Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, December 19, 2011

Kaki Report sungguh




Salam... ^_^

Kisah anak2 eks arini... rasa cam lama tak cite2 pasal karenah maman kannn.. hhhaaa..

Cite nih bermula ari ahad (semalam) je.. panas lagi nih..

Kami plan nak gi kenduri kat ampang, tp last2 terpaksa kansel.. betul2 memeningkan.. ahhh.. lupakan.!! Masa keluar dijalanraya nih, kiranya kami dok diskusi hangat psl nak gi kenduri tuh la kunun.. last2 papa decide takleh gi gak.. [savvy ku ada masalah.. kena masuk bengkel lg] so terkeluar dibibir,

'jom ke jj.. cr cadar katil yg selalu dok bugil tuh.. sakit hati mama tgk..'

mmg dah ada cadar tp selalu tertanggal pasal tilam tuh jenis yg tinggi tuh.. sedangkan size cadar tuh utk jenis tilam yg sederhana aka nipis je... ;p

Mula2 nak ke JJ tp mama gatal2 ckp..

'kat alamanda pun banyak kannn.. cari je kat carrefour ke, parkson ke.. mcm2.. sambil cuci mata..'

makanya ke alamanda kami akhirnya.. mencari cadar dan barang2 lain yg tanpa difikiran turut dibeli.. ahaks.. sumpah takleh gi mall kalu sekadar beli satu benda.. hhhaaaa..

balik tuh.. papa dan maman sibuk la memasang cadar baru.. maman yg excited terlebih.. last2 tukar gak cadar dia dengan cadar lain... hover u.. kih..kih.. nasib baik ok.. muat mang-mang je.. alhamdulillah takde la rasa rugi kannn.. masa diorang dok subuk pasang baju baru kat tilam.. mama dok layan melodi.. dah smpi umah dah ujung2 melodi dah..:(

sambil2 tengok tv, belek2 la resit carrefour tuh.. terkejut ai tau.. harga sebenar cadar tuh rupa-rupanya mahal sungguh ... tanjat ai.. ni buktinya..


sila abaikan yg lain2 ye...


Harga sebenar cadar single bedsheet = 109.00
dapat diskaun = 87.20
dan harga dibayar utk cadar itu adalah = 21.40.


Terkejut pasal apa..?? pasal.. di rak pameran cadar itu mmg dah ditulis RM21.40 dan takde pun dipamerkan harga sebenarnya atau dipamerkan kertas2 diskaun yg selalu ditulis besar2 jika ada diskaun kannn.. pada bungkusan cadar hanyalah dipamerkan no kod je.. kami scan kat alat scanner pun kompom rega gitu... ingatkan mmg dah harga dia gitu... rupanya ada diskaun dekat 70% eks.. hhhhaaa... tgk2 kat resit camtu rupanya... kih..kih.. kampung sungguh mama nih kannnnn.. aduhai.. darat wei..

Kepoh mama dok tunjuk resit tuh kat papa.. papa ckp... 'patut la kain dia sedap je pegang.. mahal rupanya..' kih..kih.. sengal kannn.. pastu maman tuh cam biasa.. mengepoh sama... sibuk nak tengok sama resit tuh.. mama kasi je la.. faham ke tak lain cite....hhaaa...

sabar belum abis cite lagi.. kih..kih..

Pagi nih.. masa kepoh2 nak kuar rumah.. kepoh sungguh kami kannnn.. maman sibuk kiss pipi mama.. sweet kannn...T_____T

Nampak kat tangan dia cam kertas yg dia cam sorok2 dari mama.. mama tanya la kertas apa..?? tau kertas apa..?? dia pegang resit mama semalam... katanya...


' maman nak bagi tunjuk kat wan...'


wan is MIL mama tau.. kepoh sungguh maman.. ada ke nak tunjuk kat wan kau man... malu mama tau.. aduhai.. apa la difikiran dia gamaknya..?? kih..kih..

**Dan mama kepoh cite anak kepoh kat sini.. sweeettttt...T______T



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Monday Me






Betul...Betul...Betul..!!!


Sumber: email.








Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, December 16, 2011

Read More | Menganggu mood



Salam...~_~

Bila sering blogwalking dan masuk blog orang nih.. akan jumpa macam jenis cara mereka gunakan.. salah satunya entry yg mengunakan Read More nih.. maksubnya kena klik link utk terus membaca.. kekadang ada yg hanya tunjuk gmbr je.. dan harus klik link utk terus membaca...

Bagi mama kekadang ianya menganggu.. dah la nak tunggu blog generate satu hal pastu bila klik link kononnya nak terus membaca.. kena tunggu generate lak kan.. jika baca blog kat umah mmg kekadang tunggu jugak.. tp selalunya jarang berkesempatan nak buka lappy jika kat umah.. anak skrg dah pandai mengadu ngan papa dia.. nnt karang dia adu mama dok main tenet je.. menyampah kannnn...

Bagi setiap orang, sure la ada interest atau alasan masing2.. mama bukan nak tegur ke apa.. cuba menyatakan pendapat mama je.. kalu rasa berbaloi teruskan.. jika tidak tukar je la.. susah la bagi org tua cam mama nak tunggu lama2 generate blog.. hhhaaa.. maklum la bagi mama, masa itu emas...




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Siapakah Siti Khadijah (ra)?





1 - Siapakah Siti Khadijah (ra)?




  • Nasab dan Kelahiran Beliau
    • Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.  
    • Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.
    • Di lahirkan di kota Mekkah 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.
  • Latarbelakang Keluarga dan Pernikahan Beliau
    • Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.
    • Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al Hajar Al Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba’ dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba’ tersebut.
    • Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.
    • Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra). Siti Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-
      • Atiq bin Abid bin Abdullah Al Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.
      • Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.
  • Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau
    • Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-
      • Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40'an.
      • Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.
    • Dengan demikian Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).
  • Gelaran-Gelaran Siti Khadijah (ra)
    • Adapun gelaran yang di sandang oleh Siti Khadijah (ra) adalah:
      •  Gelaran sebelum menikah dengan Nabi (SAW):
        • Pertama: Al – Thahirah (yang suci)
          • Beliau meraih gelaran itu di sebabkan: Beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga-peniaga kaum lelaki, di dalam keadaan beliau sebagai seorang saudagar yang sukses yang umumnya akan banyak berinteraksi dengan para saudagar-saudagar dari kalangan kaum lelaki. Akan tetapi beliau menghantarkan orang kepercayaannya, seperti Hakim bin Hizam ataupun Maisarah.
          • Beliau tidak suka bergaul dengan wanita-wanita yang suka menghabiskan masanya dalam kelalaian, seperti dalam majlis tari-tarian, atau nyanyian, dan lain-lain. Walaupun Mekkah pada saat itu di penuhi dengan tempat-tempat seperti itu.
        • Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraish (puteri Quraish)
          • Gelaran ini di raih disebabkan oleh kerana keluhuran akhlaknya, dan ketinggian martabatnya, serta kemuliaan marwahnya. Kerana beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimilikinya, beliau banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin, disamping banyak memanfaatkan peluang untuk berguru kepada Waraqah bin Naufal.
      • Gelaran setelah menikah dengan Nabi (SAW)
        • Siti Khadijah (ra) dikenal sebagai seorang wanita yang memiliki pandangan tajam dan firasat yang benar. Beliau mendengar kejujuran dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah (SAW), beliau memintanya untuk membawa perniagaanya ke negeri Syam bersama Maisarah pembantu setia Siti Khadijah (ra).
        • Setelah melihat akan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad (SAW) yang tidak pernah beliau melihatnya pada lelaki-lelaki lain, maka beliau memberanikan diri untuk meminangnya melalui sahabat karibnya bernama Nafisah, maka berlangsunglah pernikahan itu.
        • Siti Khadijah (ra) mendapat 6 cahaya mata dalam perkahwinan ini:-
          • Qasim
          • Abdullah (yang digelari Al Tayyib – yang baik)
          • Zainab
          • Ruqayyah
          • Ummu Kaltsum dan
          • Fathimah Al-Zahra.
        • Gelaran yang di raih oleh Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW) adalah:-
          • Pertama: Ummul Mukminin
            • Nabi adalah lebih di utamakan dari kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (Surah Al Ahzab, Ayat 6)
          • Kedua: Sayyidah Nisa' Al 'Alamin
            • Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW), Asiah isteri fir’aun.
          • Ketiga: Sayyidah Nisa' Ahli Al Jannah
            • Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Rasulullah (SAW) membuat 4 garisan, seraya berkata: Tahukah apakah apa ini?Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Nabi (SAW) bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad (SAW), Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meridoi mereka semua. (Bukhari)

  • Kewafatan Siti Khadijah (ra)

    • Terdapat banyak pandangan tentang tahun ataupun bulan kewafatan Siti Khadijah (ra), tetapi yang di sepakati oleh ahli sirah adalah beliau meninggal dunia sebelum hijrah.
    • Imam Ibnu Katsir menukil sebuah riwayat bahawa, ketika Siti Khadijah (ra) sakit, beliau di dampingi oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda: Sungguh aku sedih melihat rintihanmu wahai Khadijah! Tetapi Allah SWT akan menjadikan kebaikan yang besar di dalam kesakitan yang engkau alami ini. Tahukah kamu, kalau Allah SWT akan mengahwinkan kamu denganku di syurga nanti.
    • Maka Siti Khadijah (ra) senang, lalu meninggal dunia. Jenazah Siti Khadijah (ra) dikebumikan di Mekkah, di kawasan Al Hijjun atau perkuburan Al Ma'la.
2 - Mengapa Siti Khadijah (ra) Harus Dicintai dan Diteladani?



  • Setiap orang yang beriman laki-laki dan perempuan adalah bersaudara, sebagai saudara dalam iman, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mencintai untuk memenuhi tuntutan iman.
  • Rasulullah (SAW) bersabda, 'Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri'. (teks arab yang berkaitan tidak dapat diterbitkan disini atas sebab-sebab teknikal - Admin)
  • Erti kecintaan disini adalah kecintaan dalam kebaikan, yakni: sebagaimana kita suka untuk mendapat kebaikan untuk diri kita, demikian juga untuk saudara kita dan sebagaimana kita tidak suka akan keburukan menimpa kita, demikian juga ke atas saudara kita.
  • Mencintai orang-orang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaatnya berbandingkan kecintaan kepada orang-orang yang beriman biasa.
    • 'Aku cinta para solihin walaupun aku bukan dari golongan mereka, dengan harapan agar mendapat syafa'at dengan mencintai mereka. Aku tidak suka sesiapa yang perbuatannya itu bermaksiat, walaupun kita ini juga berbuat maksiat'
  • Maka dengan mukaddimah sedikit tentang kecintaan dan pembahagiannya, kita dapat memahami semakin tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, semakin bermakna erti kecintaan kepada mereka. Dengan demikian, mencintai Siti Khadijah (ra) lebih dituntut disebabkan:
    • Pertama:
      • Beliau wanita solehah yang dicintai Allah serta mendapat salam khusus dariNya, maka mencintai orang yang dicintai Allah adalah satu ibadah dalam mentaati perintah Allah Ta'ala.
      • Rasulullah (SAW) bersabda, 'Sesungguhnya Allah Ta'ala bilamana suka kepada seseorang hamba, maka Dia akan menyeru kepada Jibril: 'Wahai Jibril! Sesungguhnya Allah suka kepada fulan bin fulan maka cintailah dia', maka dicintai oleh Jibril. Lalu kemudian Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit: 'Bahawa Allah cinta kepada fulan bin fulan', maka ia akan dicintai oleh penghuni langit, lalu kemudian akan diletakkan tanda qabulnya kepada penghuni bumi' - Riwayat Imam Bukhari.
    • Kedua:
      • Beliau wanita yang sangat dicintai Rasulullah (SAW). Mencintai beliau untuk mendapat kecintaan Rasulullah (SAW).
      • Dari Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.
      • Dari Aisyah (ra) juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: 'Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)'. Maka pada suatu hari aku membuat Baginda (SAW) marah, aku berkata: 'Khadijah!' (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: 'Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya'.
      • Imam Nawawi (ra) berkata: Hadis ini menunjukkan isyarat bahawa mencintai Siti Khadijah (ra) akan mendapat fadhilat dikeranakan mencintai orang yang dicintai Rasulullah (SAW) - Kitab syarah Muslim.
    • Ketiga:
      • Beliau (ra) adalah keluarga Rasulullah SAW yang wajib dicintai
      • 'Katakanlah (wahai Muhammad)! 'Aku tidak meminta kepadamu (wahai umatku) apa-apa balasan kecuali kecintaan kepada ahli keluargaku' - Ayat 23, Surah Asy-Syura
    • Keempat:
      • Beliau wanita yang pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya. Kerana Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW), beliau memberikan seluruh hartanya demi perjuangan dakwah Baginda.
      • Dan engkau didapatiNya sebagai seorang miskin, lalu diberinya kekayaan - Ad Dhuha, Ayat 8
      • Imam Al Alusi berkata: Maksud ayat 'diberi kekayaan' iaitu dengan harta Siti Khadijah (ra).
    • Kelima:
      • Sebab beliau (ra) wanita pilihan yang diberi hidayah oleh Allah, dan kita diperintah untuk meneladani orang-orang yang mendapat hidayah.
      • Mereka adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka hendaklah kamu mengikutinya - Surah Al Anam, Ayat 90.
    • Keenam:
      • Beliau (ra) wanita yang cintakan akan nilai-nilai murni yang terpahat dalam hatinya sebelum dan apatah lagi setelah memeluk Islam.
    • Ketujuh:
      • Nabi (SAW) memilih beliau (ra) sebagai contoh teladan kepada ummatnya, terutama kaum wanita.
      • Sabda Baginda (SAW): Cukup bagimu dari pada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW) dan Asiah isteri Fir’aun.
3 - Siapakah Siti Khadijah (ra) Di Hati Rasulullah (SAW)?


  • Tidak sesiapapun yang mampu menjawab soalan ini kecuali tuan empunya hati, yaitu Rasulullah (SAW), tetapi apa yang akan saya ketengahkan di bawah ini adalah sedikit dari suara hati Baginda Rasulullah (SAW) ketika mengungkapkan akan kedudukannya, yakni Siti Khadijah (ra), di hati baginda Rasulullah (SAW):-
    • Pertama:
      •  Siti Aisyah (ra) berkata: Rasulullah (SAW) hampir setiap kali keluar rumah menyebut nama Khadijah (ra) dan memujinya. Pada suatu hari aku dengan perasaan cemburu aku berkata: "Dia itu (Khadijah) tidak lebih hanya seorang wanita tua, dan Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik darinya", maka Baginda (SAW) marah seraya bersabda: "Demi Allah! Allah tidak menggantikan untukku yang lebih baik darinya, Khadijah (ra) beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa, dan Allah memberikan untukku dzuriyat darinya yang tidak ada pada yang lain" - Riwayat Ahmad dan Thabrani.
    • Kedua:
      • Dari Aisyah (ra) ia berkata: "Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya". Lalu ia berkata lagi: "Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda:"Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)". Pada suatu hari aku membuat Baginda marah, aku berkata: "Khadijah!" (dengan ungkapan tidak suka), maka Nabi (SAW) bersabda: "Aku telah di anugerahkan kecintaan kepadanya".
    • Ketiga:
      • Diriwayatkan oleh Siti Aisyah (ra), katanya: "Ketika para tawanan perang Badar di bebaskan dengan tebusan, Siti Zainab (ra), puteri Rasulullah (SAW) menghantarkan kalung (pemberian Siti Khadijah (ra) pada hari perkahwinannya) sebagai terbusan suaminya (Abu Al-‘aash ibn Al-Rabi’), maka Rasulullah (SAW) ketika melihat kalung itu tersentuh hatinya, lalu meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskannya tanpa tebusan, lalu mengembalikan kalung tersebut, maka mereka bersetuju, lalu ia di bebaskan".
4 - Keutamaan Siti Khadijah (ra)

  • Pertama:
    • Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ketika Jibril (as) datang kepada Nabi (SAW), dia berkata: "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan".
  • Kedua:
    • Jibril (as) menyampaikan salam itu kepada Rasulullah (SAW) seraya berkata kepada Baginda: 'Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya'. Kemudian Rasulullah (SAW) bersabda : 'Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu'. Maka Khadijah (ra) menjawab : 'Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)'.

Nukilan: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


**Kiriman email dr teman.. Sekadar copy paste utk berkongsi..:)
Panjang artikel nih.. tp rasanya harus/wajib kita mengenal isteri kesayangan nabi kita kannn.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Thursday, December 15, 2011

Kisah dulu : Apa ada pada namaku



Salam...

Mama nih banyak nama pangilan.. nama betul satu je la... takde la tukar lagi.. kecuali kawin ngan agung ke baru la tukar ke permaisuri kann.. tp permaisuri pun gelaran je kannn... [tet..tet.. tau tak lawak pun...^_^']

Masa kecik2... family panggil ana je.. simple like me... ^_^

Tp masa dah masuk sekolah tuh.. masa balut2 buku dan tulis nama kat buku tulis....kan.. kannn.. boleh tak tokma (ibu tersayang) mama wat gurau nak tulis nama suriani.. katanya nama suliana tak besh.. hhhaaa.. punya takut tau.. taknak tukar nama lain.. siap nangis2 tau.. manja eks.. tuh anak pun menurun tuh....T__T

Masuk sekolah rendah.. cam biasa je.. nama panggilan still ana lagi.. kekadang je kawan panggil suliana.. **apa kesh nak cite tah...hhhhiiii

Masuk sekolah menengah, start new phase.. perubahan mendadak pd nama bukan pada tuan dia.. hhhiiii..
Ada yg panggil su, ada yg panggil ana, dan ada yg panggil syg.. **hheeee.. tuh yg time kena ngorat la.... sweet je kannnn.. gatai..

Masa sekolah menengah, time peksa penting cam PMR ngan SPM, mama kena dok asrama.. kononnya taknak terganggu ngan adik2 yg berderet tuh.. hhheee.. FYI korang la kannn.. mama nih anak sulung dr 9 adik beradik.. so kena study hard utk bg contoh kat hadik2 ramai nih..

Dok asrama pun kena paksa oleh tokma.. bukan kerelaan sendiri.. hhhaaa.. tp bila dok asrama masa tingkatan tiga tuh, sebab kitakan junior.. beradik angkat la wei.. tp takde la kemana sgt.. maklum la gua kan anak sulung.. tak reti lak nak bermanja2 ngan kakak.. hhheeee.. panggilan masa tuh tukar jd adik @ sue tau..:)

Masuk asrama masa spm, ada lg bab2 adik@akak angkat2 nih.. tp wa layan gitu2 je.. mana nak feeling weiii.. adik aku lagi ramai kat umah tuh... hhhaaa.. tp masa nih, ummi atau penjaga asrama panggil mama ngan panggilan lian... hhhhaaa.. mungkin sebab ai kan rupa cam cina2 sepet sikit.. lagi2 bila freehair.. ;p

Masuk itm, dok dorm masa tuh, ramai lak kenalkan diri ngan panggilan su, dekat 3 org dlm dorm ngan panggilan su, so sama2 sepakat tukar nama, tak ingat masa tuh kena main lap tali lap tali taplum ke tak..?? lupa dah.. yg pasti, sorang guna nama su, sorang guna nama ila dan aku kena tukar jadi liana... aku..?? redha dan pasrah.. hhhaaa..

Lama2 dari liana tukar jadi lak nana, yana, sygku, kasihku, dewiku, dan sebagainya...... hhhaaa.. latest jadi darl aka darling.. boles.....?? hhhaaa... tp selalunya yg dekat dihati ialah panggilan mama dr org tersayang...



sweet rose for sweet me..^_^



pic : google




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Jepun: Muslim tanpa Islam



salam...^_^

Artikel nih kiriman teman.. nak sharing disini.. jum sama2 fahami dan berubah kearah kebaikan..

Bercerita tentang Jepun, ramai yang memuji sifat masyarakatnya yang berdisiplin, menepati masa, menjaga kebersihan dan macam-macam lagi. Benar, di sini kita dapat melihat Muslim tanpa Islam. Namun, dalam macam-macam yang dikatakan orang itu, satu yang menarik perhatian saya.

Ramai yang bertanya, lelaki Jepun handsome tak?

Saya akan garu kepala dan senyum. Sebab kan beauty lies on the eyes of the beholder.

Tapi kalau ada yang bertanya, nak kahwin dengan lelaki Jepun tak?

Saya akan jawab nak!!!

Lelaki Jepun

Rata-rata masyarakat di sini berkahwin lambat. Namun, dapat dilihat mereka yang berkahwin adalah mereka yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. Saya sangat kagum dengan sifat para suami atau ayah di Jepun.Setiap pagi, dalam perjalanan ke university, inilah pemandangan yang saya lihat.


Ayah berpimpinan tangan dengan anak-anak kecil mereka, berjalan bersama ke sekolah sebelum ke tempat kerja masing-masing.Kalau dilihat dalam train pula, apabila anak-anak kecil menangis atau merengek, maka si ayah yang akan mendukung dan menghiburkan hati si anak.Apabila berjalan bersama isteri dan anak-anak, si ayah yang akan mendukung atau memimpin si anak. Si ibu pula hanya menolak stroller kosong atau tertawa melihat telatah suami dan anak.Ayah berbasikal membawa anak dalam raga, ayah melayan rengek si anak.

Pemandangan yang biasa dilihat di sini. Pemandangan yang sangat jarang dilihat di tanah air kita sendiri. Sifat penyayang mereka terhadap keluarga dan anak-anak, sifat prihatin terhadap kaum wanita yang telah melahirkan zuriat untuk mereka, benar-benar mengagumkan. Memang banyak lagi sifat buruk lelaki Jepun, tapi dalam buruk-buruk perangai mereka, mereka sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.


Wanita Jepun


Pernah juga saya dan rakan-rakan melepak di masjid di sini, si ibu(Jepun) masuk bersama anaknya yang sedang menangis dan mengamuk sehingga menggulingkan diri di lantai masjid.

Kami yang sedang makan pun berasa tidak sedap hati, lalu seorang sahabat saya membawa coklat dan menghulurkan kepada si anak untuk memujuknya daripada terus menangis, namun jawab si ibu,

“Daijoubu desu. Ima daiji na tokoro desu.”“Tak mengapa. Sekarang masa yang penting.”

Masa untuk si ibu mentarbiyah anak untuk berperangai lebih baik. Lalu kami mendengarkan pertuturan mereka.

“Aisyah, awak nak ape? Kalau awak nangis-nangis macam ni mama tak faham. Nangis-nangis ni baby je. Aisyah bukan baby lagi. Awak nak ape? Nak buat ape?”


“Cakap. Kalau nangis memang mama tak faham. Awak bukan budak kecik lagi dah.”


Mereka melayan si anak sewajarnya seperti orang dewasa. Patutlah anak-anak kecil di sini tak banyak meragam. Didikan itu bukan dengan memberikan mereka apa yang mereka mahukan, tetapi mengajar mereka untuk berfikir dan bertindak sewajarnya sesuai dengan usia mereka.Kalau dalam train pula, apabila anak-anak yang telah boleh berjalan, lingkungan 4 hingga 6 tahun bermain-main atau membuat bising, si ibu akan menyuruh mereka agar berdisiplin sambil menunjukkan tanda-tanda jangan bising, sila pegang penghadang untuk mendisiplinkan mereka.



 Dalam kelembutan wanita-wanita Jepun, mereka sangat serius dalam mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.

Masih belum terlambat.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Masih belum terlambat untuk kita semua merubah diri dan sifat diri mencontohi yang terbaik, Rasulullah SAW dalam bergaul dengan keluarga. Kalau mereka yang tiada aqidah Islam, mampu untuk menghormati wanita dan anak-anak, menyayangi keluarga, kerana itulah fitrah manusia yang telah ditetapkan olehNya.

Apatah lagi kita yang Allah ganjarkan bermacam-macam ganjaran apabila berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga.

Jom usaha kembali kepada fitrah!!

sumber: email.




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Pangkah itu orang..!!!




Salam pembuka bicara..^_^

Ye.. sy masih mengigil dan rasa terpinga2...

Kawan2 nak tau kenape..?? mula2 taknak cite pasal nih cam aibkan diri... hhhhhaaa... tp fikir2 balik.. boleh buat peringatan pulak pada yg lain.. atau buat org yg buat mama jadi 'giler' sekejap tadi...

Pagi tadi.. parking 'reserved' yg komponi ai kasi utk keta ai dimasuki org.. dan keta tuh tak dikenali no pletnya bg mama... tp selalunya kawan2 akan ckp dulu kalu nak park kat tmpt mama... tau la tmpt tuh stategik utk parking psl dpn dia kedai makan.. boleh kenyangkan perut sambil2 cuci mata kannn...
Tapi silapnya parking tempat org sure la kena block dan dihon oleh tuan empunya parking.. betul tak..??
Tau ke tak tau sure uols alert kan kalu ada keta dok hon panjang kannnn.. lagi2 ulang kali kannnn... so sengal je pepagi nak honnnnnnnn org kannn.. sebenarnya ai dah lambat dah tau.. kalu parking kul 7 ke, 8 ke... xde nak mareh pun.. T________T

Nak dijadikan cite office mate pun ada masa tuh.. so dia lak sibuk suruh honnn many more.. sambil2 dia lambai2 kat parking guard.. parking guard punya solution is easy.. suruh ai parking kat parking visitor yg jaraknya jauh dr office mama... adehai.. giler ke apa.. dah la org bayar mahal2 parking yg mmg dekat ngan office lastly kena mengalah ngan sapa2 tah yg suka2 hati parking tmpt 'reserved' ai... cam stupido tuh la.. nak2 dia pun malas nak clamp keta tuh.. just habis gitu je.. geram je nak ckp.. 'ok ai parking jauh and u pay me rm50 with it for clamping car pay..boles???' sengal je...

Lama gak ai dok honnnnnnn... n lastly dlm bingai lady yg dtg tanya.. mengapa..?? u parking salah n buat bodoh tanya nape.. sengal je.. somemore reverse ok... tolon la.. gamaknya td dia kenyang2 kan je perot dia br dtg tanya kenape dok kerumun keta dia.... pleaseeeeeee... so sengal.. because of u.. my mood are allready sway and make me hoooottttt... so sakit hati... tp masa tgk dia tuh.. dia pakai baju kebaya pendek sestail like me.. ai boleh coollllll... aduhai.. nasib baik kau minta maaf.. n hopely faham maksub reserved parking ye cik kak... binggo kepala mama tadi sekejap.. dah la lapar.. org lak senang2 je kenyang kann...
aku lak kenyang ngan perasaaann sakit hati... boles... mana la pahala banyak3 nih.. dah terbang ke..??

but masa parking tuh.. masa nak kuar dr keta tuh.. terbit perasaan malu lak.. tau kan td dah honnnnn panjang kannn.. sure la org dlm kedai mkn tu nak tgk sapa perem yg dok honnnn panjang tuh kannnn.. aduhai.. tu la kann.. suka nak ngamuk2 pastu malu... aduhaiiiii... malu seh... malu seh...


Nih mama google dan tepek stail kebaya mama pakai arini.. cumil tau..  hhhhaaaaaaaaa.... [mood kenyang dahh]




cumil tak... keh..keh...




!



!




!



and last but not least...

tuan blog yg soooo hhhhooooottttt today..


please say hot!!!




pangkah itu org... hhhaaaa


**Sy tau.. sy cumil masa marah... awww


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Wednesday, December 14, 2011

Cara kupas buah delima dengan betul


Salam.. ^_^

Satu pengkongsian mudah.. cara nak kupas buah delima..

Sediakan papan pemotong, pisau dan buah delima

potong atas/jambul dia

potong sisi
ketuk


hasilnya.. senang kannn



Source: http://www.onlinetambov.ru/




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Jika Patah.. Ganti Baru





spek papa patah.. so kena ganti baru la kannnn.. hhhuuu..
suka la dia..  ^_^



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Simple Me



Salam.....^_^

Hari nih... mama banyak berdolak2 dalih...

Bangun pagi, mengerjakan solat dan berperang ngan my teruna yg susah nak mandi.. pagi2 dia bangun, buka baju, dia cari towel dan bergolek bugil disofa... huduh ok...

Sibuk kejutkan dia utk mandi sedangkan mama sendiri separuh sedar.. **winkkkk...

Sudah dia mandi dia pakai baju yg mama sediakan dan kelam kabut mengekor papa kat depan pintu... pagi nih dia hanya basahkan badan dan tidak bergosok gigi... geram sungguh... pagi2 lagi dah menangis2 ckp sejuk.. dah takleh mandi dah.. mengalahkan dok luar negara tau... sabar je la....

Dan selalunya mama akan bersiap selepas my hero kuar... tp hari nih... melayan mata dulu... sengal2 badan terasa.. just konon nak rest muscle dalam 5-10minit... tgk2 dah kul 10pg... aduhai.. malasnya nak bergerak.. sakit bahu nak memusing stereng keta... tp kena keja gak hari nih... maybe for half day.. rest for awhile...

Korang2 pernah ke mengalami keadaan gini..?? dalam kesibukan tugas.. mama mmg selalu mengalami keadaan gini.. terasa penat tak terhingga... mungkin beban keja yg banyak atau emosi yg menolak utk terus keja menyiapkan tugasan...

mama jeles tengok kawan2 yg begitu tekun buat keja, begitu semangat menyiapkan tugasan.. me..?? kekadang mama takleh nak handle myself utk terus-terusan bersemangat camtu... dari mana la datangnya semangat mereka kannnn... aduhai.. mungkin dari diri sendiri..

Dan diri mama takleh all out nak stayback, takleh all out nak mengadap komputer hari2.. mungkin jemu mengadap benda yg tak boleh bercakap nih kot... hhhaaa.. kalu komputer bercakap..?? sure dia boleh cakap.. 'oooiii.. buhsan wei mengadap muka kau je..'  **tukar muka ari2 boles...???? hhheeee..

Mungkin org lain pun sama, cuma mereka bijak mengendalikan diri kan... kalu mama suka nak cari jalan simple je... relax kat umah.. hhhaaa... i love lepak2 je.. but not all day long.. i miss also my job..





all pic for google...^_^

Ada masanya suka mencari ruang utk menyendiri dan bertakafur tentang diri sendiri.. apa kebaikan telah aku buat, apa kesalahan telah aku buat, apa yg harus aku kejar utk menperoleh kebahagian, apa lagi yg belum aku buat... mcm2 lagi.. terasa sempit bila berhimpit tp bila sendiri terasa sunyi....


**Doakan aku utk bertenang dan bersabar menghadapi komplik diri dan aku berjaya menghadapi segala dugaan yg mendatang... takut memikirkan masa depan... tp harap kaki terus berjuang..:)



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


 Sampai jumpa lagi... 



 ****************************

Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu



Salam..^_^

Ni perbualan tengahhari tadi.. masa makan la br boleh nak bersembang..;p


Kwn : akak dah tgk dah 'Ombak Rindu'..?? kita dah tgk dah...

Me : tah la dik.. cam slow la skrg nak tgk wayang..

Kwn : Nape lak.. besh cite dia.. gi tgk la kak..mesti bawa tisu tau..

Me : Skrg FIL akak masuk ward lg.. hubby akak dok risau pasal ayah dia.. xde maknanya movie2 nih..

Kwn : ye ke.. rugi la akak.. tp sempat lagi tau.. try la minggu nih.. besh..!!

Hhhhaaaa... kawan aka adik office mama dok cucuk mama suruh tgk ombak rindu.... Besh ke..??

Banyak dah dok baca review pasal ombak rindu nih.. aduhai..

Mama nih pun kaki baca novel gak... kalu novel dia mmg dah baca arr.. dah tumpah gak la airmata masa baca novel tuh... jiwa sensitif beb.. Kih..kih...

Tapi terfikir.. ada blog yg menyatakan yg cerita nih lemah dr ajaran islam kita sendiri.. banyak yg menyimpang dari budaya dan agama.. dan mama sendiri lemah dan mudah tergoda.. [aik apa hal lak nih..]

Tp jika sekadar menbayar dan menbiarkan diri mengikut perasaan menitiskan airmata.. baik takpayah.. baca novel pun dah titis airmata dah.. hhhaaaa..





Apa kata kawan2 pasal cite nih.. berbaloi kah..??
Cecite sikit..;p

**Tapi suka gak kalu dpt tgk abam aaron ajis... ensem eks.. body pun menawan... lalalalala... gatai..

**Teringat abam aaron terus update blog.. boles..;)


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Nak Huduh..Ada caranya





Nak tukar penampilan.. nak tampak huduh/tak menarik... gini caranya.. cuba la ye...





sumber : email


**Dah takde keja eks mereka2 ini.. mcm2 la wei...

**Maafkan jika blog nih sunyi sehari dua.. mama out of mood for updating blog.. but.. still blogwalking.. if my mood will feel well.. ai update blog.. anyway who waiting my updating blog yeah...;p



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, December 9, 2011

Cinta dan Perkawinan


Satu hari Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu Cinta”? Bagaimana saya bisa mendapatkan nya?

Gurunya menjawab, “Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta”

Plato pun berjalan dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?”

Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali”.

Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tau, apakah ada yang paling menakjubkan lagi didepan sana, jadi tak kuambil ranting itu. Saat ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian, tidak sebagus ranting yang tadi. Jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya.

Gurunya pun menjawab, “jadi, ya itulah Cinta”

Dihari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu Perkawinan?, Bagaimana saya bisa menemukan nya?”

Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali, dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah, jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”

Plato pun berjalan dan tidak seberapa lam, dia kembali membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar dan juga tidak terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelum nya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi di kesempatan ini, aku lihat pohon ini dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat. Jadi kuputuskan untuk menebangnya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkan nya”.

Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan ya itulah Perkawinan”

Cinta itu semakin di cari, maka semakin tidak di temukan. Cinta adanya didalam lubuk hati. Ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih. Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan Cinta, maka yang di dapat adalah kehampaan, tiada sesuatupun yang di dapat. Dan tidak dapat di mundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur. Trimalah Cinta itu apa adanya.





Perkawinan adalah kelanjutan dari Cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan. Ketika kamu mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkan nya. Ketika kesempurnaan yang ingin kau dapatkan, maka sia-sialah waktumu dalam mendapatkan perkawinan itu. Karena sebenarnya kesempurnaan itu, hampa adanya..



sumber: email.
Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Bahagia datang berbagai cara | Pemahaman kita itu penting

Salam.. satu pengkongsian dr mama..^_^

Bila sudah jodoh... bertengkar, berselisihan faham... pergaduhan.. tetap juga berjaya disatukan... walaupun banyak yg dirasakan menelan kepahitan...

Bertemu... berpisah... terdetik sayang... tiba2 hilang dimata dan dihati... terasa dekat... terpaksa dilepaskan.. akhirnya tanpa sedar... org yg sekian lama ada didepan...sebenarnya jodoh kita.. siapa kita utk menolak takdir...walupun berbagai alasan/cara menolak... akhirnya mengalah demi memikirkan wajah2 tersayang...

Bergaduh, bertengkar.. malah berselisihan faham... hingga ke detik saat terakhir masih lagi kalut mencari erti sebenar akan jodoh didepan mata atau terus menghadapi sepanjang hayat... tapi kurnian ilahi diatas setiap urusannya sudah pasti diatur terbaik utk kita... mengalah dan bertakwakal lah... berdoa agar mampu menghadapi segala badai dugaan hidup...


Jalanan hidup penuh berliku... dalam gelak tawa ada bisa dihati.. Moga2 pengorbanan beroleh keberkatan.



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Thursday, December 8, 2011

Adele - Cold Shoulder

Lagu lagi... hhhhaaaaa... layan tau..




suka suara adele nih... dasyat sungguh.. sakit tekak nak ikut dia nyanyi... hhhaaaa..^_^




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Bakit Asal



Bakit Asal

Ambo nk sambung kisoh diri sdiri,
doh adik kakok kg pakat nk dngr lg,
ambo hormat sanjung sgalo kasih sgalo budi,
susoh hk ambo sanjung adik kakok ambik perati...
oooooo,ambo raso berbesar hati,
oooooo,timo kasih setinggi tggi....

Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo,
Kalu ado pun sekerat ike, kena bagi dua,
Dapur cumo ado gare, Jare bena ado gulo,
Baco bok male-male, paka minum air telago,
Bangun pagi-pagi, sauk baju paka seluar,
Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,
Kalu kito pah tinggi, orghe kata boleh jadi pengawai,

Oooooooooo?..ambo gi sekolah berungga-ungga,
Ooooooooo?.ambo nok ngaji wi pandai-pandai......

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal...

Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete,
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan,
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade,
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke....

Ooooooo??Malu nye wei, ambo kena paje,
Oooooooo??Ni lah baru ambo royat ko orghe,

Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darejah satu hinggo jadi manusio,
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso,
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda,

Ambo masuk universiti tahun 80, Budok kapong nok gi ngaji,
Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kore warih warah dok pakat kato,Tok soh lah dok kurban kalu tidok baso kayo,
Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,
Tidak kato nok pakat rate, tolong bantu samah dua........

Ooooooooooooo??Tak dok warih nye diri ambo....
Ooooooooooooooo??Demo tokse kelih, walau sebelah mata.....

Mek denge ayoh masok jadi peneroka baru,
Dale bukit nok tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Perang dengan rima gajah, make tok make tok dk sapo tahu ,
beginilah orghe susoh, nok tanggung anok ngaji di U,

kerana keadaan begitu, ayoh ambil keputusan,
Wahai anok-anok ku, kito pecahlah tiga jale,
Mu Haling, anok nombor satu, mu duk Kuala Lumpur ngaji lah sore,
Adik-adik tinggal kampong dulu, paka dudukla 5 orghe ,

Ooooooo?..Selamat tinggal selamat jale....
Oooooooo?..Adik hok bongsu jerit sokmo male-male...

Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena ngaji di universiti Malaya,
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota,
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar,
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo,
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga,
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong sesok hok paling berjaya......

Oooooo?,akhirnya ambo bulih sarjana,
Oooooo?,bersyukur pado Allah Maha Kuasa...

**lagu dikir yg dikopipesh dr FB..

**Tenet teramat tenat.. nak suruh kelik dah kalih nih... :) tp kijoan banyak lagi nih...

**Bg org selain kelate hok tok pehe tuh... try tanya kwn2 deh... (*translate: bg org yg tak faham bahasa kelantan.. sila tanya kawan2 ye..:))



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Facefood





cumil je kannnn...
nih bg yg giler ngan FB la nih kannn...





**sumber pic from email.


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Nampok doh... Siyes janggok weiii..




Mungkin ini perbualan mereka sebelum aksi mereka gitu...

A : tolon.. la wei... aku pun nak tengok gok.. mu sore jah nampok.. tak aci la wei.. kata saing..

B : aloh.. saing la wei.. tp gak.. nak tolon guano.. payoh la weiiii..

A : sene jah.. tp mu kena sangop la deh....

B : yo la.. mugo gak mu saing jah nih.. aku iku la mu rogat guano.. oyat la guano

A : mu weee aku naik atas tekok muh jah.. kennn senen jah..

B : benggong mu nih... sakit la weeeiii.. malas aku..

A : mu gak.. sakni kata sanggup... gilo muh nih gak..

B : mari la gitu gak... mu naik slow-slow jah wei... patah pulok teko aku..




A : kannn nampok doh kalu gini gak... :) saing dunia akhirat mu nih..


B : jage lamo2 wei.. turun la wei kalu nmpok doh gak... dunia akhirat mu la tuh...




** Selingan buat pelega kepala hotak sakit...:)







Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Quote for Today | :(




"Allah swt jadikan setiap perkara itu bersebab dan Dia tidak sekali2 akan menduga hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.
Janganlah mengeluh & janganlah bersedih hati bila sesuatu yang dihajatkan itu tidak dimakbulkan. Boleh jadi ia bukanlah yang terbaik, lalu Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita hajatkan"


Terima kasih tuhan...
walaupun perit, walaupun sakit..
Jangan biarkan ianya ada lekat diminda dan dihati..
hilangkan ia seperti debu-debu berterbangan..
Agar aku lupa segala kekurangan itu...
Agar aku tidak terusan mengungkit kekurangan/kezaliman dia pada ku...

Bagaimanakah wanita itu bisa senyum walaupun dikeji..
dihina, dipelekehkan, diabaikan, dizalimi..

Aku mahu seperti itu.. agar senyuman manis menghapuskan keperitan hati..




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)



Sampai jumpa lagi...



****************************

Wednesday, December 7, 2011

WW | Tudung Makeover




Salam....

Bagi makluman teman2/silent reader mama... tudung yg last dibeli oleh SIL dijalan TAR adalah kosong.. makanya.. selepas berkejar siapkan baju nikah SIL.. mama buat projek tudung lak.. hhheee..


kat atas awning tudung

kat bwh/tepi tudung.. 2layer dijahit berlainan paten..:)





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...