Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Lapangkan Hatimu Dengan Taubat

Assalamualaikum...

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?

Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira.. itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.

Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?


384444_251661714890184_169516276438062_761233_1621754874_n


Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad]

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.

Menangislah Hari Ini

Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita.

Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba.

Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah S.A.W ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.

Rasulullah S.A.W pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:

“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. [Sulaiman bin al-Ash'ath, Sunan Abi Daud]

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk Syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.

Jangan Rasa Selamat


Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?

Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.

la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.


tumblr_m44iioNJgx1qf1tsro1_500

Menyingkap Lembaran Sejarah


Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.

Renungilah hakikat ini : Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan Syaitan, yang mana Syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.

Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka.

Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Luth, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.

‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah S.W.T kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
  • Kaum Nabi Nuh
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad S.A.W. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.

Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu.

Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).

Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?

Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa.” (Surah al-An’am 6: 44)

Pendosa Tidak Tenteram Jiwanya

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah:
Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” (Surah Thaha: 24)
Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya:
Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.

Hati Yang Bercahaya


Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.

Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan nanti, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (Akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!



Sumber: copy paste dr email.



Friday, May 4, 2012

Zakat

Bolehkah orang miskin berzakat?


soalan:

BOLEHKAH seorang miskin itu memberikan zakat? Ini kerana, di dalam hadis ada digambarkan betapa ada sahabat nabi yang miskin juga ingin bersedekah. Harap dapat penjelasan.

Jawapan

Tahniah diucapkan bagi mereka yang miskin tetapi masih mahu mengeluarkan sedekah dan zakat. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan mereka kekayaan harta dan jiwa agar mereka dapat melaksanakan ibadah zakat suatu masa nanti, Amin.

Sememangnya pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, ramai para sahabat besar yang miskin. Misalnya Abu Hurairah, Salman al-Farisi, Ammar bin Yassir, Bilal bin Rabah dan dalam kalangan sahabat wanita, Ummu Sulaim adalah contoh ibu tunggal yang miskin.

Pernah berlaku, golongan ini merasa sedih kerana kemiskinan harta telah menghalangi mereka daripada bersedekah. Lalu mereka telah menemui Rasulullah SAW dan bertanya perihal amalan yang dapat dilakukan oleh orang-orang miskin seperti mereka.

Daripada Abu Dzar r.a. katanya: "Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah bertanya kepada baginda: "Kaum hartawan memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, berpuasa seperti mana kami berpuasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka."

Jawab Rasulullah SAW: Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, (riwayat Bukhari)

Oleh itu, dalam hal ini memberikan sedekah tidak semestinya dengan harta. Sedekah boleh dilakukan dengan tenaga, kata-kata hatta dengan senyuman.

Ia berbeza dengan zakat, kerana zakat adalah ibadah fardu yang wajib memenuhi segala syaratnya. Hanya mereka yang memenuhi syarat wajib zakat sahaja, wajib mengeluarkan zakat hartanya.

Di dalam kitab Fiqh al-Manhaji as-Syafie dinyatakan: "Zakat bukanlah ibadat tubuh badan semata-mata, sehingga ia memerlukan syarat-syarat taklif, ataupun kewajipannya digugurkan disebabkan kurangnya kemampuan mukalaf," (hal. 417)

Maka, dalam hal ini orang yang tidak mempunyai harta yang mencapai paras minimum kekayaan dalam tempoh setahun (cukup nisab dan haul), maka tidaklah wajib berzakat.

Mereka sebaliknya perlu menggunakan harta yang dimiliki itu untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan semua tanggungan nafkah yang wajib. Misalnya membeli makanan dan belanja pendidikan.

Jika seorang suami misalnya, dia wajib memastikan harta yang dimiliki itu dimanfaatkan untuk nafkah anak dan isterinya. Termasuklah kedua ibu bapanya jika mereka juga miskin.

Orang yang menanggung nafkah wajib ini, jika dengan berzakat itu menyebabkan tanggungan nafkah wajibnya pula terabai dan menderita, seperti menderita kelaparan; maka dia dianggap berdosa.

Maka, keutamaan ketika itu adalah untuk tanggungan wajibnya, misalnya membeli makanan untuk mereka. Maka, pada waktu itu adalah haram hukumnya jika dia masih mahu mengeluarkan zakat.

Hal ini adalah selaras dengan apa yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang apakah yang perlu mereka infakkan (zakat), (maka) jawablah: apa-apa yang berlebih (daripada keperluan). (al-Baqarah: 219)

Sebab itulah, pada Hari Raya Aidilfitri misalnya, hanya orang-orang yang mempunyai makanan yang cukup untuk dirinya dari malam hari raya sehingga keesokan harinya sahaja yang wajib mengeluarkan zakat fitrah. Jika tiada makanan, bukan dia yang wajib berzakat; bahkan dia yang perlu menerima zakat. Inilah batas kefarduan yang ditetapkan oleh Islam.

Oleh itu, kesimpulannya bagi orang-orang miskin, utamakanlah sedekah sunat kerana sedekah tidak mempunyai syarat wajib ke atasnya. Bahkan sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Memberi seringgit dua ke dalam tabung masjid pada setiap minggu boleh dianggap sedekah, dan ia tidaklah membebankan.

Abu Mas'ud r.a pernah menyatakan: Kami diperintahkan (oleh) Rasulullah SAW supaya bersedekah, sedangkan kami hanya (bekerja) sebagai pekerja kasar atau kuli. Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak daripada itu, (riwayat Muslim)

Memberikan zakat hanyalah terbeban kepada orang-orang kaya. Oleh itu, orang-orang miskin yang mahukan pahala berzakat, hendaklah berusaha dengan lebih gigih agar mendapat harta dan kelak mampu pula mengeluarkan zakatnya.

Sabda Nabi SAW: Setiap Muslim wajib bersedekah (berzakat). Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi SAW menjawab: " (Hendaklah dia) bekerja dengan kebolehan tangannya untuk faedah bagi dirinya lalu bersedekah (berzakat). (riwayat Bukhari dan Muslim).

Wallahua'lam.


sumber: email.






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)



****************************



Friday, April 6, 2012

Hijab,Niqab,Tchador dan Burqa,pilih dan pakai.




sumber: email.


~Pilihan ada ditangan kita... pilih je.. :) ~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 

muah... muah.. ;) 


 ****************************



Friday, February 17, 2012

Berharap Pasangan Yang Sempurna




Salam...^_^

Tazkirah hari jumaat yg indah.. sama2 kutip ilmu dan cuba praktikkan..:)


Allah telah memberikan modal dasar agar kita dapat membangun keluarga kita menjadi keluarga sakinah, yaitu ditiupkannya rasa kasih dan sayang. Selanjutnya kita sendirilah yang memupuk dan merawat kasih dan sayang itu agar tidak mencederai perjalanan dalam membina rumah tangga.

Salah satu yang dapat membuat kasih sayang suami istri menjadi terkoyak adalah 'berharap kesempurnaan pada pasangan.' Ada ungkapan 'dimana tak ada cinta yang mendalam, takkan ada kekecewaan yang mendalam.'

Begitulah masa sebelum ijab kabul dilangsungkan atau saat awal pernikahan, ketika cinta hadir memenuhi ruang hati, suami atau istri memandang pasangan hidupnya begitu teramat sempurna, tanpa noda & cela karena kita tenggelam dalam bayangan indah bukan apa yang sebenarnya kita lihat sebuah kenyataan yang ada didepan mata kita.

Seiring waktu noda dan cela nampak terlihat, api cinta mulai meredup, masing2 pasangan tak menyadari kondisi yang tengah dialaminya. Kesempurnaan pasangan tetap menjadi fokus keinginan. Tenggelam dalam bayangan indah. Terbuai dalam impian.

Padahal diawal pernikahanpun pasangan kita memang tidaklah sempurna, karena memang tidak ada manusia yang sempurna. Dalam pengertian, pasangan kita bukanlah sosok yang bisa memenuhi semua apa yang kita inginkan. Jadi, akar permasalahannya adalah bukan penurunan kualitas kesempurnaan pasangan kita tetapi rasa cinta yang tidak lagi menggebu seperti dulu.

Karena itulah, berharap pasangan yang sempurna hanya akan membuat kasih sayang yang sudah terjalin menjadi terkoyak. Ketika kita menuntut pasangan hidup kita untuk sempurna maka nampak adalah berbagai ketidaksempurnaan ada didepan mata kita.

Ada nasehat yang baik dari Imam Syafii bila kita berharap pasangan yang sempurna,

'Jika kita membayangkan pasangan yang sempurna tetapi kita menikah dengan pasangan yang tidak sempurna dan kita berharap kesempurnaan, maka pilihannya hanya ada dua. Pertama, hapuskan saja bayangan kesempurnaan itu dan terimalah pasangan kita sebagaimana adanya atau campakkanlah pasangan anda dan terimalah bayangan kesempurnaan itu sebagai pasangan hidup anda.'

'Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir' (QS. Ruum :21).

sumber: email.


Mengharapkan yg sempurna sedangkan diri ini tidak sempurna..



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, February 10, 2012

Carilah Ungkapan Yang Lebih ‘Molek’





Antara perkara yang indah yang diajar oleh Islam ialah muslim diperintahkan menggunakan perkataan-perkataan yang baik atau sekurangnya tidak keji dalam ungkapannya.

Muslim bukan seorang pencarut, atau pemaki hamun orang atau pencerca dengan kalimat-kalimat yang jelik dan keji. Lidah muslim indah, atau selamat dari kalimat-kalimat yang tidak senonoh. Dia mungkin tegas, keras amarannya, tinggi nadanya dan tajam kritikannya, tapi kalimat-kalimatnya itu terpilih; tidak lucah, tidak juga makian dan hamunan. Inilah yang Anas bin Malik ceritakan:

“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (riwayat al-Bukhari).

Mencerca atau memaki hamun orang lain dalam sesuatu majlis adalah perkara yang tidak baik. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir:
bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.

Barat

Di Barat ini walaupun tidak dinafikan ada kesopanannya terutama dalam pengurusan rasmi, namun vulgar language atau bahasa tidak senonoh sudah sebati dalam kehidupan harian mereka. Kalimat f*ck sentiasa di bibir. Di mana sahaja kita dengar mereka bersembang, biasanya perkataan itu akan terbit. Filem mereka, komedi mereka dan segala seni mereka akan diselitkan kalimat-kalimat jelik seperti itu.

Stand-up comedy di sini antara yang dapat sambutan hebat. Ramai yang terkenal dan kaya raya dengan idea-idea lawak mereka. Ada banyak siaran khusus untuk stand-up comedy ini. Namun kesemua lawak tidak terlepas dari perkataan kotor, lucah dan cerita lucah. Makian juga menjadi modal lawak yang mendapat tepukan gemuruh. Tuhan, agama, Jesus, orang politik dan ramai lagi menjadi mangsa maki-hamun yang melucukan pendengar.

Budaya lucah mendapat pasaran dalam masyarakat mereka. Penyanyi seperti Lady Gaga dengan segala kelucahannya mendapat tempat yang hebat. China telah senarai hitam Lady Gaga dan Katy Perry yang menjadi pujaan ramai di Barat, bahkan di pelbagai negara lain juga. Shanghai Baby novel karya Wei Hui, yang meriwayatkan kisah peribadinya yang bercampur lucah, yang telah dibakar sebanyak 40,000 naskah secara terbuka di China, tapi menjadi ‘the international bestseller’ di Barat.

Banyak nilai yang berbeza yang menyerap ke dalam kehidupan masyarakat Barat. Bayangkan apabila budaya ini berterusan dan setiap anak yang lahir dalam masyarakat ini sudah terbiasa demikian rupa. Cumanya, di atas pentas ilmu atau akademik, nampaknya bahasa mereka masih terkawal dan molek.

Lunak Dan Tegas

Saya teringat hadis apabila sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’. Nabi s.a.w menjawab ‘wa alaikum’ sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu.

Nabi s.a.w bersabda:
“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”. Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikian halusnya contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Jawapan ‘wa ‘alaikum’ juga satu tindak balas atas kebiadapan yahudi, namun ia bebas dari perkataan yang buruk dan keji. Kita tidak pernah menafikan bahawa Nabi s.a.w pernah bertegas dan tinggi nada suara baginda terutama ketika berkhutbah. Namun, baginda tidak memaki hamun atau melaknat orang lain, apatah lagi sesama muslim.

Malanglah jika ada yang memaki hamun orang lain lalu menyandarkan kepada Nabi s.a.w. Bertegas, tinggi nada ucapan, keras amaran tidak sama dengan mengeluarkan perkataan yang buruk dan jelek kepada orang lain. Kata Jabir r.a:
“Nabi ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya, keras marahnya, seakan baginda sedang member amaran tentang bahaya kedatangan tentera musuh” (riwayat Muslim).

Ini pun mengikut isu yang Nabi s.a.w perkatakan. Ada pelbagai riwayat tentang khutbah baginda.
Ada pula pihak yang apabila mereka memaki hamun orang lain, dia berkata: saya tiru Saidina Umar. Aduhai, nampak buruk khalifah yang mulia itu apabila menjelma dalam tindakannya. Ya, banyak riwayat menunjukkan sikap tegas dan keras Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab, namun bukan bererti dia memaki hamun.

Ada beberapa perbezaan antara beliau dengan kita semua, beliau khalifah yang ada kuasa untuk menghukum rakyat bawahan seperti memukul bagi yang melanggar kesalahan. Sedang kita tiada hak tersebut. Dimensi zaman juga tidak sama, ketika itu tindakan beliau dianggap serasi dengan cara kehidupan di zaman itu. Di zaman kita, tidak perlulah seorang perdana menteri atau presiden negara membawa tongkat memukul rakyat yang melanggar peraturan jalanraya atau seumpamanya. Undang-undang yang detil sudah wujud, mahkamah dan pihak berkuasa berperanan sepenuhnya. Itu lebih dihormati di zaman ini.

Depan Khalayak

Di sana pula ada perbezaan antara ucapan di khalayak umum dan perbualan peribadi. Ucapan buruk di khalayak umum adalah satu kempen secara langsung atau tidak kepada budaya negatif. Tidak sama dengan ‘bersembang biasa’. Walaupun keduanya perlu berakhlak, namun yang dibuat depan khalayak kesan buruknya lebih besar.

Kita tidak temui dalam khutbah para khulafa’ dan insan-insan terhormat menggunakan kalimat-kalimat makian dan hamunan. Firman Allah: (maksudnya)
“dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini:
“Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

Emosi

Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan setiap kita ada emosi. Kadang-kala terlepas cakap, terkasar bahasa dan tersalah bicara. Namun, itu tidak boleh menjadi budaya lidah. Jika berlaku, ia wajar dikuti dengan penyesalan dalam diri dan memohon yang lebih baik dari Allah. Nabi s.a.w pernah berkata tentang diri baginda:
“Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti” (riwayat Muslim).

Jika seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal kawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali berucap atau sering kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah macam lelaki Ansar yang Nabi s.a.w tegur dalam majlis tersebut.

Menjadi lebih rosak jika seperti di Barat ini, perkataan buruk dan hodoh itu menjadi satu lawak jenaka yang mendapat sambutan yang gemuruh. Ini mungkin disebabkan jiwa mereka kosong lalu mereka ingin pengisian. Mereka rasa lawak jenaka kasar itu mengubat kekosongan jiwa. Demikian mereka tersalah mengenai rohani insani. Demikian juga ada muslim yang tersilap apabila merasakan duduk mendengar lawak yang bercampur kebiadaban itu sesuatu yang mengisi kekosongan jiwa.

Yang baik tidak sama dengan yang buruk. Allah mengingatkan kita: (maksudnya)
“dan tidaklah sama antara yang baik dan yang jahat. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau buat demikian maka orang ada permusuhan terhadapmu, seolah-olah menjadi seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang mempunyai kedudukan yang besar (dunia dan akhirat). (Fussilat: 34-35)

Kita semua rindu ingin mengikuti ajaran al-Quran. Kita tahu kita sering gagal, namun kita tetap menyatakan yang teragung itu adalah panduan al-Quran. Kita cuba sedayanya. Jangan apabila kita melakukan yang sebaliknya, kita justifikasikan tindakan kita sehingga menafikan keunggulan al-Quran. Jangan pula kita jadi seperti sesetengah yang berkata ‘puak yang menentang kita pun teruk, kita balas la’. Mengapakah kita jadikan musuh yang kita rasa tersasar dari landasan yang betul sebagai piawaian yang menjadi panduan dalam tindakan?!

Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yang jelek akan menimbulkan kekerasan dalam perasaan dan nurani. Diriku dan sahabat sekelian, mari kita cari perkataan yang lebih molek dalam berinteraksi antara kita.


sumber: email.

~>>Manusia seperti mama nih lemah.. mmg selalu sgt mengikut emosi.. melepaskan kemarahan melalui twitter, fb atau pun cara direct.. tanpa sedar bahasa sudah seperti org tidak waras.. Insyaallah cuba perbaiki lagi.. ayat2 seperti di twitter, fb boleh lagi didelete tp ayat yg masuk menusuk sehati secara direct tak mungkin senang didelete... Maafkan jika pernah menyakitkan hati2 anda semua...



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, February 3, 2012

**Santapan Jiwa**




Apabila mengharapkan orang untuk berkelakuan baik kepada kita, kita  akan  kecewa. 
Namun apabila kita berkelakuan baik kepada
orang, Insya-Allah kita akan bahagia.

Memang kita banyak rancangan, memang kita ada pengalaman dan memang kita tahu apa ingin kita lakukan
tetapi seandainya perbuatan  itu  bertentangan  dengan garis panduan yang telah Allah tetapkan,
siapalah kita untuk mengaku bahawa kita masih berada  di pihak  yang  benar? 
Buatlah apa saja, rancanganlah apapun  tetapi  jika  ia  berbeza  dengan  peraturan Allah,
maka pilihlah peraturan Allah.

Apa  yang  kita lakukan sepanjang hidup adalah penentu kehidupan kekal abadi kita di akhirat kelak.
Jadi adakalanya kita perlu bertanya kepada  diri,
“Apakah perkara  yang  aku  lakukan  sekarang  paling
perlu aku lakukan sekarang?”

Siapa  yang  mempunyai impian dan berusaha mencapainya tidak akan pernah 
gagal melainkan hanya akan melalui beberapa fasa ‘belum berjaya’.
Gagal hanyalah untuk mereka yang berputus asa.

Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup  kita  sekeluarga. 
Namun  kita  tidak  boleh  bersangka buruk.
Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk
memusnahkan  hidup  kita,  berusahalah  untuk menjauhkandiri dari mereka.
Dan berdoalah supaya mereka menjadi orang yang terbaik.


Sumber: copy_paste email mama.


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, January 27, 2012

Do'a - something to share!


Salam jumaat semua..

Kat bawa nih mama kongsikan email dr teman... benar2 menyentuh hati mama.. sama2 berdoa utk semua orang tersayang ye.. doakan mama juga ye...

Bercakap fasal doa,

saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.


Sumber: copy_paste dari email.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, January 20, 2012

Tutuplah aurat



Nabi saw. bersabda, "Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya". (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh." (HR Muslim)

Menutup aurat adalah perintah Allah.

Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Sumber: email.


~>Ingatan buat muslimin semua..



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, December 23, 2011

86400 saat dalam sehari




86400 saat dalam sehari



Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana
Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar
tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat
hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya,
pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan
tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci
pada orang lain atas sikapnya ingatlah
Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya
kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya
 kerana Dia selalu bersamamu
dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman,
ingatlah Allah ada bersamamu,
berkomunikasilah dengan-Nya dengan
 mengadu yang kau sunyi
Jika kau merasa kosong,
pintalah pada-Nya agar dikurniakan
pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak hargai,
dicintai dan dikasihi,
ingatlah Allah sentiasa menyayangimu
kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin,
kau pintalah kekayaan daripada-Nya
sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan
tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau
keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat,
ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu
 untuk berbicara dengan-Nya
sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya,
hanya sibuk dengan kerja harianmu

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang"
Ar Raad: 28


sumber: email.

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, December 16, 2011

Siapakah Siti Khadijah (ra)?





1 - Siapakah Siti Khadijah (ra)?




  • Nasab dan Kelahiran Beliau
    • Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.  
    • Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.
    • Di lahirkan di kota Mekkah 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.
  • Latarbelakang Keluarga dan Pernikahan Beliau
    • Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.
    • Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al Hajar Al Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba’ dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba’ tersebut.
    • Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.
    • Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra). Siti Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-
      • Atiq bin Abid bin Abdullah Al Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.
      • Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.
  • Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau
    • Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-
      • Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40'an.
      • Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.
    • Dengan demikian Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).
  • Gelaran-Gelaran Siti Khadijah (ra)
    • Adapun gelaran yang di sandang oleh Siti Khadijah (ra) adalah:
      •  Gelaran sebelum menikah dengan Nabi (SAW):
        • Pertama: Al – Thahirah (yang suci)
          • Beliau meraih gelaran itu di sebabkan: Beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga-peniaga kaum lelaki, di dalam keadaan beliau sebagai seorang saudagar yang sukses yang umumnya akan banyak berinteraksi dengan para saudagar-saudagar dari kalangan kaum lelaki. Akan tetapi beliau menghantarkan orang kepercayaannya, seperti Hakim bin Hizam ataupun Maisarah.
          • Beliau tidak suka bergaul dengan wanita-wanita yang suka menghabiskan masanya dalam kelalaian, seperti dalam majlis tari-tarian, atau nyanyian, dan lain-lain. Walaupun Mekkah pada saat itu di penuhi dengan tempat-tempat seperti itu.
        • Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraish (puteri Quraish)
          • Gelaran ini di raih disebabkan oleh kerana keluhuran akhlaknya, dan ketinggian martabatnya, serta kemuliaan marwahnya. Kerana beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimilikinya, beliau banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin, disamping banyak memanfaatkan peluang untuk berguru kepada Waraqah bin Naufal.
      • Gelaran setelah menikah dengan Nabi (SAW)
        • Siti Khadijah (ra) dikenal sebagai seorang wanita yang memiliki pandangan tajam dan firasat yang benar. Beliau mendengar kejujuran dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah (SAW), beliau memintanya untuk membawa perniagaanya ke negeri Syam bersama Maisarah pembantu setia Siti Khadijah (ra).
        • Setelah melihat akan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad (SAW) yang tidak pernah beliau melihatnya pada lelaki-lelaki lain, maka beliau memberanikan diri untuk meminangnya melalui sahabat karibnya bernama Nafisah, maka berlangsunglah pernikahan itu.
        • Siti Khadijah (ra) mendapat 6 cahaya mata dalam perkahwinan ini:-
          • Qasim
          • Abdullah (yang digelari Al Tayyib – yang baik)
          • Zainab
          • Ruqayyah
          • Ummu Kaltsum dan
          • Fathimah Al-Zahra.
        • Gelaran yang di raih oleh Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW) adalah:-
          • Pertama: Ummul Mukminin
            • Nabi adalah lebih di utamakan dari kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (Surah Al Ahzab, Ayat 6)
          • Kedua: Sayyidah Nisa' Al 'Alamin
            • Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW), Asiah isteri fir’aun.
          • Ketiga: Sayyidah Nisa' Ahli Al Jannah
            • Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Rasulullah (SAW) membuat 4 garisan, seraya berkata: Tahukah apakah apa ini?Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Nabi (SAW) bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad (SAW), Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meridoi mereka semua. (Bukhari)

  • Kewafatan Siti Khadijah (ra)

    • Terdapat banyak pandangan tentang tahun ataupun bulan kewafatan Siti Khadijah (ra), tetapi yang di sepakati oleh ahli sirah adalah beliau meninggal dunia sebelum hijrah.
    • Imam Ibnu Katsir menukil sebuah riwayat bahawa, ketika Siti Khadijah (ra) sakit, beliau di dampingi oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda: Sungguh aku sedih melihat rintihanmu wahai Khadijah! Tetapi Allah SWT akan menjadikan kebaikan yang besar di dalam kesakitan yang engkau alami ini. Tahukah kamu, kalau Allah SWT akan mengahwinkan kamu denganku di syurga nanti.
    • Maka Siti Khadijah (ra) senang, lalu meninggal dunia. Jenazah Siti Khadijah (ra) dikebumikan di Mekkah, di kawasan Al Hijjun atau perkuburan Al Ma'la.
2 - Mengapa Siti Khadijah (ra) Harus Dicintai dan Diteladani?



  • Setiap orang yang beriman laki-laki dan perempuan adalah bersaudara, sebagai saudara dalam iman, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mencintai untuk memenuhi tuntutan iman.
  • Rasulullah (SAW) bersabda, 'Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri'. (teks arab yang berkaitan tidak dapat diterbitkan disini atas sebab-sebab teknikal - Admin)
  • Erti kecintaan disini adalah kecintaan dalam kebaikan, yakni: sebagaimana kita suka untuk mendapat kebaikan untuk diri kita, demikian juga untuk saudara kita dan sebagaimana kita tidak suka akan keburukan menimpa kita, demikian juga ke atas saudara kita.
  • Mencintai orang-orang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaatnya berbandingkan kecintaan kepada orang-orang yang beriman biasa.
    • 'Aku cinta para solihin walaupun aku bukan dari golongan mereka, dengan harapan agar mendapat syafa'at dengan mencintai mereka. Aku tidak suka sesiapa yang perbuatannya itu bermaksiat, walaupun kita ini juga berbuat maksiat'
  • Maka dengan mukaddimah sedikit tentang kecintaan dan pembahagiannya, kita dapat memahami semakin tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, semakin bermakna erti kecintaan kepada mereka. Dengan demikian, mencintai Siti Khadijah (ra) lebih dituntut disebabkan:
    • Pertama:
      • Beliau wanita solehah yang dicintai Allah serta mendapat salam khusus dariNya, maka mencintai orang yang dicintai Allah adalah satu ibadah dalam mentaati perintah Allah Ta'ala.
      • Rasulullah (SAW) bersabda, 'Sesungguhnya Allah Ta'ala bilamana suka kepada seseorang hamba, maka Dia akan menyeru kepada Jibril: 'Wahai Jibril! Sesungguhnya Allah suka kepada fulan bin fulan maka cintailah dia', maka dicintai oleh Jibril. Lalu kemudian Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit: 'Bahawa Allah cinta kepada fulan bin fulan', maka ia akan dicintai oleh penghuni langit, lalu kemudian akan diletakkan tanda qabulnya kepada penghuni bumi' - Riwayat Imam Bukhari.
    • Kedua:
      • Beliau wanita yang sangat dicintai Rasulullah (SAW). Mencintai beliau untuk mendapat kecintaan Rasulullah (SAW).
      • Dari Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.
      • Dari Aisyah (ra) juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: 'Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)'. Maka pada suatu hari aku membuat Baginda (SAW) marah, aku berkata: 'Khadijah!' (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: 'Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya'.
      • Imam Nawawi (ra) berkata: Hadis ini menunjukkan isyarat bahawa mencintai Siti Khadijah (ra) akan mendapat fadhilat dikeranakan mencintai orang yang dicintai Rasulullah (SAW) - Kitab syarah Muslim.
    • Ketiga:
      • Beliau (ra) adalah keluarga Rasulullah SAW yang wajib dicintai
      • 'Katakanlah (wahai Muhammad)! 'Aku tidak meminta kepadamu (wahai umatku) apa-apa balasan kecuali kecintaan kepada ahli keluargaku' - Ayat 23, Surah Asy-Syura
    • Keempat:
      • Beliau wanita yang pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya. Kerana Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW), beliau memberikan seluruh hartanya demi perjuangan dakwah Baginda.
      • Dan engkau didapatiNya sebagai seorang miskin, lalu diberinya kekayaan - Ad Dhuha, Ayat 8
      • Imam Al Alusi berkata: Maksud ayat 'diberi kekayaan' iaitu dengan harta Siti Khadijah (ra).
    • Kelima:
      • Sebab beliau (ra) wanita pilihan yang diberi hidayah oleh Allah, dan kita diperintah untuk meneladani orang-orang yang mendapat hidayah.
      • Mereka adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka hendaklah kamu mengikutinya - Surah Al Anam, Ayat 90.
    • Keenam:
      • Beliau (ra) wanita yang cintakan akan nilai-nilai murni yang terpahat dalam hatinya sebelum dan apatah lagi setelah memeluk Islam.
    • Ketujuh:
      • Nabi (SAW) memilih beliau (ra) sebagai contoh teladan kepada ummatnya, terutama kaum wanita.
      • Sabda Baginda (SAW): Cukup bagimu dari pada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW) dan Asiah isteri Fir’aun.
3 - Siapakah Siti Khadijah (ra) Di Hati Rasulullah (SAW)?


  • Tidak sesiapapun yang mampu menjawab soalan ini kecuali tuan empunya hati, yaitu Rasulullah (SAW), tetapi apa yang akan saya ketengahkan di bawah ini adalah sedikit dari suara hati Baginda Rasulullah (SAW) ketika mengungkapkan akan kedudukannya, yakni Siti Khadijah (ra), di hati baginda Rasulullah (SAW):-
    • Pertama:
      •  Siti Aisyah (ra) berkata: Rasulullah (SAW) hampir setiap kali keluar rumah menyebut nama Khadijah (ra) dan memujinya. Pada suatu hari aku dengan perasaan cemburu aku berkata: "Dia itu (Khadijah) tidak lebih hanya seorang wanita tua, dan Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik darinya", maka Baginda (SAW) marah seraya bersabda: "Demi Allah! Allah tidak menggantikan untukku yang lebih baik darinya, Khadijah (ra) beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa, dan Allah memberikan untukku dzuriyat darinya yang tidak ada pada yang lain" - Riwayat Ahmad dan Thabrani.
    • Kedua:
      • Dari Aisyah (ra) ia berkata: "Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya". Lalu ia berkata lagi: "Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda:"Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)". Pada suatu hari aku membuat Baginda marah, aku berkata: "Khadijah!" (dengan ungkapan tidak suka), maka Nabi (SAW) bersabda: "Aku telah di anugerahkan kecintaan kepadanya".
    • Ketiga:
      • Diriwayatkan oleh Siti Aisyah (ra), katanya: "Ketika para tawanan perang Badar di bebaskan dengan tebusan, Siti Zainab (ra), puteri Rasulullah (SAW) menghantarkan kalung (pemberian Siti Khadijah (ra) pada hari perkahwinannya) sebagai terbusan suaminya (Abu Al-‘aash ibn Al-Rabi’), maka Rasulullah (SAW) ketika melihat kalung itu tersentuh hatinya, lalu meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskannya tanpa tebusan, lalu mengembalikan kalung tersebut, maka mereka bersetuju, lalu ia di bebaskan".
4 - Keutamaan Siti Khadijah (ra)

  • Pertama:
    • Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ketika Jibril (as) datang kepada Nabi (SAW), dia berkata: "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan".
  • Kedua:
    • Jibril (as) menyampaikan salam itu kepada Rasulullah (SAW) seraya berkata kepada Baginda: 'Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya'. Kemudian Rasulullah (SAW) bersabda : 'Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu'. Maka Khadijah (ra) menjawab : 'Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)'.

Nukilan: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


**Kiriman email dr teman.. Sekadar copy paste utk berkongsi..:)
Panjang artikel nih.. tp rasanya harus/wajib kita mengenal isteri kesayangan nabi kita kannn.






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Friday, December 2, 2011

Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi







Salam pagi jumaat semua....

Jum sama2 baca nih... mama copy paste dr email utk sama2 menghayati dan memahami erti sebenar dalam keikhlasan memberi...
  

Alunan ayat al-Quran dibiarkan beralun dalam bilik Muhammad. Helaian buku Physiologi di buka satu persatu. Membaca dan terus membaca. Meniti untaian fakta dengan teliti. Namun, semuanya jadi serba tidak kena. Baca sahaja sudah berulang kali banyaknya. Tetapi masih belum dapat kuasai dan ingat fakta-fakta penting dalam buku itu.
" Ya Allah, ini mesti ada sesuatu yang tidak kena ini. Ya Allah, permudahkanlah aku untuk memahami dan mengingati fakta-fakta ini." Keluh Muhammad.
Lantas, dia berwhuduk. Sejadah dihampar. Kala gelap malam itu, dia bermunajat kepada Allah S.W.T. Menangis meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan selama ini. Bertaubat. Dia tahu, kerana maksiatlah, hatinya jadi tak tenteram. Hitam.
Bagaimana ilmu yang suci itu mahu menerjah masuk ke lubuk hatinya jika tidak dahulu dibersihkan?
Terdengar rintihannya meminta kepada sang Khaliq untuk memberi kepada dia kefaqihan dalam ilmu Agama dan kefaqihan dalam ilmu Perubatan. Muhammad merintih bersungguh-sungguh.
Baru sahaja Muhammad pergi menziarah makam Imam as-Syafie dan Imam Waqiq. Dia terkenangkan kisah Imam as-Syafie yang sukar untuk mengingat pada satu ketika, lantas mengadu kepada gurunya, Imam Waqiq. Mudah sahaja jawapan guru Imam as-Syafie, ilmu itu tak boleh menembusi hati yang wujud palitan maksiat.
Sebelum itu, Imam as-Syafie telah terlihat betis seorang wanita di pasar. Baru beliau ingat. Allah... Sucinya hati mereka. Hebat. Jika terlihat macam itu pun sudah boleh memberi kesan terhadap hati kita, apatah lagi jika sudah banyak kali.
Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda:
"Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan "ar-raan" yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya), 'Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka'." ( HR. At Tirmidzi no. 3334, Ibnu Majah no. 4244, Ibnu Hibban (7/27) dan Ahmad (2/297). At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan.)
Usai sahaja bermunajat, Muhammad terus switch on laptop ASUS N53SVnya. Tanpa difikirkan lain, dia terus menelefon mamanya melalui internet. Begitulah Muhammad, tatkala susah, pasti dia akan telefon ibunya. Meminta agar ibunya doakannya. Meminta kata-kata semangat daripada ibunya.
Tidak kurang juga tips-tips berguna. Walaupun ibu bapanya bukanlah orang hebat, hanya guru biasa, nasihat mereka sangat berharga. Berlainan dengan kawan-kawannya yang lain di Malaysia, segelintirnya lebih suka mengadu kepada 'awek' masing-masing. Peluang itu juga digunakan untuk melepaskan rindu yang terbuku. Walau jauh di lain benua, namun mereka tetap istimewa.
Muhammad meneruskan aktiviti studynya kembali. Terus diniatkan kerana Allah S.W.T. Kerana dia percaya, studynya bakal jadi indah, jika dihiasi niatnya kerana Allah S.W.T. Diulang kembali apa yang tidak difahami. Di teliti kembali fakta-fakta yang tertangguh sebentar tadi.
Ya Allah, sungguh mudah kali ini. Lebih mudah dari tadi. Alhamdulillah. Hatinya rasa lapang. Syukur ke hadrat Ilahi. Kawan-kawan di sekitarnya juga kerap menolongnya. Syukurlah.
"Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi"
Sungguh benar kata-kata itu. Baru kini Muhammad menyelami maksudnya. Memberi tanpa keikhlasan, ibarat tiada apa-apa. Mungkin mendapat pujian, tetapi ianya tidaklah seindah pemberian yang di debungai dengan keikhlasan kerana Allah S.W.T.
Andai kita tidak pernah memberi, bagaimana kita akan dapat merasai kelazatannya? Berilah apa sahaja yang termampu.
Setakat di bumi Mesir ini, Muhammad berhajat mahu menerjah ke lembah ilmu sepenuhnya. Pernah dia ditawarkan untuk memegang biro itu dan ini, AJK persatuan itu dan ini.
Namun, setelah hatinya menimbang kembali, nyata dia lebih rela meletakkan dan menumpukan seluruh jiwa raganya setakat ini khas buat 'kekasih' idamannya yang bernama Ilmu.
Sehandal mana pun softskill yang kita ada, namun jika masih kegersangan ilmu, tiada gunanya juga. Bagimana hendak memberi, jika diri sendiri masih belum terisi?
Lagipun, tujuan utamanya ke Lembah Nil ini, sememangnya ingin mengutip mutiara-mutiara ilmu di sini. Jadi, tidak perlulah memberi melalui medium-medium seperti itu. Belum lagi sesuai, katanya. Bukankah 'memberi' masa kita untuk menuntut ilmu juga di ketegorikan sebagai 'memberi'?
Namun dia tidak pernah menghalang orang lain untuk 'memberi' melalui medium-medium seperti itu.
Percayalah, jangan jemu untuk memberi. Walaupun ia hanya segenih ( LE 1.00 ) kepada si peminta sedekah. Ia membawa jutaan kejutan yang tidak kita sangkakan, insya-Allah. Rasailah sendiri.

**Moga2 beroleh kelazatan hidup didunia dan akhirat...^_^

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Friday, November 25, 2011

Nikmat Sihat | Kasih sayang Allah pada kita

Ingat Nak, Bila Kamu Tidak Sholat. Diakhirat Ibu Akan Disiksa

By: M. Agus Syafii


Air matanya mengalir teringat pesan ibunda tercinta, "Ingat Nak, Bila Kamu Tidak Sholat. Diakhirat Ibu Akan Disiksa."

Disaat kenyataan pahit menghempas hidupnya. Usahanya dibidang pertanian dan makanan. Gagal panen karena faktor alam membuatnya harus mengalami kerugian milyaran rupiah. Disaat itu dirinya benar-benar minus, bila dihitung antara aset dan hutang, lebih banyak hutangnya.

Sejak peristiwa itu seakan membuatnya terasa tertohok, menerima sebuah pukulan yang cukup telak membuat tubuhnya terhuyung-huyung limbung dan sampai akhirnya jatuh sakit. Perusahaan yang hampir kolaps dan sakit yang dideritanya  telah menyadarkan dirinya, sehebat apapun manusia berencana pada akhirnya Allahlah yang menentukan.

Dalam hatinya menjerit. 'Ya Allah, apa yang salah dariku? Perusahaanku hampir hancur, malah Engkau berikan aku sakit?' Air matanya mengalir. Ditengah istri dan anak-anaknya tertidur lelap. Tak kuasa menahan perih dihatinya. Terasa begitu sakit yang luar biasa dideritanya.

Dalam kesendirian dirinya merenung, selama ini betapa dirinya telah jauh dari Allah. Keyakinan terhadap diri sendiri telah membuatnya mengabaikan peran Allah dalam keberhasilan usahanya. Ibadah seperti sholat, zakat, puasa dan shodaqoh tidak pernah dilakukannya. Teringat pesan ibunda tercinta sewaktu masih duduk dibangku SMP agar jangan pernah meninggalkan sholat. "Ingat Nak, Bila Kamu Tidak Sholat. Diakhirat Ibu Akan Disiksa, karena kamu tidak pernah berdoa untuk Ibu.'

Baju basah tergenang air mata kerinduan kepada ibunda. Telah sekian tahun berlalu, sholat tidak pernah dikerjakan, tenggelam dalam mengejar impian. tergambar jelas begitu menggebu-gebu dirinya, siang malam bekerja merintis usahanya.  Istri dan anak-anaknya bahkan telah kehilangan figur dirinya sebagai suami dan ayah yang baik. 'Ampunilah hambaMu ini, Ya Allah..' Ucapnya lirih tak terdengar. Cubitan Allah itu telah menyadarkannya segera bangkit. Kehadirannya di Rumah Amalia untuk berbagi dengan harapan mendapatkan keridhaan Allah bagi diriya dan keluarga.

Beberapa hari kemudian sakitnya sembuh. Seolah mendapatkan kekuatan besar untuk mengurus kembali usaha yang telah dirintis selamanya ini. Geliat perkembangan perusahaan pertanian dan makanan, tumbuh pesat tidak pernah disangkanya. Ia yakin semua itu adalah kehendak Allah dan hal itu membuat dirinya, istri dan anak-anaknya tidak lupa diri malah semakin dekat dengan Allah untuk menggapai keridhaanNya. Ibadah sholat ditunaikan mendatangkan kebahagiaan dan ketenteraman bagi kehidupan rumah tangganya. Subhanallah.



**Mama dpt email ni dr teman... disaat mama terlantar sakit sendirian semalam.. mama terkesan ngan kata2nyer.. harap bukan hanya sakit membuatkan mama insaf atau sadar.. harap bukan niat hanya utk kembali sihat aku mengingatiMU... harapan agar semua manusia sedar dari terus lalai... subhanallah..


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Friday, October 28, 2011

Akibat Isteri Yang Membayar Kahwin (Dowry) Di India - Isteri di Kongsi


Salam alaik,

Bagi yang begitu terpengaruh dan asyik dengan cerita Hindi sehingga memperbesar-besarkan India, saya ingin utarakan salahsatu budaya yang sangat penting di sana. Jangan mudah sanjung sesiapapun tanpa pengetahuan  lebih mendalam.

Saya ingin ketengahkan akibat budaya yang mewajibkan wanita membayar dowry ( mas kahwin ) kepada keluarga suami seperti yang diamalkan di India.

1. Kelahiran anak perempuan dianggap sebagai celaka - sehinggakan ramai di kalangan wanita Hindu dinamakan Na-Kusa atau Na-Kushi yang bermakna "Tidak DiKehendaki". ( baca di sini http://news.yahoo.com/285-indian-girls-shed-unwanted-names-122551876.html ).
2. Seramai 10 juta bayi perempuan baru lahir dibunuh oleh keluarga miskin, kaya mahupun terpelajar. Walaupun banyak peningkatan dari segi akademik, namun BUDAYA BURUK INI MENGATASI AKAL MEREKA. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html 

3. Oleh itu, kerajaan India telah mengharamkan Ultra-sound untuk melihat jantina bai dalam kandungan. Namun begitu, masalah pembunuhan bayi perempuan masih berleluasa. ............ Budaya ini begitu kukuh ......... http://dieurope.com/articles/e-news/details/article/indian-state-considers-portable-ultrasound-ban/index.html

4. Akibatnya kini lebih ramai lelaki dari wanita. Nisbahnya kini ialah setiap 1,000 lelaki seramai 917 wanita. Pada tahun 2020 ia akan menjadi lebih buruk lagi. Banyak kawasan di India akan menghadapi kekurangan wanita sehingga 30%. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html )

5. Hasil budaya buruk ini adalah seperti berikut :
-> penculikan perempuan dari lokasi lain untuk dikahwinkan
-> penjualan anak-anak perempuan kepada sindiket
-> penjualan wanita-wanita Nepal dan Bangladesh sebagai hamba seks
-> kegiatan sindiket pelacuran meningkat di seluruh India
-> peningkatan penyakit kelamin dan kes HIV/AIDS
-> India di dalam kedudukan Nombor 2 di dunia yang mempunyai HIV paling ramai, iaitu 5 juta orang kini. http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/4055143.stm
-> isteri dipaksa menjadi hamba seks untuk adik-beradik suami ( baca di sini  http://news.yahoo.com/wife-sharing-haunts-indian-villages-girls-decline-083401584.html )

Pusingan Budaya Zalim ini sudahpun lengkap :

Budaya Wanita Bayar Mas Kahwin -> Di Anggap Celaka -> Di Bunuh -> Kekurangan Wanita -> Penculikan -> Pelacuran -> Peningkatan Penyakit Kelamin -> Isteri Menjadi Hamba Seks Keluarga Suami.

Hanya menanti ketibaan jutaan anak-anak yang sakit mental hasil perkongsian isteri. Belum ada data penyelidikan lagi.

Bersyukurlah :

-> Syukur dengan kedatangan Rasulullah yang membawa sejahtera dengan SunnahNya.
-> Syukur dengan hak Wanita Muslim yang telah dimartabatkan oleh Allah dan RasulNya.
-> Syukur kita masih lagi berbudaya Muslim, di mana Suami Membayar Mas Kahwin.


sumber: email.


**Besyukur dengan kurniaan Ilahi setakat yg ada sekarang nih.. Alhamdulillah..


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) Sampai jumpa lagi...


****************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...