Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Kisah Dulu | CCTV itu org.. :p




Salam pagi yg indah buat semua pembaca blog mama..^_^

Pagi nih jalan LDP sungguh indah, walaupun takde la lenggang sgt tp boleh la juga kekadang tuh tekan minyak smpi tak hengat.. hhhuuu.. gurau je.. cuma takde la kerap sgt tekan brek smpi brek pad keta haus.. hhiiiii...

Memandu dipagi hari sambil mendengar radio adalah indah.. so sweet..!! cite hot fm pg tadi pasal cctv..... dimanakah anda nak pasang cctv dan kenapa..

me..?? dulu pernah la teringin.. nih nak cite...

Dulu pernah menjadi isu hangat bg kawan2 office mama, pasal apa..?? pasal chiff (ketua department) uols/weouls tido masa keja.. hhheee.. pernah kenal ke staff office uols camtu.. jika takde bagus la.. minta simpang tau.. menyakitkan hati tau.. lebih2 lagi pada staff bawahan cam mama nih...

Chiff nih berkuasa la sikit pasal bos2 besar kawtim ngan dia, dia pandai kipas u, bagi fikiran kami, bukan kipas dah, dah pasang aircond tahap 16 degree ok.. hhheee.. bahagia idup dia masa tuh la.. skrg tak tau la..

Kami nih kiranya buat keja mesti melalui dia, so semua keja dia arrange kan.. kami lak org bagi keja makanya buat la keja.. betul tak.. rajin ke malas ke belakang kira, nak cari rezeki kannn..

Dalam pada buat keja tuh, kami nih dok sakit hati la jugak, semua org ada keja tp dia hanya sekadar mengarah semua orang buat keja, jika dia buat pun keja2 senang je, takpe lagi ada juga dia buat kan... tp most of the time is..... he sleepy.. tersenguk2 kat meja.. sujud syukur uols...

Tuh yg membuatkan kami terfikir, jika kami mampu, nak je pasang cctv, bagi direct kat bos.. biar tgk mata kepala sendiri seharian org tuh buat keja kann.. senang.. nih jika org komplen pun tak jalan.. konon nyer kami nih busuk hati nak menabur pasir diperiuk org lain.. ade ke kannn..

Mostly yg menyakitkan mata ialah me sendiri, pasal meja dia mengadap me, dan hari2 tgk dia tido.. hhuuuu.. menyakitkan hati tau.. menyampah glempes... hhhiii..

Dan yg benar2 menusuk dihati bila terpandangkan timesheet dia, selalunya kami kena siapkan timesheet dan bagi dia sign sebelum hantar ke kerani... bukan ado dia nak tulis timesheet dia takde keja.. ado je keja memanjang...

Nak dijadikan cite, mama ada hal ngan kerani tuh dan sambil2 bercakap tuh terkilau kat tray dia.. hhhuuuu..

Boleh ke si chiff yg pandai berlakon tuh, bagi keja kat mama dengan hanya arahan mulut... 'su, u buat nih dulu, urgent and jika tak faham u direct discuss ngan mr. L ok.. nak petang nih'.. dan me just 'ok'.

Hanya itu saja, dan di timesheet dia that day, dia letak 1hour for consult me.. what the.... tet... hhhiii... marah tak kalu korang kena..?? so selama nih dia just tgk timesheet kami dan pandai2 letak how many hour for any job yg kami kena buat atau dia 'consult' kami.. senang hidup kannn..

Well... itu la asam garam dalam keja kan.. nasib la beb..

Masa 2 tahun lepas, ekonomi down dan eko no money for our company.. makanya kami kena potong gaji 20% dan keja hanya 4hari seminggu, lama2 temination staff pun ada.. he one of the staff yg effected.. maklum la, dah kritikal makanya takleh dah nak tolong kroni..

Tak tau nasib dia, dan taknak ambik tau pun.. spoil mood je kannnn...

Moral of the story is.. pandai2 tupai melompat.. akan jatuh ke tanah jua.. Motif entry nih bukan niat nak mengumpat dan nak menambah dosa kering atau basah..

Satu pengalaman dalam hidup mama sepanjang keja syarikat internasional.. kunun.. hhheeee.. Buat kawan2 yg baru nak cari keja, yg dah keja lama atau baru.. setkan minda.. jangan la ambik jalan mudah utk senang, lalui la asam garam, pahit manis atau ngeri sekali pun.. asalkan tak menyusahkan org lain.. berkerja keras hatta hanya kita nih kuli.. rezeki tuh kita serahkan pada Ilahi, jika memang rezeki kita.. insyaallah ada la nnt.. ni pun peringatan utk diri sendiri, agar jgn mudah alpa dan suka menunding jari..


**Best tak cite ngeri mama.. hhheee... mama sekarang hanya mampu mengeleng kepala dan berdoa agar tidak dipertemukan lagi ngan peel2 ragam manusia yg menduga iman.. tp siapa la kita utk memilih bulu kan.. bersabar dan berusaha agar usaha dan tenaga keja kita dihargai seadaanya.. susah-susah cuba nasib kat tempat lain lak kann.. tp rasanya agak fobia la ngan bangsa c*** nih lagi... depa suka tikam belakang la.. aik.. jgn fikir lain lak..




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) Sampai jumpa lagi...

Monday, October 24, 2011

Sama-sama faham | Haram tetap Haram


Salam semua pembaca blog nih...^_^

Ni satu pengkongsian berat dr mama.. sekadar pengkongsian.. masih mungkil.. benar atau propaganda.. dan buka mencari kontroversi..


SUMBER TERDAPAT DALAM - Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002,  Seksyen 14.

sumber : email.

**bak kata berat dibaca, berat lagi difikiran.. Haram tetap haram. dok gitu..??


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

****************************


♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥

Friday, October 14, 2011

10 pintu syaitan di alam nyata


Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
 
Pintu pertama:Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pinta keenam:Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.


sumber: email.


**Peringatan diri dan teman2..



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


****************************


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...