Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Thursday, September 29, 2011

Seksi tak salah | Memang tak salah tp..

السلام عليکم


JAKARTA: Sejumlah wanita dan kanak-kanak perempuan berskirt pendek pelbagai warna, berkumpul di Jakarta kerana membantah kenyataan pegawai kerajaan, yang menyalahkan wanita berpakaian menjolok mata atas serangan seksual.

Mereka memprotes kenyataan Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo, yang berkata wanita tidak seharusnya memakai pakaian seksi untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol.

Fauzi cepat-cepat meminta maaf tetapi komennya disebar meluas melalui media tempatan dan Twitter.
Kumpulan wanita itu juga meminta polis dan kerajaan meningkatkan lagi usaha membantu melindungi mangsa serangan seks.

Mereka membawa sepanduk yang bertulis “Jangan tegur pakaian kami tapi ingatkan mereka untuk tidak merogol” dan “Tubuh saya bukan porno, tapi fikiran kamu yang kotor.”

Penganjur, Tunggal Prawestu berkata, pegawai kerajaan sepatutnya tutup mulut dan tidak mengeluarkan komen diskriminasi ke atas wanita.
“Mereka sepatutnya lebih sensitif dan menjalankan tugas mereka mencari jalan penyelesaian kepada masalah keganasan terhadap wanita,” katanya.

Awal bulan ini, seorang wanita dirogol beramai-ramai di dalam sebuah van mini - kenderaan yang biasa digunakan untuk pengangkutan awam.

Menurut data Suruhanjaya Kebangsaan Hal Ehwal Wanita, kira-kira 100,000 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan tahun ini dan empat peratus adalah kes rogol.

Wanita di bandar besar hampir di seluruh dunia tmenganjurkan kempen “SlutWalk” untuk memprotes keganasan terhadap wanita.

Indoneisa mempraktikan Islam Sederhana tetapi, kumpulan fundementalis telah berusaha untuk mengenakan Undang-undang Islam yang lebih ketat.

Pada 2008, Undang-undang Anti pornografi diluluskan. - Reuters



Sumber: SINI


Notakaki: Clueless.





2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau bukan Islam yg memprotes lantak merekalah tapi kalau Islam rasanya kena fikir berkali-kali. Lagi pula pada kakaklah cara berpakaian memang salah satu sebab mengapa perbuatan merogol terjadi....

mama maman aka yana said...

Kakzakie: mslhnya kat indo tuh.. islam ngan kafir bercampur gaul.. tuh yg mama takreti nak kata apa.. teruk kan..

dlm islam terang2 dah diberi ajaran utk menjaga diri dan maruah diri, tp masih lg nak dibantah. Bila dah kena br nak tergandah.. minta simpang jadi kat m'sia nih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...