Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, March 28, 2012

INFO : Kos bedah Mawar belum cukup

Kos bedah Mawar belum cukup
NORHASPIDA YATIM
26 Mac 2012



SHAH ALAM – Wang sebanyak RM35,000 bagi menanggung kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, masih belum mencukupi.

Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki berkata, beliau bimbang kerana sehingga kini, setelah empat hari berita mengenai anaknya disiarkan, bantuan diterima belum mencukupi dan masih banyak diperlukan.

“Saya berasa susah hati kerana setakat ini, jumlah terkumpul dalam tabung bantuan Mawar hanya RM457 sahaja. Walaupun begitu, masih ramai yang menelefon untuk bertanya khabar dan memberi nasihat.

“Kalau boleh, saya berharap agar ramai yang akan menghulurkan bantuan untuk membantu Mawar menjalani pembedahan. Sebagai bapa, saya sudah tidak sanggup lagi melihat anak saya menanggung kesakitan dan menderita setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Mawar diberi tempoh seminggu dan dijadualkan menjalani pembedahan minggu hadapan, malangnya, disebabkan kos pembedahan masih belum mencukupi, ianya terpaksa ditangguhkan.

Mawar memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.

Mawar pada awalnya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, malangnya, dua minggu kemudian dia sering menangis tanpa henti.

“Saya tidak tahu apa punca kepada penyakit Mawar ini, nak kata keturunan, tiada keturunan kami yang ada menghidap penyakit begitu.

“Lagipun, ketika scan jantina bayi dalam kandungan sebelum dilahirkan, Mawar didapati sihat dan tiada penyakit,” katanya.

Farid Alsuwad berkata, beliau merayu agar semua pihak yang mampu menghulurkan bantuan supaya dapat meringankan beban Mawar.

“Duit dalam simpanan saya tidak mencukupi dan tidak mempu untuk tanggung kos pembedahan Mawar. Tidak kiralah siapa yang mahu membantu, saya dan isteri begitu berharap dapat mengumpul wang dalam tempoh terdekat bagi meringankan derita Mawar,” katanya.


Sumber : email.


~Jom sama2 pakat tolong setakat yg mampu..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************



Bila MOODY buat apa..??

Salam..^___^

Hai kekawan.. sekarang mama seakan2 dlm ruang lingkup yg sukar sekali mama bernafas.
mmg boleh tersenyum tp rasa cam tak ikhlas je. asyik cari pasal je.

hahahaha. perem mmg gini eks.. stress semenjang. sedangkan takde benda pun nak kena stress. aduhai.

sakit kepala nih. macam2 nak fikir.

nak cool down. but still cannot.

so if uols moody uols buat benda eks..??

Eh.. ada tak kawan2 tertanya2 semalam kenape mama tak update blog eks.. hahaha. #perasan diva taklehblah.


me semlm di tegur 'dtg intiview ke cikgu..??'


~Ngah fikir2.. Ngah berkira2. Ngah menyakinkan diri. Nak kena buat keputusan dlm masa terdekat jugak nih. Mama nih kurang keyakinan diri. Takut nak ambik risiko. huhuhu~


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


Monday, March 26, 2012

Bermakna

sumber : twitter mama.




 
~ketahui la semua lelaki.. kami hanya kuat kerana ada mulut je.. ye ke..?? ada yg setuju..???~


membebel kerana itu aje yg difikirkan yg terbaik.




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


Langkawi - Day 3 Part 5

Salam..^_^

Hari tu, 17hb March 2012 ialah jatuh pada hari sabtu dan haritu ialah hari maman dilahirkan. hari mama dpt status sebagai ibu. Dah masuk enam tahun meh... sudah besar meh.. sudah boleh panggil abang meh.. :)


cuba kaver mulut tuh.. nmpk gigi takdo. hahaha


Malam sebelum, kami tunggu smpi kul 12mlm tepat dan sama2 wish happy berday kat maman. sweet kann.. dia senyum manis dan ckp terima kasih smbil hug all together. happy sweet moment. #Not so dramatic tp sipi2 la sikit.

Pagi2 siapkan apa yg patut. kami check out awal. Gi cari sarapan dan terus drive ke dataran helang. wajib gi situ tau. harus berphotogonik sikit2 situ. hahaha.


ensem tak saye..?? ensem kannnn..


bye langkawi. ada rezeki kami repeat lagi. hihihihi.
nmpk sgt muka mama ngah menahan gerun.. kannnn


tp so say. bag plastik yg kunun2 dijamin tak koyak, koyak jugak. nasib takde barang jatuh dlm laut. huhuhu.



Sepanjang percutian kami nih. mama syukur sgt. alhamdulillah. takde benda2 yg menyukarkan kami. smooth like a soap. eh.

Dah setel smpi kat kuala perlis tuh, ambik keta dan gerak ke kuala nerang. jejalan umah sepupu papa. diorg sibuk mengajak. so bila smpi utara nih, kami tawpau sekali melawat saudara. kalu dak tak smpi dah. hahaha.

Tidur semalam kat sana dan esok pagi (ahad) tolak balik puchong. alhamdulillah wlpun jln banyak keta tp takde terganggu sgt perjalanan kami. mungkin sebab tolak awal kot. maklum la hari isnin anak2 dah nak start sekolah kan. memasing mak bapak dah balik awal kot buat persiapan anak sekolah.


~Seronok menbahagiakan insan2 tersayang. nnt kita repeat lg eks. hehehe~


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)

****************************


Sunday, March 25, 2012

Gewe

Suatu ptg yg damai. Mata mengantuk tp bulatkan anak mata. Nak habiskan tgk rancangan nona gak.

Tiba-tiba,

Maman : gewe

Papa : aik.. Kau dah ada awek ke man. Lain macam kau nih.

Mama : pening la mama

Maman : eh.. Bukan la.. Nih la, dlm tipon mama nih ada msg gewe mama.. Hehe

Mama: yo la sgt man, mana ada org nak kat mama dah man..

Maman: ada la ma.. (Senyum manis)

Mama: ye ke..?? Hehehe sapa man..??
(Senyum dengan bersuara manis..#gedik kannnn)

Maman: tak tau nama apa je ma.. (Senyum manis lagi)


~lawak petang maman yg cukup manisssssss~


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 23, 2012

Langkawi - Day 2 part 4

Salam...^_^


Mama merasakan mama gigih mengudate entry psl jejalan kat langkawi nih. takut org buhsan tp fikir2 byk kali, korang anggap je la entry mama kena sawan update entry je la yek. org cuti2 luar negara pun takde entry berjela2, ber part2 bagai kannnnn.

ok sambung, harap korang layan eks..





bukti we were there. hehehe



Lepas kuar dr tmpt beras terbakar tuh. kami decide nak ke jeti. kami lari naik keta ke jeti utk beli tiket feri sambil cari makan. beli awal2 taknak beratur panjang. survey2 barang kat situ. hahaha. beli nan ado. ngak ado duit. hahahahahahaha.

Balik je terus balik hotel dan rehat2. sempat la dodo barang sejam dua. nikmat tak hengat. Sedar2 je papa ajak gi jejalan lagi ke pantai chenang. nak try makan kat restoran haji ramli. hehehe.

kami jejalan kat pantai. niat dihati taknak mandi sebab taknak berebut ngan mek2 dan mat2 saleh situ. kami tak cukup kain karang nak kaver muka kena gelak ngan depa2. hahaha. tp very sad.

Nape...?? hahaha.

masa jejalan tuh. singgah jap lepak2 kat pondok2 tepi pantai tuh. berborak lak ngan makcik yg dok tunggu cucu dia. syok2 punya borak, berkenalan org kata, cucu makcik tuh ajak maman main2 sesama. ckp nak main pasir je. tgk2 dah basah separuh badan. terpaksa la papa cr baju ganti kat kedai2 souviner. dah la takde air. harap air dlm botol yg ado kat dlm keta. hentam je la man. nasib kamu. hehehe


korang nampak tak... ???


takkan korang tak nmpk lak..

kecik sgt eks pic nih ye..

nih mama enlarge kan.



see



see



hehehe

jgn korang tgk yg lain sudah.. ahaks.


teringin nak tido sini lak... rasanya boleh ke..?? hehehe

sunset di pantai chenang. lawa kann.

budak yg sukasuki je main air....pastu bising2 takde baju. aduhai anak.


makan sini. mmg sedap. cuba la ye..:)


Lepas makan balik ke hotel. lepak2 dan turun ke pasar malam kat depan hotel. shopping apa yg patut dan balik kemas beg. esok dah nak balik dah.

Utk hari ketiga mama akan update esok eks.. kalu sempat la ye. tah2 next week mama update. hehehe



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

 ****************************


Langkawi - Day 2 Part 3

salam..^_^

Maafkan jika mama update entry nih slow motion sesangat. Busy uols. plus ngan ngak ada idea. huhuhu.

So jangan buang masa. sambung terus yeah.

ok. kami dok sini. dok mampu hotel mahal2. huhuhu

kami jadi model tak ditaja. hehehe

Kami sarapan kat kawasan situ2 gak. murah lak kami rasa. air teh tarik panas pun dia cas rm1 je. suka sgt. Pas sarapan kami meneruskan perjalanan nak naik kete kabel. banyak kali dok u-turn gak. hahaha. kami hanya berpandukan signboard yg nan ado gitu. gamaknya kat langkawi nih org target pelancong hanya akan mengunakan tourist guard je kot. aduhai. sian kami nan badjet ciput nih. hehehe.



last2 jumpa gak. hehehe

beli tiket dan beratur.
excited kann kami..

cantik. mujur maman tak gayat. hihi

bdk ni lagi excited. hehehe.


mama dia pun teringin nak lompat2 kegirangan tp malu. ramai sgt org. hahaha


ok. turun je dr kate kabel. anda akan ditawarkan gmbr dan bola kristal nih.
bukan free, sila bayar ye. tq.

hahaha. nih yg papa suruh ganti balik nih. nak cari sebijik sebotol katne eks. bertabah la telinga dok dengar perlian kasih syg papa buat mama. mama bkn sengaja ok.


sodih-sodih.. meh mama belanja naik keta kuda. ahaks.



masa naik bukit ke arah bukit mat cincang tuh, kami dah notice tmpt nih. cantik sekali. so masa turun kami singgah jap. memang sejuk mata memandang. cantik kan. subhanallah.

Mmg hanya mampu memuji. aman dan damai. tak terdaya kita nak mencipta sebegini cantik. berterima kasih diatas nikmat mata dan kesihatan, mampu jugak jejak tmpt yg cantik sebegini. kat malaysia lak tuh. bangga sungguh jadi rakyat malaysia. hihihi.

papa dan maman kembang idung bergaya ngan keta sewa. sian diorg. hahaha


amacam.. nmpk cam org kayo tak.. ahaks.

Ni tmpt kapal2 org kayo bertengek. kalu tak silap nama tmpt nih marina bay. org petronas punya.
#mama buat speku.

beras terbakar

rumah yg menarik perhatian mama. rasanya semua org yg tgk pun akan kagum. lawa giler la. =)


Kesah nak gi beras terbakar nih pun kelakar. bagi kami la. dah lalu dua kali kat situ tp disebabkan takde signboard kami tak berhenti la kannn. siap pusing lagi sekali. tanya org la jawabnya. kawasan beras terbakar tuh cam tempat org berniaga. dah sebab takde signboard maka mama ingat situ tmpt pasar tani je. hehehe


Kita stop utk entry nih sekejap. masih byk gmbr yg belum smpt nak edit. berat eks blog mama. banyak betul letak gmbr. cam la lawa gmbr mama. hahaha. will cotinue. just wait ok. but if kwn2 dah buhsan psl entry langkawi nih. tolong ckp ok. mama akan stop maklum la harus la mama mengikut kehendak peminat kannn.. #omg. badjet retis lak oiii... hahaha

luv u peminat2 ai.. puii.


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


Thursday, March 22, 2012

Langkawi - Day 1 part 2

Salam...^_^

Keadaan mama skrg agak kucar-kacir. Nih gara-gara bercuti. hehehe. banyak keja tengah urgent tp mama cuti lak kannn. hahaha. Nasib badan.

Bg yg belum tgk entry belum nih. sila la kesana link bawah ni ye.
Langkawi - Day 1 part 1

Ok. Sambung lagi. Mencecel panjang sikit. ada yg tak puas baca entry mama tak mencecel panjang. ahaks.

Papa datang ambik kami kat kfc. tak jalan terus masih lepak situ. Tunggu papa lunch dulu. Sian dia lapar. Lagipun kami nih masih blur lagi nak cari tmpt makan kat mana. Kompom banyak untung arr kfc aritu. Kebanyakan org yg turun dr feri terus mengurung kfc. maklum la dah waktu makan kan. ramai sungguh umat dtg berjalan kat langkawi. Bagus juga melawat negeri dlm negara sendiri. atleast boleh memajukan industri negara sendiri.

Lepas makan, jalan2 cari hotel yg mama dah tempah. seksa gak bagi yg tak biasa dengan jalan2 kat situ.. hotel mama tempah kat pekan kuah, jalan pandak mayah. so kami tanya org, pusing2 smpi dua tiga kali baru perasan nama jalan tuh. adeceh. dah 2kali dah lalu situ tp boleh tak nmpk.. hahaha. sian sungguh.

Terus check in. Mama sebenarnya gabra psl mama yg booking hotel tuh. takut hasilnya luar dari dijangkakan. kita hanya tengok dlm pic je so kompon la takleh nak imagine sgt keadaan dia kannn. tp alhamdulillah ok je. bilik berbaloi2 dengan harganya. hehehe. syukur sgt.

Masuk dan relax sambil betulkan urat2 yg longgar. mandi. solat. siap dan kuar. harus menghargai waktu. kami terus cari jalan nak ke makam mahsuri. papa mmg dah pernah dtg dilangkawi nih. so kira dah rasa kompiden sikit la. cuma dulu dia ikut rombongan cik kiah. dah lama dah. tp langkawi nih tak besar mana. pusing2 last2 akan jumpa pekan kuah juga. hehehe.


makam mahsuri


telaga mahsuri


mana lg cun.. me or mahsuri. ahaks. #pengsannnn






Balik dr makam mahsuri, kami ronda2 pantai chenang. tp tak singgah. balik hotel dan rest. lepas maghrib siap dan kuar lagi cari makan. kami makan kat depan pada dataran helang. balik makan kami ronda2 lagi. balik hotel. Rupanya hadapan hotel kami mmg ada pasar malam tiap2 malam. so bershopping sikit2 kat situ. masuk kedai haji ismail. beli coklat sikit. kami mmg dok dekat sgt ngan kedai2 jual minyak wangi, kedai haji ismail (brgan pinggan mangkuk, coklat dan mcm2 lg). kedai2 selain haji ismail pun berlambak2 jual barang pinggan mangkuk. mmg betul la langkawi nih terkenal dengan tmpt shopping barangan kaca/hiasan rumah/dapur.

Nnt mama update entry utk hari seterusnya ye. hehehe. Harap kawan2 tak boring. panjang eks entry mama nih, cam org lain tak pernah gi langkawi kannn. hahaha.




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


 ****************************


Wednesday, March 21, 2012

Perhatian | Jalan Tutup dr 21 March (ptg) smpi 25 March (ahad)

21 Mac, 2012 16:13 PM
Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Sempena Hari Polis Ke-205

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup bermula petang ini sehingga awal pagi Ahad bersempena raptai dan sambutan Hari Polis ke-205.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor dalam satu kenyataan Rabu berkata jalan berkenaan akan ditutup mulai 6 petang hingga 12 tengah malam Jumaat untuk raptai manakala untuk sambutan Hari Polis Sabtu ini pula penutupan jalan bermula 3 petang hingga 2 pagi Ahad.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Kinabalu ke laluan susur ke Bukit Aman, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Hang Kasturi/Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn/Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka.

-- BERNAMA


sumber : email.


~Kena keluar awal atau pandai2 cr jalan yg lebih aman dr jem mulai esok.. huhuhu..~



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************



SPM

Salam..^__^

Sapa ada adik ambik spm thn nih??.. skrg adik mama ngah berdebar2 nak tau result dia. Td dah call tp dia belum gi ambik lagi. katanya result tak smpi lg. lambat kot maklum la sekolah pendalaman kann.

Cakap ngan tok ma. tanya perasaan dia. tokma ckp tokma redha je. rezeki memasing.

Kepochi kannn.. sedangkan dulu sikit punya marah kalu org nak tau result kita. hehehe.

berdoa saje la bila sudah berusaha. pic frm google.

Buat adikku, Amirul husni. Kalu tak mampu terbaik, jadi insan terbaik buat ma dan abah pun dah ok. Kejayaan dlm spm bukan penentu segala kejayaan didunia dan akhirat. Insyaallah. Laluan kehidupan setiap insan tak sama. Minta2 jadi org berguna sudah.



~Cepat masa berlalu, masih lagi teringat2, bawa dia gi kb, seret kehulu kehilir hanya kerana nak jumpa 'buah hati' masa tuh. ahaks.
Sweet memory.~



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


 ****************************


WW | Hatiku pecah bersamanya

last pic before jatuh dan pecah berderai.
huhuhu..
papa suruh ganti.
teringin sekali terbang mencari gantinya tp tiada sama kannn.




~Gara2 mama yg cuai atau mungkin takdir 'benda' ini hanya sekejap je ngan kami..~



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


Tuesday, March 20, 2012

Langkawi Island - Pemata Kedah

Salam..^_^

Sure ramai org kedah bangga ngan langkawi kann.. mmg tempat percutian yg menarik. Syok sangat. hewhew.

Kami bertolak dr puchong dlm kul 6pg. Tolak awal utk pastikan kami ada masa yg cukup jika kami tersesat.. Maklum la first time gi belah utara dengan drive sendiri. Kami bertiga sahaja.

Taktau nak cite apa. layan pic jom.


perjalanan yg damai.


maman yg dodo sepanjang perjalanan.


arau yg penuh memori.



Kami sampi kat kuala perlis around kul 10.45pg. Kami risau gak nak tinggalkan kereta. Maklum la kami nak gi sana tiga hari dua malam. Risau keadaan kereta cumil mama tuh. Walaupun takde la keta mahal beratus2 ribu tp itu je la harta dunia mama. hahaha. Nasib ada yg mmg menunggu kot kami2 yg masih tertanya2 nak parking mana. kami nak cari parking berbumbung dan ada yg menjaga sepanjang peningalan kami nnt. Papa tinggalkan kami (maman dan mama) kat jeti dan mengikut abg motor yg dok sibuk mengajak kereta2 yg ada utk parking ditempat parking mrk. Mrk mencari rezeki kan. So mama terus beratur dan membeli tiket. Taknak lama menunggu konon tp waktu feri seterusnya kul 12tgh hari. Tunggu je la kan.



peace. kami dah smpi k perlis. hehehe


org nih cukup sibuk dok check in kat fb. huhuhu


Kami takde la lama mana tunggu. Dekat kul 11.30pg terus masuk feri. Hati berdebar2. Almaklum first time naik feri. Darat dis mama nih. :)

sapa sebenarnya yg over..?? hehehe





Sampai2 je kami lepak kat kfc. tunggu papa gi ambik keta sewa. Ada bdk yg tak lalu nak makan pagi tadi. so makan dulu.

sopan sikit man.. nnt takde org ambik buat menantu.

ok. cumil dah sikit. ;)


Ok. Rasanya panjang dah mama mencecel dlm entry nih. Nanti mama sambung lagi ye. hihihi...


Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)


****************************


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...