Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, January 15, 2013

Durian Crepe & Velvet cake.. Again..??


Salam...

Pernah cerita pasal benda nih.. siaran ulangan uols.. tak caya..?? baca kat entry NIH.. hahaha..
Hari minggu lepas gi ke downtown kajang lagik.. situ jew mama sanggup pegi pun.. kalu ke downtown cheras.. makcik serender.. tau parking jauh amat.. sakit kaki uol.. maklum la ai ni special edition sikit since 5yr before kannnn.. kikiki.. boleh gelak la tuh kann... semua tuh dah sejarah yg sukar dilupakan...











cerita tentang taste durian crepe nih kann.. bg sy yg pertama kali makan nih.. rasa dia durian la.. nak ckp guano lg.. kann.. hhhmmm... durian mmg la dah diwar-warkan raja buah.. mmg sedap la kann.. tak dapat nak disangkalkan lg.. cuba baru tau.. kikiki

kek velvet tuh.. buat kali kedua rasa.. sama gak.. sodap.. hahaha.. :)


nampak sangatkah entry nih seperti lepas batu di tangan.. hahaha.. bertabah la pembaca blog mama nih yer.. luv u.. kikiki

****************************


Sori buat ibu jasnani.. entry makan2 la besh.. sabar yer berpantang ketat2 tau.. hehehe








Power Bank

Salam..

Setelah sekian lama google, sekian lama menelek.. so beli la jua... :)







Kegunaan power bank ini adalah utk menyimpan tenaga elektrik (mengikut kapasiti tenaga yg anda beli) untuk digunakan dimasa kecemasan.. selalunya tipon smart nih tak berapa smart bahagian bateri dia.. :D




Tips | Masalah dengan butang upload gambar hilang


Salam..

Sapa2 ada masalah gini tak..



Problem with browser button for image upload


Pening gak kepala.. tiba2 nak upload gambar.. tgk2 browser button dia takde.. so mama cari kat google.. dan mama share sini.. sapa2 nak faham cuba baca  SINI.

Nak terang banyak2 tak reti sgt.. kalu secara kefahaman mama la kann..

jika berlakunya perkara seperti diatas..

  1. kita di suggest tukar dr guna internet explorer kepada chrome atau firefox sampai la masalah nih dapat diselesaikan
  2. mereka jugak suggest kita upload gambar melalui html side.. tp agak berserabut sikit la..




So far.. mama upload gambar guna html tuh.. terpaksa la beb.. nak tukar internet explorer kena ada kelulusan dr pihak admin company.. malas nak bersoal-jawab la pasal benda2 gini.. kita berblog pun bukan utk kerja kannn.. time utk release tension jew.. so faham2 la beb.. kikiki

Untuk sesiapa nak tau guna html side utk upload pic.. nih mama buat prict screen..











Siap sudah upload gambar.. dan tekan balik ke 'compose' utk lihat seperti ini... ;)

ok tak cikgu ajar.. faham tak.. kikiki *Feeling cikgu.. garang nih tau... hahaha



****************************

Sharing Is Caring... :)







Monday, January 14, 2013

Blog menarik..??


Salam..

Dalam kesengalan dan dalam kekalutan lautan kerja hari2 dan hari ini.. ada gak terfikir.. adakah blog ini relevan dan menarik utk menarik pembaca sampai juta2..??

kelakar jew pertanyaan itu kann..??

Sebenarnya bila free sikit2.. demi utk merelaxkan minda dan urat.. suka blogwalking blog2.. baca entry2 yg menarik dan bang boom besh.. tp perasan atau tidak.. mama sekarang kurang reply any komen atau berjalan2 dan tinggalkan komen2.. busy atau kekadang takde tenet yg laju uols.. penat kalu nak blogwalking kat umah.. sebab kat umah guna tab jew.. itu pun kalu maman atau papa maman tak main games smpi habis bateri.. hhhmmm.. time kita nak guna la time tuh takde bateri.. sian tak..?? kikiki

Mama sesekali guna google dan cari kalu2 idea yg boleh membantu mama boleh 'up'kan entry yg besh2.. tp selalunya takde besh pun khen.. hehehe.. biasa2 jew.. tp selalunya idea jarang timbul disaat diperlukan.. kekadang dah 'expired' dah idea tuh.. hahaha..

Tp jika dikurniakan masa dan mood ngah besh.. semua blog mama cuba terjah ok.. hahaha.. so maafkan sy jika mama belum lg terjah blog yg pernah sudi masuk sini dan tinggalkan komen.. really appreciated it.. jgn marah tau.. insyaallah mama akan datang.. tunggu.. eh.. hahaha


****************************

entry fast sebelum balik.. hahaha.. mau pulang dulu ya..  



:)



Entry Makan-Makan Berjemaah..


Salam pagi isnin yg hangat..:)

Sedar tak sedar.. dah masuk minggu kedua bulan january dan juga dua minggu ditahun baru... hhhmmm.. biasa2 jew kann.. tak sedar diri semakin tua dan keriput.. kah..kah.. bab kata aznil 'kertu'.. auuwww.. so tak besh kann.. what to do.. mmg fitrah.. :)

Ok.. merepek pepagi.. benda la kan..

Nak cerita pasal dinner company tp tak tau nak cerita camner.. huhu.. dinner yg biasa2 jew.. kami tak ramai.. wlpun dicampur dengan orang2 warehouse (org yg jaga stock kat banting) pun dalam 20 org gitu.. selalunya dinner company nih diorg suka ke restauran kat kl.. diorg suka tmpt happening gitu... seksa memikirkan nak masuk kl.. nak-nak me yg tak reti jalan.. dah tuh kompom blk lewat mlm kann.. aduhai.. gerun tau.. *gerun mengalahkan anak dara jew mama nih kann.. hehehe

Kami makan kat italian restauran dan yg beshnya.. menu semua sendiri order, sendiri makan.. kalu tak sedap sendiri padan muka.. hahaha.. tp mama ngan kwn2 cerdik.. kami dah surf dulu menu diorg, check apa bahan2nya, siap tgk kat google image lagi.. mmg membantu serba sedikit utk kami pilih menu... nak2 masa nak pilih desert time.. melting dulu sebelum makan gitu.. hehehe

sambil makan sambil berborak.. ramai lak tuh si kameramen.. posing yg banyak dr makan.. kikiki... meriah la jugak kami nih kann.. nasib memang kami dah book ruangan khas buat kami nak bising2.. so harap2 takde la mengangu org lain kann..

cite banyak pun tak guna kann.. korang nak tgk pic tak..?? tp nih semua dr kamera cabuk mama la.. mana ada kamera canggih2 like dslr ke kann.. kikiki.. jadi la dr takde kannn..



dap.. :)



nih doorgift from company.. dpt tuala company, cawan company dan sling bag company.. hahahaha

ok la dari takde kannn

:)

nih posing kat dlm surau..

mace2 la kann


ok nih with one of anak dara kat sini.. kita berkawan2 ngan org muda sebab suka feeling muda..
auuwww..

perasan kann..

tolon jgn kutuk sebab semua feeling2 tuh hanya dlm hati.. bukan realiti.. kikiki

sedar siapa la kita nih kannn



****************************

Sesekali seronok gak lepak2 ngan dinner company gini.. tp kalu la bos boleh bawa kami semua gi berholiday jauh2 ke itali ke.. paris ke.. baru lagi syok kann

hahaha.. berangan tak sudah.. :)







Ketat

Slm..

Hidung ngah ketat.. Nak bernafas tak pass pass.. Wlpun lubang idung besar tp tak puas2 sedut nafas...

Hhmmmm.. Mata mengantuk.. Tp hidung ketat.. Tisu sudah berbakul2.. Tercari2 minyak gamat utk melegakan ketat hidung..
Tp gelap malam membataskan penglihatan.. Aduh.. Dlm raba sini sana terjumpa minyak cap kapak.. Jadi la buat tenyeh hidung kembang..

Malam pulak sekarang panas berbahang.. Hhhmmmm...

Sekian coretan penulis blog yg takleh tido sebab hidung ketat dan terinspirasi menulis tentangnya diblog.. Aduhai.. Sungguh takde jiwa seni.. Kannnnn

Selamat malam semua.. Pastikan lena diulit intan.. ;)


*ada ke yg baca entry nih..?? Hahaha.. Kalu ada sila komen.. ;)







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 11, 2013

Wanita yg bermasalah tuh la dia nih..


Seorang Wanita Sanggup Paksa Anak Kecil Makan Serbuk Cili Hingga Tewas

Amanda Sorensen (21 thn) ditahan oleh pihak polis California Selatan dengan tuduhan pembunuhan. Anak perempuan  dari kekasih Amanda tewas setelah dilarikan ke rumah sakit setelah menderita kejang- kejang.

 

Usai diperiksa rupanya balita yang masih berusia 2 tahun tersebut dipaksa memakan sebuk cili oleh Amanda, hingga ia kesulitan bernafas dan kejang- kejang, hingga akhirnya tewas.


Tak banyak yang tahu kalau serbuk cili sangat berbahaya terutama bagi kanak-kanak. Serbuk ini dapat membuat saluran pernafasan membengkak dan membuat kita kesulitan bernafas, selain itu boleh berakibat fatal pula bagi penderita asma.




****************************

copy paste dr email.

*Entry nih entry schedule.. tuan blog ngah ada dinner company kat kl.. yihaaa.. makan dan makan.. dah tembun tak hengat dah nih... kikiki

:)








Abpbh 2012


Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau ABPBH 2012 bakal diadakan tidak lama lagi. Dan calon-calon dalam kategori tertentu tidak juga kurang hebatnya. Pengumuman calon dibuat semalam dan yang mengejutkan pastinya Zizan Razak yang memiliki pencalonan paling dominasi. -gambar Forum Cari | Budiey


5 Finalis Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

5 Finalis Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

5 Finalis Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

5 Finalis Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

5 Finalis Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

5 Finalis Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsudin

5 Finalis Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura


copy paste dr SINI



****************************


entry takde modal.. :)



Hidung Berdarah

Selamat Pagi Jumaat kawan2..

Share kat sini.. :)

Jom sama2 find out..

 

Hidung Berdarah?Jangan panik!!

                         



Soalan
Salam..sejak kebelakangan ini saya selalu mengalami hidung berdarah..biasanya berlaku pada waktu pg antara pukul 6-10..apakah yg menyebabkan hidung berdarah pd waktu pagi?setahu saya hidung berdarah kebiasaan nya berlaku kerana cuaca panas..adakah ianya merbahaya dan perlukah saya mendapatkan rawatan? terima kasih.
fafa



Jawapan

Waalaikumussalam

Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Moga sihat hendaknya.

Hidung berdarah atau epistaxis merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita. Rata-rata daripada kita berasa gerun dan panic apabila melihat seseorang mengalami pendarahan hidung. Jangan takut! Jangan panik! Inshallah, setiap masalah itu ada penyelesainnya. Setiap penyakit itu ada rawatannya!. Cuma, kesedaran awal tentang cara merawat epistaxis perlu didedahkan, supaya kadar komplikasi berkaitan epistaxis  menurun.

Sebelum saya menjawab pertanyaan saudari dengan lebih lanjut,terdapat beberapa perkara yang perlu saya ‘take note’
  1. Sejak bila saudari mengalami hidung berdarah? Secara spesifiknya? Tahun ini atau tahun-tahun sebelumnya?
  2. Hidung saudari hanya berdarah pada waktu pagi sahaja? Atau berlaku pada waktu-waktu lain,siang,malam?
  3. Adakah masalah ini berlaku setiap hari? Atau seminggu sekali?Berapa kalikah kekerapan ?
  4. Boleh saudari perincikan kawasan manakah yang paling banyak mengalami pendarahan?kawasan hadapan(anterior) hidung?sebelah atau darah keluar melalui kedua-dua lubang hidung?
  5. Adakah pendarahan itu menganggu aktiviti harian saudari? Setakat mana ia menganggu kerja saudari?
  6. Apabila hidung berdarah,saudari ada mengalami pening-pening,muntah-muntah,denyutan jantung meningkat,atau berlaku juga pendarahan di kawasan lain selain hidung?seperti mata,telinga dan lain-lain? najis berdarah??
  7. Bagaimana jenis darah itu?dalam anggaran berapa milimeter atau berapa cawan kecil kuantiti darah yang keluar setiap hari? Apa warna darah yang keluar?
  8. Adakah masalah yang saudari hadapi berkait juga dengan perubahan musim?
  9. Saudari ada ambil ubat-ubatan yang lain seperti aspirin,steroid,ubat-ubatan herba dan sebagainya?
  10. Jika hidung berdarah,apakah perkara yang saudari lakukan untuk menghentikan pendarahan hidung?
  11. Saudari ada mengalami apa-apa penyakit sebelum ini? Seperti darah tinggi?
  12. Saudari ada mengalami apa-apa alahan ?
  13. Bagaimana dengan sejarah keluarga,ada di kalangan ahli keluarga saudari yang mengalami masalah yang sama?atau keluarga saudari mengalami sakit jantung atau darah tinggi?
  14.  terdedah pada mana-mana individu yang merokok?
  15. Jenis pekerjaan saudari? Dan rutin hidup?

Soalan di atas merupakan soalan umum yang kebiasaannya akan ditanya. Setelah maklumat lengkap diperoleh,barulah doktor akan melakukan investigation untuk mencapai diagnosis yang tepat mengenai masalah yang dihadapi saudari.

Namun,merujuk kepada emel yang kami terima  daripada saudari bertarikh  30 Dec 2010  dan saya kira di Malaysia sekarang sedang mengalami musim hujan kan? Suhu sekitar sejuk,dan bertambah sejuk pada waktu pagi dan malam. Sebenarnya, perubahan suhu yang tidak menentu dan mendadak juga menyumbang kepada komplikasi hidung berdarah. Bayangkan anda berada di luar,bertemankan kesejukan,dan apabila anda kembali ke pejabat atau ke rumah, suhu semakin bertambah,panas sedikit berbanding suhu di luar yang amat sejuk.maksudnya udara di dalam rumah atau mana-mana kawasan tertutup mengandungi udara yang kering. Perubahan suhu dan cuaca beginilah juga menyumbang kepada hidung berdarah. Ini disebabkan cuaca sejuk dan udara kering menyebabkan mucosal hidung menjadi kering, membengkak dan menyebabkan hidung berdarah secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika anda mengalami infeksi virus atau bakteria-hidung berair,mucus berwarna hijau pekat,selalu bersin,batul-batuk dan sakit mata. Semua symptom sebegini muncul ketika julat suhu terlalu rendah dan terlalu tinggi,seperti musim sejuk(winter),hujan,musim panas(summer).
Namun,jika saudari mengalami hidung berdarah secara kerap/konsisten,sila lah berjumpa doktor bagi mengesan symptom/masalah yang tersembunyi kerana terdapat banyak punca yang menyebabkan pendarahan hidung.

Jika masalah ini muncul seiring dengan perubahan suhu dan cuaca, saudari perlu mengambil lebih vitamin C,lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet,juga banyakkan minum air suam. sediakan air-humidifier di rumah untuk mengekalkan kelembapan dalam rumah dan mengelakkan udara kering. dapatkan pengudaraan yang baik.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hidung berdarah?

Faktor Luaran(external factors)
-          Trauma (boxing atau pergaduhan menyebabkan hidup berdarah)
-          Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak
-          Kurang minum air
-          Kurang makan buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi
-          Bendasing (foreign body)
-          Asap rokok
-          Debu-debu luar
-          Ubat-ubatan seperti aspirin
-          ubatan herba yang berkaitan

Faktor dalaman (intrinsic factor)
-          Inflamasi pada hidung/selsema/rhinitis
-          leukemia
-          Darah tinggi
-          Kanser
-          Penyakit genetic mudah berdarah seperti kurang vitamin K(vitamin K penting untuk pembekuan darah), kurang factor yang menyebabkan pembekuan darah,seperti kurang factor VIII dalam darah.
-          Penyakit hati (liver diseases)

Bagaimana pendarahan boleh berlaku?

Kawasan yang biasa berdarah pada hidung dikenali sebagai Little’s area,terletak di bahagian hadapan nostril(lubang hidung),spesifik di kawasan septum yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali sebagai Kiesselbach plexus.

Terdapat juga pendarahan di bahagian belakang hidung(posterior) yang sukar untuk dikenalpasti.
Apabila terdapat jangkitan kuman pada kawasan ini,ataupun mengalami trauma,hentakan di muka dan sebagainya, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.






Bagaimana merawat hidung berdarah di rumah?

FIRST AID measure

Sewaktu pendarahan
-          Bertindak tenang
-          Duduk dalam keadaan menegak, tundukkan kepala sedikit. Jangan angkat kepala dan membelakangkan kepala anda!ini mengundang risiko sesak nafas dan darah dari hidung akan mengalir ke saluran pernafasan anda dan seterusnya menghalang pernafasan!
-          Tekan lubang hidung (nostrils)dengan ibu jari dan jari telunjuk anda,pastikan anda tekan cartilage hidung,bahagian hujung hidung yang lembut. Tekan selama 10 minit.
-          Darah yang berkumpul di dalam mulut atau kawasan oropharynx perlu diludah keluar
-          Longgarkan baju anda,longgarkan tali leher,tali pinggang
-          Letakkan ice pack di belakang leher anda(bahagian bawah tengkorak kepala) dan juga letakkan ice pack di atas hidung anda. Ini untuk mengecutkan salur darah seterusnya menghentikan pendarahan
-          Selepas 10 minit, buang perlahan-lahan ice pack tadi dan duduk dalam keadaan yang sama.
Kebiasaannya darah akan berhenti mengalir selama 10-15 minit. Cuba bertenang dan dapatkan rehat yang mencukupi selepasnya.

Apabila pendarahan berhenti

-          Elakkan bersin,batuk
-          Jika udara di dalam rumah terlalu kering,anda dinasihatkan untuk ‘lembapkan’/humidify rumah anda dengan memasang air-humidifier. Elakkan menghidu asap rokok !
-          Jika tiada,anda boleh menggunakan spray ke muka,untuk memberi kelembapan kepada hidung,sekaligus menghentikan pendarahan.

Hidung saya masih berdarah,apa yang perlu saya buat?
Jangan panik! Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Apakah keadaan yang memerlukan rawatan segera ke hospital?
-          Jika darah mengalir dari kedua-dua lubang hidung selama kira-kira 20 minit
-          Epistaxis berlaku selepas trauma pada kepala,sama ada kemalangan,terjatuh atau kepala terhentak ke permukaan yang keras
-          Pendarahan masih lagi berlaku kira-kira 30 minit selepas membuat rawatan first aid(seperti di atas)
-          Apabila terasa pening-pening dan muntah-muntah akibat hentakan yang kuat pada muka
-          Apabila hidung berubah bentuk atau ‘slipped’ dari keadaan asal
-          Apabila seseorang itu telah berumur
-          Apabila seseorang itu mengalami darah tinggi


Kesimpulan

Memandangkan masalah hidung berdarah merupakan perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita,maka kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlu dititik beratkan. Sediakan ice-pack dan kotak kecemasan seawalnya di rumah,di tempat kerja,di sekolah dan sebagainya. Pastikan semua bahan di dalam kotak kecemasan(first aid ) lengkap tersedia dan pastikan mana-mana ubatan tidak melepasi tarikh luput. Selain itu,anak-anak kecil perlu didedahkan dengan latihan kecemasan seumpama ini. Ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam hal ini.
Bersedialah dari awal!

COPY PASTE KAT SINI



***************************


Pagi tadi terasa ketat hidung... cuba hembus kat tisu.. tengok2 ada darah.. omg.. darah hidung pagi2... so google la.. hehehe..

Selamat Pagi Jumaat kawan2..




nuffnang_bid = "d1ae754952628ae26a544174b9a7cda7";

Thursday, January 10, 2013

Rumour has it




Adele - Rumour has it (with lyrics)





****************************


semua org kepoh bila kita dramatic tanya personally psl corfirmation cam nmpk terdesak sgt meh... sedangkan itu hak dan kepentingan jangka masa panjang me...  lantak ko la tut tut tut.... hahaha


*sambungan dr entry hari ini dalam sejarah... find up if u want know more... othervise layan jew lagu fav me nih... smbil feeling retis glam... ahaks..












Hari Ini Dalam Sejarah


Salam..

Rasa lega didada..

Setelah didiamkan sekian lama.. so hari ni.. me personally jumpa my manager.. nak berborak berdua jew.. gitu..

Rasa ketar tp harus/wajib demi masa hadapan.. sebetulnya mama harus di tetapkan jawatan pada december lalu.. tp setelah dua kali bertanya dan di peringatkan.. masih belum dapat surat pun lagi.. so tetapkan hati.. minta my manager masa utk berbicara 4mata..

belum lagi sy buka mulut dia dah tiba2 ckp.. nnt surat kompom u diorg kasi.. td bos baru suruh org human resource buat utk kasi u.. apakah..??

makanya dia faham apa yg nak mama tanya..?? huhu

ok.. but me ambik kesempatan ini utk lepaskan rasa hati.. tanya pasal performance me, pasal kerja, pasal perangai me.. yes.. me terus terang.. cukup kecewa dengan management.. sebab delay almost 1 month dan me terlepas sebulan gaji.. so apa nak dikata..

yg mama dok pot-pet-pot-pet dulu tuh.. sebenarnya hanya lah performance bonus.. huhuhuk.. patutnya ai lagi kaya dari itu.. hahahaha

so nak kata apa pun tak tau nak kata apa.. sakit hati sudah dilepaskan.. so terima dengan hati terbuka.. boleh tak kawan2..?? kikiki.. ati ai nih lembut tau.. sengal.




pic frm google.



****************************


Sabar Itu Separuh Dari Iman

:)


Wednesday, January 9, 2013

Tak puashati

Slm..

Td syok2 tgk tv...

Ada iklan si apex n liuney.. Yg apex buat surprise melamar luiney kat dlm aquria tuh..

Papa ckp ' ahh.. Boring la luining2 nih'

Maman ckp ' papa nih kenape..?? Kenape..??'

Ngan aksi muka tak puashati dengan suara agak tegas bertanya pd papa dia.. Kikiki

Kelakar jew... Haha..

Gamaknya dia tak faham mengapa papa dia tak puashati ngan couple tuh kot..


Aptb tul la papa nih kannnn ;)

Suka hati depa la kan kita taknak buat diam2 sudah... Banyak bunyi jew

:)


*quote dr fb buat hiasan.. ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kawan Baru







Introduce Mrs. Gabriele Apweiler uols.. kawan baru lagi.. kikiki.. jiran ai ni tau.. cakap ngan dia cam itik ngan ayam la wei.. tp ok la.. utk improved english basi mama nih.. kannn

 makan2 berkenalan kat Litle Red Wok kat the mines..

suka-suka makan.. masa naik tangga ai tersepak simen.. rosak kuku kaki ku..
sakit urat jugak.. sebab cam terpusing badan.. nak2 masa tuh cam kunun2 berlari2 anak naik tangga.. nak cepat sebab dah lewat masuk office.. kikiki
rasa berdenyut kepala..

mesti sebab pagi tadi termengumpat org kann
tuh tuhan terus kasi balasan.. kann

alhamdulillah sikit.. kalu teruk pun ai redha..

insyaallah..


;)






****************************


makan2 bersertakan farewell staf yg meninggalkan company..
bagus la nak sambung belajar lagi kann

nih mama dah kertu dah.. tak berapa cerak nak menghafal2 formula bagai.. hehehe

Anak Panah tak Bermata


Slm..

Pagi nih hati berdebar2.. Tinggalkan maman ngan atuk arini.. Wan gi ke bandung.. shopping la tu kannn..

Bukan mama pentingkan diri.. Tp mama merasakan kerja pun satu benda yg mama takleh buat enteng gak.. Rezeki mama nih.. Nak taknak kena jugak jaga periuk nasi sendiri..

Setiap org ada masalah sendiri dan setiap masalah cuba diselesaikan dengan cara paling bijak.
Bagi setengah org mmg senang tuding jari dan boleh mengejek2 kununnya mama tiadanya sifat keibuan dlm diri jika masalah berbangkit tentang anak. Tak semua aib harus dibuka.. Kan bagus aku tutup aib kau dan kau tutup aib aku.. sama2 baiki diri.. Kann bagus.


Ahhh... Emo dipagi hari.. huhu.. sodah. tutup buku.. cite tentang makanan lebih enak.. yeehaaa..







karipap yg dibelanja oleh kawan office.. dappp..
rezeki nih.. :)


Pada mula ingatkan tak habis.. almaklum la besar dari size biasa kita beli tuh.. selebar tapak tangan tuh.. tgk2 disebabkan emo tak hape hape tah.. habis.. kikiki.. apa la kannnnn

Camner la pembesaran tak terhenti.. stress jew makan.. kikikiki




****************************


pagi nih bersms ngan org yg memahami me.. rasa lega sikit.. me sekadar mencari tmpt utk melepaskan lelah perasaan.. insyaallah me redha dan cuba perbaiki diri.. lepas nih tawakal jew pada Ilahi.. ye la.. pada dia jew la kita mampu berserah.. insyaallah mama cuba buat terbaik utk kehidupan mendatang..

dugaan datang tanpa ada anak panah kann.. diam2 menusuk ke jantung.. eh..

anak panah la tuh kann.. anak panah kuar dari mulut2 insan yg ada standard.

bye.


Pelik

Slm

Rasa pelik tak kalu time tidur (selalu dlm kul 12mlm) ada lg jiran menumbuk pakai lesung.. Eh.. Konfius kekadang..

Diam2 pasang telinga, cuba intai kat pintu, kat tingkap.. Senyap jer suasana..

bunyi tuh kekadang jew mama perasan.. Nak2 kalu time tuh mata terkebil2 takleh pejam.. Huhu.. Seram gak kekadang kaannnn

Mama terfikir kot2 la jiran ketuk pintu nak minta tolong atau nak ckp benda2 penting kannn.. Tp bukan lama.. Jap jew.. Pastu diam.. Pastu ada bunyi lg.. Bunyi tuh cam kat kwsn dapur atau dkt2 ngan pintu..

Kalu ckp ngan papa, sure papa ckp.. 'Gamaknya laki dia br blk keja kot.. Lapar so binik dia masak.. Tuh yg menumbuk tuh kot.. ' 'Baik binik dia kaaannnn'

So kekadang mama ambik positif jew la.. Maybe betul kot kann seperti papa kata.. Takmo fikir negatif kalu tak smpi kesudah takleh tido.. Huhuhu

Sudah.. Cuba nak lelapkan mata nih.. Please la dodo mata.. Esok dah nak keja.. Aduhai.. :(










*jgn lak ada yg seriau baca nih.. Mama nih cuba nak sedapkan hati nih.. Huhuk








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 8, 2013

Layan abg jani la pulok

Slm..

Haritu mama tak tgk kat astro prima (kalu tak salah la) tau2 pun dr fb dan blog2 dok cite cerita tuh.. Teringin wei nak tgk.. Lagila katanya cite orang kelate kita.. Hehe

Mama download kat youtube dan layan tgk satu family... Hehe

Hari ni maman request nak tgk blk.. So layan... ;)

Dok gitu gu






*maman anak ore kelate kannnnn

*********************************
Tak sir balah gu gu kita.. Baik belako la molek.. Dok gitu.. ;)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jadi nurse buat maman

salam....

hari ini mama jadi nurse buat baby yg nmpknya dah semakin pulih..







****************************

terima kasih doa2 utk maman... alhmdulillah dah semakin pulih.. dah boleh main susun2 dah pun.... :)

minta2 semakin kecut dan hilang bekas kudis tuh..
dan boleh gi sekolah...

so far mmg dia berminat ke sekolah...

;)












Monday, January 7, 2013

Ehem.. Ehem.. Dapnyer

Slm..

Malam2 layan ncis bila semua bodyguard dah dodo..

Pulak tuh makan snek yg sedap giler.. Mmg mebeles adik kakak.. Kiki

Tak sedar dah abis sepeket.. Snek kiriman dr teman blk dr filipina.. Mango yg dikeringkan.. Dap sungguh.. Patut la ada member tuh kirim smpi 20peket.. Huhu

;)







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Takde mood mengenangkan si dia.. :(



Salam..

Hari ini mood mmg takde hati nak keja.. teringat kat anak dirumah.. sian dia..

Mil ngam Fil ada hal pg nih.. so maman kena tinggal rumah sorang2 kat umah atuk.. minta2 cepat la urusan wan ngan atuk tuh.. huhuhu

Dari semalam lagi hati dah tak besh.. ingat nak emergency leave jew.. tp pagi nih bila tanya maman.. dia ok ke kena tinggal jap kat umah atuk.. dia kata 'ok  ma'. Hati sejuk sikit bila tgk dia cam boleh indipendent.. huhu.. wlpun hati dup-dap-dup-dap.. huhuhu

Dia kena demam campak.. berjangkit dari sepupunya sejak jumaat lepas.. dah bawa klinik.. dan sapu ubat.. dah makan ubat.. dah tidurkan bawah daun semambu.. tp hati tak berapa beres lg.. hhhmmm.. mama nih sebenarnya belum pernah kena lagi demam campak uols.. kikiki..

Harap2 ok la pasni.. sama2 doakan.. harap2 takde la bab jangkit-berjangkit ini berterusan.. huhu





dapat main tab ok jew.. kannn


nih bila papa cuba nak ambik pic dia.. meraung2 marah. huhu

malu la tuh..

:)





****************************


Sayang mama kena cuti seminggu sekolah.. aduhai.. rugi kann

apa nak buat.. nasib dia la..


*takde mood mengenangkan si dia.. huk..

:(



Friday, January 4, 2013

Fesyen Tribal lak Sekarang..


Salam..

Trend Tribal atau trend etnik kembali menganas.. hahaha.. so terpalit la sikit-sikit.. :)





baju dr South China Sea
tudung psr malam
bag Charles n Keith tak laku
slipar primavera dah buruk

:)


Punya poyo bergambar sendiri kat parking lot.. masa nih org takde.. so takde la malu sgt kann.. aaarr.. tak alu kannnn...

Baju tuh beli masa sale maka berbaloi2 la uols.. jenama nih mama mmg suka.. selesa dan design dia takde la pelik2 sgt.. simple cam mama gak.. ahaks..

kain dia berkualiti sgt.. selesa.. so jika ada sale.. pasti mama akan cari baju dari jenama nih. Jika takde sale.. harga dia boleh tahan uols.. tak menahan nak membeli so rabak la gak poket nnt.. kikiki



****************************

Nih salah satu reward buat mama dari gaji terlebih bulan nih..
seronok dan rasa syukur sgt2..

alhamdulillah.. :)


*tgk kat entry INI mmg terbukti ramai peminat AA nih kannn..
mama pun suka gak muka cumil dia tuh..
suka tgk la kann.. sesuai lak ngan badan tegap tuh
hihihi





Orang belanja lagi.. Hiks ;)

Slm

Seronok kalu ari2 gini.. Takyah kuar makan kat luar.. Takde la bau2an tah apa2 tah.. Kiki.. Blm lg bercampur bauan sendiri kannnnn.. Eh.. Ai wangi tau.. Kiki






#sedap tau.. ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tergamak AA cerai wife hanya kerana DIA..??



aaron aziz laki org yg menjadi fenomena..
ramai peminat nih..

:)

salah satu nyer nih dia.. si cinderella..

aptb

;)



***************************

Agak2 la dik cinderella..

makcik yg retis nih pun takde giler gitu lalu.. ahaks..

:p



*pic semuanya copy paste dr email.





Thursday, January 3, 2013

Kek Velvet | Yummy..!!!

Salam..

Tau ramai org dah merasa malah ada yg terer pun buat kek nih.. hehe.. cuma rezeki mama baru2 nih dapat merasa.. alhamdulillah.. Mmg sedap uols..





Ada gak jumpa durian crepe tp time nak beli tuh tinggal pack yg banyak.. ingat nak try dulu so nak beli yg 3ketul rm5..tp tinggal yg 6 ketul rm10. kiranya bukan rezeki lagi.. hehehe

baju perlum pun berlambak2.. almaklum fesyen skrg kann.. mujur papa buat tak tau je bila mama tanya lawa ke mama pakai kalu mama beli.. hehehe.. sebab peel tak senonoh sikit.. kalu beli dok simpan jew yg lama.. hehehe.. last2 tak pakai2.. kan membazir tuh.. :)

semua itu sebab ke downtown kajang ujung mingu lalu.. sebab musabah ke sana pun sebab nak cari housing tipon.. housing tak jumpa.. tp dpt tukar cover tipon jew.. last2 jumpa housing baru kat pasar malam dekat umah jew.. hahahaha.. jauh eks mencari.. lain dicucuk lain menanah la uols.. biasaaaaaaa... :)



***************************

apa yg mama merapu nih eks.. huhuhu

layan jew la kannnnn...




Wednesday, January 2, 2013

WW | Baju Baru Saya... ;)

*cumil tak..?? Hhehehe



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

WW | Hasil tangkapan tahun baru 2013






****************************

Jejalan sekadar utk survey harga.. last2 beli gak.. sempena berday papa pada 7 januari nnt..

papa cari kasut tp mama dulu sambar baju, wangian dan bag.. kikiki

:)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...