Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Thursday, November 3, 2011

12 tahun dah jadi samseng | Ni mmg kesian yg jadi mangsa



12 tahun dah jadi samseng
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

KAJANG: Samseng cilik. Itu gelaran buat seorang murid sekolah rendah, di sini, yang berusia 12 tahun apabila menyepak dan menumbuk rakan sekolahnya hingga bengkak bibir dan cedera pada mata kanan hanya kerana dikatakan merosakkan payung miliknya, kelmarin.

Mangsa yang berusia lapan tahun diperlakukan sedemikian ketika berada di dalam kawasan sekolah pada jam 9 pagi kerana bengang dengan tindakan mangsa merosakkan payungnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian bermula apabila murid terbabit memanggil mangsa untuk mendapatkan kepastian sama ada mangsa yang merosakkan payung miliknya.

Katanya, mangsa yang tidak melakukan perkara seperti didakwa menafikan payung berkenaan dirosakkannya.

“Oleh kerana tidak dapat menerima penafian mangsa, murid terbabit menyepak dan menumbuk mangsa beberapa kali.

“Mangsa merayu supaya murid terbabit tidak meneruskan tindakannya itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan selain berusaha meminta pertolongan daripada murid lain yang berada berhampiran tempat kejadian,” katanya.

Ab Rashid berkata, bimbang mangsa terus dibelasah, beberapa murid yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada pihak sekolah.

Beliau berkata, sebaik pihak sekolah dimaklumkan kejadian itu, dia dibawa ke pejabat sekolah sebelum memaklumkan kejadian terbabit kepada bapa mangsa.

“Bapa mangsa yang berusia 39 tahun bergegas ke sekolah bagi melihat kecederaan anaknya.

“Sebaik diperiksa didapati bibir anak lelakinya bengkak selain kulit mata kanan mempunyai kesan koyak dipercayai akibat ditumbuk berulang kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun dibenarkan keluar selepas doktor mengesahkan mangsa tidak cedera serius.

Katanya, murid terbabit sudah dikenal pasti dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, tetapi polis perlu menunggu arahan pendakwa raya untuk memulakan siasatan memandangkan murid terbabit di bawah umur.


sumber: metro.


***PS: mmg kesian pada yg jadi mangsa.. Lagi kesian kat ibubapa budak samseng nih.. Adakah terkurang didikan atau mmg dah menjadi kebiasaan pukul2 nih... Mak bapak pukul anak.. nnt anak pukul kawan2 lak... Minta simpang wei...


Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

8 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

adusss kecik2 lagi dah jadi kaki buli...nie yg buat saya takut nie?

eelobor said...

melentur buluh biarlah dari rebung - mungkin dia guna pepatah tuh

Kakzakie Purvit said...

Sedihnya Yana... sampai macam itu sekali. Sebab itu kita kena ajar anak kita berani Yana. Kakak sebab anak perempuan selalu pesan kalau ada yg kacau pukul dengan botol air kemudian lari cari org dewasa/cikgu.

Nieza Ishak said...

adoi laaaaaaa .. takutnya kalo anak2 jadik camni.

ajumohit said...

Itu yg takut tu kan, kdg2 pengaruh rakan2 pon ye, moga2 anak2 kita dipelihara oleh Nya

uncle gedek said...

ini sebenarnya masalah bandar urban....

:(

Zul fattah said...

erk... dulu-dulu adala buat cam ni.. tp skrang dah jd budak baik. haha

mama maman aka yana said...

BSB: kanak2 skrg kita kena lebih alert ngan kelakuan diorg kan.. takut sesal kemudian tak guna dah...:(

eelobor: mungkin kot..

kakzakie: tu la kan.. sy pun risau nih.. maman nih bukan reti nak ckp kalu org buat dia atau dia usik anak org.. hhuuu

nieza: gerun kan..

aju: mmg pengaruh kekawan nih kuat.. kena perhatikan mrk selalu..

uncle: mungkin ya la.. masalah urban skrg.. pahtu berjangkit ngan kwsn rural skali..

zul: nakal ye... bagus la dah berubah... jgn buat lg tau.. kesian kat mak ayah tau..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...