Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label kedamaian. Show all posts
Showing posts with label kedamaian. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

Berjalan raya Gong Xi Fai Chai di Frazer Hill

Assalamualaikum...

Kenduri hari sabtu.. jumaat dah start cuti raya.. dalam kepala fikir mcm2.. kerja pun hati memberontak... nak berjalan boleh tak...??? hihi

Dan sila pujuk memujuk cik abe... 'papa.. jom naik frazer hill.. sian mama.. umur dah 36thn tp tak kenal lg frazer hill.. '

hahahaha.... sila guna ok.. boleh jadi hubby uols kesian ngan uols... kiki... dan sila puji hubby uols sepanjang jln... ckp.. 'u la hubby paling bertimbang rasa dan sayam sgt binik... mekasih sayam...' ahaks

Realitinya hubby me memang jenis kaki jalan.. bg hint sikit2 pun dia paham.. binik dia pun kaki jalan... hahaha

ok... sila berkemas dan bermula la perjalanan yg indah.. kiki




realitinya kena tempuh trafik jam sepanjang jalan nak kuar dari bandar ke pantai timur.... biasa la bila dah cuti kannn.. semuanya berebut nak berjalan ngan famili... :-) 


menikmati kehijauan dan kedamaian udara yg sepoi2 bahasa... nyaman sgt...


tp bila masuk je laluan ke Frazer Hill jalan lenggang... hihi.. tp beware yer... jln dia mmg cukup mencabar... jln sempit dan berbengkang bengkok.. cukup sesuai utk pemandu yg suka drift... kiki

dan jgn risau utk naik frazer hill bila2 masa ok... sebab dah ada laluan naik dan turun berasingan... tak mcm dulu yg kena ikut time khen... so bila2 masa jew boleh naik... tp rasanya belah malam tak sesuai kot naik... sebab jalan dia agak scary dan sempit... so better naik waktu siang.. kalu naik ptg so better tido sana... tmpt dia sejuk gak uols... kiki.. :-)







Sampai puncak.. layan udara nyaman dan kasi anak try naik tricycle... mula2 dia takut tp lama2 seronok dah... kiki





Pastu kitaorg pusing2 tgk apa yg ada... biasa la kami nih.. main terjah jew.. kiki...

 nak try naik boat uols.. hihi





 sebelum tuh sila berpoyo2 ok... haha



anak jew yg relax... haha...


ingat nak beromantik ngan papa.. tp si teruna ai sibuk nak ikut.. siap tarik muka dah... disebabkan boleh naik dua org jew so papa kasi can mama naik dulu ngan maman pastu nnt tukar lak... hihi... tp lastly papa tak jadi naik sebab pas kami naik ramai lak beratur nak naik.. malas nak tunggu giliran daa... kiki

Pastu kami gi sebelah.. tgk taman bunga.. kiki... tp bunga takde la sgt... ada yg jual buah ngan sayur tp takde beli pun...







 nih buah apa yer uols...??? tolong citer sikit...





Abis layan buah-buahan dan bunga2 sila la cari jalan pulang... kiki.. tp singgah sini dulu.. nih tmpt wajib bergambar uols.....





tuan blog harus aka wajib terlebih... kiki


Kami ambik masa dalam 3-4jam kot nak sampai sini... tuh pun kuar dari rumah kul 9pg dan ada singgah breakfast ngan lunch... sampai kul 12.30tghhari dan turun balik dalam kul 3 atau 4 ptg.. walaupun sekejap jew tp seronok... dpt gak cuci2 mata dan lapangkan minda.. hihi




Apapun.. sila jgn lepaskan peluang bergambar kat sini... :-)




cumil tak kami... kahkah... :-)

nnt kita update pasal kenduri lak yer uols...











Monday, September 2, 2013

Mulakan hari anda dengan imaginasi positif!

Assalamualaikum...



Langkah 1: Kejayaan Bermula Dengan Imaginasi


“I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.”
- Albert Einstein

Imaginasi merupakan satu penyatuan di kotak pemikiran manusia, iaitu idea-idea lama akan bergabung dengan idea-idea baharu untuk membentuk satu kombinasi unik yang mempunyai kegunaan baharu yang sesuai dengan keadaan. Setiap sesuatu kejayaan bermula dalam pemikiran atau imaginasi seseorang. Sebagai contoh, Thomas Edison telah lama membayangkan mesin yang bersuara, mesin yang mengeluarkan imej yang bergerak serta bulba kecil yang mengeluarkan cahaya dalam mindanya sebelum rekaan tersebut menjadi realiti. Apabila Thomas Edison mencipta mentol lampu elektrik, beliau sebenarnya menggabungkan dua prinsip lama dan mengaitkan perkara tersebut antara satu sama lain untuk membentuk satu kombinasi baharu.

Thomas Edison dan saintis-saintis yang lain pada masa itu tahu bahawa cahaya dapat dihasilkan dengan memanaskan wayar kecil dengan aliran elektrik, tetapi masalah utama yang dihadapi adalah untuk mencari sejenis wayar yang apabila dipanaskan tidak akan terputus dua.

Dalam eksperimen-eksperimen yang dijalankan, Thomas Edison telah mencuba semua jenis wayar yang ada dan berharap akan menjumpai sejenis wayar yang dapat menahan haba yang tinggi, iaitu satu faktor terpenting sebelum cahaya dapat dihasilkan. Beliau telah menjalankan beribu-ribu eksperimen sebelum masalah ini dapat diatasi.

Semua persoalan terjawab apabila pada suatu hari, Thomas Edison telah menggunakan pengetahuan fiziknya, yang digabungkan dengan idea-idea lama dan imaginasi yang ada dalam kepalanya merumuskan bahawa tidak akan ada pembakaran sekiranya tiada oksigen. Maka, berbekalkan pengetahuan ini, Thomas Edison telah meletakkan wayar di dalam sebuah balang kaca tanpa oksigen, dan apabila pemanasan berlaku, satu cahaya telah dikeluarkan. Kejayaannya telah memanfaatkan jutaan manusia dari dahulu sehingga hari ini. Walaupun terdapat pelbagai jenis mentol pada zaman ini, prinsipnya tetap sama.

Begitu juga di sebalik setiap pembinaan jalan, bangunan, institusi kewangan, perniagaan yang besar dan ciptaan yang mengagumkan, sebenarnya bermula dalam minda seseorang. Imaginasi itu menjadi satu matlamat dan akal serta tenaga telah digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Anda tidak mungkin mempunyai tujuan dalam hidup atau tidak mungkin mempunyai keyakinan diri atau inisiatif dan sifat kepimpinan, sekiranya anda tidak mewujudkan karektor-karektor ini dalam imaginasi anda terlebih dahulu dan membayangkan diri anda dengan sifat-sifat positif tersebut. Perjalanan dalam fikiran manusia mudah dan digambarkan seperti berikut, sebuah imaginasi yang diterjemahkan kepada idea dan dengan perancangan yang baik, hal ini boleh menjadikan matlamat itu suatu realiti.

Oleh itu, jangan berputus asa mengharapkan rahmat daripada Tuhan. Jika dalam proses melakukan sesuatu anda merasakan perlu ada perubahan, maka lakukan perubahan tesebut demi kebaikan. Jika ada banyak rintangan yang datang, anda harus bertindak balas secara positif terhadap perkara-perkara tersebut walaupun mungkin membantutkan kejayaan anda.

Ingat! Fikir positif tentang kejayaan dan usaha anda. Anda pasti boleh berjaya. Jangan sekali-kali berputus asa walaupun telah mencuba berkali-kali, bak kata Thomas Edison semasa hayatnya;

“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
Thomas Alva Edison (1847-1931)

kerana seperti kata, Albert Einstein,
“The significant problems we face cannot be solved at the same level of thinking we were at when we created them.”



Sumber: copy n paste dr email.

Harap maklum.. tuan blog busy dan bertambah2 busy bila takde idea nak menulis apa.. kiki.. apa cer..?? tak de mood..?? kiki


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...