Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Saturday, February 28, 2015

Mama Buhsan Maman Tak Kesah

Assalamualaikum...





Aktiviti yg paling me malas nak buat... malas sebab kena kuar awal dihari minggu nak2 me masih dlm keadaan kurang sihat... kepala berat semacam nih... bertabah jew la

 Tp kena gak la bawa keta utk diservis.. wlpun gaji blm kuar lg.. so kena bertabah ngan kad kredit la arini.. huhu... nak wat camner.. keta nak kena jaga.. nak pakai lama kannn.. tuh jew la harta yg tak kekal yg me ada.. utk memudahkan urusan yg belum selesai sementara hidup didunia fana ini...




Bawa bodyguard nih... seronok lak dia kat sini.. ada games yg dia boleh layan kat pc yg disediakan utk pelangan utk pusat servis nih.. huhu.. mama jew la dok menahan berat kepala sambil2 berblog... hihi

Untung2 siap satu entry harini.. kiki






Friday, February 27, 2015

Merawat hati yang terluka

Assalamualaikum...

Sharing is Caring.. Kredit pd SINI


Sejak akhir- akhir ini, banyak sekali masalah yang datang kerana suami curang,.. ada yang sampai terlanjur, baik dengan isteri orang atau wanita bujang.. iman kita semakin rapuh, … nipis dan keluar masuk dari dalam diri lebih laju dari biskut ‘sekejap ada, sekejap tak ada’… astaghfirullahilazim.muga ALLAH berbelas kasihan dan mengampunkan dosa-dosa kita…. tidak hairanlah bala bencana alam di sana sini,..ingatan dan amaran dari Allah bagi yang menggunakan akal fikiran.



para isteri yang terlibat, ada yang cuba mencari ketenangan dengan membaca pelbagai buku, blog dan laman web untuk merawat hati yang dah hancur luluh, agar mampu bangun dan menghirup udara Allah ini dengan kekuatan baru dan tidak terusan kecundang dalam penderitaan. pelbagai persoalan timbul dalam benak fikiran.. apakah mahu diteruskan perkahwinan ini.. bagaimana dengan nasib anak-anak..???

sebenarnya , jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah,.. sekiranya jodoh kita telah tiada, maka jalan ke arah itu amat mudah dan dilorongkannya tanpa banyak onar. namun, jika jodoh masih panjang, maka usaha kita mahu memutuskannya akan dipenuhi dengan pelbagai masalah dan rintangan,..

ada isteri yang berfikir dan mengambil kira nasib anak-anak lalu berniat untuk meneruskan perkahwinan dan mahu menerima kembali suami mereka walau mengetahui kecurangan suami…namun, yang menjadi halangan untuk hidup kembali seperti dahulu adalah emosi yang tercalar dan hati yang dah terluka.. bagaimana mahu merawatnya…

setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita Allah jadikan atas sesuatu asbab dan punya hikmah yang tertentu… tidak ada suatupun yang dijadikanNYa dan yang ditaqdirkanNYA berlaku itu dengan sia -sia dan tanpa perancangan….



kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang hebat dan yang pasti berlaku. kita merancang untuk hidup bahagia, dari mula bercinta sehingga ke akhir hayat, namun Allah merancang untuk menjadikan perkahwinan kita sebagai medan ujian ,,untuk melihat sejauh manakah kita mengaku menjadi hambaNYA.. namun dosa dan kebaikan yang kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti… Allah mengizinkan dan Dia yang Maha Mengetahui…



untuk isteri, yang paling utama bagi merawat hati yang terluka atas tindak tanduk suami adalah fikir dosa sendiri,.. jangan fikir dosa suami dan dosa orang lain.. nampak’ peranan’ kita dalam ‘mendorong ‘ suami berdosa… muhasabah diri kita… kenapa ALLAH uji kita begitu…

tiada guna kita asyik fikir kenapa suami sampai hati melakukan dosa, tidak takutkah dengan Allah, tidak ingatkah pada anak-anak.. tidak sayangkah pada kita dan bagai.. kerana ini bukan penyelesai masalah.. malah makin mengeruhkan suasana dan membuatkan kita semakin menderita sedangkan kita tidak mampu berbuat apa-apa.. ‘what done cannot be undone’.. dosa hanya terampun dengan taubat kepada ALLAH.. sesungguhnya DIA maha pengampun dosa-dosa besar…

muhasabah diri kita.. apa yang tidak beres dalam hubungan dengan suami ,.. apa yang dia benci tapi kita tetap buat walau telah ditegur atau ada suami yang pendiam tidak bersuara walau tidak berkenan dengan perangai isteri..simpan dan pendam dalam hati sehingga jadi nanah yang besar dan hanyir..bila pecah hanya tinggal bekas lombong yang besar kerana isi dah busuk…

adakah kerana mulut, yang kuat berleter dan menjawab.. adakah kerana muka yang mudah masam dan memuncung… adakah kerana lidah yang lincah mengeluarkan kata-kata yang pedih, penuh sinis dan sindiran … atau bagai..

anggaplah ia kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita..

untuk merawat hati yang terluka,..kita perlu fokus pada diri kita.. dosa kita dan hubungan kita sendiri dengan ALLAH.. tak boleh sekali-kali kita merasional hati kita bahawa kita perlu fikir tentang dosa dan tindak tanduk suami.. tak akan terubat hati kita..kerana fikirkan dosa suami hanya akan menarik bisikan syaitan, haiwan dan nafsu yang tidak pernah menjanjikan penyelesaian sebaliknya kemusnahan yang besar..

nampaklah ALLAH dalam segala hal.. anggaplah ini sebagai kasih sayang ALLAH agar kita tidak terusan lalai,.. agar kita tersedar dari tipu daya dunia yang tak pernah alpa menarik manusia untuk terusan melupakan kehidupan yang sebenar di akhirat nanti..

insyaallah.. carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..

sesungguhnya dunia ini hanya sementara..anak dan suami adalah tempat kita berbakti sebagai bekal di akhirat nanti..insyaallah..



Jiwa kacau

Assalamualaikum...

Lepas mc semalam.. cam nak sambung jew mc lagi
tp sebabkan malas gak nak ke klinik balik
so datang kerja jew la

tp bertambah sakit kepala
ngan urusan kerja

Jiwa parah

Rasa banyak yg KOSONG dlm kepala nih
rasa cam tak tau apa2
camner nak bertahan sampai umur 60thn lg
takat umur 30++ nih pun dah blur semacam

Takmo dikatakan 'bermasalah'
tp juga menimbulkan masalah
bermasalah ke..??

Parah



Thursday, February 26, 2015

Berehat Sungguh

Assalamualaikum...

Harini kerjanya tido jew.. gamaknya lepas telan ubat batuk.. mengantuk menjadi2.. huhu.. so menjadi la rehat yg doktor kasi arini.. hehe




Baru settle mkn nasi kerabu... late lunch.. dok sedap tido.. lena wlpun tersedar jap2 sebab batuk..

Alhamdulillah...

Jap lg layan tido lg... haha.. jgn esok me jd penyakit nak mentido jew la kat opis.. kikoki




Sakit berkunjung seketika..

Assalamualaikum...

Jujurnya me start selsema hari khamis.. dedab nak demam sikit2.. kepala berdenyut tp me tak layan pun semua tuh... me start lak perit/kering tekak ari jumaat..

Hari sabtu jd batuk lak.. perasan berkahak sikit tp x selsema dah... cuma rasa penat dan letih.. tak bermaya.. tak layan lg.. tp mood  dah kelaut dah la..

Hari isnin lak start batuk cam nak kuar anak tekak.. tp mmg tak dpt nak gi klinik arr.. Batuk sampai terkencing2 la wei... huhu.. hari minggu bekerja mmg x dpt la nak ke klinik.. cr ubat batuk kat farmasi jew la.. sambil2 telan ubat sakit kepala yg dok berdenyut sesekali sekala..bukan sekadar berdenyut.. kekadang berat kepala sesangat..

Bertahan sampai la hari ini.. tp hari nih me terpaksa serah diri ke klinik.. da akhirnya ON medical leave la arini... doktor suruh rehat... hhmmm.. rehat sgt la rasanya.. kiki..




Balik klinik nampak org jual nasi.. datang idea kunun doktor suruh rehat so me singgah beli nasi.. tgk2 ada jual nasi kerabu.. hhhmmmm mmg teringin dah agak lama nak mkn nasi kerabu.. beli sekali la.. ada jual teh tarik..beli jugak la .. amboi.. kata x sihat tp nafsu membeli cukup2 'sihat'.. hihi.. nak rehatkan.. tak payah nak kena masuk dapur dah arini.. haha..
Pagi nih me dah kuar modal kat klinik Rm 42 dan kat akak nasi lemak Rm9.80.. amboi... meriah kuar duit eks... camner la lepas GST nih lak yer.. huhu.. #tolong kawal nafsu boleh x yana... huhu

Doakan me akan kembali sihat dan dikurniakan semangat dan kesihatan yg terbaik yer kawan2.. ;)






Wednesday, February 25, 2015

Dia dengan Basikal yg Berlari Setempat

Assalamualaikum...




Aktiviti masa cuti Raya Cina.. nmpk sgt dah kebuntuan idea nak bermain maman.. hahaha




Angpau Raya Lagi

Assalamualaikum...



Dapat angpau raya lagi.. yeahhhh.. 

cam baby eks.. hahaha

suka.. suka..

:p



__________________________nmpk sgt takde idea nak menulis___________________________






Tuesday, February 24, 2015

AIDIJUMA BAWAL ???

Assalamualaikum...

Asyik ternampak org dok pakai Aidijuma bawal.. Asyik nampak org bercerita ttg tudung bawal Aidijuma.. Tertanya2.. Besh ke..?? Lawa ke..?? hhhmmm

Kalu tgk kat online AJ asyik sold out jew.. pastu tgk cam limited jew tudung dia.. hhhmmm.. kalu nak gi ke outlet dia pun cam berebut jew ngan org.. tak berkenan kalu ramai2 sgt tarik menarik memilih tudung nak beli.. aduh.. 

Jiwa parah ok.. 

Tgk kat Downtown Kajang aritu.. limited gak pilihan dia.. pastu harga up to rm10 each tudung (kata my sis in law) so me dok pilih pun takde satu yg berkenan.. tinggalkan jew la tudung AJ tuh dulu.. gi tgk tudung bawal rm10 satu.. terbekenan dan terus beli satu.. kiki


kita nnt nmpk cam askar.. ahaks


arini jadi askar jadian yg gemuk.. dagu berlapis ngan perut berlipat.. hahaha





Monday, February 23, 2015

JPO Tour | Penat Tp Seronok

Assalamualaikum...

Kesah basi dari Episod Entry INI


YES.. sampai gak kat JPO nih.. hahaha

Tolak dari puchong dalam kul 3ptg.. dan sampai JPO dalam kul 5.30ptg gitu la.. takde jem pun jalanraya.. agak2 berjujuk la jugak.. kiki

First yg me cari bila sampai sana ialah.. bilik air.. kahkah.. bila dah selesa baru besh pusing kedai.. ahaks.. sini banyak outlet yg sapa2 nak shopping branded label.. ada gak label2 yg me tak pernah nampak pun.. kahkah.. layan ke jew la kedaratan ambo ini.. kiki

Ada outlet Michael Korr, Padini, Guess, Levis, Carlo Rino, Vincci, Coach, Bonia dan mcm2 la.. ponat nak menaip.. kiki.. tak semua outlet me masuk pun.. masuk pun sekadar belek2 dan letak.. tak beli apa pun.. dalam kepala 'blur' nak beli apa.. lagi2 fikir tang poket nnt kuar RM.. haha

Tgk2 gak kedai baju bajan anak tp banyak utk budak perem jew.. so mmg pening tak tau nak tgk sgt pun... layan papa myoping jew la.. kiki.. hhhmmm

Pastu kami merendek konon nak ke Stulang nak makan dinner.. tp jem yg amat.. so buat u-turn lak kita gi area Danga Bay jew la... tuh pun meraba2 nak cari kedai makan kat mana.. ditambah jalan baru bagi kami yg dah bertahun tak turun JB.. makan kat Restaurant Singah Selalu.. ramai gak umat Nabi kat situ uols.. wlpun dah kira lewat dah tuh.. dalam kul 10.00mlm dah tau.. kiki..

Setel makan.. kitaorg melepak jap depan laut.. ambik udara segar jap.. sebelum balik Puchong balik.. sampai puchong kul 3.00pg.. mmg win bab berjalan kann.. hahaha..

Penat tp seronok.. pelepas angin sesekali.. syok.. hahaha..


.

JPO Tour

Assalamualaikum...

Cuti raya cina tahun nih.. me pilih tak balik kampung.. nape..?? modal kurang.. mood sebenarnya kelaut.. tah.. just takde ideal atau takde mood nak meroyan balik kampung lak kali nih... nak berjalan pun rasa cam hhaaaammmpeeeehhhh...

Ada sebab sebenarnya.. kiki.. meh kita cite.. kiki

Hubby ai ada la gebang nak ke JPO.. aduh.. cam besh jew.. wlpun dlm kepala cam tau dah.. selalu dia gebang jew yg lebih.. poket kering macam ner nak gi.. nak men'top-up' tp hati cakap NO.. jahat kan hati kita... mmg hati jew selalu jahat.. kita baik jew sebenarnya.. aauuwww


pic from google.. :)


Dalam NO-NO tuh.. teringin gak ke sana.. nak nengok apa yg beshnya kat JPO nih khennnn.. hahaha.. lg2 bila dok dengar my hubby gebang ngan adik dia.. adik dia nampaknya lg excited nak gi.. hahaha.. org tuh baru boleh bonus mmg la excited.. kita nih gi nnt dok nganga jew arrr.. hahaha

Satu sebab yg lain ialah mil kita buat kenduri tahlil abah.. lagipun dia nak gi umrah hari senin nih.. so rasanya patut luangkan la sikit masa utk mak kannn.. kita layan kenduri ok.. hehe

Dan bila dah selesai kenduri... org dah balik.. sambil2 mengemas.. sampai masanya adik2 beradik ipar duai bergossip.. apa lagi cucuk baek punya ajak diaorg follow gi JPO esok.. Nih tugas adik my hubby yg mencucuk adik2 dia.. haha.. kalu diorg gi so secara automatik semangat my hubby pun nak gi... dah mmg dia nak gi sebenarnya.. cuma dok fikir poket kosong jew tuh.. takut takleh shopping esok kaedahnya... over tau..

Korang rasa kitaorg gi tak..?? sebab masa nak kuar keta (nih dah nak naik umah kami) papa boleh cakap... 'Ala.. kalu diorg taknak gi.. kita gi sendiri pun boleh kann..??'

Be continue.. :P

Tuesday, February 17, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Assalamualaikum...




Tengah giler melayan citer nih.. Asam Pedas Untuk Dia.. hehe..

Tertengok sebenarnya first episod.. cam best jew.. tp tak sempat nak ikut sangat tiap2 minggu episod drama nih.. kekadang lupa pun yer.. haha.. tak kira la kannn..

Last week tertengok lagi... tp dah episod 11 sudah.. cam tak faham la kann.. miss sudah episod best.. diorg dah nikah dah.. stress nak tgk gak.. hahaha.. so google dan jumpa kat blog tuh.. apa lagi terus layan kat  LINK tuh jew la... kiki..

Dah abis dah me katam citer tuh sampai episod 12.. tak sabar nak tgk sambungannya.. aduhai.. kiki

Citer nih lain macam sikit la... takde la asyik2 citer yg mengarut tak boleh nak fikir logik atau mengarut cam langsung takleh hadam jalan citer dia.. kiki..


Angpau Raya

Assalamualaikum...

Angpau raya..

First time dpt since kawin.. hahaha

Dulu pernah dpt tp masa tuh bujang tang tang lagi.. so tak heran la boleh org kasi kannnn..#kenyit mata sikit.. ahaks.. wlpun tak banyak tp syok arr.. gamaknya gitu kot feeling budak2 bila dpt angpau raya eks.. hahaha

kali nih me dah dengar dah ura2 nnt bos kasi angpau raya.. hahaha.. dok imagine dpt  berapa la eks #sambil gosok2 jari jemari.. agak2 bos nih pemurah ke tangkai jering??.. hahaha..




Yg boleh me cite ialah.. syukur... alhamdulillah.. hehe.. kiranya duit terpijak eks.. hahaha.. kepala terus zoom nak berjalan.. auuwww.. teruk teramat.. kahkah..




Saturday, February 14, 2015

Lemau

Assalamualaikum...

Harini rasa lemau sgt.. perasaan pun xberapa besh.. maman demam balik lak.. alahai hati risaunya la...



Korang breakfast apa..??.. Arini sebab lemau.. Kitaorg ambik breakfast lite2 jew... kunun nak kasi maman mkn telur separuh masak... tp tgk2 sudah masak penuh... kiki.. layan ajew la yer anakku... kunun nak kasi penambah tenaga.... pastu kalu rasa xkenyang kita tambah ngan roti lak yer man...







Penat tp seronok bila dah siap... hihi.. harap sgt ownernya puashati... huhu..



Yg nih dah settle.... ok tak bg pandangan mata korang... hihi.. for me.. me cuba buat 'sweet n simple' cam owner baju request..div&gt

Friday, February 13, 2015

Salam Takziah

Assalamualaikum...

Insan2 yg kita kenal dan kita hormati.. walaupun tak pernah bersua muka atau berbicara rapat.. tp semuanya memberi kesan buat kita.. salam takziah dari mama..






sumber dari whatsup group.


Thursday, February 12, 2015

Pada Nya ku Berserah

Assalamualaikum...

Hari nih kena tegur dek bos.. sakit hati gak mula2nya tp bila me dengar jew apa dia nak kata.. dan akhirnya masalah sebenarnya ialah sebab me diamkan punca utama benda nih.. berkaitan ngan kerja.. huhu.. drawing banyak salah sebab follow dr arkitek yg betul2 BIJAK atau mungkin jenis yg ambik mudah - cincau buat kerja.. masalah bertimpa di bahu kita tau.. banyak sangat silapnya.. nak betulkan pun mengambil masa.. bos main minta jew benda tuh.. so me kasi jew la.. tak fikir lak dia nak bising2.. huhu.. silap berdiam diri jika ada masalah.. tp me tak suka nak mengadu2.. hhmmm.. acaner tuh..?? 

Yes.. sakit kepala.. kerja nak detail with quality and also if can with quantity.. jiwa arrr..

Tp me jawab jew la.. me trying do the best so far.. kalu boleh nak kasi yg the BEST kann... mesti kita pun seronok.. tp itu la masalahnya.. dpt TAHI BUSUK nak ditukar menjadi BUNGA WANGI.. susah sikit arr.. kannn.. kita pun org bukan robot.. nak2 kita pun stress gak tp org buat2 tak faham kannnn... mmg kena perah tenaga dan akal tau buat kerja... sorang2 lak tuh... me nih sabar jew nih.. kannnn

 Dengan macam2 kehendak.. ngan macam2 procedure.. menyusahkan sungguh.. tp sabar.. itu jew la yg me tau so far.. hhhmmmm..

Tp banyak benda belajar hari ni.. i feel so bless.. takper la nak marah pun.. asal tegur benda yg baik.. next time jangan ulang kesilapan yg sama.. insyaallah...





Cheque Dari Nuffnang

Assalamualaikum...


Tara.. hehe



Tara la sgt eks.. kiki

Pernah gak up sini psl BE tak bergerak2... (TEKAN SINI) dan akhirnya tergerak hati nak cash out.. hehehe.. tanpa sangka lepas cash out BE kita kembali menghuni.. pelik lagi ajaib kannnn.. hehe.. CLICK LINK  <====

Dan atas tuh bukti cek kita dan sampai.. dan bank-in dah pun.. hahaha.. (nmpk sgt kureng keuwangan gue) hehehe.. hasilnya menyoping slipar raya.. kannn.. hahaha

Ingat nak simpan sampai juta2 tp takper.. me layan jew.. kiki


Wednesday, February 11, 2015

Konfius

Assalamualaikum...

Org lain yg nak raya.. kita lak yg sibuk menyoping.. kiki


Tapi lepas pakai lepas setengah jam.. rasa cam bonjol kat jahitan (kaki belah kiri.. belah kanan selesa jew) cepat2 gi tukar.. tp bila try masa nak tukar tuh... cam takde perubahan pun.. tetap rasa bonjolan tuh.. cuma agak kurang sikit rasa bonjol dari yg mula2 pakai tuh... huhu.. nak kata tak selesa tuh takde la sgt,, tp cam kureng besh arr... aaaarrrggghh... kaki ini bermasalah ke selipar tuh bermasalah..??

Nasib baik gatal nak try pakai terus.. boleh gak la tukar.. kalu tak.. simpan sajew jadi koleksi jew la.. hahaha.. masalah.. masalah.. :P





Tuesday, February 10, 2015

Monday, February 9, 2015

Suamiku Perfect 10

Assalamualaikum...

Hari khamis me gi intiview kann... aritu me suruh papa cuti teman mama... haha.. selalu apabila dia hantar aka sokong me gi intiview.. alhamdulillah dapat la kerja tuh... kira ambik berkat la... haha


tp dia nak mama belanja dia tgk wayang pas intiview... dia nak tgk cite en suamiku perfect 10.. boleh gitu... hahaha... malas sebenarnya... masa dia cakap permintaannya nak dating tgk wayang cite suamiku perfect 10 tuh mama ckp la.. 'tak kuasa ok.'.. kiki... tp pas intiview tuh.. mama tukar fikiran...layankan jew la kan... kiki.. 'Jom pa.. tgk wayang jom...' senyum terus cik abe ambo.. ;p

Actually... me nyer perut lapar sgt sebab breakfast me tak lalu nak makan sgt.. dobar hati kita tau nak intiview.. intiview pun lama.. dr kul 9pg sampai hampir kul 11 pg.... tp since cite tuh wayang ada kul 12.30 tghhari so cepat2 ambik jew.. takmo lama nunggu dooo... huhu

Lama gak citer tuh.. 2jam gak arr... kenyang ngan minum air ngan bertih jagung jew... hehe.. siap me berlari kuar cari toilet lagi.. kiki

ok.. pas tgk tuh br sibuk cari mkn...



Dan kali nih mama lak pau papa.. kahkah.. fair la kannnn..

:D

Saturday, February 7, 2015

Penat

Assalamualaikum...

Hari minggu.. aktiviti membelek rumah yang dah cam rupo rumah kena bom... hahaha... ponat kan kalu  nak fikir.. so jgn fikir.. kiki




Tuh sebahagian ok.. kain bj berlambak nak kena lipat... huhu... lipat kain la benda yg paling payah nak buat.. nak mula tuh yg payah tuh... kiki

Maman arini mama tgk cam ok... so lepas breakfast dia minta nak gi umah jiran.. me kasi.. sian dia...

since dia nak berkawan kann... selalu pun dia gi sana main kat umah jew.. xkuar main di tgh jln... selalu me tgk anak2 jiran dibiar mak diorg dok main parih jln... umah jiran tuh pun penjaga maman dulu masa kecik2... maman rasi ngan anak akak tuh.. anak akak tuh pun stail main tulis2... main lukis2.. so ok la kannn.. kiki

So korang camner lak aktiviti hari minggu...??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...