asyik dok dengar cerita je kan..^_^
Memang terbukti yg mama nih pemalu sgt so jangan harap la mama nak gi snap picture makanan yg semuanya sedap2.. hhhuu.. semua mama taram ok.. [gemuk pun gemuk la.. hhhaaa]

Maman lak.. so tak malu sungguh.. terus berkawan ngan mesranya ngan anak tuan rumah.. sampaikan tinggalkan mama terkontang kanting makan sorang.. Papa..?? Dia jumpa kawan terus lepak ngan geng2 dia la.. mama nak menebeng sama segan lak.. karang dikata takleh berengang lak.. kan.. makanya mama makan je la kejanya.. hhhaaa... [alasan konon.... malu ahhh]

Tuan rumah yg mesra alam [walaupun br pertama kali bertemu] dan makanan yg sedap2 sampaikan mama rasa cam tak nak balik.. hhhaaa.. tak sedar yg pastu ada jemputan lagi kat bangi.. so kenyang.. dan so panas semalam.. mungkin nak ujan kot..

Tapi dalam sibuk beraya tuh.. mama sempat gak bercekang mata jahit nih.. Cantik ke..?? Kawan minta jahitkan baju pink yg polos.. utk menambah keceriaan so mama cuba gak jahit sesimple yg boleh..[jahit simple pasal tak sanggup nak mengadap lama2 manik2 yg halus mulus tuh... penat mata..]

belum sempat siap pasal dok sibuk beraya.. hhheee..

Ok la.. nak kena sambung keja.. Nanti dah siap kita tepek lagi kat sini ye.. Bye..


Please do come again ;)



****************************

Friday, September 23, 2011

Elak marah kuasai diri

السلام عليکم


Elak marah kuasai diri
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

SESUATU yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ke atas setiap umatnya mempunyai
hikmah tersembunyi dan ini terbukti melalui pelbagai kajian secara
saintifik. Banyak perkara dalam kehidupan yang dibimbing oleh Rasulullah
kini diakui oleh ilmuwan moden sebagai mempunyai natijah buat gaya
penghidupan yang lebih bermakna.

Antara yang sangat ditegah oleh Rasulullah ialah supaya kita jangan marah.
Orang yang dapat mengendalikan emosi marahnya dapat dianggap sebagai mukmin
yang kuat. Kita soroti satu kisah Nabi yang memberi gambaran mengenai
suruhan menahan emosi marah.

Dikisahkan bahawa pada suatu ketika ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
'Amalan apakah yang disukai Allah, walaupun sedikit tetapi mampu menghantarkan
pelakunya ke syurga'
Lalu Rasulullah mengatakan,
'La taghdab (jangan marah).'

Demikian juga dalam al-Quran, Allah menegaskan:
'Orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang.
(Ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.'
(Maksud Surah Ali Imran ayat 134).

Kalau dilihat daripada perspektif ilmu sains moden, suruhan agar kita mengawal emosi marah
memang terkandung manfaat kesihatan buat umat manusia.

Hasil kajian sains perubatan moden membuktikan buruknya kesan kegagalan
mengawal emosi marah. Tidak hairanlah mengapa Allah awal-awal lagi sudah
mengarahkan kita supaya mengawal perasaan marah. Demikian jugalah pesanan
Rasulullah kepada kita semua.

Kajian oleh Persatuan Perubatan Amerika (AMA) juga ada menjelaskan perasaan
marah mampu 'mengalahkan' faktor aras kolesterol darah dalam menimbulkan
kemungkinan risiko terjadinya penyakit jantung koronari. Kajian terkini lagi
menggemparkan kerana dikatakan orang yang suka marah-marah akan mengundang
munculnya penyakit gusi.

Penyakit gusi adalah satu infeksi yang menyerang gusi yang berperanan
menyokong gigi. Keadaan ini adalah penyebab utama berlakunya cabut gigi pada
golongan dewasa. Ini dibuktikan sendiri melalui satu kajian klinikal.
Hasilnya, dilaporkan lelaki yang bersikap marah memiliki risiko penyakit
gusi 43 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang bersikap tenang dan
penyabar.

Kajian tersebut merekodkan lelaki yang mencatat skor marah tertinggi
mempunyai risiko sehingga 72 peratus untuk dijangkiti penyakit gusi. Anwar T
Merchant dari Harvard School of Dental Medicine merumuskan sokongan sosial
dan belajar untuk mengawal marah akan mampu menjadi langkah perlindungan
kepada kekukuhan gusi seseorang.

Semua hasil kajian klinikal yang telah dilakukan oleh pakar perubatan menyedarkan
kita supaya menginsafi gejala negatif yang terhasil daripada emosi mazmumah itu.
Jadi, hindari bersikap suka marah-marah dan belajar mengawal emosi dengan banyak bersabar. Inilah pendekatan yang dituntut dan diajarkan kepada kita agar kehidupan diwarnai
secara kondusif penuh bererti.

Ingatlah saudaraku akan pernyataan Rasulullah ini: 'Bukanlah orang yang kuat
itu hebat berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan
dirinya pada saat dia marah.' (Hadis Muttafaqun 'Alaihi ). Di sini jelas
menunjukkan kecaknaan yang tinggi diberikan oleh Rasulullah dalam aspek
pemantapan emosi. Orang yang marah itu biasanya tidak dapat mengawal emosi
dan hatinya menjadi semakin keras membatu.

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada seorang berjumpa Nabi dan
bertanya, "Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku?' Lalu Nabi berkata:
'Janganlah marah.' (Hadis dicatat oleh Bukhari ). Pesan Nabi lagi,
'Sesungguhnya marah berasal daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada
api. Hanya air yang mampu memadamkan api. Maka apabila ada antara kamu yang
marah, hendaklah dia berwuduk.' (Hadis riwayat Abu Daud ).

Ini panduan berimpak positif bagaimana melencongkan emosi marah daripada
terus-menerus mendominasi diri. Sentuhan wuduk begitu mujarab membendung
seseorang dihantui rasa marah. Cara kedua yang diajukan oleh Rasulullah
ialah dengan kaedah mengubah posisi anggota tubuh. Kata Nabi, 'Apabila ada
antara kamu marah dalam keadaan berdiri, maka sebaiknya dia duduk, sekiranya
dia tetap marah, maka berbaringlah.' (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi).

Subhanallah, Allahukbar! Apa yang diajarkan oleh Rasulullah sejak empat
belas abad yang kini kini terbukti kesahihannya dari sudut ilmu sains
kontemporari.
Penulis seorang guru

Sumber : email.


**Subhanallah, Allahuakbar.. Sesungguhnya hambamu ini cukup cepat naik marah ya Tuhanku..




Please do come again ;)
****************************




Thursday, September 22, 2011

Mama nih perempuan ke lelaki..?? | ????

السلام عليکم


Situasi : Mamai.


Maman : Mama nih perempuan ke lelaki..??

Mama : Perempuan la.. nape..?? [tak nampak cam perempuan kah..??] Maman tuh lak lelaki..

Maman : ooo.. Maman nih Lelaki ye maa... [ngan gelak gatal dia] Papa pun lelaki ye ma..??

Mama : Ye la.. [dlm hati.. ye ke.. hhheee.. gurau aahhh]



peace..!! jgn mare2 nnt kena jual..



**Situasi kekadang mama susah nak fikir apa tujuan tiba2 dia tanya camtuh.. ;-)

Peace..!!

Please do come again ;)

Bantal peluk?? | Berbahaya ke.??

السلام عليکم





sumber: email


Ps: cumil plus ganas ek.. sesuai semasa hujan2 malam mcm sekarang..






 

Wednesday, September 21, 2011

Open House | Beraya plus Melaram..:)

السلام عليکم


Entry nih sepatutnya dipublish pagi td.. tp mama sentap terlebih so mama layan ke'frust'an mama dulu.. hhuuu.. Aik.. sentap lagi ke..?? tak abis2 sentap kan.. Dah namanya bukan rezeki kan.. redha je la.. walaupun diserang sakit kepala lepas tau berita tuh.. nasib badan.. tuh je dpt mama fikir masa tuh...

Dah-dah la sentap2 ye dak.. takde sapa nak layan org suka sentap2 nih... dok gitu..?? hhheee.. Pic nih mama ngan papa bergedik sakan.. beraya kat bangi.. rumah saudara belah keluarga papa....layannn..

Gediknyerrr... hhheee


maman with cousin plus atuk

tiga teruna





Sori pasal mama out of mood nak berceceh panjang lebar.. maybe hati masih lagi menangis.. hhhuuu..

Ps: mungkin benar.. rezekiku belum sampai lagi.. minta2 mama bersabar eks... moga2 ada manis selepas berduka..^_^

WW | F.R.U.S.T

السلام عليکم


Hancur Berkecai Harapan..


Mencari....

** KECEWA sekian kalinya... Lanjutan dari INI


Tuesday, September 20, 2011

Maman dengan Duit Raya | Nape org tuh tak kasi ma..??

السلام عليکم


Kejadian : Semasa pulang dari rumah jiran...

pic hasil google mama..


Maman : Ma.. Nape org tu tak kasi duit ma..??

Mama: Kan dah kasi tuh...

Maman : Kawan2 dia tu la.. nape dia tak kasi ma...??

Mama : Orang tak kasi jangan minta.. biar la.. mungkin takde sampul kot.. [kata2 yg spontan kuar dr bibir mama]

Maman : Takde sampul pun boleh kasi la.. kan nenek bagi takde pakai sampul pun.. [Ingat la pulak..]

Mama : Memang la boleh kasi kalu takde sampul pun.. mungkin pasal dia takde duit kecik kot.. [xde idea dah nih nak jawab nih]

Maman : Ada kecik besar ye ma..?? [sambil belek2 duit RM1 yg ada 5keping dan sekeping RM10]



+




+




+




Maman : Ye la ma.. yg merah nih besar sikit.. yg nih kecik sikit.. betul la tuh...
tp kurang la duit maman pasal org tuh tak kasi maman.. camna tuh...

Mama : Biar la.. kan dah banyak dah tuh.. tak baik minta2.. nanti nak buat apa ngan duit tuh..??
Bagi mama simpan dalam bank ye... banyak nanti maman boleh buat sekolah.. masuk u ye nnt..??

Maman : Takpayah masuk bank la ma.. yang ni maman nak beli aiskrim.. duit mama je la masuk bank.. Boleh ma..??


*** Speechless mama.. Ada ke patut.. Bila dah pandai menjawab ye....hhhaaaa..


Mama Melapis | Jahit manik baju ai..

السلام عليکم

Baru jahit manik kat baju raya..?? Biar betik betul kau...?? hhhhhaaaa..

Yes.. betik.. opppss... betul tp perbetulan sikit.. bukan baju raya tp baju ulang tayang ke pejabat. Jahit dah lama dah tp baru ambik kat kampung. Jahit kat kg murah berbanding kat sini noks..

Bila dah ada baju baru soooooo... roh menjarum muncul la kembali.. hhheeee..

Ni la keja2 BBZZZZZZZ mama sempena cuti Hari Malaysia baru2 nih... mama bila dah start mmg reti nak berhenti..:)

Nih kira ok tau.. tahun lepas lagi teruk.. Tahun lepas ikrar nak pakai baju raya jahitan tanganku tp.. tak siap2 sampai sekarang.. hhhuuu..

Dah jadi kelam kelibut mencari baju raya.. hhhaaa.. orang sibuk nak buat biskut raya..... awak dok sibuk menghimpit2 membelek baju raya.. siap mencari baju ikut bajet 'sempit' lak tuh..  [cam adnan sempit lak... :)]

Pastu lak...Gatal lak gi jahit manik... hasilnya half way je.. sambung balik lepas raya.. ahaks..tak sempat dah.. dah raya dah.. hhhhaaa... la.. la...la...

Ooooppsss.. itu tahun lepas daaa... ni tahun nih punya... siap...


ketupat sempena hari raya

sempoi2 je la.. senang siap.. cepat melaram...^_^



Ps: mengantuk tahap dewa nih.. bertahan..bertahan...:P

Monday, September 19, 2011

TAHAJUD CINTA - Theme song




Suka tgk cite nih...

Cumil dan anggun fazura dlm nih..  kalu dia kekalkan gini.. alangkah bagusnya kan.. ^_^

Apa anda lakukan jika anda tak boleh lena di malam hari...??

السلام عليکم

Masalah nih selalu terjadi pada mama... mungkin stress.. makanya terganggu waktu lena mama.. sedangkan esok hari harus bangun awal dan bekerja.. hhhuuu... mengeluh kan..

Cuba macam2 dah... try baca yasin.. tp tak gak lena.. buka lappy lastnya.. bagus betul kan.. hhhaaa...
Komen kat blog kawan2 tengah pagi2 bute.. hhhaaa.. sure terkejut member.. keh..keh... what to do..

Dalam kul 4 or 5pg.. br rasa nak lena.. tuh pun terkejut balik ngan maman.. tiba2 masuk bilik dan tido sebelah mama.. hhhuuu.. terkejut ai tau..

Pagi tadi dalam mamai2 bangun kejutkan papa dan maman... mengantuk sungguh.. tp terus siap pasal kena kuar awal.. kereta papa still kat umah MIL.. kena hantar papa dulu.. maman cam liat siap cam mama dia...:)

Sekarang masih dalam kondisi mengantuk tp keraskan bijik mata ngan minuman panas.. huruhara sungguh..
Baru merasa camna org yg keja malam camna.. hhhuu.. tp org keja malam siang tidur.. ganti balik apa yg dia tinggalkan smlm.. nih siang malam berjaga.. boleh sampai kepetang ke..?? Kita sama2 tgk nak..??


Sunday, September 18, 2011

Sambutan Hari Malaysia | Maman dengan Jalur Gemilang

السلام عليکم

Layan pic je ye kawan2... nih janji update entry org kata.. hhheee.. mama bzzzz.... hhheee


abaikan kaki dia tuh.. ape-ape tah..


this nice arr...:)


model nak tak nak..

this much better...^_^


**Maman nak tak nak je datang school.. maklum la patutnya hari minggu tidur lama sikit.. nih pepagi dah kena kejut..^_^

Friday, September 16, 2011

Public Holiday | Hari Malaysia 2011

السلام عليکم

**Entry Autopublish dari Mama Yana..

Ucapan Hari Malaysia buat rakyat Malaysia Tercinta..



sumber: tipon cabuk kesayanganku..;P

Ps: Mama dan maman berkemungkinan berada di majlis

sambutan hari kemerdekaan
dan
hari raya tadika maman..

Enjoy ur holiday all my friend..^_@





 

Thursday, September 15, 2011

Hidup Mewah..?? | Mama nak hidup senang je..

السلام عليکم

Cerita kehidupan mewah memang seronok.. nak gi mana... nak beli apa.. nak apa pun senang..

Mama dalam keadaan sedih plus sayu.. Loan rumah yg mama dok berkenan tuh cam susah dapat je.. Bukan rumah baru pun... rumah secondhand je.. tp ada masalah ngan snp... Kena cuba bank lain lak.. Sedangkan ahad nih ada org nak gi tengok dan berkemungkinan beli.. pasal org tuh nak bayar cash.. hhhuuu..

Untungla ada duit.. kita yg takde duit nih nak kena minta pinjam ngan bank2.. banyak kerenah lak org tukang buat dokumen bank tuh.. menyakitkan hati dan mencabar kesabaran... sedangkan kesabaran mama hanyalah senipis kulit bawang.. Papa cakap org tuh malas nak call mama pasal mama cengil sangat..?? What the..???

Kalu padi katakan padi.. tidak hamba ternanti2...

Kesah nih camni sebenarnya....

Dia nih selalu tabur janji manis.. pastu bercakap ngan mama cam nak mengatal je.. sapa tak cengil..?? ke layan je gitu.. tolong la.. dok kumpul dosa kering je la kan.. [ngumpat camni pun dosa kering gak kan..]

Last2 papa call dia dan dia pickup call.. hhhuuu.. nmpk sgt dok lari dr mama.. Mama nak tau je lulus ke tak loan mama.. pasal aritu janji nak bg surat tawaran pasal dah lulus.. cerita sebelum puasa ok.. last2 ckp ngan papa tak lepas lak.. masalah ngan snp umah tuh.. Mama ckp la.. aritu ckp lain.. ari ni ckp lain.. hhhuuu..

Katanya dia serba salah ngan mama..?? Aduhai.. ckp awal2 mama boleh apply bank lain.. pasal aritu dah ok.. hanya tunggu surat tawaran.. sapa tak marah.. cuba ckp.. tuh yg papa ckp mama cengil.. hhhuuuu..

Disebabkan kelewatan atau ke'serba-salah' dia kat mama.. egen rumah tuh dah gelisah menunggu mama.. Katanya ada ramai yg berminat.. dia pun tak tahan dah nak tunggu.. 'gatal tangan' wei.. duit tak masuk2 gak dok tunggu je kan..  **'gatal tangan' disini bukannya nak pukul mama tp tak tahan nak dapat duit.. hhheee**

Sudahnya mama berdoa agar rumah tuh tetap rezeki mama.. mama dah berkenan benar ngan umah tuh.. dah berangan macam2 dah..

Sedih.. sayu.. tak tau nak redha atau terus berjuang..

Ps: tp mama lagi nak mewah dalam kesihatan..moga2 mama dapat berjuang dalam kehidupan yg penuh cabaran nih..

** maafkan jika entry nih berterabur.. mama kelam-kabut ngan keja tp hati tidak tenteram selagi tak luah dalam blog nih.. Jika ada sebarang solusi.. jangan segan2 bagitau mama ye.. kot2 ada org keja bank yg benar2 ikhlas nak tolong mama.. Alhamdulillah.. Mekasih dan sampai jumpa di lain entry ok.. daaa..

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Thursday Mood | Papa leaving to Hatyai today

السلام عليکم

*pic dr google

Seronok arr org tuh kan... dapat berholiday free...

sponser by company...

ke Hatyai lak tuh.. Jelez mama tau... hhhuuuu..

Jelez plus sedih.. tak dapek ikut...

Hanya staff je dapat gi..

No escort lak... Policies apa la kan..??

Binik ngan anak dia nak ikut jugak... Sian kami tau....
[khas utk bos papa]


**jgn lak cita2 nak bawa balik mek siam sudah.. hhhuuu


Wednesday, September 14, 2011

Hadiah Perpisahan | Kejutan dari Officemate

السلام عليکم

Mama cakap kejutan sebab mama tak sangka yg dia nak kasi hadiah. Pasal apa lak..?? Pasal sepanjang dia keja sambil belajar ngan mama nih.. dalam masa lebih kurang 3-4 bulan. Mama banyak naik hangin dan marah2 kat dia.. pasal dia nih agak slow nak faham dan agak slow nak ambik hati mama.. blh gitu..?? Mungkin sebab tiada pengalaman.. so banyak yg tak tau la kan.. hhuuuu...

Bertambah2 sakit hati ialah bila mama rushing for dateline.. time tu la dia sibuk tanya or buat kesilapan berulang2 kali benda yg sama.. mama nih jenis cepat panas gak tau.. tp mama juga jenis cepat sejuk.. aik. hhheee.. cepat kesian pun ada... hhheee.. [teruk mama nih... kann..]

Makanya dalam marah2 tuh mama terangkan balik sambil2 ajar balik apa yg dia tak faham.. tp selalunya dia ckp faham.. tp last2 balik salah gak.. hhhuuu.. sampaikan mama pening memikirkan cara utk bagi dia faham.. boleh gitu..??

Officemate nih last kat office nih pada 29/08/2011 ari tuh.. last jumaat sebelum raya.. katanya nak sambung belajar balik.. hhuuu.. tak tau jika dia berhenti pasal tak tahan ngan mama.. hhheee.. tak baik buruk sangka eks..

Ni hadiah dia kasi aritu.. Anyway thanks Hasby... Akak suka hadiah tuh... [kot2 dia baca la blog mama nih]






***** Banyak betul kekurangan mama.. insyaallah mama cuba berubah..
 mama takleh jadi cikgu yg baik kannn..??

Mekasih dan sampai jumpa entry yg lain..^_^


Tuesday, September 13, 2011

pAnAs mEmBaHanG...

السلام عليکم

Sekarang nih ekon kat office ai rosak.. Panas sungguh.. hhhuuu..

Keja pun rasa xleh consentrate...

Badan lak sengal2...


** Tengah buhsan..

(^_^)





 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...