Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Seterika muka isteri | Siyes Binatang

Seterika muka isteri
sumber : METRO         

Hanya bertanyakan kenapa dirinya hendak diceraikan.. dia diseterikakan... dipukul dan digantung pada kipas...

Manusia ke apa suami dia nih.. takde perasaan kemanusiaan langsung.

Jika mmg nak ceraikan pun.. dah tak sayang lagi dah pun.. dia dulu mungkin pernah kamu sayang.. pernah kamu nikmati kebahagiaan duniawi semasa bersama kamu..

Jika mmg dah tak sayang sekali pun.. cuba la bersikap seperti manusia yg paling terhormat.. kemukakan bukti/saksi jika wanita ini mmg jahat sekali pun.. bukan ngan cara paling kebinatangan seperti ini..

Didunia mungkin kamu boleh lepas.. tp diakhirat setiap detik akalmu, setiap langkahmu, setiap kelakuanmu akan di hitung dan ditimbang berat/ringannya pahala/dosa kamu..

Tak sanggup dah dok baca cerita2 cengini.. nasib wanita yg malang seringkali membuatkan hati ini menangis.. walaupun tidak kenal/mungkin kenal.. wanita ini mungkin saudara seislam ku... seakan diri ini menangis bersama dengan penderitaan yg tak tertanggung ini..

Baca kat SINI utk lebih faham kenapa mama dok sakit hati sgt nih...

**hati merintih.. berdoa agar aku tidak akan mengalami pengalaman sebegini perit.. dan juga berdoa agar semua wanita2 tidak lagi harus menderita sebegini dasyat... sayangi la kami...



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Tuesday, November 22, 2011

Koma hanya kerana warnakan rambut | Ajal tak kira apa/bagaimana kann.




Wanita rebah, koma lepas warnakan rambut


LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup.


Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia produk L’Oreal Preference yang dipakainya itu.


Dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, tiga minggu selepas menggunakan pewarna rambut itu. Doktor memberi amaran kepada suaminya, Russell walaupun dia sedar semula dia bakal menghadapi kerosakan otak secara kekal. Belum ada kaitan dibuat dengan produk L’Oreal itu tetapi doktor yang merawat Julie, seorang ejen hartanah meminta sarung tangan dan bahan pewarna rambut yang digunakannya supaya ujian dapat dilakukan. L’Oreal menawarkan untuk membantu kakitangan perubatan dengan menyalurkan maklumat yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa Julie.


Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99 peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa Julie.
Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah.


Kes Julie berlaku kurang sebulan selepas Tabatha McCourt, 17, rebah dan mati ekoran tindak balas yang terjadi 20 minit selepas dia mewarnakan rambutnya.

sumber: SINI

**Bila dah ajal.. tak ada apa yg boleh menghalang..


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

‘Nama saya S’

UNIK...S bersama ibu, Rosnah Sutaman, Rusli, anaknya, Yani, 3, dan dua adiknya menunjukkan nama unik S yang tertera pada lesen memandu dan sijil lahirnya.


GELANG PATAH: “Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.


Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.


“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.


“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.


“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.


“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.


Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.


“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.


“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.


Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.


“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.


Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.


“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.


“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Lima Kedai, di sini.





**Nama kita pun tak tau makna.. kata tok abah.. buh nama tuh time ngah jahil...suka-suka je... tp tok ma ckp.. nama tuh nama girlfren dulu2 tok abah.. hhheeee.. **gurau senda lak pasal nama mama kannnnn.. janji diorang bahagia sudahhhh...;p

**apakah maksubnya nama suliana ini.. jika ada yg lebih mengetahui.. sila la berkongsi maklumat ngan kita ye..:)

**setau mama la kan.. liana maksubnya kehalusan, kelembutan..

**betul kot.. sbb ai kan lembut.. hhhuuuwwwwaaaa... menangis bg insan2 yg kenal mama inperson... garang nih.. kih..kih...



Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...



****************************

Friday, November 11, 2011

Terbiar tepi tandas | Siyes.. sian


Terbiar tepi tandas
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my



COMEL...Sofea ditemui menangis ketakutan malam Sabtu lalu.

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

**Apa kes buang-buang nih... aduhai.. emo pepagi tgk berita dan baca berita psl nih.. Cumil giler budak tuh.. bak aku je la bdk tuh.. aku nih kempunan anak perem nih... hhhuuuu..


****************************

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


****************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...