Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Terbiar tepi tandas | Siyes.. sian


Terbiar tepi tandas
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my



COMEL...Sofea ditemui menangis ketakutan malam Sabtu lalu.

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

**Apa kes buang-buang nih... aduhai.. emo pepagi tgk berita dan baca berita psl nih.. Cumil giler budak tuh.. bak aku je la bdk tuh.. aku nih kempunan anak perem nih... hhhuuuu..


****************************

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


****************************

Thursday, November 3, 2011

12 tahun dah jadi samseng | Ni mmg kesian yg jadi mangsa



12 tahun dah jadi samseng
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

KAJANG: Samseng cilik. Itu gelaran buat seorang murid sekolah rendah, di sini, yang berusia 12 tahun apabila menyepak dan menumbuk rakan sekolahnya hingga bengkak bibir dan cedera pada mata kanan hanya kerana dikatakan merosakkan payung miliknya, kelmarin.

Mangsa yang berusia lapan tahun diperlakukan sedemikian ketika berada di dalam kawasan sekolah pada jam 9 pagi kerana bengang dengan tindakan mangsa merosakkan payungnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian bermula apabila murid terbabit memanggil mangsa untuk mendapatkan kepastian sama ada mangsa yang merosakkan payung miliknya.

Katanya, mangsa yang tidak melakukan perkara seperti didakwa menafikan payung berkenaan dirosakkannya.

“Oleh kerana tidak dapat menerima penafian mangsa, murid terbabit menyepak dan menumbuk mangsa beberapa kali.

“Mangsa merayu supaya murid terbabit tidak meneruskan tindakannya itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan selain berusaha meminta pertolongan daripada murid lain yang berada berhampiran tempat kejadian,” katanya.

Ab Rashid berkata, bimbang mangsa terus dibelasah, beberapa murid yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada pihak sekolah.

Beliau berkata, sebaik pihak sekolah dimaklumkan kejadian itu, dia dibawa ke pejabat sekolah sebelum memaklumkan kejadian terbabit kepada bapa mangsa.

“Bapa mangsa yang berusia 39 tahun bergegas ke sekolah bagi melihat kecederaan anaknya.

“Sebaik diperiksa didapati bibir anak lelakinya bengkak selain kulit mata kanan mempunyai kesan koyak dipercayai akibat ditumbuk berulang kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun dibenarkan keluar selepas doktor mengesahkan mangsa tidak cedera serius.

Katanya, murid terbabit sudah dikenal pasti dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, tetapi polis perlu menunggu arahan pendakwa raya untuk memulakan siasatan memandangkan murid terbabit di bawah umur.


sumber: metro.


***PS: mmg kesian pada yg jadi mangsa.. Lagi kesian kat ibubapa budak samseng nih.. Adakah terkurang didikan atau mmg dah menjadi kebiasaan pukul2 nih... Mak bapak pukul anak.. nnt anak pukul kawan2 lak... Minta simpang wei...


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

Tuesday, November 1, 2011

2 budak pecah 26 rumah jiran | Diam-diam makan dalam



2 budak pecah 26 rumah jiran
         
PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama. Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam. Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit. “Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

“Kami bimbang dengan usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kami tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu. “Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tahu kegiatan anak mereka. Justeru, kami menasihati ibu bapa lain supaya prihatin dan peka tingkah laku anak mereka,” katanya.

Abdul Razak berkata, secara purata setiap bulan polis menerima lapan kes membabitkan pecah rumah penduduk di sini. “Kami menasihati penduduk di Putrajaya supaya tidak sesekali meletakkan kunci di dalam kasut ketika meninggalkan rumah. “Perbuatan ini sering dilakukan penduduk di sini kerana mahu memudahkan anak mereka sekiranya pulang dari sekolah, tetapi ia menjadikan kediaman mereka sasaran penjenayah,” katanya.

sumber : SINI

************************************************
Notakaki: minta dijauhkan anak kita terjebak ngan kesalahan sebegini.. takut dah menjadi tabiat.. mencari jalan singkat utk peroleh benda mengikut kehendak nafsu... Nak disalahkan siapa..??


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 
**************************************************

Monday, October 17, 2011

Anak cina kena langgar


**Maman tgk video nih... dan2 kami ckp.. 

Mama : 'kalu jalan sorang2 camtu la, tgk org taknak tolong pun..'

Maman jawab 'sian dia ma.. nape org tak tolong..??'

Mama : 'sebab kemanusiaan mrk dah hilang man'

Remark: kisah bersangkutan ngan entry INI dan INI. Moga2 maman faham maksub kami. Kami hanya mau terbaik utk dirinya.. Kami sendiri tak suka marah2.. marah2 nih buat kami ilang awet muda je... hhhiiii


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 


Please do come again ;)


****************************




Friday, September 30, 2011

Tidur terus tak bangun | Beckham Menderita

السلام عليکم


DERITA...‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak.

SUBANG JAYA: “Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalami pendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.

Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.


sumber: SINI

 Ps: Sering benar dapat berita camni.. Sayu hati.. Tersentak tangkal jantung.. Kesiannya la baby tuh..




Please do come again ;)


****************************


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...