Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Sejarah sudah

Assalamualaikum...

Baru2 nih dpt wassap dr kawan lama.. kawan jaman bljr sekolah menengah uols.. hehe..

Borak2 pasal diri dan keluarga.. normal la tuh kannn.. teringat jaman2 nakal atau jaman nerd dulu2.. hahaha.. jaman2 mengusha abg2 senior.. jaman2 adik junior kirim salam.. haha.. tp haram satu pun xlekat.. kahkah

Pastu berlanjutan ke ruang Fesbuk.. kiki.. layan pic lak.. hihi





Dan nak dijadikan citer.. my friend add my hubby.. ok nih panjang gak nak citer.. 

Tak pasti me pernah citer kat sini ke belum.. arr.. mesti korang pun tak ingat kot kalu dah citer pun.. ok gini.. Me nih sebaya ngan hubby.. dan kami nih pernah sekelas since tingkat 1 sampai tingkat 4.. tp tingkatan 4 tuh my hubby dah pindah sekolah ke pahang lak.. dia dok sekolah situ tingkatan 4 setakat 2-3 bulan jew pun.. hehe

Since satu sekolah.. so ramai yg kawan2 sekolah kenal kami kannn.. Gempak gak la masa mula2 diorg tau me nak kawin ngan my hubby nih.. sebab dulu masa sekolah kami nih langsung tak pernah bertegur sapa pun.. kira kami nih lain2 geng arr.. hehe

My hubby tanya me.. kenal tak kwn yg add dia tuh.. so me ckp la kenal.. dah jadi lak gini


Papa : so masa tingkatan 1 dulu dia dok ngan sapa kat kelas..??

Mama : Papa.. mana la nak ingat.. lama dah tuh

Papa : aik.. papa ingat pun.. papa dok belah tingkat.. belah papa si pejo

Mama : yer ke..??

Papa : Dulu mama dok ngan sapa eks.. apa nama bdk tuh.. Rus khaimah ehhh

Mama : bukan la.. nur zaimah rasanya..

Papa : hah.. betul la tuh.. zaimah.. [zaimah nih kwn L yg misteri]

so si maria nih duduk ngan sapa..?? 

Mama : tah la pa.. tak kuasa nak mengingat pun.. tua dah eh.. penting sgt kah..??

Papa : penting la.. apa sal papa tak hengat dia nih.. tgk pic pun xingat langsung..

Mama : masa dulu u kan dikaburi ngan bayangan L.. of cos kami2 nih xnmpk punya... kannnnn

Papa : dah la.. nak start dah tuh.. ok.. papa kuar badminton dulu.. daaaa

Mama : tau takut... hahaha

mata keranjang sgt dulu u tuh.. hahaha




Blh jadi entry sudah.. kahkah.. harmoni tak kami..?? kiki.. dr bergaduh benda tak faedah2 baik sorang blah gi hentam main badminton... 



Thursday, January 19, 2012

Sukasuki kau kann...





Cakar isteri enggan layan nafsu


AMPANG: Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak dilayani.

Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.

Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.

“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.

“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.

Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

______________________________________________________

Isteri patah rahang kerana alih telefon

KANGAR: Seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila menumbuk dan menghempas muka isterinya dengan piano mainan anak mereka sehingga mangsa patah rahang kanannya selain cedera di muka dan badan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Hijrah di sini, pagi kelmarin.

Kejadian menimpa mangsa, Yusliza Yusof, 25, itu berlaku pada kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin apabila suaminya yang berusia 26 tahun berang kerana isterinya itu mengalihkan telefon bimbit miliknya yang dicaj di atas katil dalam bilik tidur mereka ke atas meja.

Lelaki itu menumbuk isterinya beberapa kali selain membaling muka mangsa yang juga seorang suri rumah dengan piano mainan anak mereka menyebabkan rahang kanan mangsa patah.
 

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bekerja sebagai atendan lori turut memukul kepala mangsa dengan botol tanpa belas kasihan.

Ibu suspek, Rohhana Sidek, 46, berkata, anak kedua daripada enam beradik itu memang seorang yang panas baran, malah dia sendiri pernah cedera dipukul anaknya itu.

Katanya, dia tidak menyangka apa yang berlaku ke atasnya sebelum ini menimpa pula menantunya yang berasal dari Kelantan itu. “Saya sedih dengan apa yang berlaku ke atas menantu saya dan membuat laporan polis sebagai pengajaran kepada anak saya itu kerana perbuatannya sudah melampaui batas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
 


Katanya, sebelum kejadian itu, suspek memarahi isterinya itu lalu berlaku pertengkaran sehingga menyebabkan dia bertindak ganas.

“Apa yang dilakukan terhadap isterinya yang baru dinikahi setahun lebih itu adalah sesuatu yang melampau dan tidak boleh diterima oleh semua pihak termasuk saya sendiri yang juga ibunya.
 

“Pada mulanya mereka bergaduh mulut dengan memaki hamun sebelum menantu saya meminta suaminya menceraikannya akibat kejadian berkenaan,” katanya.

Rohhana berkata, akibat berang dengan permintaan isterinya, anaknya kemudian menumbuk muka mangsa sebelum mencapai piano mainan anaknya yang kebetulan berada di situ sebelum membalingnya ke muka mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, berikutan kejadian itu polis menahan suspek tidak lama selepas menerima laporan.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa yang tidak tahan dipukul bertubi-tubi merayu dan menangis meminta dilepaskan tetapi suspek terus membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan.

“Siasatan mendapati badan mangsa lebam-lebam akibat dipukul, manakala rahang kanannya patah.

“Mangsa yang tidak tahan dengan serangan itu kemudian berjaya melarikan diri dari rumah dan mendapatkan bantuan orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

_____________________________________________________

Sumber: METRO


~> Mengapa la wujudnya lelaki2 yg suka memukul wanita... pukul pun disebabkan benda kecik2 je.. camne la nak jadi pemimpin negara..??

~>Tak takut kat Allah kah..??


~>Dimanakah iman mereka..??


~>apa tiada belas kasihankah..??




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Thursday, January 5, 2012

Salahkah..??



salam...^_^

Mama sure ramai pembaca blog mama nih terdiri dari wanita/lelaki dan juga sudah berkawin kannn..?? kalu mama tanya benda sensitif sikit nih sure korang boleh jawap ngan selamber gak kannnn... hahaha.. yg bujang2 tuh ambik jadi iktibar sudah tau.. jgn diikut tau.. marabahaya..:)

Malu juga sebenarnya tp tertanya2 gakkk.. dok fikir-fikir sendiri tak dpt gak jawapannyer kecuali dpt jawapan utk sedapkan diri sendiri je kannnn... tak berapa besh sgt la... hahaha..

kitakan..kannn.. aish.. malu lak..


Gini kesahnyer...

satu haritu.. lepak kat pingiran pantai kannn, pastu saje2 la si perem tuh kannn, lembikkan tulang belikat dan rebahkan bdn kat riba silelaki tuh kannn.. sedap2 landing tu, mata terpandang lak org menjeling tajam kat diorang kannn.. dtgnyer malu bangkit la perem dr riba laki tuh.. tiba datang pulak sianak berlari2 memanggil mama..mama.. papa..papa..., br la tahu yg pasangan tuh laki bini kannn.. apakah patut/salah bini dia gi baring kat riba laki dia sedangkan diorg tuh lakibini, tak timbul maksiat disini kannn.. eh.. betul ke..?? hahahaha..




indahnyer pemandangan petang dibagan lalang... :)







Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Friday, December 2, 2011

Bila sudah tak lagi jelita.. | Banyak komplen eks..;p




Salam...

Kisah nih masa mama dok gedik try tudung baru... hhheee... Hubby lak jadi tukang photographer.. Binik ngan anak dok jadi model...^_^

maman cekci...:)

ni la tudung ariani tuh..:)

kan bolat tuh... hhheee...


Laki: Gemuknya kau ma skrg..

Binik: Dulu masa kurus.. semua org dok kata..'yana.. mu keno make banyok.. gemuk sikit.. kurus tak comel la..' skrg.. laki lak cakap gemuk huduh... geram wei..

Laki: Papa suka kau kurus ma.. br comel.. ni gak gemuk bulat muka2.. kureng sikit arrr...

Binik benggang...

Binik: ala cam la awk tuh kurus cumil, slim.. gemuk gak..

Laki: Aku laki... tak kisah... ensem apa.. ramai dok giler nih.. [ngan sengih tak sudah.. perasan nyer laki sapa la nih]

Perasan sungguh... takleh blah kannn...

cuba tengok nih..




sapa lagi bulat eks... hhhhaaa...:)



**sweet xkami..

T_____T





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Monday, October 24, 2011

Sama-sama faham | Haram tetap Haram


Salam semua pembaca blog nih...^_^

Ni satu pengkongsian berat dr mama.. sekadar pengkongsian.. masih mungkil.. benar atau propaganda.. dan buka mencari kontroversi..


SUMBER TERDAPAT DALAM - Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002,  Seksyen 14.

sumber : email.

**bak kata berat dibaca, berat lagi difikiran.. Haram tetap haram. dok gitu..??


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

****************************


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Monday, October 3, 2011

Belasah isteri hilang kad sim | Sakit Jiwa kot laki dia nih..

السلام عليکم



Belasah isteri hilang kad sim

KUALA LUMPUR: Berang kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit miliknya hilang, seorang suami membelasah isterinya dan memaksa wanita itu mencari sehingga jumpa malah mengugut akan menceraikannya jika gagal.

Dalam kejadian rumah pasangan itu di Batu 3, Gombak, dekat sini kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit berusia 20-an seolah-olah hilang pertimbangan apabila gagal mencari kad SIM miliknya yang hilang.


sumber: SINI

Ps: walaupun ada masalah, jgn la cepat tangan.




Please do come again ;)


****************************








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...