Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts
Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Mulakan hari anda dengan imaginasi positif!

Assalamualaikum...



Langkah 1: Kejayaan Bermula Dengan Imaginasi


“I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.”
- Albert Einstein

Imaginasi merupakan satu penyatuan di kotak pemikiran manusia, iaitu idea-idea lama akan bergabung dengan idea-idea baharu untuk membentuk satu kombinasi unik yang mempunyai kegunaan baharu yang sesuai dengan keadaan. Setiap sesuatu kejayaan bermula dalam pemikiran atau imaginasi seseorang. Sebagai contoh, Thomas Edison telah lama membayangkan mesin yang bersuara, mesin yang mengeluarkan imej yang bergerak serta bulba kecil yang mengeluarkan cahaya dalam mindanya sebelum rekaan tersebut menjadi realiti. Apabila Thomas Edison mencipta mentol lampu elektrik, beliau sebenarnya menggabungkan dua prinsip lama dan mengaitkan perkara tersebut antara satu sama lain untuk membentuk satu kombinasi baharu.

Thomas Edison dan saintis-saintis yang lain pada masa itu tahu bahawa cahaya dapat dihasilkan dengan memanaskan wayar kecil dengan aliran elektrik, tetapi masalah utama yang dihadapi adalah untuk mencari sejenis wayar yang apabila dipanaskan tidak akan terputus dua.

Dalam eksperimen-eksperimen yang dijalankan, Thomas Edison telah mencuba semua jenis wayar yang ada dan berharap akan menjumpai sejenis wayar yang dapat menahan haba yang tinggi, iaitu satu faktor terpenting sebelum cahaya dapat dihasilkan. Beliau telah menjalankan beribu-ribu eksperimen sebelum masalah ini dapat diatasi.

Semua persoalan terjawab apabila pada suatu hari, Thomas Edison telah menggunakan pengetahuan fiziknya, yang digabungkan dengan idea-idea lama dan imaginasi yang ada dalam kepalanya merumuskan bahawa tidak akan ada pembakaran sekiranya tiada oksigen. Maka, berbekalkan pengetahuan ini, Thomas Edison telah meletakkan wayar di dalam sebuah balang kaca tanpa oksigen, dan apabila pemanasan berlaku, satu cahaya telah dikeluarkan. Kejayaannya telah memanfaatkan jutaan manusia dari dahulu sehingga hari ini. Walaupun terdapat pelbagai jenis mentol pada zaman ini, prinsipnya tetap sama.

Begitu juga di sebalik setiap pembinaan jalan, bangunan, institusi kewangan, perniagaan yang besar dan ciptaan yang mengagumkan, sebenarnya bermula dalam minda seseorang. Imaginasi itu menjadi satu matlamat dan akal serta tenaga telah digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Anda tidak mungkin mempunyai tujuan dalam hidup atau tidak mungkin mempunyai keyakinan diri atau inisiatif dan sifat kepimpinan, sekiranya anda tidak mewujudkan karektor-karektor ini dalam imaginasi anda terlebih dahulu dan membayangkan diri anda dengan sifat-sifat positif tersebut. Perjalanan dalam fikiran manusia mudah dan digambarkan seperti berikut, sebuah imaginasi yang diterjemahkan kepada idea dan dengan perancangan yang baik, hal ini boleh menjadikan matlamat itu suatu realiti.

Oleh itu, jangan berputus asa mengharapkan rahmat daripada Tuhan. Jika dalam proses melakukan sesuatu anda merasakan perlu ada perubahan, maka lakukan perubahan tesebut demi kebaikan. Jika ada banyak rintangan yang datang, anda harus bertindak balas secara positif terhadap perkara-perkara tersebut walaupun mungkin membantutkan kejayaan anda.

Ingat! Fikir positif tentang kejayaan dan usaha anda. Anda pasti boleh berjaya. Jangan sekali-kali berputus asa walaupun telah mencuba berkali-kali, bak kata Thomas Edison semasa hayatnya;

“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
- Thomas Alva Edison (1847-1931)

kerana seperti kata, Albert Einstein,
“The significant problems we face cannot be solved at the same level of thinking we were at when we created them.”



Sumber: copy n paste dr email.

Harap maklum.. tuan blog busy dan bertambah2 busy bila takde idea nak menulis apa.. kiki.. apa cer..?? tak de mood..?? kiki


Tuesday, August 20, 2013

Kehidupan

Assalamualaikum...

Salur galur kehidupan.. sukar menaksir erti kehidupan.. misteri.


Hidup dalam kalangan orang2 yg bahagia melalaikan sesetengah org utk benar2 memilih calon suaminya, positif thinking yg calon suaminya akan berubah selepas bernikah dan selepas memegang tanggungjawab..


Ada yg beruntung sebab impian dan harapan calon suaminya yg berjanji utk berubah benar2 mengotakan janji malah berubah sebaik2 umat. Untung wanita itu..


Tp jika yg masih belum nak berubah, belum ada gaya nak berubah wlpun anak berderet.. Umur sudah masuk 4series tp makin menjadi2.. Camner lak tuh..??


Ada kisah yg menjadikan diri tersentak.. Dia (teman) hidup dr kecik dalam keadaan yg ayahnya cukup baik dan sayanginya tp hanya seketika sebab ayahnya lebih dahulu dipanggil ilahi.. Hidupnya dibiarkan tanpa kasih sayang, tanpa perhatian, tanpa kewangan dr ibunya.. Seakan benci pada anak2.. satu beban mungkin.


Satu kejutan buatku sebab selama kenal dia.. dia cukup ceria.. xnmpk garis duka.. siapa kita yg boleh menbaca hati org.. dia cukup bijak menyembunyikan rasa hati [aku pun berdoa agar boleh jadi setabah dia.. huhu]


Kehidupan yg sukar membuatkan dia amat detail memilih lelaki sebagai suaminya sedetail2nya sebab dia xnak jadi insan kedua (spt ibunya.. Ibunya bernikah ngan ayahnya sebab utk melepaskan diri dr belenggu kemiskinan.. Tiada cinta diawal perkahwinan dan sampai la diakhir hayat suaminya--- minta dijauhkan buat sesiapa pun) 

Alhamdulillah suaminya boleh dikatakan penyayang dan dia sebaik mungkin cuba menjadi isteri terbaik dan penyayang pada anak2nya.. Moga dia tabah yg tuhan. amin.



Kita tau sebenci2nya ibu.. Ibu tetap ibu.. so sebagai kawan pastinya nasihat yg terbaik aku cuba sampaikan.. xnak dia menjadi anak derhaka.. minta dijauhkan ya tuhan.. dan minta dibukakan pintu hati ibunya utk menyayangi semua anak2nya.. 


Bukan nak membuka aib sesiapa.. cuma perhayatan erti kehidupan.. bagi yg berbahagia.. alhamdulillah.. bg masih menghadapi kekangan kebencian dan penghinaan.. bersabar la sayang.. Allah syg pada umatnya yg sabar dan ikhlas. Insyaallah.



Benci dengan lelaki yg kununnya nak mendidik isteri dengan sepak terajang dan mungkin cacian.. nak2 perbuatan itu didepan zuriat sendiri.. 

Apa dimanakah akal dia.. dilututkah..??



detail SINI [bg yg nak memahami kenapa hati ini sebak dan mengapa entry ini diutarakan disini]


Monday, April 22, 2013

Tak dapat nak baca NASIB diriku

Assalamualaikum...

Apa khabar uols.. teringin sgt nak berbicara disini wlpun ada seakan akal menolak utk tidak diceritakan.. huhu.. akal dan hati berkomplik.. aduhai.. biasa la kann.. 

Pagi tadi bila start kerja.. terasa cam hanyut.. sakit kepala.. minum dah.. sarapan dah.. sebenarnya semalam pun tido tak lena.. panas sesangat kot.. penat pusing nak cari angin dr kipas yg setia berputar.. so anggap maybe badan penat kot.. 

tghhari kuar makan.. bukan makan cuma taupau dulu.. taupau mcd jew.. on the way blk ke office.. tiba2 dada menyesak.. senak sgt.. tekan punya tekan baru lega.. jika lepaskan tekanan dada.. rasa sakit menyusuk.. kwn ckp maybe ai ada masalah jantung kot.. itu salah satu pertanda... entah.. me fikir maybe sebab impact dr eksiden dulu (dah hampir 6thn eks.. thn 2007 yg penuh kepahitan) tah la.. tak tau nak kata apa.. just berdoa agar me jgn la leka sgt dr bertaubat.. mana tau jika ditarik nyawa.. aduhai.. banyak dosa ari2.. tak terhintung..

ptg nih lak.. kepala menusuk2.. panas jugak ai guess.. geram sgt.. masuk bilik air.. buka tudung basuhkan kepala.. termenung mengenangkan nasib.. aduhai sayang.. balik2 kat office me buat air kopi pekat which ai cuba nak elak dr minum kafein.. aduhai.. terasa kurang sikit hanyut kepala.. banyak benda nak kena setel tp sakit datang melanda.. 

susah nak puaskan hati org dan hati sendiri.. sakit kepala cam nak pecah.. aduhai.. bertabah eks..


Jika mmg sudah tertulis ajal ku dekat.. maafkan aku.. halalkan makan minum.. halalkan hutang ilmu, hutang wang, hutang janji, hutang pelbagai hutang.. doakan aku sejahtera disana.. banyak dosa ku yg tak terampun.. jika benar ajal ku dekat doakan aku pergi dengan penuh kehormatan dan penuh keredhaan. amin.

Merepek bila baca kat SINI


Bukan mengeluh, bukan menagih simpati.. sekadar luah rasa hati agar hati dan akal kembali tenang.. :)



Friday, December 7, 2012

Bila Mama menagih


slm..

pernah luahkan rasa hati disini -  Luahan hati. Sekarang lak jadi penagih.. penagih hutang.. aduhai..

Jika diingat2 malu *malu nak minta2 kann..

Minta ngan dia tengah bulan nov, dia respon baik.. dia nak byr.. tunggu ujung bulan.. so tunggu la kann..

tgk2 dah nak habis minggu pertama dia diam jew.. sms tak reply.. so cara cam nov aritu gak.. msg kat fb pulak.. tunggu any respon from her.. aduhai.. mmg serik dah uols.. buat baik kena berpada2 kann..
laju gak dia reply kat fb, dia bg reason tak menasabah.. tp kekadang dia kena faham jugak erti perjanjian.. dulu janji sebulan jew.. nih dah nak masuk 5bln.. tah la kann..

Rasanya bukan dengan cara berdiam diri utk dia menyelesaikan masalah.. bila ditagih baru sibuk kasi alasan mcm2.. katanya bos siap potong gaji dia.. apasal kena potong kalu takde apa2 dia buat kann..
this time mama takleh nak berdiam diri.. dengan serik, dengan hati tak sedap mama tegaskan jugak, mama nak pakai duit.. ai nak pakai beli mesin basuh yg rosak.. kannn..


update: skrg dia ckp dia terkilan ngan mama.. aduhai.. pelik org2 skrg..


~Nak diluahkan mati kawan, nak ditelan mati akal.. huhuhu..~



Wednesday, February 15, 2012

Bila mama kena overtime..



Salam...^_^

Semalam kita kannnn... kena kannnn... kena blk lewat..

Balik2 tgk umah dah tak rupa rumah... adeceh.. selama nih pun takde la kemas mana pun.. tp takde la cam rupa kena timpa taufan... nih takleh nak sorong kaki dah...

Masuk2 je.. anak dah dtg peluk pinggang dan cium busuk mama dia sambil meraung.. menangis uols.. aduhai..

Mmg salute ngan ibu yg keja, blk2 kena hadap *shit anak2 yg bersepah dlm toilet, kena hadap muntah anak lepas menangis, kena hadap umah cam takleh sorong kaki dah.. Huhu.. mmg kuat sungguh wanita seperti itu...

mama..?? cam rasa nak pitam ok.. br jarang2 sekali terjadi dlm kehidupan sejak jadi ibu maman nih... tp memang menguji kesabaran, kekukuhan mentah dan fizikal la...

Apa lg.. tanya maman ape kesah dia meraung tersedu2 tuh.. sambil2 tangan tarik sofa dan letak balik kat tmpt sepatutnya... mencari sepihan remote yg hancur jahanam.. dijangka pasti dibuang oleh aiman td nih.. suka menangis stail mengamuk buang barang2... [mama dia idak gitu ok.. mama dia stail kedekut.. kalu jahanam barang susah nak dpt blk.. ahaks..]

kemas ruang yg bersepah... berlari ke toilet niat nak buang air kecil.. tgk toilet/bowl toilet bersepah ada benda yg buat perut mual dan jijik... tau dah keja sapa.. keja anak tersayam.. pandai dia cr timing nak suruh mama bersihkan bilik air kannnnn... so bersihkan dulu...

pastu niat nak makan dulu... dah lapar tahap cipan.. maklum la dah kul 10mlm dah... mmg berbunyi2 lama dah nih perut.. kuar2 bilik2 air.. tgk maman muntah lakkk.. aduhai.. tak selera nak makan ok.. kemas dulu.. mengemop dulu.. aduhai.. kat bilik air pun dia ada tinggalkan sisa2 muntah dia.. so siram menyiram bilik air la pulak...  Perut lapar tp rasa jijik ok.. kena setel apa yg patut dulu... huhuhu.. jadinya bersih dua2 bilik air uols... hahaha

Lepas setel mop, br la boleh nak makan.. tp still ada gangguan.. maman nak susu pulak.. Mmg selalu tidur kul 10mlm tp dia nak susu br boleh tidur.. aduhai anak.. tp mama suruh dia tunggu mama habis makan br buat susu.. mama dah takleh tahan dah.. lapar giler.. huhuhu..

papa mana..??

dia kuar selepas mama masuk rumah.. tinggalkan anak menangis.. anak menangis nak mengikut papa kuar.. huhuhu.. tu yg mengamuk tak ingat tuh.. aduhai.. anak oh anak... macam2 dugaan nak besarkan kamu kannn..


*shit disini ialah sisa buangan isi perut ye..



letak pic nih kat wallpaper tipon... buat mama insaf yg maman nih masih naif erti kehidupan..
matanya yg seakan menyatakan..
'sy masih belajar mama'




~>dah jadi cam diary lak blog nih kannn... sori ye.. nih sekadar melepaskan kepenatan dan ruang memahami erti kasih sayang dlm rumahtangga..

~>kepala stress macam2.. tp rasa lega bila kekadang dpt lepaskan wlpun sedikit..:)





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...

****************************

Monday, December 19, 2011

Monday Me






Betul...Betul...Betul..!!!


Sumber: email.








Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


Sampai jumpa lagi...


****************************

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...