Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Thursday, December 15, 2011

Jepun: Muslim tanpa Islam



salam...^_^

Artikel nih kiriman teman.. nak sharing disini.. jum sama2 fahami dan berubah kearah kebaikan..

Bercerita tentang Jepun, ramai yang memuji sifat masyarakatnya yang berdisiplin, menepati masa, menjaga kebersihan dan macam-macam lagi. Benar, di sini kita dapat melihat Muslim tanpa Islam. Namun, dalam macam-macam yang dikatakan orang itu, satu yang menarik perhatian saya.

Ramai yang bertanya, lelaki Jepun handsome tak?

Saya akan garu kepala dan senyum. Sebab kan beauty lies on the eyes of the beholder.

Tapi kalau ada yang bertanya, nak kahwin dengan lelaki Jepun tak?

Saya akan jawab nak!!!

Lelaki Jepun

Rata-rata masyarakat di sini berkahwin lambat. Namun, dapat dilihat mereka yang berkahwin adalah mereka yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. Saya sangat kagum dengan sifat para suami atau ayah di Jepun.Setiap pagi, dalam perjalanan ke university, inilah pemandangan yang saya lihat.


Ayah berpimpinan tangan dengan anak-anak kecil mereka, berjalan bersama ke sekolah sebelum ke tempat kerja masing-masing.Kalau dilihat dalam train pula, apabila anak-anak kecil menangis atau merengek, maka si ayah yang akan mendukung dan menghiburkan hati si anak.Apabila berjalan bersama isteri dan anak-anak, si ayah yang akan mendukung atau memimpin si anak. Si ibu pula hanya menolak stroller kosong atau tertawa melihat telatah suami dan anak.Ayah berbasikal membawa anak dalam raga, ayah melayan rengek si anak.

Pemandangan yang biasa dilihat di sini. Pemandangan yang sangat jarang dilihat di tanah air kita sendiri. Sifat penyayang mereka terhadap keluarga dan anak-anak, sifat prihatin terhadap kaum wanita yang telah melahirkan zuriat untuk mereka, benar-benar mengagumkan. Memang banyak lagi sifat buruk lelaki Jepun, tapi dalam buruk-buruk perangai mereka, mereka sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.


Wanita Jepun


Pernah juga saya dan rakan-rakan melepak di masjid di sini, si ibu(Jepun) masuk bersama anaknya yang sedang menangis dan mengamuk sehingga menggulingkan diri di lantai masjid.

Kami yang sedang makan pun berasa tidak sedap hati, lalu seorang sahabat saya membawa coklat dan menghulurkan kepada si anak untuk memujuknya daripada terus menangis, namun jawab si ibu,

“Daijoubu desu. Ima daiji na tokoro desu.”“Tak mengapa. Sekarang masa yang penting.”

Masa untuk si ibu mentarbiyah anak untuk berperangai lebih baik. Lalu kami mendengarkan pertuturan mereka.

“Aisyah, awak nak ape? Kalau awak nangis-nangis macam ni mama tak faham. Nangis-nangis ni baby je. Aisyah bukan baby lagi. Awak nak ape? Nak buat ape?”


“Cakap. Kalau nangis memang mama tak faham. Awak bukan budak kecik lagi dah.”


Mereka melayan si anak sewajarnya seperti orang dewasa. Patutlah anak-anak kecil di sini tak banyak meragam. Didikan itu bukan dengan memberikan mereka apa yang mereka mahukan, tetapi mengajar mereka untuk berfikir dan bertindak sewajarnya sesuai dengan usia mereka.Kalau dalam train pula, apabila anak-anak yang telah boleh berjalan, lingkungan 4 hingga 6 tahun bermain-main atau membuat bising, si ibu akan menyuruh mereka agar berdisiplin sambil menunjukkan tanda-tanda jangan bising, sila pegang penghadang untuk mendisiplinkan mereka.



 Dalam kelembutan wanita-wanita Jepun, mereka sangat serius dalam mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.

Masih belum terlambat.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Masih belum terlambat untuk kita semua merubah diri dan sifat diri mencontohi yang terbaik, Rasulullah SAW dalam bergaul dengan keluarga. Kalau mereka yang tiada aqidah Islam, mampu untuk menghormati wanita dan anak-anak, menyayangi keluarga, kerana itulah fitrah manusia yang telah ditetapkan olehNya.

Apatah lagi kita yang Allah ganjarkan bermacam-macam ganjaran apabila berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga.

Jom usaha kembali kepada fitrah!!

sumber: email.




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

7 comments:

Munn Jaafar said...

sukanya baca tang ibu die pujuk anak yg guling2 tu..ibu die mdidik btul2 bhikmah =)

Pida said...

Satu panduan berguna untuk saya. Untunglah awak dapat merasa hidup di negara orang yang tinggi nilai tamadunnya.

Unknown said...

klu sya solo lagi time baca entry ni, mungkin sya akan pilih laki jepun ...hehehehe

tpi syukur, sikap laki sya ada cam org jepun gak sikit2...bab penyayang lah tpi lagi baik sbb dia muslimin dan islamic...

mama maman aka yana said...

munnafendy : ingat tau... nnt didik anak gitu gak..;p

mama maman aka yana said...

Pida: nih kiriman teman.. sy belum sampai kesana lg.. insyaallah jika ada rezeki mmg teringin jalan2 sana..:)

mama maman aka yana said...

Noriz: jodoh ditangan Ilahi kannn.. tp syukur dpt suami penyayang.. penting tuh islamik dan muslimin.. boleh menbetulkan kita nih..:)

Unknown said...

Wow! Garang ya wanita jepun, lelakinya pula lemah lembut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...