Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, September 2, 2013

Mulakan hari anda dengan imaginasi positif!

Assalamualaikum...



Langkah 1: Kejayaan Bermula Dengan Imaginasi


“I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.”
- Albert Einstein

Imaginasi merupakan satu penyatuan di kotak pemikiran manusia, iaitu idea-idea lama akan bergabung dengan idea-idea baharu untuk membentuk satu kombinasi unik yang mempunyai kegunaan baharu yang sesuai dengan keadaan. Setiap sesuatu kejayaan bermula dalam pemikiran atau imaginasi seseorang. Sebagai contoh, Thomas Edison telah lama membayangkan mesin yang bersuara, mesin yang mengeluarkan imej yang bergerak serta bulba kecil yang mengeluarkan cahaya dalam mindanya sebelum rekaan tersebut menjadi realiti. Apabila Thomas Edison mencipta mentol lampu elektrik, beliau sebenarnya menggabungkan dua prinsip lama dan mengaitkan perkara tersebut antara satu sama lain untuk membentuk satu kombinasi baharu.

Thomas Edison dan saintis-saintis yang lain pada masa itu tahu bahawa cahaya dapat dihasilkan dengan memanaskan wayar kecil dengan aliran elektrik, tetapi masalah utama yang dihadapi adalah untuk mencari sejenis wayar yang apabila dipanaskan tidak akan terputus dua.

Dalam eksperimen-eksperimen yang dijalankan, Thomas Edison telah mencuba semua jenis wayar yang ada dan berharap akan menjumpai sejenis wayar yang dapat menahan haba yang tinggi, iaitu satu faktor terpenting sebelum cahaya dapat dihasilkan. Beliau telah menjalankan beribu-ribu eksperimen sebelum masalah ini dapat diatasi.

Semua persoalan terjawab apabila pada suatu hari, Thomas Edison telah menggunakan pengetahuan fiziknya, yang digabungkan dengan idea-idea lama dan imaginasi yang ada dalam kepalanya merumuskan bahawa tidak akan ada pembakaran sekiranya tiada oksigen. Maka, berbekalkan pengetahuan ini, Thomas Edison telah meletakkan wayar di dalam sebuah balang kaca tanpa oksigen, dan apabila pemanasan berlaku, satu cahaya telah dikeluarkan. Kejayaannya telah memanfaatkan jutaan manusia dari dahulu sehingga hari ini. Walaupun terdapat pelbagai jenis mentol pada zaman ini, prinsipnya tetap sama.

Begitu juga di sebalik setiap pembinaan jalan, bangunan, institusi kewangan, perniagaan yang besar dan ciptaan yang mengagumkan, sebenarnya bermula dalam minda seseorang. Imaginasi itu menjadi satu matlamat dan akal serta tenaga telah digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Anda tidak mungkin mempunyai tujuan dalam hidup atau tidak mungkin mempunyai keyakinan diri atau inisiatif dan sifat kepimpinan, sekiranya anda tidak mewujudkan karektor-karektor ini dalam imaginasi anda terlebih dahulu dan membayangkan diri anda dengan sifat-sifat positif tersebut. Perjalanan dalam fikiran manusia mudah dan digambarkan seperti berikut, sebuah imaginasi yang diterjemahkan kepada idea dan dengan perancangan yang baik, hal ini boleh menjadikan matlamat itu suatu realiti.

Oleh itu, jangan berputus asa mengharapkan rahmat daripada Tuhan. Jika dalam proses melakukan sesuatu anda merasakan perlu ada perubahan, maka lakukan perubahan tesebut demi kebaikan. Jika ada banyak rintangan yang datang, anda harus bertindak balas secara positif terhadap perkara-perkara tersebut walaupun mungkin membantutkan kejayaan anda.

Ingat! Fikir positif tentang kejayaan dan usaha anda. Anda pasti boleh berjaya. Jangan sekali-kali berputus asa walaupun telah mencuba berkali-kali, bak kata Thomas Edison semasa hayatnya;

“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
Thomas Alva Edison (1847-1931)

kerana seperti kata, Albert Einstein,
“The significant problems we face cannot be solved at the same level of thinking we were at when we created them.”



Sumber: copy n paste dr email.

Harap maklum.. tuan blog busy dan bertambah2 busy bila takde idea nak menulis apa.. kiki.. apa cer..?? tak de mood..?? kiki


3 comments:

emarieys said...

salam perkenalan..terima kasih dtg ke blog emarieys.com dan drop komen pada entry

Maria Firdz said...

Ibaray kata berangan yg positif setaip pagi.. Insha Allah positif spnjg hari..

OKje said...

Masalahnya ...imaginasi pun tidak...macamana ni Yana hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...