Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label trafik blog. Show all posts
Showing posts with label trafik blog. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Alexa Ranking

Assalamualaikum...

Kesukaran nak belek blog buat me gusar.. but in meantime kerja lak.. jadi lebih concentrate atau lebih teliti.. kiki... bagus kan setiap perkara yg berlaku wlpun kita tak suka.. ianya sebenarnya adalah terbaik utk kita... :)

Lagipun blog nih me rasakan terlalu sgt personal yg bercerita.. takde ilmu sgt nak sharing.. so jika blog ini kurang update pun maybe tak menjadi kesukaran bg org lain.. cuma my blog jadi teman2 kurang hadir dan kurang komen... dan me perasan.. my alexa ranking pun makin membanyak.. [mula2 start letak ranking tu.. blog nih ranking 122... last month rasanya dah jadi 120... tgk2 jatuh balik ke 122]  kiki.. so it mean kurang kunjungan la tuh... hahaha.. [tak sempat nak blogwalking uols..]

Well.. me takleh nak buat apa.. cuma me cuba blogwalking belah malam.. but sukar sikit la kannn... kita cuba jugak... [me mana boleh kalu tak baca blog fav me... so insyaallah me blogwalking jugak]

Terfikir.. this time banyak betul dugaan.. kurang bersyukurkah..?? hhhmmm... 


Thursday, August 29, 2013

Kenapa Trafik Menjunam Jatuh

Assalamualaikum...


Kenapa Trafik Menjunam Jatuh

Salah satunya adalah sebab


  • takde idea yg bernas/menarik pembaca blog
  • kekangan masa
  • tiada blogwalking
  • tiada pembaca setia
  • SEO blog tidak bagus
  • keyword blog tak panas.. sejuk jew eks
  • pembaca sudah bosan ngan entry2 merapu penulis..??
  • Mungkin sudah ramai pembaca menemui blog lagi hebat dari blog ini..?? pernah hebatkah??

Tau.. semuanya alasan kann.. kiki

So Apa cite korang mau baca dari blogger Mama Maman aka Yana *yg kuit ini*..???

Apapun mama akan cuba sedaya upaya update lg ok.. Sesungguhnya dikepala ini sakit sangat.. huwa.. berdenyut2.. tak menahan dia menyerang saraf2 kepala utk menyukarkan me utk berfikir dan menaksir.. *ini bukan alasan.. ini realiti*




Friday, August 23, 2013

Income Nuffnang Blog Kita Bergerak2

Assalamualaikum...

Mama suka baca blog INI banyak ilmu yg kekadang tak terjangkau difikiran.. hehe..

Nih mama sharing utk kawan2 sedikit tips yg beliau share kat blog beliau.. nak lebih sila terjah sana tau.. Link beliau.. ---SILA KLIK LINK INI

Tips utk memastikan income blog kita bergerak.. hehe.. Jom sama2 ambik noted.

Bentuk Saiz dan Kedudukan Iklan Nuffnang

Tidak meletakkan kesemua bentuk, saiz dan jenis iklan Nuffnang dalam blog. Anda perlu letakkan ketiga-tiga bentuk iklan Nuffnang dalam blog anda. Ada 3 saiz banner disediakan, dan ketiga-tiga mesti diletakkan di tempat atau lokasi yang telah disarankan oleh Nuffnang, iaitu dekat dengan header blog (728x90); biasanya diletakkan di bawah atau atas header blog. Iklan sidebar perlu di bahagian atas sekali, dan saiz kekotak (300x250) perlu berada di antara entri atau di bawah setiap entri blog.

Cerita Mengenai Nuffnang

Sebagai salah seorang blogger yang gunakan khidmat Nuffnang, penting untuk anda berkongsi dan 'berkomunikasi' dengan Nuffnang. Anda perlu cerita mengenai Nuffnang di dalam blog anda. Anda patut sedar, Nuffnang boleh kesan kehadiran setiap trafik berdasarkan cerita dan tajuk entri blog anda. Kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang, seperti kontes, giveaway mahupun gathering yang mereka jalankan.

Sering Update Akaun

Tips yang selalu blogger lama berikan, kena login ke akaun Nuffnang dan kemaskini akaun Nuffnang. Sesekali ubah setting pembolehubah untuk soal selidik dalam Nuffnang itu. Anda mesti aktif dengan akaun Nuffnang supaya mereka sedar kehadiran anda.

Maintain Trafik

Anda tidak perlu nak tingkatkan trafik ...naik, naik dan naik. Lebih mudah anda maintain trafik yang masuk ke blog anda. Jika naik, jangan nampak naik mendadak. Trafik yang maintain menunjukkan blog anda konsisten. Nuffnang suka dengan blog yang punyai trafik blog yang konsisten sebab mudah bagi mereka untuk berikan bonus iklan seperti CPUV dan juga Advertorial.

Jangan Sombong Dengan Nuffnang


Nuffnang ini dikendalikan oleh manusia, jadi mesra-mesrakan diri anda sebagai blogger dengan warga kerja Nuffnang ini. Sertai aktiviti atau paling tidak, anda sentiasa lawati blog mereka dan tinggalkan komen anda. Ada kontes atau giveaway dianjurkan, tunjukkan sokongan anda. Tak masuk tak mengapa, tapi boleh komen atau kongsikan informasi tersebut di blog anda. Sering beri tiket atau bertanya pada mereka mana-mana bab dalam Nuffnang yang anda kurang faham.


Cukup dah sebab yang saya berikan untuk tahu mengapa dan kenapa income Nuffnang sesetengah blogger tak naik-naik atau tidak bergerak. Saya pasti ramai blogger yang dah dapat income mencanak dari Nuffnang akan setuju dengan entri ini.


Kepada yang merasakan income tak ganjak, cubalah tips dan panduan yang telah saya berikan ini. In Sha Allah, akan ada perubahan pada pendapatan Nuffnang anda.



Sumber : COPY N PASTE

Tuesday, August 13, 2013

Kisah blog yg menyepi

Assalamualaikum...

Orang sibuk update pasal raya kita sibuk pasal blog menyepi.. kununnnnnn.. kahkah.. nampak sgt xde idea.. huh.. sebenarnya banyak pic raya kat tab (byk tuh xbyk sgt.. yg bergegar byk dr yg elok.. kiki)

so raya2 punya cite kita kiv dulu.. kay!!



Mood mmg dah hilang sejak akhir-akhir puasa.. kunun mood beraya.. tp bersambung2 sampai la lepas raya.. kiki

Tak tau nape.. cam malas nak publishkan komen2 yg ada... maybe ada yg perasan.. skrg me jarang2 jew reply komen.. bukan xnak reply tp masa terhad sgt.. huhu.. ada masanya me tak publish komen tp me gi blogwalking kat blog korang yg datang... jgn ingat me tak terjah ok..

So utk publishkan komen tuh. biar tunggu byk2 sikit la.. [nape mood dtg begini.. sendiri xtau]


Tgk la trafik blog ini time raya aritu.. sendu.. sesendu dihari raya.. kiki.. jgn ingat raya mama sendu lak.. meriah ok.. cuma rasanya ramai kot yg bercuti utk berblog time raya nih.. line tipon dan tenet kat kg mama sungguh2 hazab.. so faham2 la yer.. almaklum kampung kita jauh dipendalaman.. :)

Nak update susah.. nak baca blog pun susah.. lg2 la seumpamanya.. kiki

So lepas raya korang pun sama2 cargas la update blog yer.. rindu nak membaca entry korang.. :)





Saturday, August 10, 2013

Berkualitikah Trafik Blog Mama Yana..??

[Schedule Entry]


Assalamualaikum...

Sajer suka2 type kat google.. 'trafik mama yana blog' namapun suka2.. so suka2 la type.. hahaha.. kuar2 yg pertama-tama sekali (kalu cikgu bm baca mesti mengelengkan kepala kannn) kuar 'Suka Duka Mama Yana: Aku mmg Gila trafik - So What..??' me terkejut sebenarnya..

Nape terkejut.. sebab daringnya tajuk ai kasi kat entry tuh.. hahaha.. zaman2 tak sedar diri gamaknya tuh.. check2 rupanya ai follow satu segmen dari Abang Ben kita.. hahaha.. 

Boleh tahan gak la sengalnya diri ini.. kiki.. 

Gamaknya ramai kenal blog nih pun dr segmen tuh kot eks.. hehe.. Tuh untungnya follow segmen.. skrg tak sempat nak bersegmen2 dah.. tuh gamaknya trafik blog me pun mendatar jew.. hehe





Rasanya2 time raya2 gini makin terus zero kot trafik blog mama.. hehe



Wednesday, June 26, 2013

Awkward = janggal

Assalamualaikum...

Td baca entry INI kat blog ben ashari... hhhmmmm.. terfikir gak ngan keadaan traffik blog nih.. but honestly, ada gak la sebab2 yg membuatkan me masih lg was-was nak cuba post/linkkan any entry dr blog nih kat mana2 ruang like kat fb (me tak suka org2 tertentu baca blog me.. lain rasanya.. hehe.. me malu.. kahkahkah..)

Some people serounding us bukan la jenis open atau faham gelora jiwa kita.. like me yg mmg suka merapu di blog ini.. me tak sanggup dikutuk.. hhhuhuhu.. hatta my hubby tak pernah kot baca blog me nih.. kiki.. katanya me banyak buat benda yg sia-sia.. hehe..

Kebanyakkan masa/waktu kita berwatak berbeza didunia realiti.. didunia blog mungkin kita tampak huhahuha.. tp kat luar.. muka bengis cam nak telan org.. kiki.. kat dunia luar pemalu yg amat.. penyegan yg amat.. sedangkan kat blog bukan main lg peramahnya.. huhu.. split personaliti eks.. maybe me.. for the first time jumpa org kot.. kompom rasa awkward sgt.. 

Me dah thankful sgt dah tgk blog me jadi ala-ala ada tak ada pembaca.. kiki.. maybe takkan cuba nak langkah lebih dr yg sepatutnya me rasa.. mungkin menantikan kekuatan dlm diri kot.. kahkahkah.. mungkinkah blog ini akan fames..??? hahaha.. lantak dia la kann.. taknak fikir masa depan blog nih.. setakat ini hati dan perasaan masih berkobar2 nak menaip.. kiki.. dan hari2 tak sabar nak blogwalking kat blog2 kawan.. so i think that enough already.. taknak berat2kan kepala memikirkan benda2 yg maybe should just follow by flow... :p



pinjam dr google.




So korang ada nak komen atau suggest apa2..?? 





Korang tak rasa janggal ke tiba-tiba mama berbicara sebegini.. atau mmg realitinya begini..??




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...